You are on page 1of 1

mengesan kotak hitam dan merakam dua isyarat panjang sejak tengah malam kelmarin.

TPL rakam dua isyarat Kedua-dua isyarat dirakam menerusi Towed Pinger Locator (TPL - alat pengesan ping) dalam tempoh kurang 24 jam pada jarak kurang dua kilometer, di lokasi kira-kira 1,650 kilometer ke barat laut Perth. Isyarat pertama dikesan berlarutan selama dua jam 20 minit sebelum hilang dan diterima semula beberapa jam kemudian apabila Ocean Shield berpatah balik ke kawasan sama. Isyarat kedua dirakam selama 13 minit. Frekuensi yang direkodkan adalah 33.3 kHz dan berulang setiap saat serta konsisten dengan bateri kotak hitam yang semakin lemah. Frekuensi biasa kotak hitam ialah 37.5 kHz. Houston berkata, lokasi isyarat itu dikesan mempunyai kedalaman 4.5 kilometer dan Ocean Shield diarahkan terus membuat rondaan untuk mendapat hubungan semula dengan isyarat itu. Jika dapat disahkan, kapal itu akan menanda kawasan berkenaan sebelum menghantar Bluefin-2 Autonomous Underwater Vehicle (AUV - kapal selam mini tanpa pemandu) untuk membuat pemetaan lokasi dan mencari objek yang ada kaitan dengan MH370 di dasar laut, katanya. Perlukan beberapa hari Bagaimanapun, beliau mengingatkan pasukannya memerlukan beberapa hari atau minggu sebelum dapat mengesahkan isyarat itu daripada kotak hitam MH370. Katanya, lokasi isyarat dikesan Ocean Shield dan kapal China, Haixun 01, Jumaat lalu berada dalam kawasan carian yang ditetapkan pasukan penyiasat di Kuala Lumpur walaupun perbezaan jarak kira-kira 600 kilometer.

You might also like