You are on page 1of 14

HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub

http://oumclub.blogspot.com. 1/ 14
Topik 1 Bidang Kegiatan: Mengenal Kraf Tradisional
R tujuan kraf ini dipelajari dan kepentingan memperkenalkan
kepada pelajar
memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar
memperjelaskan kefahaman dan meluaskan lagi perspektif
mereka

LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL
Definisi Kraf Tradisional
Makna kraf
Keluaran Kraf tangan bererti apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah
hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau
sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa
barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka
bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta 222-Akta
Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979)
Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan
dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan
atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang
dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-
pengusaha.
R Makna tradisional
Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi.
R Makna kraf tradisional
satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan
tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat,
wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.
merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang
kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan
unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya,
sifat, garis, gerak, dan warnanya.
dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu.
Bahan yang digunakan tidak terhad.
asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk
sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha
mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan
kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk
berbagai-bagai tujuan.
terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya
yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan
suasana harmoni di antara manusia dan alam.
Ciri-ciri seni Islam jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti
penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri, di
samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa
geometri
Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh
masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan
susur galur daripada zaman batu lagi.
mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia
dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait
dengan alam Melayu.
Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan adalah yang
mudah didapati di sekeliling mereka.
mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan
dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya
Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga
diri sesuatu bangsa dan negara.
Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal
dan mencintai diri, bangsa dan Negara sendiri.
perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi
muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman.
mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama
taraf dengan seni budaya tamadun luar.
seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan
dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya
murid sekolah.

ASAL USUL SEJARAH KRAF
Kraf tradisional yang terdapat di negara ini merupakan warisan
negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang
kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi hingga kini.
berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim,
lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan
serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti:
RAlat untuk pertahanan diri:
Keris Lembing
RAlat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan, dan
membuat pertukangan.
Bubu Parang, sabit dan cangkul
R Alat untuk kegunaan harian:
Tikar Tudung saji Pakaian
R Alat untuk upacara dan istiadat:
Bekas Pembakar Kemenyan Gong
R Alat untuk rekreasi:
Wau Gasing Congkak
R Alat muzik untuk persembahan nyanyian, tarian dan
pertunjukan:
Serunai Rebab Nafiri Kompang
R Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid:
Ukiran kayu
R Pengangkutan air:
Perahu Kolek
R Alat perhiasan:
Pakaian seperti baju kebaya labuh, tengkolok, selendang
dan lain-lain. Dokoh Barang perhiasan seperti dokoh, kalung,
cucuk sanggul dan lain-lain.
motif-motif ataupun reka corak yang terdapat pada kraf tersebut
adalah merupakan hasil ciptaan tersendiri kerana telah diubahsuai
oleh tukang pandai dengan menggunakan daya kreativiti untuk
memenuhi kehendak cita rasa tempatan.

KRAF SEBAGAI HASIL SENI DAN UTILITI
disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya
penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit
kayu, daun seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun
palas dan daun mempelas.
memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasi bahan di
persekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat daripada buluh adalah
seperti bekas air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar,
bekas barangan dan lain-lain
lagi.
Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk
geometri.
disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang
digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan.
Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk
dijadikan jalur- jalur garisan yang kemudiannya dianyam
untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut.
Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah
merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam
penghasilan tikar.
Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu.
Selain untuk membuat tikar ia juga boleh dijadikan sebagai tudung
saji, beg, topi dan sebagainya.
Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan
secara meluas di keperluan Melayu pada masa
dahulu.
Keris alah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu.
Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai mempunyai
kesaktian yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata
penting dan masyarakat dan kebudayaan
tradisional Melayu.
R TUJUAN
Kepentingan mempelajari kraf tradisional:
menanam sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni
yang perlu dikekalkan.
menyedarkan pelajar kraf tradisional perlu dipelajari.
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 2/ 14
menyedarkan pelajar kraf tradisonal mempunyai nilai estetika
merasa bangga dengan warisan tradisi Negara.

KEPENTINGAN
Mempelajari teknik membuat produk:
Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang
digunakan dalam menghasilkan kraf yang berkaitan.
Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau
mengkuang untuk menghasilkan objek.
Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional:
objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.

Topik2 Batik
PENGENALAN
merupakan salah satu daripada kraf tradisional.
kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan
Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti
dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud
rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak.
batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik
bermaksud setitik lilin.
wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan
di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah
lama wujud di Indonesia.
Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis
kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya
bermula di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914 yang telah
dipelajari di kepulauan Jawa.
Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak
dari Kelantan.
Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain
Pereir atau Kain Pelangi iaitu
kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam.
Haji Che Su bersama rakan rakannya telah mengusahakan
perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati,
Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke
Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.
JENIS-JENIS BATIK
R empat jenis teknik batik:
Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian
digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak.
Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak
dihasilkan melalui leker.
Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan
melilinkan bahagian untuk dibuat corak.
Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin).

MOTIF BATIK MALAYSIA
dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini
terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap
persekitaran.
Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah
sendiri boleh dijadikan corak.
enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak
atau ragam hias yang menarik:
RUnsur flora
Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:
Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga,
kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal
atau bertabur
Untuk menghiasi badan batik sarung.
bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar
dengan bentuk lembut
helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga
bunga disusun berdahan tegak
Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif
pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan
secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri
akar-akar menjalar bunga air mata kekasih bunga anggerik
bunga berbaling bunga berbaling ( variasi )
R Unsur fauna
Unsur-unsur fauna adalah seperti:
Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan,
kijang dan sebagainya.
burung burung merak kumbang
R Unsur geometri
(i) Fungsi motif unsur rupa geometri:
Untuk hiasan kaki kain atau gigi susunan garis-garis halus,
motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir
awan digunakan.
Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti
cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.
Untuk menghiasi batik panjang motif kawung dalam susunan
tempat bentuk bujur sering digunakan.
Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan
beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan
garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia
merupakan campuran gaya organik dan geometri.
(ii) Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin
berganda, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung,
kisi-kiri dan swastika.
jakurkawung kisi-kisi swastika
RUnsur benda buatan manusia
fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini
biasanya digunakan untuk hiasan batik ela
Contoh motif unsur benda buatan manusia:
abor jaring ikan kampong wau

R Unsur Motif isen
Isen ialah motif pengisi untuk, memenuhi kain batik tradisional
atau sebagai latar belakang kepala sesuatu pola corak.
Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-
cecek, cecek pitu, cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata
dara, penutup, poleng, sisik dan lain-lain lagi.
mata dara mlinjon penutupanpoleng
R Susunan Reka Corak Motif
Terdapat beberapa jenis susunan motif pada lain batik, iaitu
berdiri berjalur catur/dam kisi-kisi melintang
menyeluruh serong tompok-tompok (bertabur) ulang
bersilang ulang batu bata

