You are on page 1of 29

BAB 1: PENGENALAN PENGURUSAN

PENGURUSAN MAKMAL
Makmal secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ruang terkawal bertujuan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kajian saintifik seperti pengujian, penghasilan produk, perkhidmatan dan akhirnya satu nilai pengukuran dihasilkan. Manakala secara khususnya pula, makmal dapat digambarkan sebagai ruang yang menyediakan kemudahan bagi tujuan yang sama tetapi menjurus kepada matlamat dan objektif penubuhannya seperti makmal perubatan, makmal pengajaran dan pembelajaran, makmal kaca, makmal alam sekitar dan sebagainya. Pengurusan pula merupakan bidang yang cukup luas merangkumi segala aspek kehidupan manusia dan hubungannya dengan persekitaran. Amalan mengurus telah wujud sejak beribu tahun yang lalu. Sains pengurusan telah banyak membantu manusia membina peradapan dunia, buktinya sehingga kini kita dapat melihat kejayaan manusia dulu kala mengurus dan membina tujuh keajaiban dunia.

DEFINISI PENGURUSAN
Menurut Brech (1957), pengurusan adalah sebagai satu proses sosial yang menentukan tanggung jawab untuk kecekapan atau keberkesanan perancangan dan perjalanan pergerakan-pergerakan perusahaan. Pengelibatan tanggung jawab yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1) Memberi kuasa dan menjaganya serta menetapkan kaedah-kaedah bagi menentukan segala rancangan tidak terbantut, malah berjalan dengan baik. 2) Menyatupadukan, memandu dan mengelola tenaga kerja yang merupakan energy kepada perusahaan itu.

Menurut Azhari (1990), pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu proses perancangan, pengemblengan, arahan dan kawalan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Perancangan bermaksud setiap tindakan perlulah mempunyai suatu perancangan yang difikirkan terlebih dahulu. Manakala penggemblengan pula membawa maksud penggemblengan dan koordinasi tenaga kerja serta sumber bahan ke arah mencapai matlamat organisasi yang dikehendaki. Arahan dalam konteks pengurusan pula adalah arahan-arahan yang dikeluarkan untuk pekerja-pekerja bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Kawalan memberi erti bahawa pihak pengurusan akan memastikan organisasi sedang bergerak ke arah mencapai matlamat.

DEFINISI PENGURUSAN
Mary Parker Folett pula mendefinisiksn pengurusan sebagai satu tatacara atau seni bagi mencapai sesuatu kerja atau menghasilkan sesuatu keluaran melalui manusia. Manakala Peter Druker melihat pengurusan sebagai fungsi kepimpinan di dalam membuat keputusan yang relevan kepada perusahaan secara menyeluruh. Membuat keputusan dan komunikasi adalah dianggap sebagai nadi penggerak sesebuah organisasi pada masa kini dan ianya perlulah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

SEJARAH PENGURUSAN SAINTIFIK


1. Frederick Winslow Taylor percaya kepada sains pengurusan yang berdasarkan kepada pemerhatian, pengukuran, analisis, pembaharuan kaedah kerja, dan juga insentif ekonomi. Kajian beliau lebih menjurus kepada usaha membentuk kaedah-kaedah yang paling sesuai dalam melakukan sesuatu kerja atau tugasan. Beliau percaya pihak pengurusan perlu bertanggungjawab untuk merancang, memilih tenaga kerja dengan teliti, memberi latihan yang mencukupi kepada tenaga kerja dan memelihara hubungan baik dengan tenaga kerja. Pengurusan juga perlu bertanggungjawab ke atas apa yang tenaga kerja lakukan. Kesemua teknik dan konsep pengurusan ini telah dibukukan dalam The Principal of Scientific Management yang diterbitkan pada tahun 1911. Antara kandungan Pengurusan Saintifik Taylor bolehlah diringkaskan seperti berikut: 1. Selia aktiviti perlu didasarkan kepada sains untuk menggantikan pendapat atau peraturan-peraturan yang tiada asas. 2. Pekerja perlu dipilih dengan teliti dan kaedah sains digunakan untuk melatih dan membangunkan pekerja-pekerja yang sudah dipilih. 3. Pihak pengurusan perlu bekerjasama dengan pekerja supaya aktiviti dilakukan berpandukan kaedah-kaedah sains yang telah dibangunkan. 4. Pihak pengurusan perlu lebih bertanggungjawab ke atas aktiviti yang dilakukan oleh tenaga kerja di mana sebelum ini tanggungjawab itu dipikul oleh tenaga kerja sahaja.

