You are on page 1of 10

3.

1 Soalan 2 : Jelaskan stail komunikasi yang boleh digunakan oleh guru dan bagaimana ia memberi kesan ke atas tingkah laku pelajar, kaedah pengajaran, dan hasil pembelajaran. 3.1.1 Pengenalan Penekanan kepada aspek ekuiti dan kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan institusi pendidikan kini akan menjadi kriteria utama kepada kejayaan pendemokrasian pendidikan keseluruhannya (KPM, 2001). Berfokuskan kepada keberkesanan pengurusan institusi tersebut saya melihat akan perlunya pembentukan sebuah bilik darjah yang

diuruskan dengan baik dalam mendukung kejayaan pendemokrasian pendidikan. Jika kita berkehendakkan menara yang tinggi, kukuhkan dahulu tapaknya. Begitulah analogi yang dapat saya kaitkan dalam pembentukan bilik darjah yang terurus dengan bertunjangkan kepada komunikasi yang berkesan sebagai suatu asas kukuh yang harus diwujudkan oleh guru. Komunikasi amat penting dalam interaksi antara guru dengan pelajar dalam menjamin kelancaran proses pembelajaran dan suasana bilik darjah yang harmoni. Dengan kegagalan dalam komunikasi seperti pemberatan kepada komunikasi sebelah pihak sahaja akan membawa kepada suatu suasana bilik darjah yang suram. Oleh hal yang demikian, komunikasi dua arah antara guru dan pelajar amatlah penting. Menurut kamus dewan edisi ketiga, komunikasi merujuk kepada perhubungan secara langsung ataupun secara perantaraan. Definisi komunikasi dari sudut estimologi dan terminologi dapat dilihat menerusi rajah di bawah.

Estimologi

Terminologi

Komunikasi berasal daripada bahasa latin iaitu "communication" dan "communis" yang bererti kata sama makna.

Komunikasi bererti penyampaian suatu pernyataan oleh seseorang kepada orang lain.

Komunikasi berlangsung apabila antara orang-orang yang terlibat iaitu penutur terdapat kesamaan makna mengenai suatu hal yang dikomunikasikan. Definisi komunikasi oleh (Uchjana, 1992).

Pada pandangan saya, komunikasi mempunyai skop yang luas serta pendefinisian yang pelbagai mengikut pemahaman individu. Oleh hal yang demikian, kita haruslah merujuk pendefinisiannya daripada pelbagai pendapat tokoh. Komunikasi menurut Everett Rogers dalam karyanya iaitu Hafied Cangara (1998:20),komunikasi didefinisikan sebagai proses di mana suatu idea dialihkan daripada sumber iaitu penutur kepada seorang penerima ataupun lebih dengan maksud untuk mengubah tingkah laku mereka. Komunikasi dedefinisikan sebagai pertukaran pesan verbal mahupun bukan verbal antara pengirim atau penutur dengan penerima pesanan untuk mengubah tingkah laku (Arni Muhammad, 2005). Saya melihat pendefinisian yang diberikan oleh kedua-dua tokoh ini membawa kepada sudut pandang yang sama iaitu pertuturan untuk mengubah tingkah laku penerima. Dapat disimpulkan bahwa komunikasi sebagai suatu proses pengiriman dan penyampaian pesan samada dalam bentuk verbal atau bukan verbal oleh seseorang kepada orang lain untuk mengubah sikap, pendapat, atau perlakuan. Komunikasi yang baik harus disertai dengan wujudnya jalinan pengertian antara kedua belah pihak (pengirim dan penerima), sehingga komunikasi dapat ditafsir dengan baik.

3.1.2 Jenis Komunikasi Seperti yang digariskan pada sebelum ini, stail komunikasi amatlah penting untuk dipraktikan dalam berhadapan dengan perbezaan tahap sesorang pelajar. Komunikasi dua hala antara guru dan murid amat penting dalam menjamin suasana belajar yang kondusif. Oleh hal yang demikian, guru haruslah berfokuskan kepada 2 jenis komunikasi yang membantu kepada keberhasilan pencapaian objektif dalam pengajaran. Komunikasi tersebut ialah komunikasi interpersonal, dan juga komunikasi intrapersonal. Komunikasi ini dapat diterjemahkan oleh guru dalam dua bentuk umum iaitu komunikasi verbal dan komunikasi bukan verbal.

