You are on page 1of 2

TOPIK 4 4.1 KONSEP, DEFINISI DAN PRINSIP gred bertujuan mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

Gred penilaian dapat digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain. Pada tahun ini, markah atau gred bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam buku laporan pelajar. Ia bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal pelajar yang diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). Kepentingan Pengredan a. Pelajar / Murid markah dan memberikan motivasi b. Ibubapa pendedahan pencapaian anak di sekolah c. Guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar d. Sekolah ( Pentadbir ) mengenalpasti pelajar memenuhi objektif pengajaran 4.1.2 Prinsip-prinsip Penggredan dalam Pendidikan Jasmani a. Penggredan boleh digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan pelajar itu sendiri. Ia dikenali sebagai satu proses penilaian yang mudah difahami oleh semua orang b. Gred adalah penilaian berterusan di mana ia boleh dijadikan sebagai panduan pendidik untuk menunjukkan pencapaian pelajar. Penggredan juga digunakan untuk menentukan status semasa murid. c. Dengan menggunakan gred, matapelajaran Pendidikan Jasmani akan dapat mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. d. Menjadi kelaziman untuk ukuran/kriteria rujukan kepada ujian, yang mana gred menentukan prestasi secara tepat dan khusus. e. Sejarah menunjukkan bahawa Pendidikan Jasmani telah dikritik kerana tidak menghiraukan cara, bahasa dan ujian yang dijalankan. Ujian yang digunakan sering kali tidak tepat, kurang matlamat dan tiada piawaian yang diperlukan untuk mencari ketepatan dalam pengukuran. f. Melalui gred juga, para guru boleh menggunakan maklumat bagi memilih pelajar yang terbaik untuk mewakili sekolah.

4.2 PENENTUAN GRED DALAM PENDIDIKAN JASMANI Guru Pendidikan Jasmani seharusnya dapat menentukan cara yang hendak digunakan untuk menentukan gred di dalam Pendidikan Jasmani. 4.2.1 Faktor Psikomotor Faktor psikomotor banyak digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid. Ia melibatkan kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar. Antara aktiviti yang digunakan untuk penggredan ialah kemahiran dalam aktiviti, kecergasan dan prestasi dalam permainan. Penggunaan gred dalam menilai aktiviti a) Kemahiran dalam aktiviti b) Kecergasan c) Prestasi dalam permainan 4.2.2 Faktor Kognitif Dalam faktor kognitif, gred diberi berdasarkan pengetahuan murid dalam bidang Pendidikan Jasmani. Sebagai contoh, penilaian mestilah berdasarkan pengetahuan murid dalam undang-undang permainan, sejarah dan teknik-teknik yang digunakan. Tetapi, seringkali penilaian ini diabaikan oleh para guru kerana mereka lebih menitikberatkan tentang praktikal sesuatu permainan.

4.2.3 Faktor Afektif Gred untuk faktor afektif pula merangkumi penilaian daripada segi perasaan, nilai-nilai dan emosi individu. Gred boleh diberi oleh guru melalui pemerhatian dan interaksi secara langsung dengan murid. Kebanyakan guru Pendidikan Jasmani merasakan gred yang diberi berdasarkan faktor kognitif ini tidak begitu efektif untuk digunakan kerana penilaiannya tidak begitu jelas. Mereka lebih cenderung menitikberatkan pemberian gred dalam faktor psikomotor dan kognitif. Jenis-jenis gred a. Gred Tradisional menggunakan gred A,B,C,D,E / 1,2,3,4,5,6,7 ( UPSR/PMR/SPM/MUET ) b. Sistem Pemerian dan Gambaran member gambaran spt Cemerlang, Sederhana, Memuaskan,Kurang memuaskan. c. Sistem lulus-gagal - berjaya atau tidak / gagal atau lulus kriteria-kriteria yang disenaraikan: a. Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran. Jika faktor ini tidak dimasukkan dalam objektif pengajaran, gred tidak boleh digunakan. b. Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. Sistem gred yang digunakan hendaklah konsisten dan harus menunjukkan faktor pencapaian yang telah murid lakukan. c. Pemberat (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah difahami oleh murid dan ibubapa. Teknik untuk menentukan gred juga tidak harus dirahsiakan dikalangan murid dan ibubapa dan tidak terlalu sukar sehingga kurang difahami oleh mereka. d. Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria, guru haruslah mendiskriminasi antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah. Pelajar yang beraksi dengan tahap yang lebih tinggi mestilah mendapat gred yang terbaik daripada pelajar yang beraksi pada tahap yang buruk. e. Gred mestilah ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan hendaklah dilaksanakan secara berkesan, terutama yang melibatkan masa, kos dan personal. Dalam era ini, penggunaan komputer dilihat lebih berkesan dan memberi guru lebih masa untuk persediaan di dalam kelas.

You might also like