You are on page 1of 3

Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup : Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem

Khamis, April 18, 2013 Sains Ting 2 37 comments

Di bumi ini, kita ada berjuta-juta organisma yang terdiri daripada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan hidup secara berkelompok dan saling bergantung antara satu sama lain.

Spesies ialah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk yang sama. Organisma ini boleh saling membiak menghasilkan anak. Contoh : spesies rama-rama

Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama hidup dan membiak di kawasan yang sama. Contoh : populasi monyet

Komuniti ialah beberapa populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersamasama dan saling bersandaran antara satu sama lain. Contoh : populasi zirafah yang hidup bersama populasi zebra membentuk satu komuniti

Habitat merupakan tempat tinggal semula jadi bagi organisma. Ini adalah bagi tujuan mendapatkan makanan, perlindungan dan tempat pembiakan. Contoh : Hutan Hujan Tropika

Ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti yang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain serta juga mempunyai hubungan dengan persekitarannya yang merangkumi benda bukan hidup seperti air, udara, tanah dan cahaya matahari.

You might also like