You are on page 1of 37

Sumber tenaga

Tenaga (energy) - didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.

Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok, menyalakan mentol, menunggang basikal, dan mendayung sampan. Semua hidupan (living things) memerlukan tenaga bagi melakukan aktiviti harian mereka.

Tenaga (energy) - didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.

Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada makanan yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan-haiwan lain. Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada makanan yang dihasilkan semasa proses fotosintesis (photosintesis).

Tenaga diukur dalam unit Joule (J).


Tenaga didapati dalam pelbagai bentuk: Tenaga kinetik Tenaga keupayaan. Tenaga Haba Tenaga cahaya Tenaga bunyi Tenaga kimia Tenaga elektrik Tenaga nuklear

Tenaga Kinetik
Tenaga kinetik - tenaga yang dimiliki oleh jasad yang bergerak . Tenaga kinetik akan meningkat (increase) jika: Jisim sesuatu objek itu bertambah. Halaju sesuatu objek itu meningkat Tenaga kinetik bagi sesuatu objek pegun adalah sifar.

Tenaga Kinetik
Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik: Sistem aliran. Gerakan jarum jam. Angin. Guli yang bergolek. Kipas yang berputar. Kenderaan yang bergerak.

Kegunaan tenaga kinetik


Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah kincir angin .

Air yang mengalir boleh digunakan untuk mengangkut kayu balak (timber logs) di dalam industri pembalakan (timber industry).

Tenaga Keupayaan
Tenaga yang tersimpan di dalam badan/jasad kerana kedudukannya (tenaga keupayaan graviti) atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan elastik). Tenaga keupayaan sesuatu objek bergantung kepada: Jisim objek. Jarak objek dari permukaan bumi. Kuasa tarikan graviti ke atas objek itu.

Tenaga Keupayaan
Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek meningkat jika: Jisim objek bertambah. Semakin tinggi jarak objek dari permukaan tanah. Daya tarikan graviti pada objek bertambah. Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek yang berada betul betul di atas permukaan bumi adalah sifar (zero). Sesuatu objek yang sedang jatuh boleh mendapat tenaga kinetik dan kehilangan tenaga keupayaan.

Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan graviti: Buah kelapa yang tergantung di atas pokok. Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan anjal. Buku-buku yang terletal di atas rak dinding. Kipas yang tergantung pada siling (ceiling). Kegunaan tenaga keupayaan graviti : Seorang penyelam/penerjun boleh terjun menjunam ke dalam air dari papan menyelam/anjal. Kanak-kanak boleh meluncur dengan mudah menuruni papan gelongsor. Air di empangan boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di stesen hidroelektrik.

Tenaga keupayaan elastik (elastic potential energy) hanya wujud dalam bahan-bahan yang kenyal sahaja, seperti spring atau getah.
Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan elastik: Segulung spring kereta mainan. Gelang/gelung getah yang diregangkan. Spring yang dimampatkan.

Tenaga keupayaan elastik (elastic potential energy) hanya wujud dalam bahan-bahan yang kenyal sahaja, seperti spring atau getah.
Kegunaan tenaga keupayaan elastik: Tenaga keupayaan yang tersimpan di dalam spring sebuah kereta mainan boleh membuatkan kereta tersebut bergerak. Spring digunakan untuk menggoncang/menghayun buaian . Spring yang diregangkan dan dimampatkan boleh menghasilkan pergerakan yang berterusan .

Tenaga keupayaan elastik (elastic potential energy) hanya wujud dalam bahan-bahan yang kenyal sahaja, seperti spring atau getah.
Kegunaan tenaga keupayaan elastik: Gelung getah (rubber band) yang diregangkan boleh mengikat barangan dengan ketat. Tali getah lastik boleh melontarkan batu apabila ditarik dan dilepaskan. Anak panah bergerak ke arah sasarannya apabila dilepaskan dari busur pemanah.

