You are on page 1of 1

Membuat anggaran adalah satu kemahiran penting dalam matematik.

Selalunya, kita perlu membuat anggaran tentang nilai-nilai di dalamkehidupan seharian kita. Ini termasuk anggaran tentang duit, masa, jarak, berat dan sebagainya.Membundar ialah sejenis anggaran. Bagi membundar satu nombor bulat,pelajar-pelajar kamu perlulah diajar 3 langkah berikut: (a)Langkah 1 Cari nilai tempat yang perlu dibundarkan, secara ringkasnya, digit yangperlu dibundarkan.Sebagai contoh, jika kita mahu membundar nombor 236 489 kepada1000 yang terdekat, maka digit yang dibundarkan ialah 6memandangkan 6 mempunyai nilai tempat ribu. (b)Langkah 2 Jika digit di sebelah kanan digit yang dibundarkan adalah kurangdaripada 5, kekalkan digit yang dibundarkan dan tukar kesemua digitke sebelah kanannya kepada sifar

You might also like