You are on page 1of 1

KEPENTINGAN MUZIK DI SEKOLAH RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia mengan ggap muzik

tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-ma ta tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus. Sebabnya, di negara kita tid ak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya b oleh dibilang dengan jari. Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaa n yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan. Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau pera nannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain. Seolah-olah kita men idakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misaln ya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya. Mentaliti i tu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana mahu 'membuat dui t' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit. Itu daripada segi tarikan luaran. Apabila bercaka p daripada segi dalaman pula, bagaimana sumbangan muzik dalam mempengaruhi emosi , psikologi, ketrampilan diri dan pembentukan nilai intelek seseorang? Ia agak t erlalu jauh ke depan. Mungkin kita tidak terfikir sampai ke tahap itu lagi. Apa pun, ia boleh dimaafkan sesuai dengan taraf kita yang tinggal di negara membangu n.

You might also like