You are on page 1of 26

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN SENI KREATIF


(MASALAH PEMBELAJARAN)

TAHUN SATU

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


MASALAH PEMBELAJARAN

SENI KREATIF
TAHUN SATU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN

MUKA SURAT

RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KATA PENGANTAR PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD FOKUS MATA PELAJARAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENTAKSIRAN STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK

v vi viii ix ix ix x xi xi xiii xiii 2 7

iii

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

KATA PENGANTAR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan

ini,

selaras

dengan

tahap

kebolehan

murid

dan

keadaan

persekitaran.

Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke21.

Dalam proses penyediaan dokumen KSSR Pendidikan Khas, banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga hingga terhasilnya dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Khas ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

Dokumen KSSR Pendidikan Khas disediakan bagi merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan khas. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat pendidikan khas seperti mana yang tersurat dalam dokumen KSSR. Pelaksanaan kurikulum ini diharap dapat

terima kasih.

menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.

Dokumen ini menyatakan aras penguasaan yang paling minima yang perlu murid kuasai di akhir pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah merancang aktiviti dan pedagogi yang sesuai bagi tujuan

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

vii

PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah

menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk

Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas murid: i. mengamalkan

Masalah Pembelajaran membolehkan

tingkah

laku

dan

sikap

positif

dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

ii.

mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

ix

iii.

menunjukkan

kemahiran

dan

keterampilan

ke

arah

i. ii. iii. iv. v. vi.

Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

kehidupan bekerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi

Kurikulum modal

Berasaskan insan yang

Tunjang

dibina

bagi dan

membangunkan

berpengetahuan

berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: Bentuk Kurikulum Transformasi

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

6.1

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Kreatif

6.1.1 Komponen : Pendidikan Seni Visual Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan melahirkan kemahiran murid-murid yang yang serta

diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. 5.1 Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

dipelajari

seterusnya

berkeyakinan,

berkemahiran,

berketerampilan

bersikap positif dalam kehidupan.

Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard

membentuk. Proses ini memberi keutamaan kepada aktivitiaktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk menggambar, membuat rekaan dan corak, melukis dan mereka dan

Kandungan.

membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid. Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid : i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial ii. iii. mengembangkan bakat dan kreativiti menghayati keindahan alam dan warisan budaya

xi

iv. v.

menghasilkan karya seni yang kreatif menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya

iii. iv. v. vi.

mahir menggunakan alatan muzik melakukan gerakan mengikut rentak lagu mengenal lagu berdasarkan melodinya mengawal koordinasi anggota badan melakon dan menghayati pelbagai watak membaca dialog dengan baik

6.1.2 Komponen : Pendidikan Muzik

vii. viii.

Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi 6.2.1 Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang yang 6.2 Pelaksanaan Modul Pendidikan Seni Kreatif

bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

kehendak tajuk persepsi

muzik,

pengalaman nyanyian,

pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seni serta seni lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid. 6.2.2 Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif Modul Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid : i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif juga

disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

xii

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENTAKSIRAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

xiii

DRAF

PENDIDIKAN SENI VISUAL

DRAF
KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL

/TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. 2. 3. 4. 5. 1. Menggambar Tema: Alam Semulajadi / Alam Benda 1.2 Melakukan contengan bebas menggunakan pelbagai media bagi kemahiran motor kasar 1.2.1 Melakukan contengan bebas di atas kertas mahjung dengan menggunakan pelbagai media 1.2.2 Melakukan contengan bebas di atas kad manila dengan menggunakan pelbagai media 1.2.3 Melakukan contengan bebas di atas kertas lukisan dengan mengunakan pelbagai media 1.1 Melakukan contengan bebas tanpa alatan seni lukis 1.1.1 1.1.2 1.1.3 Melakukan contengan bebas di atas kertas mahjung Melakukan contengan bebas di atas kad manila Melakukan contengan bebas di atas kertas lukisan

1.3 Melukis tanpa alatan

1.3.1 Melukis di udara menggunakan jari 1.3.2 Melukis di atas pasir menggunakan jari 1.3.3 Melukis di atas meja menggunakan jari 1.3.4 Melukis di tapak tangan menggunakan jari 1.3.5 Melukis di papan putih / hitam menggunakan jari 1.3.6 Melukis di atas kertas menggunakan jari

