You are on page 1of 20

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN SENI KREATIF


(MASALAH PEMBELAJARAN)

TAHUN SATU

2010

DRAF

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pentaksiran Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Komponen Pendidikan Seni Visual Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Komponen Pendidikan Muziks

1 1 2 2 3 3 5 6 8 9 10 16

DRAF
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DRAF
PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

DRAF
OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. iii. iv. v. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai

DRAF
iii. iv. v. vi. Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

DRAF
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

DRAF
FOKUS MATA PELAJARAN

6.1

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Kreatif 6.1.1 Komponen : Pendidikan Seni Visual Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan menggambar, membuat rekaan dan corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid : i. ii. iii. iv. v. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial mengembangkan bakat dan kreativiti menghayati keindahan alam dan warisan budaya menghasilkan karya seni yang kreatif menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya

6.1.2 Komponen : Pendidikan Muzik Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi

DRAF
memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seni serta seni lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. 6.2 mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan mahir menggunakan alatan muzik melakukan gerakan mengikut rentak lagu mengenal lagu berdasarkan melodinya mengawal koordinasi anggota badan melakon dan menghayati pelbagai watak membaca dialog dengan baik

Pelaksanaan Modul Pendidikan Seni Kreatif 6.2.1 Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

6.2.2 Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif juga disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

DRAF
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

DRAF
PENTAKSIRAN

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage

Masalah

Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk

merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

DRAF

KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL

10

DRAF
DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Melakukan contengan bebas tanpa alatan 1. Melukis dan menggambar

1.1.1 Melakukan contengan bebas di kertas mahjung 1.1.2 Melakukan contengan bebas di kad manila 1.1.3 Melakukan contengan bebas di kertas lukisan

1.2 Melakukan contengan bebas menggunakan pelbagai media bagi kemahiran motor kasar

1.2.1 Melakukan contengan bebas di kertas mahjung dengan menggunakan pelbagai media 1.2.2 Melakukan contengan bebas di kad manila dengan menggunakan pelbagai media 1.2.3 Melakukan contengan bebas di kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai media

1.3 Melakukan pergerakan jari-jemari secara bebas

1.3.1 Mengoyak dan menampal secara bebas 1.3.2 Meramas secara bebas 1.3.3 Menguli secara bebas 1.3.4 Menggentel dan menampal secara bebas 1.3.5 Menggunting dan menampal secara bebas 1.3.6 Menerap dan menampal secara bebas 1.3.7 Menepek secara bebas

1.4 Mewarna

1.4.1 Mewarna secara bebas

11

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.4.2 Mewarna bentuk asas 1.4.3 Mewarna gambar mudah

1.5 Melukis tanpa alatan

1.5.1 Melukis di udara 1.5.2 Melukis di atas pasir 1.5.3 Melukis di atas meja 1.5.4 Melukis di tapak tangan 1.5.5 Melukis di papan putih / hitam 1.5.6 Melukis di atas kertas

1.6 Melukis menggunakan alatan seni lukis

1.6.1 Menamakan alatan seni lukis 1.6.2 Melukis menggunakan unsur seni dengan alatan seni lukis

2. Membuat rekaan dan corak

2.1 Mereka corak secara bebas menggunakan anggota badan

2.1.1 Mencorak secara bebas menggunakan jari tangan

2.2 Mereka corak secara terancang menggunakan pelbagai teknik

2.2.1 2.2.2

Mencorak menggunakan teknik capan tapak tangan Mencorak menggunakan teknik gosokan pensel, pensel warna atau arang

12

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.3

Mencorak menggunakan teknik kolaj kertas warna

2.3 Mereka corak secara tidak terancang menggunakan pelbagai teknik

2.3.1

Mencorak menggunakan teknik ikatan dan celupan kain

2.3.2

Mencorak menggunakan teknik titisan

2.4 Menghasilkan projek

2.4.1

Menghasilkan projek menggunakan hasil rekaan dan corak yang telah dipelajari

3. Mereka dan membuat binaan

3.1 Membentuk binaan mudah

3.1.1 Menghasilkan binaan terkawal model perabut 3.1.2 Menghasilkan binaan terkawal model makanan

4. Kraf

4.1 Mengenal kraf tradisional

4.1.1 Menghias replika layang-layang

4.2 Menghasilkan kraf menggunakan bahan yang mudah diperolehi

4.2.1 Membuat kraf kipas tangan 4.2.2 Membuat kraf topeng muka

13

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

14

DRAF

KOMPONEN PENDIDIKAN MUZIK

15

DRAF
DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN MUZIK

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Persepsi muzik

1.1 Mengenal irama dalam muzik

1.1.1 Memberi respon terhadap detik lagu yang diperdengar 1.1.2 Memberi respon terhadap tempo lagu yang diperdengarkan 1.1.3 Memberi respon secara lisan/ gerakan terhadap corak irama dalam lagu yang diperdengarkan

1.2 Mengenal melodi dalam muzik

1.2.1 Mengenal pic yang diperdengarkan 1.2.2 Mengenal solfa so mi

1.3 Mengenal ekspresi dalam muzik

1.3.1 Memberi respon terhadap dinamik pada lagu yang diperdengarkan 1.3.2 Memberi respon yang sesuai terhadap mud lagu yang diperdengarkan

2. Pengalaman nyanyian

2.1 Menyanyi mengikut muzik

2.1.1 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul 2.1.2 Menyanyi dengan postur badan yang betul 2.1.3 Menyanyi dengan sebutan yang jelas

16

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai 2.1.5 Menyanyi lagu berdasarkan melodi 2.1.6 Menyanyi lagu mengikut tempo, pic dan dinamik

3. Pengalaman perkusi

3.1 Meneroka bunyi dari pelbagai sumber melalui pengamatan pendengaran

3.1.1 Meniru bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan manusia, bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan bunyi alat muzik 3.1.2 Membezakan bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan manusia, bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan bunyi alat muzik

3.2 Mengenal alat perkusi

3.2.1 Mengenal alat perkusi dari bahan persekitaran 3.2.2 Mengenal alat perkusi tradisional 3.2.3 Mengenal alat perkusi moden 3.2.4 Memegang alat perkusi secara bebas 3.2.5 Memegang alat perkusi dengan betul

3.3 Memainkan alat perkusi

3.3.1 Memainkan alat perkusi secara bebas 3.3.2 Memainkan alat perkusi dengan betul

17

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4. Apresiasi dan estetika seni

4.1 Melakukan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan bunyi

4.1.1 Menghasilkan bunyi menggunakan mulut, tangan, kaki dan jari

4.2 Membuat pergerakan mengikut irama lagu

4.2.1 Melakukan gerakan secara bebas 4.2.2 Melakukan gerakan secara terkawal

4.3 Menghargai kesenian dan kebudayaan

4.3.1 Mengenal kebudayaan negeri dalam Malaysia 4.3.2 Menjalankan aktiviti kebudayaan

5. Seni lakon

5.1 Latihan asas lakonan

5.1.1 Melakukan latihan mengawal pernafasan 5.1.2 Melakukan latihan pergerakan mengikut ruang dan masa

18

You might also like