You are on page 1of 17

REFLEKSI BINA INSAN GURU SEMESTER 1 Tarikh Masa Aktiviti : 14 Februari 2012 : 7.

00 pagi : Taklimat, penyediaan tapak dan mendirikan khemah

Aktiviti pada pagi itu lebih menfokuskan kepada sesi pemberitahuan peraturan kem kepada peserta-peserta BIG. Majlis tersebut berlangsung pada pukul 07.00 pagi. Sebelum sesi taklimat dijalankan En. Syhibin Jaapar memberi arahan agar kami semua beratur mengikut kelas masing-masing bagi memudahkan proses pemeriksaan kehadiran pelajar dari setiap kelas. Majlis pada petang itu telah dikendalikan oleh Kem Komandan BIG siri 1, En Zainuddin dengan memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan program BIG pada kali ini. Selesai sahaja aktiviti taklimat, aktiviti diteruskan dengan aktiviti mendirikan khemah yang diketuai oleh En. John Gitom iaitu selaku fasilitator Kem BIG kali ini. Aktiviti ini dilakukan adalah bertujuan untuk memberitahu tentang apa yang tidak patut dilakukan dan yang patut dilakukan sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi ilmu yang betul tentang cara mendirikan khemah. Bagi saya, aktiviti ini dengan ialah suatu proses di mana memberi saya kesedaran bahawa dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan, kita tidak boleh lari dengan undang-undang dan peraturan. Ini supaya kita menjadi seorang yang berdisiplin dan mampu melalui sesi perkhemahan ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

Antara perkara baru yang saya pelajari sepanjang aktiviti ini ialah bagaimana untuk mendirikan khemah dengan cara yang betul seperti dalam perkehemahan ini

dan

bagaimanakah untuk mewujudkan kerjasama

dalam kumpulan

ketika

mendirikan khemah dengan betul dan teratur. Dari segi penambahbaikan pula, saya berpendapat bahawa setiap individu haruslah lebih fokus apabila diberi taklimat mengenai sesuatu aktiviti supaya mereka jelas mengenai sesuatu perkara dan masalah tidak lagi timbul sepanjang aktiviti berlangsung. Sekiranya kita tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa sesi taklimat berlangsung,

kemungkinan besar akan menyebabkan timbulnya masalah-masalah yang tidak diingini ketika program berlangsung. Oleh itu, saya berpendapat bahawa sesi taklimat merupakan sesi yang sangat penting bagi sesuatu program kerana daripada sesi tersebutlah setiap peserta akan dapat mengetahui jalan perjalanan yang akan berlaku bagi sesuatu program. Setelah itu, aktiviti pengurusan diri. Aktiviti yang ditetapkan pada waktu ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk melatih diri mereka mematuhi masa. Kami diberi waktu selama satu jam untuk mempersiapkan diri sebelum menunaikan solat maghrib dan makan malam. Selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, peserta yang beragama Islam akan dikehendaki mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh salah seorang daripada peserta kem tersebut manakala pelajar cina pula akan dikehendaki mendengar ceramah moral. Kami telah dilatih untuk mematuhi masa yang diberikan supaya kami dapat membentuk jati diri yang baik disamping membina disiplin diri yang unggul. Slot ini berlangsung setiap hari kem tersebut dijalankan setelah selesai solat maghrib berjemaah. Selepas makan malam, kami telah diberi taklimat untuk keselamatan dan pengawasan secara bergilir-gilir mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Kami juga telah meneteapkan 1 Kod Rahsia untuk tujuan keselamatan semasa berkawal.

Tarikh :15 Februari 2012 Masa : 6.00 pagi Aktiviti : Aktiviti darat (Kembara) Setelah selesai kuliah Subuh setiap hari, kami diberi sedikit waktu untuk bersiap sebelum meneruskan aktiviti Malaysia cergas. Dalam aktiviti tersebut, kami telah dilatih untuk melakukan senaman ringan pada waktu pagi. Setelah senaman ringan dilakukan, para peserta dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Sabah dan juga lagu IPG. Setiap peserta dikehendaki menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat. Apa yang saya dapat lihat di sini ialah, aktiviti pada slot ini sebenarnya bertujuaan untuk menerapkan semangat patriotisme dalam diri setiap peserta supaya mereka menjadi seorang insan yang cinta akan tanah air dan sanggup berkorban demi melindunginya. Aktiviti Kembara yang diketuai oleh En, Zainuddin telah djalankan dan setiap peserta dikehendaki mengembara mengikutkumpulan yang ditetapkan . Setiap unit dibekalkan peralatan yang telah disenaraikan serta botol air dan peti pertolongan cemas. Setiap unit perlu mencari stesen masing-masing di dalam hutan dan di dalam perjalanan peserta perlu mengambil bungkusan yang telah dilabel mengikut nombor unit masing-masing dan dalam bungkusan tersebut terdapat barangan