DRAF

/TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.4 Melukis menggunakan alatan seni lukis

1.4.1 Menamakan alatan seni lukis 1.4.2 Melukis menggunakan garisan untuk menghasilkan bentuk.

1.5 Mewarna

1.5.1 Mewarna secara bebas 1.5.2 Mewarna bentuk asas 1.5.3 Mewarna gambar mudah

2. Corak dan Rekaan Tema: Alam Semulajadi / 6. Alam Benda

2.1 Corak tidak terancang

2.1.1 Mencorak secara bebas menggunakan anggota badan i. ii. iii. jari tapak tangan tapak kaki

2.2 Corak terancang

2.2.1 2.2.2

Mencorak menggunakan teknik capan Mencorak menggunakan teknik gosokan i. ii. iii. iv. pensel pensel warna krayon arang

DRAF

/TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Menghasilkan projek

2.2.3 2.2.4

Mencorak menggunakan teknik percikan dan renjisan Mencorak menggunakan teknik titisan

2.3.1

Menghasilkan projek menggunakan hasil rekaan dan corak yang telah dipelajari

3. Membentuk dan Membuat Binaan Tema: Alam Semulajadi / Alam Benda

3.1 Melakukan pergerakan jari jemari secara bebas

3.1.1

Melakukan aktiviti mengoyak dan menampal secara bebas

3.1.2

Melakukan aktiviti menggunting dan menampal secara bebas

3.1.3

Melakukan aktiviti menekap dan menampal secara bebas

3.2 Binaan mudah

3.2.1 3.2.2

Menghasilkan topeng muka Membuat model menggunakan teknik i. ii. iii. iv. mengoyak menggunting menebuk menampal

DRAF

/TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

v.

mengikat

4. Kraf Tradisional Tema: Alam Semulajadi / Alam Benda

4.1 Pengenalan Kraf Tradisional

4.1.1 Mewarna corak anyaman

DRAF

PENDIDIKAN MUZIK

DRAF
KOMPONEN PENDIDIKAN MUZIK

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Persepsi muzik

1.1 Mengenal irama dalam muzik

1.1.1 Memberi respon terhadap detik lagu yang diperdengar 1.1.2 Memberi respon terhadap tempo lagu yang diperdengarkan 1.1.3 Memberi respon secara lisan/ gerakan terhadap corak irama dalam lagu yang diperdengarkan

1.2 Mengenal melodi dalam muzik

1.2.1 Mengenal pic yang diperdengarkan

1.3 Mengenal ekspresi dalam muzik

1.3.1 Memberi respon terhadap dinamik pada lagu yang diperdengarkan 1.3.2 Memberi respon yang sesuai terhadap mud lagu yang diperdengarkan

2. Pengalaman nyanyian

2.1 Menyanyi mengikut muzik

2.1.1 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul 2.1.2 Menyanyi dengan postur badan yang betul 2.1.3 Menyanyi dengan sebutan yang jelas 2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai 2.1.5 Menyanyi lagu berdasarkan melodi 2.1.6 Menyanyi lagu mengikut tempo, pic dan dinamik

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3. Pengalaman Muzikal

3.1 Meneroka bunyi dari pelbagai sumber melalui pengamatan pendengaran

3.1.1 Meniru bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan manusia, bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan bunyi alat muzik 3.1.2 Membezakan bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan manusia, bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan bunyi alat muzik

3.2 Mengenal alat perkusi

3.2.1 Mengenal alat perkusi dari bahan persekitaran 3.2.2 Mengenal alat perkusi tradisional 3.2.3 Mengenal alat perkusi moden 3.2.4 Memegang alat perkusi dengan betul

3.3 Memainkan alat perkusi

3.3.1 Memainkan alat perkusi dengan betul

4. Apresiasi dan estetika seni

4.1 Melakukan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan bunyi

4.1.1 Menghasilkan bunyi menggunakan mulut, tangan, kaki dan jari

4.2 Membuat pergerakan mengikut irama lagu

4.2.1 Melakukan gerakan secara bebas 4.2.2 Melakukan gerakan secara terkawal

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.3 Menghargai kesenian dan kebudayaan

4.3.1 Mengenal kebudayaan negeri dalam Malaysia 4.3.2 Menjalankan aktiviti kebudayaan

Terbitan:

Kementerian Pelajaran Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03- 8888 9917

You might also like