Motif pucuk rebung sering diletakkan pada bahagian kepala kain.
Susunan motif untuk bahagian badan kain lebih bebas, berbentuk
bunga berpohon atau bunga tunggal boleh disusun untuk
menghasilkan corak. Motif parang rosak, pilin
berganda atau banji sering digunakan untuk susunan menyerong.
Motif pinggir awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan
lengkungan separuh bulat sering
menyatukan bentuk dengan bahagian badan kain.
R Jenis te knik penghasilan Batik
Teknik batik blok
Blok tembaga yang berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan
untuk menerap.
Pelbagai warna yang digunakan untuk membuat corak yang
berlatarkan kain putih.
Biasanya tiga blok yang berbeza digunakan.
Setiap blok mempunyai sarang tertentu.
Sarang jenis ini meninggalkan garis serta titik yang halus dan
kemas pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna.
Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat
dihasilkan.
R Alatan
Blok bunga atau sarang yang dibentuk khas dan di pateri
mengikut rekaan corak
Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin dan pengadang
Kuali kawah untuk mencelup, merendam dan merebus kain
Meja menerap
R dilapisi span, kain guni atau kelopak batang pisang yang telah
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 3/ 14
R diproses dan direndam dalam air garam selama 12 jam
R biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala atau
pisang
R rasa digunakan
Kain putih Bahan pewarna Debu soda
R Proses membuat batik blok
Kain putih direbus untuk melembutkan dan menanggalkan kanji.
Dijemur sehingga kering.
Kain di bentang dengan rata di atas permukaan meja.
Bahan campuran lilin damar dipanaskan dan permukaan blok
dicelup ke dalam lilin cair itu.
Lilin cair diterapkan pada permukaan kain mengikut susunan dan
reka letak motif dengan teliti dan kemas.
Kain yang telah siap diterap dengan lilin dicelup ke dalam bahan
pewarna.
Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kali
dengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain
batik yang beraneka corak dan warna.
Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan dengan
bahan debu soda.
Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering.
R Teknik batik tulis
Digemari kerana mempunyai ciri mengikut kehendak semasa
seperti warna eksklusif dan motif yang bebas serta dapat
disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut peredaran
zaman.
mempunyai reka corak yang tersendiri.
(i) Alatan
Kain putih atau kertas
Canting Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar (rosin)
lemak binatang/minyak masak)
Berus lembut
Serbuk pewarna jenis reactive-dye
Sodium silicate (Pemati warna)
Soda ash
Pemidang kayu
R Proses membuat batik tulis
Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) di kering dan
diregang pada pemidang kayu.
Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel
(6D).
Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana.
Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk
melicinkan aliran lilin.
Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut
lakaran pensel di atas permukaan kain.
Bahan pewarna disapu pada reka corak.
Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam
dengan sodium silikit dan dibiarkan selama 812 jam di tempat
terlindung cahaya untuk mematikan warna.
Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air lalu
sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut.
Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit soda ash
sehingga lilin tanggal.
Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum
dikeringkan.
R Teknik batik skrin
Telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri
Kelantan dan terus berkembang menjadi satu industri.
Proses pembuatan menjimatkan masa, lebih ekonomi dan teknik
yang digunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain.
R Alatan
Skrin Sekuji Meja mengecap Kelongsong stensil
Kain putih Bahan pewarna bahan lekar
R Proses membuat batik skrin
Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya
pada kertas
Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan
bilangan pemidang yang akan digunakan
Kelongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan
untuk melukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka
corak
Kain putih yang bersih diregang rata di atas meja
Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi
Bahan pewarna dituang pada bahagian hujung skrin
Pewarna disapu dengan licin dan rata dengan cara menarik atau
menolak sekuji
Kain yang telah siap dicetak dijemur sehingga kering
Proses pengewapan dilakukan pada kain supaya warnanya tidak
luntur
Kain kemudiannya direndam dan dibersihkan di dalam air suam
yang bercampur bio-soft untuk menanggalkan lebihan bahan
pewarna di samping melembutkan kain dan dijemur.

Topik 3 Ukiran
R Definisi
dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu
yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah
makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.
ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan
menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool.
hasil rupa tradisi Melayu yang terulung.
Dua faktor yang menjadikannya sedemikian rupa ialah:
R Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang
digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan
hiasan.
R Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada
pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran
kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat,kemahiran
pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.
mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan
terus timbul perlahan serta berliku-liku.
mempunyai imbangan sama ukur di antara bahagian yang positif
dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dengan
keadaan yang sederhana serta tiada unsur yang berlebihan.
Ukiran kayu sebagai penyataan daya cipta Melayu dalam bentuk
tampak yang terdapat pada aneka benda seperti barang-barang
kegunaan harian dan seni bina.
jelas pada binaan masjid, rumah makam, kepala sampan,
perabot, serta barangan kegunaan harian.
R Alat dan media
Terdapat 4 jenis ukiran:
R Layang
Ukiran ini dibuat pada papan. Bahagian latar corak tidak ditebuk.
Silat dibuat hanya pada corak.
R Tebukan tembus (timbul silap)
Ukiran jenis ini terbahagi pada 2 iaitu:
bersilat
tanpa silat
Timbul
Ukiran jenis ini dibuat pada papan. Bahagian latar, corak ditebuk.
Corak ukiran lebih timbul dan bersilat jika dibandingkan ukiran
layang.
(iv) Alat dan bahan:
Ukiran ini dibuat pada batang kayu seperti tiang tangga
R peralatan yang digunakan:
R Gergaji
potong
belah
R Alat perata permukaan kayu
ketam perata ketam golek
RPahat
rata kuku
Tukul kayu
Pisau wali atau pisau ukir
Kikir pari
Kikir
Berus dan syelek
Cetar
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 4/ 14
R bahan yang digunakan:
Kayu Pewarna Gam
R Proses dan Teknik Mengukir
Penyediaan kayu
(i) Pilih papan yang sesuai.
(ii) Potong mengikut ukiran yang dikehendaki.
(iii) Ketamkan permukaan.
Melukis corak di atas permukaan kayu
Terdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan
(i) Melukis terus pada permukaan papan.
(ii) Tekap.
(iii) Tampal kertas bercorak atas permukaan papan.
Mengukir
R Ukiran layang:
Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak.
R Ukiran bunga timbul:
Bahagian latar corak ditebuk. Diukir menyerong pada corak untuk
menimbulkan silat.
R Ukiran tebuk tembus:
Bahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak dan
latar untuk menimbulkan silat. Bahagian latar tembus
menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat.
R Ukiran larik:
Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk.
R Menyilat
Menimbulkan bentuk pada corak. Keindahan ukiran terletak pada
jenis silat yang sesuai. Gubahan silat-silat yang sesuai bagi
menampakkan pergerakan dan menimbulkan bentuk. Menyilat
juga untuk menampakkan konsep tinggi dan rendah dalam
kedudukan aras dan ruang yang terdapat pada corak.

R Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran
Berikut adalah motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora,
seni khat, fauna, awan larat, kosmos dan geometri.
R Flora
Daun:
bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya,
ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung,
pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain.
Bunga:
cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting,
kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung,
matahari, cengkih dan lain-lain.
R Seni Khat
ayat-ayat Al-Quran
R Fauna
itik pulang petang
RAwan Larat
awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angina
sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.
R Kosmos
Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain.
R Geometri
Corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam
rupa bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan tulisan jawi juga
digunakan.
R Pengunan warna
biasaan ukiran Melayu tidak menggunakan warna tetapi di pantai
timur didapati penggunaan warna terdapat pada ukiran bangau
perahu dan ukiran alat muzik seperti rebab. Cat dan air perada
emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan ukiran khat pada
bangunan masjid di seluruh Semenanjung. Pada keseluruhannya
ukiran kayu Melayu menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang
digunakan yang memaparkan jalinan selain kemasan.






R Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam
Hias (Corak) Ukiran: Menggunakan Sabun
R bahan:
Sabun buku
Carving tool
Pisau
Alat tajam untuk melakar seperti jarum peniti, pencungkil gigi
Span
R Langkah 1 :
Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang
terdapat dalam ukiran.
R Langkah 2 :
Guru mengarahkan pelajar untuk melakarkan reka corak ukiran
kepada pelajar.
R Langkah 3 :
Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara
bagaimana mengukir sesuatu corak pada sabun.
R Langkah 4 :
Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas
kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
R Langkah 5 :
Pelajar dikehendaki melakarkan reka corak tersebut di atas sabun
dengan menggunakan alatan tajam seperti jarum peniti dan
sebagainya.
R Langkah 6 :
Pelajar mengukir sabun dengan menggunakan carving tool atau
pisau.
R Langkah 7 :
Pelajar melicinkan hasil ukiran pada sabun dengan menggunakan
span dan sedikit air.
Persembahan hasil kerja
(i) Penilaian berdasarkan
ide reka cipta
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan

Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu
dan orang lain.
Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang batik atau tempat membuat
ukiran
Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
(i) bagaimana ukiran dihasilkan
(ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan
hingga akhir
(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari ukiran
(iv) pemasaran barangan ukiran
R Aktiviti pembelajaran tambahan
(i) Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni ukiran. Teliti setiap contoh
dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.
(ii) Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada
ukiran.

Topik 4 Tenunan
seni tekstil yang terkenal di Malaysia.
halus dan tinggi mutunya mencerminkan kreativiti
dan kemahiran pandai tukang tempatan dalam bidang ini.
banyak terdapat di negeri Kalantan, Terengganau dan Pahang.
merupakan salah satu daripada kraf tradisional.
R DefinIsi Tenunan
Tenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang
menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang).
Rr Sejarah
Tenunan sonkat adalah dipercayai berasal daripada kerajaan
Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di negara ini.
R Jenis-jenis Tenunan
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 5/ 14
Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu:
Tenunan Pahang
Tenunan songket (kain benang emas)
Tenunan Pua
R Tenunan Pahang
tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak
mempunyai ragam hias. Di Kelantan, tenunan jenis ini dikenali
sebagai tenunan balas sementara di kampong Gerung, Kelantan
dikenali sebagai setuli benang. Tenunan ini ditenun dengan
menggunakan kek Siam.
diusahakan di kawasan Pekan, Pahang dan Kelantan.
Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas.
Bagi negeri Kelantan pula, pembuatannya banyak menggunakan
benang setul (benang Rayon).
R Tenunan songket
Menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu
tenunan asas, benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini
sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas
atau perak (benang pakan).
R Terdapat dua jenis songket:
Tekat 3
Tekat 5
R Jenis Kain Tenunan
Terdapat tujuh jenis kain tenunan:
Kain bujang atau Samping
Kain sarung tenunan corak berang
Kain sarung
Kain kampuh Kain lepas Kain destar/Tanjak/Tengkolok
Kain selendang
R Proses Menghasilkan Songket
bahan-bahan yang digunakan:
Benang Benang loseng
Benang pakan vBahan pewarna
R alatan yang digunakan:
Kek (loom)/tumpoh/kek pua
Anak geliging Lidi Belira
Torak, cubaan dan pelting (peleting)
Pasong dan papan gulung
R Proses menenun songket
Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas untuk
menghasilkan tekstil melalui proses tenunan dengan
menggunakan alat seperti kek
tumpoh atau kek injik kaki. Benang diwarnakan dengan warna
pencelup yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan
sehelai kain.
Persediaan sebelum menenun:
R Menerai benang
Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan
menggunakan alat rahat dan ruwing. Benang-benang dililitkan
kepada peleting buluh atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai
benang atau loseng untuk proses menganing.
R Menganing
Proses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi
mendapatkan panjang kain dan corak tanah kain.
R Menggulung benang losing ke papan gulung
Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan
gulung melalui proses menggulung. Benang yang telah siap
digulung pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang
terletak di hujung kek. Benang daripada papan gulung ini
dinamakan benang loseng.
R Menyapuk
Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk
dimasukkan ke gigi jentera dengan menggunakan jarum di mana
proses ini dinamakan proses menyapuh/menyapuk.
R Mengarat
Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan
karat. Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara
mata karat berselang seli pada baris barisan karat depan atau
karat belakang.
R Menenun
Poses menenun dikenali sebagai mengarat. Ia dimulakan dengan
benang loseng digerakkan turun naik silih berganti apabila jijak
karat ditekan serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan atau
sebaliknya bereulang-ulang kali. Setiap kali torak dilancarkan,
selembar benang akan ditenun. Ia perlu diketatkan dengan asakan
alat jentera. Proses ini dibuat berulang kali sehinggalah helaian
kain terbentuk.
R Proses menyungkit corak
Sebelum menyusun lidi atau bilah nibung, saiz reka bentuk motif
perlu ditentukan dengan mengambil kira saiz gigi belalang. Saiz
gigi belalang terdiri daripada songketan tekat tiga atau songketan
lima.
Setelah itu lidi atau bilah nibung dimasukkan ke celah benang
loseng mengikut bacaaan geraf setiap corak. Proses ini juga
dikenali sebagai menyolek. Ia bertujuan untuk menyediakan
benang butang. Benang butang ini akan diangkat semasa proses
menenun bagi menimbulkan
corak songket.
R Motif songket
tiga jenis motif dalam ragam hias songket:
R Motif berasaskan flora
Pucuk Rebung Bunga Tanjung Bunga Gorek
Bunga Cengkeh Bunga Telepok Bunga Lawang
Bunga Kunyit Bunga baling-baling
Bunga Cina Bunga Tampuk Berembang Bunga Tampuk
Manggis
R Motif berasaskan fauna
Lawi Ayam Kuda laut Dada kaki Lipan
Kupu-kupu Ayam Jantan Burung Merak
Siku Keluang Besar Siku Keluang Kecil Gigi Belalang
R Motif berasaskan geometri
Bintang Pecah Lapan Makhota
Struktur Ragam hias Songket
mempunyai tiga bahagian yang paling nyata, iaitu:
R Kepala kain
Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam
R Badan kain
Motifnya bebas
R Kaki kain
Seperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif Pucuk
Rebung dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara berbaris
(melintang) serta diapit oleh tali air secara berlapis.

R Susunan Letak Motif Songket
tiga jenis susunan letak motif songket:
Susunan Bunga Penuh. Susunan Bunga Tabur.
Susunan bercorak.

Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat
Songket: Menggunakan Benang Kait/Tali Rafia
R bahan yang digunakan:
Benang kait atau tali rafia pelbagai warna
Bingkat kayu yang berpaku di sekelilingnya
Jarum yang besar
R langkah-langkah aktiviti ini:
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka
corak yang terdapat dalam songket.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
reka corak songket kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru
dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar menyiapkan lakaran songket.
R Proses
Benang atau tali rafia diikat atau disangkutkan pada penghujung
kedua bingkai kayu tersebut pada paku yang terdapat padanya
disusun secara teratur, baris demi baris, mengikut jarak yang
sama. Setelah siap, dengan menggunakan pelbagai warna
benang atau tali rafia, teknik menenun dilakukan secara
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 6/ 14
pergerakan selang seli pada barisan benang atau tali rafia tersebut
hingga siap mengikut ragam corak yang lakarkan.
R Persembahan hasil kerja
(i) Penilaian berdasarkan
ide rekacipta
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan
(ii) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja diri sendiri
dan orang lain.
R Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang tenunan atau tempat membuat
tenunan
Tempat : kilang atau tempat membuat tenunan yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
(i) bagaimana tenunan dihasilkan
(ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan
hingga akhir
(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari tenunan
(iv) pemasaran barangan tenunan.
Aktiviti pembelajaran tambahan
(i) Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tenunan. Teliti setiap
contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.
(ii) Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada
tenunan.