SEJARAH PENGURUSAN SAINTIFIK


2. Frank Gilbreth, seorang lagi tokoh pengurusan saintifik telah membuat kajian secara terperinci ke atas pergerakan tubuh badan manusia untuk melakukan sesuatu kerja. Hasil daripada kajian ini beliau telah membangunkan prinsip ekonomi pergerakan yang mengandungi tujuh belas asas manusia yang dikenali sebagai Therbligs. 3. Henry Gantt pula telah menghasilkan satu sistem penjadualan yang digunakan seluruh dunia dalam kontek mengurus sesebuah projek yang dikenali sebagai Gantt Chart. Carta ini dapat membantu pengurusan projek dalam menentukan perkembangan dan tempoh masa pelaksanaan projek, kos projek, pengurusan sumber manusia dan sebagainya. 4. Henry Ford pula telah memperkenalkan kaedah mass production di dalam pengurusan saintifik, iaitu satu sistem di mana satu jumlah pengeluaran yang besar dihasilkan dengan menggunakan komponen-komponen piawai dan tidak menekankan keperluan terhadap tenaga kerja mahir.

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


1. PENGURUSAN SEBAGAI SATU PROSES a) Pendekatan ini telah diasaskan oleh Fayol seorang tokoh perindustrian Perancis pada sekitar tahun 1916, seiringan dengan itu perkembangan yang sama juga sedang berlaku di Amerika oleh Frederick W. Taylor.

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


1. PENGURUSAN SEBAGAI SATU PROSES b) Douglas McGregor pula mementingkan pembangunan secara professional bagi seorang pengurus. Beliau membayangkan bahawa setiap pertumbuhan dalam profesion mestilah bermula dengan pemeriksaan terhadap bagaimana seorang pengurus menganggap dirinya dan hubungannya dengan kerja mengurus segala kemudahan serta sumbersumber keluaran bagi mencapai hala tuju sesebuah organisasi. Beliau mewujudkan dua bentuk teori mengenai keadaan manusia itu dalam hubungannya dengan tugas yang dikenali sebagai teori X dan teori Y. Di dalam teori ini, McGregor berpendapat bahawa pihak pengurusan perlu pintar dan bijak untuk mencungkil bakat tenaga kerjanya melalui pembangunan manusia dan mengerti kehendak tenaga kerja untuk bebas mengawal diri sendiri dan mempunyai semangat dorongan diri.

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


1. PENGURUSAN SEBAGAI SATU PROSES c) Dr Robert R Blake dan Dr James Mauton telah mehasilkan satu teori pengurusan yang dikenali sebagai petak pengurusan. Keterangan mengenai petak pengurusan ini dapat digambarkan sebagai peranan pengurus dan sikap ambil berat tehadap pekerja .

