PROFIL PEJABAT SK PULAU MANSOK 27000 JERANTUT,PAHANG.
KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
Salam hormat dan selamat bertugas kepada semua guru dan kakitangan SekolahKebangsaan Pulau Mansok sesi 2009.Dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita,objektif dan matlamat hendaklah jelas, tepat dan rasional, mengenal pasti pelanggankita iaitu murid dan ibu bapa serta komuniti setempat. Misi sekolah mestilahmenjurus ke arah memenuhi hasrat murid, ibu bapa dan masyarakat yang menghalatuju ke arah menjayakan wawasan pendidikan.Pelaksanaan tugas dan kualiti hasilnya perlulah memenuhi ciri-ciri kualiti yangterbaik. Berusaha tanpa jemu merupakan kunci dalam mempertingkatkan kualitidalam pendidikan dan bangun serentak menaikkan imej dan martabat profesionpendidikan.Buku Perancangan 2009 ini diharap dapat menjurus ke arah "empowerment"dalam pendidikan. Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasakekeluargaan yang kuat sesama kita. Daya kreativiti perlu sentiasa dipupuk dandikembangkan di dalam tindakan dengan cara yang berkesan.Aspek pengurusan yang dilaksanakan di sekolah merangkumi PengurusanPentadbiran, Pengurusan Kurikulum, Ko-Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan PengurusanPerancangan Pembangunan. Oleh itu, kayu pengukur pencapaian dan kejayaanhendaklah jelas di mana TOV, TARGET dan PERANCANGAN sebagai panduan.Saya percaya, jika kita jadikan tugas kita sebagai ibadah kepada Allah SWTdan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti danpercaya ia akan dicapai.Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”"SEKOLAH GEMILANG MURID CEMERLANG"
Yang menurut perintah,....................................ZAINOL BIN SHAHBUDINGuru Besar,SK Pulau Mansok, Jerantut
Leave a Comment