Topik 5 Anyaman
Definisi Anyaman
satu proses menjalin, menjaring-jaringkan menyilangkan helaian
bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun buluh,
rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu dengan menggunakan
teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama lain untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang
dikeringkan.
R Seni Anyaman
seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan
masyarakat Melayu
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun,
lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. -
topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas
tempat duduk.
menjalinkan jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa
jenis tumbuhan yang lain.
R Sejarah dan Perkembangan
seni tradisi dipercayai muncul dan berkembang dan tidak
mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan anyaman adalah
sama dengan perkembangan seni tikar.
anyaman pada masa neolitik kebanyakannya adalah
menghasilkan tali, dinding rumah dan keperluan hidup seperti
bakul.
akar dan rotan adalah bahan asas yang terawal digunakan untuk
menghasilkan anyaman.
dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan
bukan sebagai mata pencarian utama.
Hasil seni anyaman sekarang ini tidak lagi terhad pada bentuk
tradisional sahaja.
organisasi dan perbadanan yang mengusahakan industri ini
dengan skala yang besar seperti, cawangan-cawangan
Perbadanan Kemajuan Krat Tangan Malaysia, Persatuan Gerakan
Wanita Felda, Pusat Kraf tangan Felda dan lain-lain lagi.
R Jenis Anyaman
Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung saji, bekas
pakaian dan lain-lain.
Pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding
Buluh Jenis-jenis buluh yang
Sesuai Bakul, bekas pakaian, beg dan lain-lain
Rotan Rotan yang telah diproses Bakul, bekas pakaian,
tempat buaian anak dan lain-lain.
Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekan telur
Ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas sirih
terbus, bakul, bekas serba guna dan lain-lain
R alatan yang digunakan dalam menghasilkan anyaman
Parang Peyisip Pisau Palurus
Jangka Daun mengkuang/pandan
R Proses Penyediaan Mengkuang/Pandan
(i) Menetak Daun
Mengkuang atau pandan ditetakkan setelah daun matang.Daun
diambil dengan secara menetak di bahagianpangkal daun
tersebut.
(ii) Melayur
Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan.
Proses ini dilakukan bagi tujuan melambutkan daun dan tahan
lebih lama. Proses menjangka akan menjadi lebih mudah apabila
daun tersebut menjadi lembut.
(iii) Menjangka
Daun dijangka dengan menggunakan alat penjangka. Tujuan
menjangka ialah untuk mendapat beberapa lembaran yang lebih
kecil dan seragam. Bagi pandan berduri seperti mengkuang,
proses ini turut dapat membuang duri di tepi.
(iv) Menitik
Proses menitik mengkuang dilakukan oleh dua orang. Seorang
menitik
dan seorang lagi memintal. Ia dimulakan dari bahagian pangkal
hingga ke
bahagian hujung. Anggaran helaian mengkuang semasa menitik
ialah kirakira secekak.
R Teknik dan Proses Menganyam
teknik dan proses menganyam:
R Lagang
(i) dikenali sebagai proses menaja
(ii) Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman
(iii) Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya.
(iv) Setiap bilah daun berbentuk seperti huruf V di tengahnya,
iaitu tempat anyaman bermula.
R Menganyam
(i) Anyaman tengah:
Dilakukan di tengah atau badan sesuatu anyaman
Daun diselang seli secara menegak dan melintang dengan
sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah.
(ii) Mengepai: Proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak
terburai.
(iii) Anyaman sudut:
Disebut juga sebagai anyaman bucu.
Hanya dilakukan pada anyaman berbantuk arca atau tiga
dimensi
R Pepeh atau lepih
dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri
kerja anyaman.
boleh dianyam secara berasingan, kemudian dijahit pada
barang yang dikehendaki.

R Sisip
(i) Proses mengelakkan anyaman daripada terburai.
(ii) Alat peyisip (biasanya diperbuat daripada buluh) digunakan.
(iii) Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja
sisipan.
R Kerat
(i) Pisau kecil yang tajam digunakan dalam proses ini.
(ii) Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong supaya hasil
kelihatan lebihm kemas dan menarik.
Teknik Membuat Bakul Rotan
R Bahan Utama
Rotan merupakan bahan utama untuk membuat bakul. Terdapat
pelbagai jenis rotan yang boleh digunakan untuk dijadikan bakul.
Di antaranya ialah rotan sega. Terdapat juga rotan yang lain yang
telah dibentuk seperti rotan isi atau
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 7/ 14
dikenali sebagai rotan pulor,rotan kulit dan rotan ikat tanpa kulit.
Bilah-bilah rotan ini akan diwarnakan mengikut corak corak bakul
yang dikehendaki. Jalinan
warna digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang begitu
menarik. Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerja-
kerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan yang
digunakan adalah seperti berikut:
(a) Rotan pulor 2 mm digunakan untuk membentuk jalinan
dipermukaan bakul
(b) Rotan pulor 3 mm digunakan untuk dijadikan asas tiang atau
rangka bakul
(c) Rotan sega digunakan untuk pembentukan bingkai dan
tangkai.
R alatan yang digunakan:
Gunting besi
Ragum atau playar memotong
Penyucuk ais (penyisip rotan)
Penyembur air (melembutkan rotan)
Blow torch (mengemaskan permukaan hasilk anyaman)
Pita pengukur (mengukur saiz anyaman)
Penukul dan paku kecil
Pelarut (meluruskan rotan)
Pisau raut
Paku
Lilin
Proses Menganyam bakul
R tiga peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses
pembuatan bakul, iaitu:
Tapak bakul
Badan bakul
Bingkai/Tangkai bakul.
R Rotan direndam
Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya
sebelum proses menganyam bakul bermula.
R Cara-cara Menganyam Bakul
R cara-cara menganyam bakul:
(a) Tapak Bakul
(i) bermula dengan potongan-potongan rotan berukiran 3 mm dan
panjangnya dianggaran 3 kali daripada ketinggian ukiran bakul.
(ii) Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan
ke salah satu bicu asas tapak tersebut.
(iii) Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah
itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka
yang berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik seperti mana
yang telah dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi ukuran tapak
yang diperlukan.
(iv) Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal
sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk
dijadikan bahan.

R Badan Bakul
Jalinan badan bakul dibentuk dengan menggunakan anyaman 2
serentak berpintal iaitu menngunakan 2 rotan untuk dijalinkan
sekali.
pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 90% lurur
tiang rangka.
Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan
hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain.
R Bingkai Bakul
Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai
yang kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garis pusat
bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan
dengan paku kecil.
Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga
menutup bingkai bakul.
Bagi tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur,
hujungnya diraut hingga nipis.
Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti
mana yang dilakukan kepada bingkai tadi.
Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.
Bakul rotan yang telah siap akan dibuang bulu-bulu yang
terdapat pada rotannya. api digunakan untuk membuangnya.
R Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Anyaman Kelarai
Bercorak: Menggunakan Kertas
R bahan yang digunakan:
Kertas Pelbagai Warna Pisau
Pembaris Gunting Gam
R langkah-langkah aktiviti
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka
corak yang terdapat dalam anyaman.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
reka corak anyaman kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru
dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar menganyam satu kelarai mengikut lakaran.
R cara-cara membuat kelarai:
(i) Kertas berwarna dipotong/digunting untuk menghasilkan
jaluran-jaluranm garisan mengikut ukuran yang tertentu sebagai
tapak anyaman.
(ii) Beberapa kertas warna juga dipotong mengikut ukuran yang
tertentu untuk dijadikan jalur-jalur garisan sebagai bahan dianyam
di atas tapak anyaman.
(iii) Kertas warna itu dianyam selang seli, atas bawah, satu persatu
denganm menggabungkan pelbagai warna supaya kelihatan
menarik mengikut.
(iv) Anyamlah sehingga ia memenuhi atau padatkan pada ruang
tapak anyaman tersebut.
R Persembahan hasil Kerja
(i) Penilaian berdasarkan
idea reka cipta
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan
(ii) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri
danorang lain.
R Aktiviti cadangan
lawatan ke kilang anyaman atau tempat membuat anyaman
Tempat : kilang atau tempat membuat anyaman yang
berhampiran.
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan
bagaimana anyaman dihasilkan.
berapa jenis anyaman dihasilkan.
proses bagaimana anyaman rotan dihasilkan diperingkat
permulaan hingga akhir.
kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari anyaman.
pemasaran barangan anyaman.
R Aktiviti pembelajaran tambahan
Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni anyaman. Teliti setiap
contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.
Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada
anyaman.