Jenis komunikasi

a) Komunikasi Intrapersonal

b) Komunikasi Interpersonal

Dikomunikasikan melalui

Verbal

Bukan Verbal

Lambang kepada sifat asertif guru

Rajah menunjukkan jenis komunikasi yang boleh guru gunakan oleh guru samada dalam bentuk verbal ataupun bukan verbal a) Komunikasi Intrapersonal Komunikasi intrapersonal yang mana kita mengenali diri sendiri dengan lebih dekat lagi dengan berfikir dan mengingati kembali pengalaman silam demi membentuk

perhubungan yang lebih bermakna pada masa hadapan (Narimah, 2004). Berdasarkan buku Teori-teori Motivasi karya Prof. Madya Dr. Saodah Wok, Model Pusingan Osgood & Schramm menggariskan komunikasi intrepersonal dengan mengambil kira komunikasi individu sebelum komunikasi antara perseorangan berlaku. Hal ini bermaksud, sebagai seorang guru, kita harus bersedia dengan input-input dari dalam diri untuk melakukan sesuatu perkara seperti memikirkan nasihat yang hendak diberikan kepada pelajar sebelum memulakan percakapan. Konsep-konsep yang berkaitan dengan komunikasi intrapersonal dapat saya jelaskan menerusi pemetaan grafik di bawah.

Konsep kendiri. - bagaimana keperibadian kita kepada orang lain.

Kesedaran diri - bagaimana kita mengenali diri sendiri.

Pendedahan diri. - bagaimana kita mengeluarkan maklumat dan katakata tentang diri sendiri daripada yang umum dan rahsia kita kepada orang lain.

Estim kendiri. - bagaimana kita menghargai diri kita sendiri dan bagaimana kita beranggapan tentang nilai diri.

Rajah menerangkan tentang konsep-konsep komunikasi intrapersonal. b) Komunikasi Interpersonal. Komunikasi interpersonal dalam bidang perguruan amat diperlukan. Ianya berlaku antara dua individu bagi mencapai persefahaman. Secara konstektual, komunikasi interpersonal digambarkan sebagai suatu komunikasi antara dua individu atau lebih. Mereka saling berinteraksi dan memberikan respon. Berdasarkan Teori Tembusan Sosial yang diutarakan oleh Altman & Taylor (1973), dapatlah saya simpulkan bahawa proses komunikasi interpersonal adalah proses tembusan sosial yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang diri dengan pasangan masingmasing. Dalam konteks perguruan, pasangan ini dapat diterjemahkan kepada anak murid.

Komunikasi interpersonal adalah proses pertukaran informasi antara seseorang yang lazimnya berlaku secara berpasangan ataupun dengan beberapa ahli perbincangan yang diketahui latar belakangnya (Arni, 2005). Manakala menurut Mulyana dalam blog peribadinya, komunikasi interpersonal ini adalah komunikasi yang hanya melibatkan dua orang, seperti suami dan isteri, dua rakan sejawat, dua sahabat, antara guru dengan murid dan sebagainya. Dalam berbicara tentang komunikasi interpersonal dalam skop perguruan, seorang guru itu haruslah menguasai beberapa kemahiran bagi menjamin stail komunikasi ini berkesan dan mempengaruhi pelajar dari aspek positif.

Kemahiran membina hubungan

Kemahirankemahiran Komunikasi Interpersonal

Kemahiran memberi perhatian

Kemahiran mendengar

- Mendengar dengan telinga ketiga (Reik,1948) melibatkan kemahiran memikir dan membayangkan bagaimana orang lain menginterpretasi maklumat.

Rajah menerangkan kemahiran-kemahiran komunikasi interpersonal yang petik daripada buku Kompetensi Kecerdasan Emosi

3.1.3 Perkaitan Antara Komunikasi Verbal Dan Bukan Verbal Dalam Melaksanakan Komunikasi Intrapersonal Dan Interpersonal Persediaan rapi sebelum guru berhadapan dengan murid-muridnya harus dititikberatkan terutama dalam aspek komunikasi. Komunikasi intrapersonal dan

interpersonal merupakan komponen wajib yang harus digunakan oleh guru dalam memperkasakan kemahiran komunikasi mereka. Namun demikian, kedua-dua jenis komunikasi tersebut adalah menerusi dua stail ataupun kaedah iaitu komunikasi verbal, dan juga komunikasi bukan verbal.

Komunikasi verbal merujuk kepada pengucapan bersuara yang diterbitkan melalui penggunaan bahasa yang bertujuan untuk melahirkan pemikiran, perasaan, dan tindak balas terhadap sesuatu isu atau persoalan (Hasuria et. al, 2009). Menurut Iekha dalam blog peribadinya, komunikasi verbal adalah bentuk komunikasi yang disampaikan dengan cara menulis ataupun penyampaian oral yang meliputi kenyataan, idea-idea, pemikiran,ataupun keputusan. Komunikasi bukan verbal lazimnya dikaitkan dengan gerak tangan dan perlakuan tanpa ujaran bahasa yang secara tradisi dirujuk sebagai gerak isyarat yang telah diterima sebagai peranti komunikasi bukan verbal. Dalam erti kata yang lain, komunikasi bukan lisan dilakukan tanpa menggunakan kata-kata samada dengan suara atau tanpa suara. Why does Senator John McCain constantly play with his wedding band? Is Senator Hillary Clintons smile genuine? Standing with her arms straight down on her sides, what does that mean? Why does Senator Barack Obama place his left hand in his trouser pocket when he says Once I become President of the United States? Why does Governor Mike Huckabee constantly unbutton and tug at his jacket? (Hargrave,1998) Berdasarkan pandangan Hargrave tersebut, jelaslah melihatkan pertalian antara bahasa bukan verbal dalam komunikasi harian yang hadir sebagai maklumat tersembunyi dalam sesuatu komunikasi. Maklumat tersebut harus bijak ditafsir agar objektif utama pengucapan penutur dapat diterjemah dengan baik. Komunikasi bukan lisan merupakan sumber maklumat yang banyak dan berguna untuk mendapatkan idea awal tentang sikap atau reaksi seseorang tentang sesuatu perkara, peristiwa atau perkataan yang kita ucapkan. Menurut Albert Mehrabian (1985), sesuatu mesej adalah 7% berbentuk lisan, 38 % berbentuk vokal (contohnya, intonasi suara) dan 55% berbentuk bukan lisan. Peribahasa Cina ada mengatakan "sebuah potret