seperti makanan dan soalan yang perlu dijawab. Kami perlu mengambil barangan tersebut dan di bawa ke suatu tempat untuk memasak. Didalam perjalanan ke tempat tersebut kami perlu terlebih dahulu membersihkan dan mencantikkan stesen masing-masing.

Kami telah melintasi kawasan padi dan perkampungan orang kampung dan terpaksa meredah paya. Memang sangat mencabar mental dan fizikal kerana paya tersebut melebih paras pinggang saya. Namun, saya yakin dan pasti aktiviti ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan peserta di dalam hutan selain memupuk semangat setia kawan. Pada pandangan saya, sebagai seorang guru kita tidak seharusnya memfokuskan urusan di dalam bilik darjah sahaja tetapi seorang guru juga perlu aktif dengan aktiviti luar supaya menjadi guru yang seimbang.Ilmu baru yang saya peroleh ialah tentang mengenal tumbuhan hutan, memasak di dalam hutan dan membuat khemah sementara. Kesemua ini penting dan seharusnya dikuasai oleh para guru jika mahu mengadakan aktiviti hutan. Penambahbaikan ialah, aktiviti ini wajar diteruskan dan disesuaikan mengikut keadaan. Pertambahan aktiviti adalah lebih menyeronokkan.

Tarikh : 16 Februari 2012 Masa : 8.00 pagi Aktiviti : Aktiviti air (water Confident & Kayak) Saya telah berpeluang melakukan aktiviti air yang telah dikendalikan oleh dua orang pensyarah dari unit PJK. Aktiviti ini telah dilakukan di kolam renang perak dan kami bertolak dari institut dengan menaiki sebuah bas. Semasa di Kolam renang, pensyarah pengiring telah terlebih dahulu memberikan taklimat tentang aktiviti yang bakal kami lakukan. Selesai kudapan pagi, aktiviti sesi 1 dimulakan iaitu saya telah melakukan aktiviti yang dinamakan water condfident di mana saya diminta turun ke dalam air dan disuruh melakukan beberapa pergerakan secara berpasangan.. Aktiviti seperti water confident adalah penting kerana melalui aktiviti ini akan dapat memberi keyakinan kepada seseorang semasa di dalam laut. Oleh sebab itu, aktiviti ini dilakukan terlebih dahulu oleh perenang sebelum mereka berenang. Manakala aktiviti menyelamat pula adalah satu bonus kepada saya kerana berpeluang mempelajari teknik yang betul untuk menyelamat menggunakan kayu dan tali. Ini penting kerana kita mungkin tidak pandai berenang tetapi kita boleh menyelamat dari pantai menggunakan tali atau kayu. Dan membuat istana pasir juga ada tujuannya iaitu untuk menguji daya kreativiti dan semangat berpasukan dalam menyiapkan tugasan. Pada pendapat saya, aktiviti ini sangat berguna dan menyeronokkan. Semasa aktiviti ini selain dapat mengurangkan stres saya juga dapat mengetahui asas dan teknik berenang yang betul.

Pengalaman baru yang tak dapat saya lupakan ialah semasa berkayak. Hal ini kerana, ini adalah merupakan kali pertama saya berkayak dan memang perasaan takut ada dalam diri saya. Mujurlah pasangan saya semasa berkayak ialah budak lelaki kerana tangannya lebih kuat untuk mengemudi dan menukar arah kayak dengan betul. Setelah beberapa meter kami diminta untuk menterbalikkan kayak masing-masing dan akan ada kawan-kwan yang akan mmbantu untuk naik semula ke kayak dan begitulah sebaliknya. Walaupun ketakutan terhadap air dan selam menyelam tetapi saya dapat atasi juga ketakutan tersebut kerana adanya dorongan daripada kawan-kawan dan pasangan kayak saya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perolehi sepanjang aktiviti air ini ialah ialah dapat memperolehi cara-cara berenang, cara memakai jaket keselamatan dengan betul dan teknik-teknik menyelamat mangsa di air. Lebih penting saya juga diajar tentang cara untuk mengendalikan aktiviti bersama anak-anak murid kelak apabila ingin melakukan aktiviti air iaitu dari aspek keselamatan dan kawalan pelajar.