Topik 6 Tembikar
R Definisi tembikar
kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun
dahulu.
Ragam bentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar
melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar mempunyai ciri-ciri
kegunaan harian.
dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk
atau warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik
pembuatannya yang tersediri serta dipengaruhi oleh budaya dan
latar belakang si pembuat.
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 8/ 14
Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan
digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas
menyimpan air, balang dan lain-lain
lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.
R Sejarah
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu.
Ini terbukti
dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun,
Ipoh, Perak,
Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang.
Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan
harian.
bentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling
awal dicipta oleh tukang tempatan.
barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri
mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri serta
dipengaruhi oleh budayan latar belakang si pembuat.
labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labun
dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional.
Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan
penghasilann
Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di Kelantan dan di
Serawak.
R Jenis-jenis tembikar
jenis-jenis tembikar:
R Geluk
Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi
sebagai bekas air. Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif
yang kecil dan ringkas.
R Buyung
dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap.
Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung
nmempunyai bahagian leher dan badan.
permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar
dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh.
R Jambangan
berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh
mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m. bahagian badannya
seperti labu yang ditinggikan menjadi seperti tempayan atau
buyung berkaki.
R Labu
diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk separti
kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau
menyimpan air. Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling
dan berupa bentuk geometri. Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum
wanita di
Sayong, Perak.
R Bekas Perasapan/Bekas Bara
Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar
kemiyan.
digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan
kematian masyarakat tertentu

R Motif Ragam Hias
aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang
digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan
berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias
berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-
bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis
panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan
bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya
dijadikan motif tembikar.
R Motif Geometri
Garisan bersilang - seli. susun kisi-kisi
Titik tahi alat Garis keluh Garis berkotak.
Garis tulang ikan Pucuk rebung Bentuk potong wajik
Bentuk segi tiga Bentuk bujur Balung kuku
Rantai perak Susur kelapa Siku keluang
R Motif Gayaan Organik
Sulur kakung Bunga cengkih
Bunga pecah lapan Bunga kedudut
Bunga tanjung Bunga lawang
Kelopak Sambas
Tampuk manggis Tapak pelanduk
Belalang bercula
RTeknik membentuk
Langkah 1: Picitan
Langkah 2: Lingkaran
Langkah 3: Kepingan
Langkah 4: Lempar alin
R Proses membuat tembikar secara tradisional
bahan-bahan yang digunakan.
Tanah liat
Piring Pisau buluh Penepek berukir
Sekam padi Tanur pembakaran Damar
Dawai pemotong. Jarum
Berikut adalah proses menghasilkan tembikar:
R Penyediaan tanah liat
Tanah liat diambil dari lokasi seperti tanah busu, tebing sungai
dan sawah padi.
diproses terlebih dahulu untuk mengasingkan benda
asing/organik yang tidak diperlukan seperti akar-akar kayu, daun,
batu-batu kecil dan lain-lain.
kemudiannya dijemur untuk dikeringkan.
ditumbuk dengan lesung kaki hingga menjadi serbuk.
Serbuk halus yang dihasilkan diayak dengan ayak tepung.
kemudiannya dicampurkan dengan air daun pepulut
(secukupnya 25% air 1:4) dan diperam semalaman.
R Proses menguli tanah
diuli agar sebati untuk menyingkirkan gelembung udara yang
terperangkap
2 teknik menguli iaitu secara spiral dan bullhead
Setelah diuli tanah liat dipotong dengan dawai untuk memastikan
tiada gelembong udara dan bendasing.
R Proses membentuk
Secara Picitan
Membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk
membuat bahagian badan.
Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi
tahap.
Semasa membentuk, permukaan tanah liat ditekan dengan
kayu di sebelah dalam dan ditahan dengan tangan untuk
menguatkan tembikar.
Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.
Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
Tapak atau kaki tembikar yang telah dibuat secara berasingan
dicantumkan kepada bahagian badan tembikar yang telah siap
dibuat semasa tanah liat tersebut dalam keadaan separuh kering.
Sambung bahagian tengkuk dan muncung tembikar.
Rata dan kemaskan bahagian muncung tembikar.
Potong lebihan muncung tembikar untuk kemasan.
Secara Lingkaran
Tekan dan ratakan bentukan kepingan untuk dijadikan tapak.
Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas
permukaan datar seperti meja.
Guris bahagian tepi tapak dan bahagian lingkaran dengan jarum,
sapu dengan lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus.
Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak.
Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki.
Ratakan bahagian sambungan pilihan dengan berus atau alatan
memodel.
Secara Kepingan
Membuat templet daripada kadbod mengikut skala sebagai
panduan.
Buat kepingan tanah liat dengan penggelek setebal 2 kepingan
kayu yang diletakkan di kiri kanan tanah liat.
Letakkan templet di atas kepingan tanah liat dan potong.
Potong bahagian tepi kepingan secara menyerong 45 darjah.
Guris bahagian-bahagian tepi yang akan disambung dengan
menggunakan jarum.
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 9/ 14
Sapu/celup bahagian-bahagian hujung yang akan disambung
dengan Lumpur tanah liat (slip).
Sambungkan bahagian-bahagian kepingan yang telah
disediakan sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki.
Tekan bahagian sambungan di sebelah dalam supaya rata,
kemudian tambahkan lingkaran kecil pada bahagian sambungan
tersebut dan ratakan.
Ratakan seluruh permukaan dengan menggunakan span basah.
R Proses Hiasan
Ragamhias dibuat dengan menggunakan penepek berukir,
sewaktu permukaan masih dalam keadaan lembut.
R Proses melicinkan
Kemudian dilicinkan dengan batu sungai tembikar yang telah siap
dibiarkan kering sebelum dibakar.
R Proses pembakaran
Teknik tanur
tembikar yang telah kering dimasuk dan disusunkan dalam
tanur untuk pembakaran.
Pembakaran dilakukan sekurang-kurangnya 8 12 jam.
Teknik penggunaan para
Tetakkan tembikar di atas para dengan mengkhalakan mulutnya
ke atas api untuk disalai selama lebih kurang 6 hingga 8 jam.
Teknik diangkan pada unggun api.
Diangkan tembikar pada unggung api sehingga benar-benar
kering dan keras.
R Proses mewarna
Apabila tembikar itu telah masak, dalam keadaan yang masih
panas ia dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam
sekam padi selama 10 minit sehingga menjadi hitam seakan-akan
sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar untuk
menghindarkan ketelapan.