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


1. PENGURUSAN SEBAGAI SATU PROSES
1.1 Pengurus tidak mengambil berat tentang tenaga kerja dan pengeluaran organisasi. Andainya usaha yang minimum dikehendaki untuk mendapatkan sesuatu tugas itu dijalankan agar ahli-ahli organisasi terus kekal di dalamnya. 1.9 Pengurus tidak begitu mengambil berat terhadap pengeluaran, sebaliknya sangat mengambil berat terhadap tenaga kerja. Andainya dengan sangat mengambil berat dan memenuhi kehendak-kehendak tenaga kerja boleh melahirkan suasana kerja yang lebih baik dikalangan mereka dan meningkatkan produktiviti. 5.5 Pengurus bersifat sederhana dalam mengambil berat terhadap pengeluaran dan tenaga kerjanya. Andainya ialah prestasi organisasi yang sepatutnya boleh tercapai secara pertimbangan tentang mustahaknya kerja-kerja diusahakan dengan menjaga maruah dan moral tenaga kerja atau, unsur manusia dan pengeluaran diseimbangkan dari aspek-aspek tertentu dan tidak berat sebelah di mana-mana pihak yang boleh merosakkan suasana. 9.1 Pengurus sangat mengambil berat tentang pengeluaran tetapi tidak begitu mengambil berat terhadap tenaga kerja. Andainya ialah kecekapan dalam mengendalikan sesuatu hasil dengan keadaan kerja yang teratur, faktor manusia tidak akan membantutkannya. Maksudnya tenaga kerja tidak berupaya merosakkan sistem tugas yang telah disusun rapi dan berkesan. 9.9 Pengurusan sangat mengambil berat kedua-dua aspek iaitu pengeluaran dan tenaga kerjanya. Andainya ialah pencapaian yang jitu dari sesuatu kerja itu lahirnya dari penglibatan tenaga kerja, saling bergantung melalui kecenderungan bersama, percaya-mempercayai serta saling hormat menghormati. Cara ini akan memudahkan matlamat dan tujuan organisai mudah dicapai.

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


2. PENGURUSAN SEBAGAI SATU SISTEM Pendekatan ini mula dilaksanakan yang mana pengurusan dilihat sebagai satu sistem yang terdiri daripada pelbagai bahagian atau komponen yang saling berkait di antara satu sama lain. Keseluruhan komponen ini saling membantu dan bergerak ke arah satu tujuan yang sama..

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
DEFINISI: Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) adalah merupakan satu usaha yang dilaksanakan secara berterusan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam maupun swasta agar terus dapat dijana. Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu dirancang terlebih dahulu agar sesebuah organisasi itu dapat melakukan tanggungjawabnya dengan cekap dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Menurut Abdul Rahim (2003), Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TOM) ialah satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan dan dipertingkatkan secara berterusan dan melibatkan semua aspek di dalam sesebuah organisasi. TUJUAN: Falsafah TQM adalah untuk membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan sebuah organisasi yang cemerlang. Disamping itu, ia merupakan satu proses mertransformasikan budaya. TQM ini akan membawa organisasi mencapai kualiti yang menyeluruh. Ciri-ciri kualiti ini bukan sahaja dipamerkan pada keluaran (produk) atau perkhidmatan semata-mata, tetapi merangkumi keseluruhan operasi dan urusan sesebuah organisasi.

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
KONSEP:

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
CIRI-CIRI:

TQM

MATLAMAT

FOKUS

STRATEGI

PELAKSANA

Kepuasan hati pelanggan. Keluaran tanpa cacat (zero defect/ error free). Keluaran yang sentiasa tepat (right the first time).

Sistem dan proses. Budaya organisasi. Pelanggan. Pembekal.

Penambahbaikan berterusan. Melibatkan seluruh organisasi. Tindakan tindakan yang strategik. Berorientasiakan matlamat yang panjang. Pengawalan kos kualiti. Tindakan pencegaha. Menekan kepastian kualiti. Penyelesaan masalah secara sistematik

Pengurusan atasan (pemimpin). Seluruh tenaga kerja (Total participation). Pasukan-pasukan Kerja

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
PROSES PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN MELALUI PENDEKATAN TQM MELIBATKAN TUJUH PERINGKAT:

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
PRINSIP AMALAN: Prinsip 1 - Sokongan Pengurusan Atasan Prinsip 2 - Perancangan Strategik Kualiti Prinsip 3 - Mengutamakan Pelanggan Prinsip 4 - Latihan Dan Pengiktirafan Prinsip 5 Semangat Berpasukan Prinsip 6 - Pengukuran Prestasi Prinsip 7 - Kepastian Kualiti