Tarikh : 16 Februari 2012 Masa : 9.00 malam Aktiviti : Persembahan Kebudayaan Persembahan Kebudayaan telah diwajibkan penyertaan kepada semua unit dan persembahan adalah berdasarkan tema yang telah disediakan. Tema yang ditetapkan pada malam itu ialah pendidikan dan musikal. Pada malam itu, persembahan adalah begitu mantap oleh kesemua unit namun unit J17 telah menjuarai persembahan pada malam itu, Persembahan daripada unit kami ialah persembahan drama musikal. Para juri terdiri daripada tiga orang. Persembahan Kebudayaan diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakatbakat yang terpendam dan daya kreativiti para peserta BIG. Kaitannya dengan saya ialah sebagai guru kita perlu juga mengetahui cara-cara untuk mengendalikan persembahan kebudayaan apabila di sekolah nanti agar kita menjadi guru yang aktif dan disenangi. Kita juga senang didekati jika mempunyai pemikiran yang kreatif. Ilmu baru yang saya dapati ialah setiap perkara yang kita lakukan perlulah mempunyai sebab dan mesej tertentu bukan sekadar seronok atau semangat semata-mata sepertimana dalam persembahan perlu ada mesej tersirat agar persembahan kita lebih bermanfaat. Penambahbaikan ialah, persembahan daripada wakil pensyarah juga seharusnya ada bagi merapatkan ukhwah antara pelatih dan pensyarah.

Tarikh : 17 Februari 2012 Masa : 11.00 pagi Aktiviti : Perasmian penutupan Perasmian penutup merupakan slot terakhir bagi Kem ini. Perasmian dilakukan oleh Puan Mary Teresa KInajil, Pengarah IPG Kampus Kent. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan setiap peserta supaya lebih aktif dalam melakukan sesuatu perkara. Beliau juga berharap agar setiap peserta kem kali ini dapat mengaplikasikan segala ilmu yang kami perolehi untuk kegunaan masa akan datang. Antara ilmu baru yang saya perolehi dari slot ini ialah, kita mesti menghargai Setiap saranan dan nasihat yang diberikan oleh orang lain kepada kita agar menjadi seorang insan yang berguna dan sedia untuk melakukan perubahan pada masa akan datang. Sebelum bersurai, semua peserta dikehendaki merumuskan tentang aktiviti BIG selama 4 hari tersebut. Setiap wakil kelas telah menyampaikan refleksi tentang program tersebut dari segi kelebihan dan kekurangan. Selain itu, segala permasalahan yang timbul semasa program telah diselesaikan di waktu itu juga. Refleksi ini penting agar peserta sedar bahawa mereka bukannya datang dengan sia-sia tanpa sebarang manfaat. Ini juga peluang untuk penambahbaikan dari aspek pengurusan di masa hadapan. Kaitannya dengan saya ialah saya berpeluang menyuarakan pendapat melalui wakil kumpulan tentang program ini dan cara penyelesaian dalam sesuatu permasalahan. Ilmu baru yang saya dapati ialah kita janganlah bertindak mengikut emosi sebaliknya siasat dan kaji terlebih dahulu sesuatu perkara itu supaya masalah seperti menuduh orang lain dan menyebabkan masing-masing terasa hati tidak wujud. Dari segi penambahbaikan, saya berharap agar BIG ini dapat dilaksanakan luar daripada kawasan kampus untuk memberi impak yang lebih mencabar kepada setiap guru pelatih dan berlatih mengadaptasikan diri dengan persekitaran baru serta mencari pengalaman yang baru.

REFLEKSI BIG SEMESTER 2 (Fasa 1) Tarikh : 11 Ogos 2012 Pada BIG kali ini, kami teah menjalankan 2 jenis program iaitu bagi Fasa pertama yang dilaksanakn pada tarikh 11 Ogos 2012. Pada tarikh ini, satu program ceramah dan bengkel yang telah dilaksanakan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Kent. Bengkel ini dinamakan sebagai Bengkel Profesionalisme Keguruan yang hanya dijalankan sehari. Beberapa unit telah disatukan iaitu DPLI semester 2 dan PISMP semester2 dalam bengkel yang cukup menarik ini.