Aktiviti Latihan Pembelajaran
Membuat labu atau pasu bunga: Menggunakan tanah liat
(R Bahan untuk membuat tembikar
Tanah liat
Pinggan Pisau buluh Bekas air Air
R teknik picitan.
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang beberapa
bentuk tembikar.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
bentuk tembikar kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara bagaimana melakar bentuk tembikar.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan bentuk tembikar
yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar membentuk tembikar mengikut lakaran.
R Proses pembentukan tanah liat (menguli)
Langkah 1 : Seketul tanah liat diuli. Menguli secara spiral atau
bullhead.
Langkah2 : Potong tanah liat tersebut untuk memastikan tiada
gelembong udara dan berdesing.
Langkah 3 : Kepingan tanah ditekan-tekan dengan jari untuk
mengetahui dan menghilangkan butiran-butiran yangkeras pada
tanah liat.
Langkah 4 : Ambil tanah liat dan pegang dengan tangan kiri,
tangan
kanan mengambil sebahagian tanah liat tadi dan lagakan
hingga bersatu.
Langkah 5 : Tanah ditekan lagi dan dihempap di atas meja secara
berulang
supaya menjadi lembut dan liut.
R Proses membentuk tembikar
Langkah 1 : Memulakan proses membentuk dengan membuat
lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat
bahagian badan.
Langkah 2 : Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas
tahap demi tahap secara picitan dan ditahan dengan tangan yang
satu lagi untuk menguatkan tembikar.
Langkah 3 : Biarkan ia separuh kering sebelum membuat corak
atau mengemaskannya.
Langkah 4 : Pisau buluh atau plastik bag digunakan untuk
melicinkan pembukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian
mata pisau dari bawah ke atas.
Langkah 5 : Biarkan ia kering sepenuhnya.
R Persembahan hasil kerja
(a) Penilaian berdasarkan
idea reka cipta
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
c kemasan
(b) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri dan
orang lain.
(e) Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat tembikar
Tempat : kilang tembikar atau tempat membuat tembikar yang
berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan
bagaimana tembikar dihasilkan
berapa teknik tembikar dihasilkan
proses bagaimana tembikar dihasilkan di peringkat
permulaan hingga akhir
kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tembikar
pemasaran barangan tembikar.
R Aktiviti pembelajaran tambahan
Latihan - Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tembikar. Teliti
setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang
gunakan.
Latihan - Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang
terdapat pada tembikar.

Topik7 Tekat
DefinIsi
Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses
menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu.
seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji
timbul) di kalangan pengusaha tekatan.
Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama
ada disulam, ditekat atau disuji, ragam hias hiasnya semua
dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan
dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur.
Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatu
perkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi dan berturut-turut
(melakukan sesuatu).
Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas
yang sederhana tebal dan di salit dengan benang emas di atas
lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.
menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul..
Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat.
Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan
tampalan kertas perada di atas kain berwarna.
seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni
ini digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi seperti
tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuk
tekat berasaskan corak awan larat
tan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu.
motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daun
keladi, daun bunga padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motif
bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima,
bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya.
bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang.
R Sejarah
berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya
dipengaruhi dengan motif pilihan yang diubahsuai dari sumber
alam oleh tukang-tukang tempatan.
berkembang pesat di istana pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, iaitu pada kurun ke 15.
Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan di
kalangan kerabat di raja. Di Perak, seni tekat pada asalnya
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 10/ 14
dimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada
akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyak
menghasilkan reka bentuk tekat.
dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunan
baba dan Nyonya Melaka serta orang-orang tempatan di beberapa
negeri Melayu lain setelah kejatuhan Kesultanan Melayu melaka. .
Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu.
Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang
rumit, indah dan mewah.
Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasilnya
tekatan digunakan untuk penghasilan barangan tiga dimensi
seperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tepak sirih, kasut dan lain-
lain lagi.
terbatas dan kegunaannya adalah terhad.
Jenis-jenis Tekat
jenis-jenis tekat:
R Tekat timbul benang emas atau perak
Benang emas atau perak diuji berulang-ulang dan berturut-turut
di atas irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan
sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang
emas atau perak.
R Tekat gubah
Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kain
dasar. Mempulur tidak digunakan. Acu yang diperbuat daripada
kertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar sebagai panduan
untuk melukis corak.
Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enau
berwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang
untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas
atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kain
dengan menggunakan benang sutera berwarna.
Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikan
lagi dengan manik dan labuci yang ditaburkan pada ruang-ruang
kosong atau yang tidak bertekat.
R Tekat perada
Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen
yan ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian
tepi kerawang disusuri dengan empat lembar benang emas,
ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian
bawah kerrawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna
lain atau cermin untuk
mengindahkannya lagi.
tidak lagi diusahakan sekarang.

Alatan Tekatan
R Pemidang kayu
dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki.
digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan
tekatan dengan menggunakan peregang, akan memudahkan
bahagian tepi kain digunting.
R Cuban dan benang emas
Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas.
diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak
atau tanduk berukir.
Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam
bentuk palang.
R Irasan atau kain dasar
Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kain
baldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman.
R Benang putih atau benang kapas
Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas
pada mempulur. Benang ini tidak kelihatan di permukaan kain
kerana benang ini seolah menyambut benang emas dan
mengetatkan atau mengemaskan tekatan. Jarum digunakan bagi
mengait dan mendapatkan jarak tekatan
yang rapat.
R Mempelur
Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertas
tebal dan dipotong sehingga meninggalkan bentuk. Bentuk motif
ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam
benang emas dimulakan.
R Proses tekatan
Menyediakan mempelur berdasarkan motif pilihan kajian
daripada sumber alam dengan melukis dan memotong kad tebal.
Mempulur bukan hanya sebagai rangka reka corak tetapi juga
berperanan untuk mengukuhkan dan juga menimbulkan bentuk
ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain
dasar).
Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa
kaki. Tujuan pemidang adalah untuk memegang dan meregang
kain putih yang turut menjadi pinggir kain tekatan bila kain baldu
diletakkan di atasnya. Kain baldu seterusnya
akan disembat kasar supaya lekat pada kain putih yang diregang.
Sebelum proses menyulam atau menekat dilakukan mempulur
diletakkan di atas kain dasar. Kain dasar biasanya terdiri daripada
kain baldu yang berwarna gelap seperti merah hati, biru tua, hijau
tua atau ungu gelap. Pilihan warna ini
adalah untuk menjadikan warna pada hasil tekatan yang berwarna
emas atau perak nampak jelas dan bercahaya. Untuk menambah
kilauannya, kadangkala labuci digunakan.
Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi
bahagian batang mempulur.
ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Benang
putih harus melalui bahagian bawah mempulur tanpa
memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan
mempulur. Tiap kali merentas, benang-benang emas harus
disusun rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan. Dengan
cara ini, sulaman benang emas akan lebih teratur dan kemas.
Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur
tertutup dengan sulaman. Bahagian penyambung biasanya ditutup
dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak
memerlukan bahagian itu ditutup.

Aktiviti latihan pembelajaran membuat tekat
R Menggunakan Benang Kait
Alat:
Benang kait Benang putih
Jarum kasar (berlubang besar) Pemidang kayu
Kain Kad bod (untuk membuat membulur)
Pisau Cuban
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka
corak yang terdapat dalam tekat.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
reka corak tekat kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di
kertas. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak
yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar membuat tekatan mengikut lakaran.
R Proses membuat tekat dengan menggunakan benang
mengait
Corak dilukiskan ke atas ke atas kad bod dan dipotong hingga
menjadi
satu mempulur.
Kain diregangkan pada pemidang kayu.
Mempulur diletakkan di atas kain dasar tersebut.
Cuban yang dililitkan dengan benang kait akan merintasi
bahagian batang mempulur bawah kain.
Benang kait tersebut ditindih dan diikat serta dijahit dengan
benang putih.
Kemudian benang kait tadi akan ditindih dan diikat serta dijahit
dengan benang putih.
Tiap kali merintas, benang kait mesti disusun rapi supaya batang
mempulur tidak kelihatan.
Proses diulang sehingga seluruh mempulur tertutup dengan
sulaman.
R Persembahan hasil kerja
(i) Penilaian berdasarkan
idea reka cipta
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 11/ 14
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan
(ii) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu
dan orang lain.
(d) Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang tekat atau tempat membuat tekat
Tempat : kilang atau tempat membuat tekat yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
(i) bagaimana tekat dihasilkan
(ii) proses bagaimana tekat dihasilkan di peringkat
permulaan hingga akhir
(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tekat
(iv) pemasaran barangan tekat.