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
MODEL PELAKSANAAN:
PERSEDIAAN

PERANCANGAN

RANGKAIAN

FASA-FASA TQM

PENILAIAN

PELAKSANAAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


AKTA TENAGA KERJAAN 1955
Akta ini merupakan satu dokumen undang-undang yang diperkenalkan bagi melindungi para tenaga kerja dalam memastikan bahawa hak mereka terpelihara. Peruntukan dan garis panduan akta ini digunakan oleh para majikan sebagai ukuran bagi pemberian gaji, elaun, faedah dan lain lain imbuhan. AKTA KESATUAN SEKERJA 1959 Kesatuan ini merujuk pada suatu bentuk pertubuhan dalam trend tenaga kerjaan dalam industri tertentu.Ia berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi tenaga kerja atau anggotanya melalui perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah tenaga kerja. Menurut Abdul Razak dan Zainal Ariffin Ahmad (1999), Akta Kesatuan Sekerja 1959 memperuntukkan bagaimana sesuatu kesatuan itu boleh didaftarkan. Dalam konteks ini, Pendaftaran Kesatuan Sekerja bertanggungjawab untuk mendaftar kesatuan yang baru ditubuhkan. Kesatuan yang ditubuhkan hendaklah patuh kepada syarat-syarat yang terdapat di dalam akta ini.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


AKTA PERHUBUNGAN INDUSTRI 1967
Akta Perhubungan Perindustrian 1967 (APP) menyediakan peraturan hubungan antara majikan dengan tenaga kerja dan kesatuan-kesatuan sekerja mereka. Sebarang masalah, pencegahan, pertikaian dan kekeliruan yang wujud daripada perhubungan ini, secara amnya akan dikendalikan dan diputuskan melalui peruntukan yang digariskan di bawah akta ini.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


HUBUNGAN ANTARA MAJIKAN DAN TENAGA KERJA
1. a) b) c) 2. a) b) c) d) TANGGUNGJAWAB MAJIKAN Kewajipan menyediakan kerja dan upah. Kewajipan menyediakan sistem kerja yang selamat. Kewajipan menyediakan kerja yang tidak bertentangan dengan undang-undang. TANGGUNGJAWAB PEKERJA Sedia bekerja. Mematuhi arahan majikan. Berhati-hati menggunakan kemahiran yang ada. Bersikap jujur dan amanah.

Contoh salahlaku pekerja yang sudah diputuskan oleh mahkamah: 1. 2. 3. 4. 5. Cuai ketika menjalankan tugas. Ponteng bekerja. Lambat hadir ke tempat kerja. Tidur ketika bertugas. Mabuk di tempat kerja. 6. 7. 8. 9. 10. Mencuri wang majikan. Menyalah guna wang / harta majikan. Menghasut tenaga kerja. Tidak mematuhi perintah majikan Berjudi di tempat kerja.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


PENGAMBILAN TENAGA KERJA:
1. PERANCANGAN 2. PENGAMBILAN 3. PEMILIHAN 4. INDUKSI DAN ORIENTASI 5. LATIHAN DAN KEMAJUAN 6. PENILAIAN PENCAPAIAN TENAGA KERJA 7. PERTUKARAN TENAGA KERJA 8. PENAMATAN PERKHIDMATAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


BAHAGIAN SUMBER MANUSIA:
1. UNIT PENGAMBILAN 2. UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN TENAGA KERJA 3. UNIT GAJI DAN UPAH 4. UNIT PERKHIDMATAN TENAGA KERJA 5. UNIT PERHUBUNGAN TENAGA KERJA