Tenaga Haba
Tenaga yang tersimpan di dalam objek panas . Tenaga haba sesuatu badan/jasad adalah bergantung kepada dan isipadu badan/jasad tersebut. Tenaga haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh konduksi , perolakan dan sinaran/radiasi . Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas . Contoh-contoh sumber tenaga haba: Api. Matahari. Kolam air panas. Air yang mendidih. Pemanas elektrik. Badan manusia dan haiwan.

Kegunaan tenaga haba: Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk menukarkan air kepada stim . Untuk memanaskan air dan memasak makanan. Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan (evaporation) air laut di bawah matahari. Untuk mengeringkan pakaian yang basah.

Tenaga Cahaya
Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.
Tenaga cahaya boleh dikesan oleh mata. Tanpa cahaya, mata tidak dapat melihat objek sekeliling.

Tenaga cahaya boleh bergerak didalam vakum dan didalam satu garis lurus dalam bentuk gelombang .

Sumber-sumber tenaga cahaya:


Matahari. Api. Kilat. Lampu / mentol.

Kegunaan tenaga cahaya:


Membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap (dark). Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses fotosintesis (photosynthesis). Membekalkan tenaga kepada sel-sel solar. Menayangkan filem.

Tenaga Bunyi
Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Sesuatu objek yang bergetar menghasilkan pergerakan yang berulang.

Gelombang bunyi akan didengar oleh telinga manusia sebagai bunyi. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti udara, air, dan pepejal. Ia tidak boleh dipindahkan/bergerak (travel) di dalam vakum (vacuum).

Tenaga Bunyi
Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi: Wisel (whistle) yang ditiup. Dram/gendang (drum) yang dipukul. Gitar yang dipetik talinya (guitar string). Tali biola (violin string) yang digesek (scraped). Loceng (bell) yang dibunyikan. Siren kereta polis.

Tenaga Kimia
tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia. Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia , tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan ditukarkan kepada bentuk tenaga. Tenaga kimia didapati pada bahan api (fuels) seperti petroleum, gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan (food) seperti beras, daging, buah-buahan dan jagung; sel-sel elektrokimia (electrochemical cells) seperti bateri sel kering dan akumulator.

Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain.

Kegunaan tenaga kimia:


Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan mendidihkan air. Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan motor/enjin. Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba untuk memanaskan badan serta mengawal suhu badan. Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik (electrical energy) ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran cas elektrik.
Tenaga elektrik dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik, yang kemudiannya ditukar kepada bentuk tenaga yang lain untuk melaksanakan kerja. Contoh-contoh tenaga elektrik: Dinamo (dynamo). Bateri/sel kering. Sel solar. Penjana-kuasa elektrik.

Kegunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian


Untuk menyalakan lampu. Untuk membolehkan kita menggunakan perkakas elektrik seperti periuk nasi, cerek elektrik, dan pengekstrak jus. Untuk memisah/mengasingkan air kepada hidrogen dan oksigen dalam proses elektrolisis air. Untuk mengendalikan motor dan enjin elektrik

Tenaga Nuklear
Tenaga nuklear (nuclear energy) adalah tenaga yang tersimpan dalam nukleus atom. Tenaga nuklear juga dikenali sebagai tenaga atom (atomic energy).

Contoh-contoh tindak-balas (reactions) yang menghasilkan tenaga nuklear: Pembelahan nuklear (nuclear fission) Satu proses di mana atom yang besar dipecahkan kepada dua atau lebih atom yang lebih kecil dan ringan, yang mana tenaga juga dibebaskan.
Pelakuran nuklear (nuclear fusion) Satu proses di mana unsur-unsur (element) yang lebih kecil dan ringan bergabung dengan satu sama lain untuk membentuk elemen baru dan lebih besar. Tenaga juga dibebaskan semasa proses tersebut.

Kegunaan tenaga nuklear dalam kehidupan seharian:


Untuk menjana tenaga bagi mengendalikan mesin dan kapal selam (submarines). Untuk menjana tenaga elektrik, seperti di stesen-stesen kuasa nuklear (nuclear power stations). Untuk menghasilkan senjata seperti bom atom (atomic bomb).

Pelbagai sumber tenaga

You might also like