Topik 8 Wau (Layang-layang)
R DefinIsi
Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas
dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti
untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.
merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas,gentian
atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang
berkepala, bersayap,berekor dan bertali teraju diterbangkan
dengan bantuan angina
Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama
dikenali juga dengan nama layang-layang di johor, Negeri
sembilan dan Selangor.
R Istilah Layang-layang di Malaysia
lebih sinonim di negeri-negeri di pantai barat dan selatan
Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor
berbanding dengan negeri di pantai timur. Ini terbukti berdasarkan
catatan tun Sri lanang,di mana menurut beliau, Raja Ahmad
bermain layang-layang bersama-sama dengan
pemuda-pemuda serta kerabat di raja.
R terbahagi kepada empat:
Layang-layang laga
Layang-layang anak
Layang-layang hiasan
(d) Layang-layang atau wau
R Wau
Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara
Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.
Menurut Wayne Hosking dalam kites of Malaysia perkataan
wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan
Wouw. I
merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa
dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan
pendapat orang tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau
berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang
dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu yang dijumpai,
menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang
dihasilkan oleh busar yang tedapat pada wau. Apabila wau
dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur itu
menghasilakan bunya wau, wau, wau secara irama.
R Ciri-ciri utama wau
mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.
RJenis-jenis wau
Wau bulan Wau Jala Budi Wau Kucing
Wau daun atau barat
Jenis kegunaan wau
R kegunaan wau:
R ditayangkan di udara.
R dipertandingkan keindahan hiasannya.
R untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancung.
Wau dimensi baru
dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak
serta warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai
pasaran yang baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah
menjadi satu identity istimewa negara. Wau dengan pelbagai saiz
dan corak sering diletakkan sebagai hiasan di dinding ruang
tetamu, restoran, firma, hotel, pejabat,
rumah dan tempat-tempat lain.
R Corak hiasan wau
Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat
dengan awan larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan.
Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat.
Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir
(Tebuk). Tidak sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan
semburan warna.
Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna.
Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau.
R Jenis-Jenis Motif
Bunga matahari
Daun ketumbit
Ketamguri.
Pucuk rebung
Itik pulang petang
Badak mudik
Proses Membuat Wau
(a) Alatan dan bahan yang digunakan:
R Alat
Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting
R Bahan
Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas
minyak atau kertas warna, gam dan benang
R Langkah-langkah untuk membuat wau:
Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.
Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.
Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak
kita.
Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.
Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan
larat.
Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.
Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas
warna.
Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau.
Aktiviti latihan pembelajaran membuat wau hiasan:
R Menggunakan kertas
Bahan:
Kertas pelbagai warna Kadbod Pisau
Pembaris Gunting Gam
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang rekacorak
yang terdapat dalam wau.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
rekacorak wau kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara bagaimana untuk membuat lakaran
rekacorak wau hiasan.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru
dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar menghasilkan satu rekacorak wau hiasan.
R Membuat wau hiasan
Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak
kita.
Lipat 2 helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.
Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis rekacorak wau
tersebut.
Potong bahagian sobek rekacorak yang telah dilukis.
Bahagian yang telah dilukis itu harus ditampal pada kertas
warna.
Tampal kertas yang dihiasi pada kadbod.
R Persembahan hasil kerja
Penilaian berdasarkan
idea reka cipta
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan
Apresiasi
Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 12/ 14
orang lain.
R Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang wau atau tempat membuat wau
Tempat : kilang atau tempat membuat wau yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
(i) bagaimana wau dihasilkan
(ii) proses bagaimana wau dihasilkan diperingkat
permulaan hingga akhir
(iii) kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari wau
(iv) pemasaran barangan wau.

Topik 9 Gasing
Definisi
berasal daripada suku kata ka dan sing. Ka iaitu singkatan
kayu dan sing daripada perkataan pusing kerana gasing sifatnya
berpusing.
popular sejak zaman kesultanan Melaka. Musim bagi
petandingan gasing ialah selepas musim menuai atau musim
buah-buahan.
Bentuk gasing, cara pembuatan dan peraturan permainannya
berbeza di antara negeri di pantai timur dengan negeri-negeri di
pantai barat Semenanjung Malaysia.
merupakan permainan tradisional yang terkenal di kalangan
penduduk kampung di Malaysia terutama sekali di pantai timur
seperti Kelantan dan Terengganu.
dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.
Menurut kepercayaan gasing boleh berpusing melebihi
24 jam sekiranya ia diserapi oleh banyak semangat.
Gasing yang bermutu diperbuat daripada kayu jenis keras yang
banyak terdapat di Kelantan dan Trengganu.
Kayu ini kemudiannya akan dibentuk kapada bentuk sebiji piring.
Untuk memperkukuhkan lagi gasing, satu lingkaran besi akan
dipasang pada bibir gasing. Sebiji gasing akan mengambil masa 4
hingga 8 minggu untuk disiapkan.
R Jenis-jenis Gasing
Berikut adalah jenis-jenis gasing:
Gasing Pahang Gasing Pari Gasing Paying
Gasing Puyuh Gasing Loceng Gasing Berembang
Gasing Botol Gasing Bugis Gasing Bunut
Gasing Cina Gasing Denak Gasing Jantung
Gasing Kanak-kanak Johor Gasing Leper Kelantan
Gasing Loceng Gasing Merlimau Gasing Paku.
R Bahagian-bahagian Tubuh Gasing
Paksi
berupa logam yang dipasakkan pada patak untuk meligatkan
gasing dan juga berfungsi sebagai sangga tuas
Patak
di antara tubuh dengan paksi gasing
Labu
antara bahu dengan patak untuk lilitan gasing
Kepala
atas tubuh gasing yang bulat dan kecil
Leher
lekuk di antara kepala dengan bahu untuk melekatkan hujung tali
gasing
Bahu
atas tubuh gasing sebagai tempat melilit tali
Pemotek
Hiasan kepala gasing uri daripada sebarang logam atau plastik
yang dilekapkan pada kepala gasing uri
Turap
Dipasang pada kepala gasing untuk menjaga bahagian kepala
supaya tidak retak, tanggal dan mengelakkan dari pecah
R Fungsi Gasing
Gasing hiasan
dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidak
memilih kayu dan tidak mementingkan fungsi berpusing
Gasing permainan
bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untuk
permainan.
Gasing pangkah
Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat berat
yang betul, memastikan imbangan yang baik dan mendapat
keligatan yang baik supaya tahan urinya walaupun setelah
dipangkah.
Gasing permainan
Gasing yang dibuat untuk pertandingan diberi nama gasing uri.
Ianya bukan untuk pangkah memangkah tetapi untuk pertandingan
urinya sahaja. Ianya popular di pantai timur sahaja.
R Ciri-ciri Istimewa Gasing
Paksi melambangkan kalbu kerana paksi ialah tempat gasing
berpusing.
terletak di bahagian tengah sebelah bawah gasing dan diperbuat
daripada besi waja.
Patak melambangkan roh.
c Labu melambangkan nafsu.
Kepala melambangkan akal.
Pemotek melambangkan iman. Pemotek ialah pusat ikatan
gasing yang terletak di bahagian tengah sebelah atas gasing dan
biasanya disalut dengan perak serta dihias dengan rekaan bunga-
bungaan supaya kelihatan cantik.
R falsafah Gasing
Paksi gasing mengikut paksi bumi dan edarannya. Keseimbangan
amat diperlukan dalam pembuatan gasing supaya gasing tidak
ketetel atau imbal, begitu juga dengan kehidupan manusia yang
memerlukan keseimbangan dalam
R Bahan Membuat Gasing
Bahan
R Kayu
diperbuat daripada jenis kayu iaitu daripada kayu yang paling
keras hingga yang paling lembut.
Gasing yang keras diperbuat daripada kayu jenis terpilih yang
tahan dan tidak mudah pecah, berpusing ligat dan tenang ketika
dimainkan.
Kayu Koran adalah jenis yang terbaik tetapi sukar diperoleh.
Kayu bakau ban digunakan untuk membuat gasing kerana
sifatnya yang keras, tidak mudah pecah, tidak begitu imbal dan
mudah didapati.
Kayu ciku dan petai juga sesuai untuk membuat gasing
walaupun lebih ringan dari kayu Koran dan bakau.
Kayu johol dan kerada juga sering digunakan untuk membuat
gasing.
Kapak Gerudi
Paku Kertas Pasir Pemahat
R Proses Membuat Gasing
Kayu yang dipilih ditarah dengan kapak untuk membentuk
rangka kasar gasing yang berbentuk seakan-akan dua piring
bertangkup dua.
c Gerudi digunakan untuk menebuk lubang di bahagian pusat
kayu.
Paku berukuran kira-kira 9cm panjang dibenamkan dan
meninggalkan kirakira 2cm di bahagian luar.
(d) Proses melirik, iaitu proses membuat gasing mengikut bentuk
dan saiz yang dikehendaki.
Kertas pasir digunakan untuk menggilap. Gasing boleh terus
digunakan atau pun dicat dan diwarna terlebih dahulu supaya
kelihatan lebih menarik.
Gasing yang telah siap menampakkan keindahan dan seni cipta
yang bermutu tinggi.
Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Gasing
R Penggunaan sabun
Bahan:
Sabun buku Carving tool Pisau
Alat tajam untuk melakar seperti jarum peniti, pencungkil gigi
Span Paku
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang
rekabentuk gasing.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
rekabentuk gasing kepada pelajar.
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 13 / 14
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara bagaimana menghasilkan rekabentuk gasing.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekabentuk yang baru
dia kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar dikehendaki melakarkan rekabentuk gasing.
R Proses membuat gasing
Langkah 1 : Pelajar melakarkan rekabentuk gasing di atas sabun
dengan benda
tajam seperti jarum peniti.
Langkah 2 : Pelajar mengukir sabun mengikut rekabentuk yang
dilakarkan
dengan menggunakan carving tool atau pisau.
Langkah 3 : Pelajar melicinkan hasil ukiran pada sabun dengan
menggunakan
span sedikit air.
Langkah 4 : Pelajar mencucukkan paku pada bahagian bawah
gasing tersebut.
R Persembahan hasil kerja
Penilaian berdasarkan
(i) idea reka cipta
(ii) kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
(iii) kemasan
Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya sendiri dan
orang lain.
R Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat gasing
Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
bagaimana gasing dihasilkan
proses bagaimana gasing dihasilkan diperingkat permulaan
hingga akhir
kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari gasing
pemasaran barangan gasing.

