You are on page 1of 3

PENGENALAN

Kemahiran membaca perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak semenjak kecil lagi. Hal ini kerana, kemahiran ini amat dititikberatkan, terutama dalam matapelajaran bahasa melayu. Kegagalan menguasai kemahiran membaca akan mengakibatkan murid-murid ketinggalan dalam pelajaran lain seperti matematik, sains, agama dansebagainya kerana kesemua matapelajaran lain menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Malah mereka tidak akan dapat memahami dan menjawab soalandengan betul dan juga tidak mampu menguasai kaedah penulisan dengan baik.Literasi bahasa merupakan suatu pendekatan yang harus diambilberat oleh gurubagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam aspek mengenal dan membaca hurufdan perkataan.

Menurut Hasnah Awang (2010) dalam bukunya Literasi Bahasa Melayu, perkataan literasi membawa maksud pembelajaran bagaimana untuk membaca,melakukan pengiraan mudah, operasi asas pengiraan dan kemahiran literasi laindalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan literasi membawa maksud kebolehan membaca dan menulis.

Menurut Bawden (2001) melalui Hasnah Awang (2010), literasi juga mencakupi beberapa bidang lain. Antaranya ialah literasi maklumat yang merangkumi literasimedia, literasi rangkaian, literasi teknologi. namun untuk bengkel ini, unit PISMP KajianSosial telah menekankan mengenai literasi bahasa sejajar dengan matlamat untukdiaplikasi dalam pendidikan sewaktu P&P. ABSTRAK REFLEKSI Seminar literasi bahasa ini telah mewajibkan unit kami iaitu PISMP Kajian Sosialuntuk merekacipta sebuah bahan bantu mengajar (BBM) yang tertentu. Setelahdilakukan undian diantara kesemua unit PISMP yang terlibat, akhirnya unit kami telahditugaskan untuk merekacipta sebuah bahan bantu mengajar berasaskan permainanboneka. Bahan bantu mengajar (BBM) boneka ini akan bermanfaat dalam menarikminat murid

untuk belajar dalam bergembira. Tanpa mereka sedari sebenarnya merekasedang belajar dan mereka mudah mengingati segala apa yang dipelajari sewaktu sesipengkisahan kerana minda murid alam persekolahan rendah amat peka dan mudahuntuk menghafal apa sahaja yang mereka terima.Sewaktu sesi perbincangan antara ahli-ahli dalam unit kami, terdapat pelbagaiidea-idea bernas yang telah dilontarkan oleh setiap ahli.

Kesemua idea tersebut amat bersesuaian dan bertepatan dengan maksud penggunaan BBM boneka dalampengajaran. Ada antara ahli mengesyorkan untuk membuat patung boneka tangan,boneka kayu dan sebagainya. Namun setelah diteliti segala idea yang telah dilontarkan,maka kesemua ahli unit telah sebulat suara untuk memilih idea menggunakan boneka patung berlidi. Rasionalnya pemilihan boneka patung berlidi ini ialah kerana ianyasenang dipraktikkan di dalam pengajaran akibat dari pembuatannya yang mudah dantidak terlalu kompleks. Malah ianya kelihatan lebih menghidupkan suasana kerana boneka tersebut mampu digerakkan ke mana sahaja di pentas boneka. Murid-murid juga akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada sesi pengkisahan kerana mereka akan mudah hanyut di dalam imiginasi mereka.

Melalui aktiviti ini juga, kami mendapati bahawa murid-murid lebih memberikan tumpuan sewaktu sesi pengajaran sedang berlangsung. Ianya berbeza dengan penggunaan teknik pengajaran yang lebih konvensional yang murid-murid lalui setiaphari. Dengan penggunaan alat BBM ini, ditambah pula dengan teknik penceritaan yangmenarik dan wujudnya interaksi dengan murid, murid-murid akan lebih memberikan tumpuan dan sekaligus mereka dapat belajar tanpa mereka sedari. Penggunaan watakkartun yang menarik dan berwarna sudah tentu akan menarik lagi minat mereka dan mereka akan dapat belajar dengan hati yang gembira. Berkemungkinan besar, merekatidak akan bosan sewaktu sesi pembelajaran dan sentiasa bersemangat untukmengikuti pembelajaran subjek tersebut seterusnya.

Selain itu, hubungan antara ahli kumpulan juga dapat dikukuhkan dandipereratkan melalui sesi perbincangan yang dijalankan. Sikap bertolak-ansur danberani

menyuarakan idea dan pendapat turut dipupuk sepanjang sesi perbincangandiadakan. Aktiviti ini juga menyedarkan kami tentang aspek pengurusan masa secaraberkesan dan dapat dijadikan panduan kepada kami, khususnya dalam mengawal kelasdan menyampaikan isi pengajaran dengan jelas setelah bergelar guru suatu hari nanti.Sewaktu memikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru, bengkel inimampu untuk meningkatkan kreativiti seorang pendidik dalam menghasilkan bahanbantu mengajar yang berkesan dan dapat mencapai objektif yang diharapkan.

Dalam perlaksanaan bengkel ini, terdapat juga beberapa kelemahan yang kamisedari yang melambatkan proses perlaksanaan bengkel kami ini. Antara masalah yang kami hadapi ialah kekangan masa yang singkat. Masa yang diberikan singkat dan kami seunit terpaksa melaksanakan segala tugasan dengan kadar yang segera namun tidakmengenepikan aspek kualiti bahan. Malah beberapa sesi perbincangan turut diadakanuntuk memastikan segala proses dapat berjalan dengan lancar. Proses pembuatan alatbantu belajar dapat dijalankan dengan lancar setelah selesai perbincangan rasional dankaedah perlaksanaan diadakan.

Kesimpulannya, bengkel ini amat wajar untuk dilaksanakan di masa hadapan bagi memberikan pendedahan kepada kesemua bakal guru mengenai teknik, strategidan kaedah pengajaran serta penggunaan bahan bantu mengajar dengan berkesankepada murid. Hal ini penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

You might also like