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


DASAR PENGURUSAN TENAGA KERJA DALAM ORGANISASI:
1. DASAR PENGAMBILAN TENAGA KERJA 2. DASAR PEMBAYARAN GAJI 3. DASAR KENAIKAN PANGKAT 4. DASAR LATIHAN DAN PERHUBUNGAN TENAGA KERJA 5. DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN TENAGA KERJA 6. DASAR MASA DEPAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


PENGURUSAN TENAGA KERJA:
Satu daripada pendekatan yang dapat membantu organisasi dalam mengurus manusia ialah teori Maslow.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


PENGURUSAN TENAGA KERJA: PEMILIHAN TENAGA KERJA:
8.Tawaran 1.Spesifikasi Kerja

2. Borang Permohonan

7. Keputusan Pengambilan

Tidak Diterima oleh Mana-Mana Pihak

3. Ujian-ujian

4.Temudug a 6. Pemeriksaan Fizikal 5. Memeriksa Rujukan

LATIHAN TENAGA KERJA:


Tugasan yang dilakukan biasanya untuk satu tempoh yang panjang serta berulang-ulang dan kerap akan menyebabkan tenaga kerja cepat mengalami situasi jemu dan tepu. Justeru itu program latihan perlu dirangka bagi bertujuan untuk mengekalkan dan memperbaiki prestasi kerja semasa dan masa hadapan tenaga kerja.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


MOTIVASI TENAGA KERJA:
TEORI MOTIVASI:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Teori Tiga-Keperluan (Three-Needs Theory) Teori Penentuan Matlamat Teori Pengukuhan Teori Jangkaan Victor Vrooom Perluasan Kerja (Job Enlargement) Pengkayaan Kerja (Job Enrichment) Model Ciri Kerja (-JCM) Teori Keadilan

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


MOTIVASI TENAGA KERJA:
Motivasi ditakrifkan sebagai kesanggupan untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai matlamat dan objektif sesebuah makmal atau organisasi dengan berdasarkan kepada kebolehupayaan untuk memuaskan keperluan seseorang atau sekumpulan tenaga kerja. Ia juga dapat diperkatakan dengan lebih mudah sebagai satu pengukuran bagi dorongan atau keupayaan tingkah laku setiap individu untuk mencapai hasrat tersebut. Manakala keperluan pula dilihat sebagai ketetapan dalaman yang boleh menyebabkan sesuatu hasil yang tercetus itu dapat menarik / menggembirakan hati individu. TEORI MOTIVASI: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Teori Tiga-Keperluan (Three-Needs Theory) Teori Penentuan Matlamat Teori Pengukuhan Teori Jangkaan Victor Vrooom Perluasan Kerja (Job Enlargement) Pengkayaan Kerja (Job Enrichment) Model Ciri Kerja (-JCM) Teori Keadilan

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


KOMUNIKASI TENAGA KERJA:
Komunikasi diertikan sebagai pemindahan maklumat atau mesej daripada sumber (pemberi) kepada penerima. Proses komunikasi dalam organisasi mengandungi perkara berikut: 1. Arahan untuk melakukan atau jangan melakukan sesuatu, diperkatakan sebagai komunikasi dari atas ke bawah atau komunikasi menurun. 2. Laporan, pertanyaan dan permintaan yang dikomunikasikan kepada ketua dikatakan sebagai komunikasi ke atas atau menaik. 3. Komunikasi antara ahli satu kumpulan dengan ahli satu kumpulan yang lain yang searas dikatakan sebagai komunikasi mendatar.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


DISIPLIN TENAGA KERJA:
Disiplin tenaga kerja membawa maksud sebagai satu usaha ke arah membentuk satu peraturan tersurat atau tersirat dan ianya menjadi satu garis panduan piawai yang serasi dengan amalan, etika dan budaya kerja sesebuah organisasi. Disiplin dalam organisasi mengandungi perkara berikut: 1. 2. 3. 4. Membentuk disiplin tenaga kerja. Pembetulan Kilat Keselarasan Dalam Melaksanakan Tindakan Disiplin Amaran peraturan

You might also like