Topik 10 Perhiasan Diri
LATAR BELAKANG PERHIASAN DIRI
Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara
penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia.
Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri
mula dicipta dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga
seperti emas, perak dan batu permata.
Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah
Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah
menggunakan alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M)
lagi. Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan
barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan
kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian,
penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di
bawah naungan istana.
hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan
di kepala.

R Hiasan kepala
Cucuk sanggul
wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang dan
membuat sanggul.
Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa
dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan
menahan sanggul supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga
berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si
pemakai.
cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna.
Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk
sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang.
R Sikat atau sisir rambut
alat untuk mengemas dan merapikan rambut.
sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada sanggul
dalam kedudukan tertentu.
daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading
dan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang
menarik.
R Penutup Kepala
Memakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu
zaman dahulu sama ada lelaki dan perempuan.
Tenggolak golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya
dihiasi dengan barang kemas yang diperbuat daripada emas
bermotifkan flora dan fauna dalam berbagai bentuk.
Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai
oleh pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau emas
bertahtakan intan permata.
R Hiasan telinga
tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu anting-anting
(subang jurai), kerabu dan sunting malar.
Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat
dengan teliti dan halus.
dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis
tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh.Kerabu
ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam
pelbagai bentuk seperti geometric, flora dan diikat dengan sebutir
batu permata atau mutiara. Sunting malar pula merupakan satu
hiasan yang digantung di telinga dan berjurai ke bawah. Biasanya
wanita yang memakai sunting malar akan menyanggul rambut
agar kelihatan lebih berseri.
R Hiasan Leher
rantai, loket, dokoh dan kalung.
(a) Rantai
terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh.
diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan
awan larat atau flora.Kadang kala ia diikat denga intan atau
berlian.
(b) Loket
Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotifkan
flora dan fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti
geometrik dan organik. Ada juga loket yang diikat dengan batu
permata atau mutiara sebagai hiasan.
(c) Dokoh
terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia. Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan
dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya
dokoh mempunyai tiga tingkat.
Kalung
dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak.
Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada
sususan rantai halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung
panjang dan kalung pendek dan selalunya leper. Kalung juga
dikenali sebagai aguk.
R Hiasan Tangan dan Leher
benda yang disarung pada bahagian anggota badan
khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti
cincin,gelang tangan, dan kaki.
Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis. c
memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam
pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa
permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah
pada birainya untuk menampakkan seri
dan keunikannya. Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari
dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat daripada emas atau perak.
Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan flora dan bentuk
geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata
mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat lohong di
dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai
dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergalangan tangan.
Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata.
Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan
keturunan di raja.
cBentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang
tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran
yang dijadikan hiasan pada gelang kaki.
R Hiasan Pinggang
HBAE3103 NOTA RINGKAS KRAF TRADISIONAL OUMClub
http://oumclub.blogspot.com. 14/ 14
Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending. Tali pinggang
direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan
seseorang penakainya lebih bergaya dan menarik dengan
memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali pinggang
diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Pending pula
biasanya dihiasi dengan motif-motif flora dan fauna yang amat
halus dan menarik buatannya.
R Hiasan Pada Pakaian
. Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai
penghias baju, terutamanya baju kebaya labuh.
Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang
diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu
permata. Butang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi
ianya dipakai pada baju kurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu
diperbuat daripada emas, perak dan suasa. Ada di antara butang
baju yang dihiasi dengan batu permata.
R Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Bentuk
Kalung berhias:
Menggunakan manik atau lain-lain bahan buangan
Bahan
R Manik pelbagai warna dan lain-lain bahan buangan
R tali pancing
R kancing penyangkut
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang ragam
bentuk yang terdapat dalam hiasan rantai.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
ragam bentuk kalung kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara sesuatu ragam bentuk dihasilkan di kertas.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru
dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar membuat ragam bentuk kalung mengikut
lakaran.
R Proses membuat
Tali pancing diisi dan dipenuhi satu persatu dengan manik
pelbagai warna mengikut reka cipta masing-masing.
Menyambung dan mengikat rantian manik tersebut kepada
bahagian rantai asas mengikut gubahan masing-masing.
(iii) Setelah kalung itu disiapkan, kancing pengangkut diikatkan
pada penghujung kedua-dua bahagian rantai tersebut.
R Persembahan hasil kerja
(a) Penilaian berdasarkan
idea reka cipta
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan
R Apresiasi
Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan
orang lain.
R Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat hiasan diri
Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran,
seperti
kedai emas
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan.
bagaimana perhiasan diri dihasilkan
proses bagaimana perhiasan diri dihasilkan di peringkat
permulaan hingga akhir
kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari hiasan diri
pemasaran barangan hiasan diri.

You might also like