Catatan yg sempat saya ambil Setiap unit telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada guru-guru pelatih yang berlainan opsyen. Saya sangat teruja untuk mengikuti bengkel ini . Hal ini kerana, pengisian yang diserapkan ke dalam bengkel ini sememangnya bermanfaat kepada bakal-bakal pendidik untuk menjadi lebih profesial selaras dengan tema bengkel tersebut. Dalam kumpulan kami telah diarahkan untuk mencipta satu inovasi melalui bahan-bahan terpakai seperti botol plastik dan surat khabar. Seorang penceramah yang sangat berkaliber dan kreatif telah dijemput bagi melaksankan pengisian yang telah dirancangkan oleh pihak HEP IPG Kampus Kent. Inovasi yang telah kami cipta ialah Kasut melalu kertas surat khabar. Aktiviti ini cukup menarik dan mencabar kreativiti seseorang guru dalam melaksanakan proses pengajaran. Maka inilah yang membuktikan pentingnya inovasi dalam pendidikan.

Selain daripada mencipta kasut, kami juga diminta mencipta satu payug terjun yang akan menampung sebiji telur. Saya yakin, jika aktiviti ini dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sudah pasti murid-murid akan berusaha dan berdaya saing untuk mencipta dan belajar dengan berkesan. Aktiviti-aktiviti sebegini bukan sahaja membuka pemikiran murid menjadi lebih luas malah mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Syabas saya ucapkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan guru pelatih yang lain yang terlibat dan terima kasih kepada pihak IPG Kampus Kent kerana memberi kami peluang mengikuti bengke sebegini. Namun sebagai tambahan, seelok-eloknya bengkel sebegini dijalankan dalam tempoh yang lebih panjang agar semua pengisisan dapat dicerap dengan lebih baik serta menambah lebih banyak aktivitaktiviti yang dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri guru-guru pelatih.

REFLEKSI SEMESTER 2 (FASA 2) Tarikh : 28 September 2012 BIG bagi fasa ke-2 ini adalah berkaitan dnegna KHIDMAS iaitu Khidmat Masyarakat yang dijalankan di IPG KENT pada tarikh 28 September 2012 . Saya merupakan pelajar dari unit PISMP BM SJKC Ambilan Jan 2012, maka unit kami telah ditugaskan untuk membersihkan Stor lama berhampiran pejabat Hal Ehwal Pelajar.

Sebelum melakukan aktiviti pembersihan, Ketua Jabatan HEP memberi sedikit taklimat kepada kami dan memberi nasihat suaya berhati-hati semasa melaksanakan sesi pembersihan keran Stor tersebut merupakan stor lama yang sudah hampir 10 tahun tidak dibuka dan dipenuhi dengan fail-fail, kertas-kertas dan dokumen-dokumen berkaitan dengan guru-guru pelatih terdahulu yang sudah berjaya bergelar pendidik. Kami mula membersihkan stor tersebut dengan mengangkut barang-barang yang terdapat dalam stor tersebut keluar bagi memudahkan proses pembersihan. Kami telah membahagikan tugas antara satu sama lain. Setiap orang mempunyai tugas tersendiri dan semuanya memberikan kerjasama yang memuaskan.

Setelah selesai melakukan sesi pembersihan, kami mula mengasingkan barang-barang yang masih boleh digunakan dan perlu disimpan serta barangbarang yang tidak lagi berfungsi serta dokumen-dokumen yang sudah dimakan anaianai. Setelah itu, kami memasukkan semula barang-barang yang telah diasingkan ke dalam stor dan selbihnya sudah dibuang ke dalam tong sampah.

Objektif aktiviti pada kali ini adalah untuk melatih para guru pelatih untuk bekerjasama dan mampu menyelesaikan apa jua tugasan yang diberikan. Bagi

saya aktiviti kali ini memang cukup mencabar kerana ia mempunya i sedikit risiko semasa sesi ini dijalankan namun sehingga selesai kami tidak mempunyai sebarang masalah. Saya sangat bersyukur dengan kelancaran sesi BIG pada fasa ke-2 ini. Namun, saya berharap aktiviti KHIDMAS begini boleh diperluaskan lagi dengan melaksanakan aktiviti ini di luar daripada kawasan kampus.

Disediakan Oleh : NORLINA BINTI GAPARE Ambilan Unit : Januari 2012 : PISMP BM SJKC

You might also like