menggambarkan seribu kata" dan ungkapan "actions speak louder than words" menggambarkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh komunikasi bukan verbal.

Bahasa bukan verbal ini dapat diterjemahkan kepada beberapa komponen seperti yang terdapat dalam peta grafik berikut.

Ruang - Kawasan - Peribadi

Cara berpakaian Bahasa bukan verbal

Gerakan tangan

Nada suara

Air muka

Rajah komponen bahasa bukan verbal Ruang Pada hakikatnya, penggunaan ruang tidak dikaitkan dengan bahasa bukan verbal. Namun demikian, ruang memainkan peranan penting dalam komunikasi. Ruang dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang kawasan dan juga ruang peribadi. Ruang kawasan merujuk kepada sempadan fizikal yang boleh dilihat oleh orang lain dan berada dalam keadaan tetap seperti ruang belajar dan juga ruangan meja guru di bahagian hadapan kelas. Ruang peribadi ditentukan oleh sifat-sifat psikologi seperti personaliti sesorang individu (Samsuddin, 1993). Ruangan ini lebih melihat kepada lokasi jarak antara individu. Ruangan peribadi ini harus dititik beratkan dalam bidang perguruan bagi membolehkan pelajar selesa berinteraksi justerupembelajaran berkesan dapat dihasilkan. Jadual di bawah adalah rumusan yang telah saya lakukan hasil daripada cadangan Hall (1959) yang dapat digarap menerusi buku Komunikasi Asas karya Samsuddin A. Rahim.

Ruang Peribadi Jarak mesra Jarak peribadi

Huraian Jarak yang rapat untuk tujuan komunikasi bersifat sulit. (18 inci) Individu yang berhubung rapat untuk tujuan komunikasi peribadi tetapi tidaksulit. (satu kaki setengah)

Jarak sosial

Interaksi dengan individu yang tidak rapat seperti perbincangan mesyuarat. (4-12 kaki)

Jarak awam

Komunikasi satu hala seperti pengucapan awam (lebih 12 kaki)

Gerak tangan Sebagai isyarat gerakan tangan yang kita gunakan secara tersendiri kerana ianya

dengan sendirinya akan dapat menyampaikan maksud yang dikehendaki. Contohnya, meletakkan tangan diperut serta membongkokkan badan sebagai tanda sedang mengalami sakit perut. Tanpa gerakan tangan, sesuatu komunikasi itu mungkin tidak difahami dengan baik.

Isyarat tangan menunjukkan reaksi positif ataupun bagus.

Isyarat jari telunjuk dibibir sebagai tanda untuk mengawal suasana yang bising.

Air muka Riak wajah memainkan peranan penting seperti menentukan jalinan komunikasi

seperti ketidakselesaan dalam berkomunikasi bagi sesorang yang baru berkenalan. Hal ini bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi ialah satu naluri yang berkaitan dengan faktor biologi dan fisiologi. Oleh hal yang demikian, kita dapat mengetahui perasaan dan juga keperibadian seseorang itu menerusi air mukanya. Gembira Sedih Rungsing

Nada suara Berkaitan dengan bagaimana suara dilontarkan ketika berkomunikasi mengikut

kesesuaian situasi. Nada suara seperti suara yang meninggi atau rendah dan penyampaian yang laju atau perlahan oleh seseorang guru dapat memberi gambaran kepada pelajar tentang penekanan yang ingin dilakukan. Cara berpakaian Cara berpakaian akan mempengaruhi konsep diri. Keselesaan dan keyakinan diri akan terpancar menerusi gaya pemakaian yang sesuai untuk sesuatu majlis ataupun upacara. Sebagai seorang guru, pakaian sering kali dikaitkan dengan status dan kuasa. Oleh hal yang demikian, penampilan guru haruslah kemas kerana ianya merupakan komponen bahasa tubuh yang mempengaruhi tanggapan pelajar.

You might also like