You are on page 1of 10

Imam Mahdi Dan Senario Sejagat

OLEH: AZZAMEEN

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN SELAIN


DARI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MEMESANKAN SATU SAMA
LAIN DENGAN KEBENARAN SERTA MEMESANKAN SATUSAMA LAIN
DENGAN KESABARAN
- AL QURAN SURAH AL ‘ASHR 1-3

PROLOG

Negara baru akan parah pada tahun 19 dan 97,Penduduk meratap belas kasihan dan
maut berterusan,Bahang musim panas dan taufan mengganas di bulan
September,Penduduk tidak dapat lari dan puluhan ribu akan mati.- Michael de
Nostradame @ Nostradamus (1503 – 1566)

Firasat:
1. Dalam tahun 1997; Asean, di antaranya yang meliputi Malaysia, Thailand dan
Singapore sebagai negara-negara rantau Asia Tenggara bilamana Indonesia mengalami
kegawatan ekonomi paling teruk dan kacau bilau yang menumbangkan regim Suharto
pada awal tahun 1998.
2. Penduduk negara dunia ketiga dan membangun meratap belas kasihan lantaran
kemarau yang diakibatkan oleh fenomena El Nino di bahagianAsia Timur dan Asia
Selatan manakala La Nina mengganas di bahagian Amerika Latin.
3. Bencana El Nino bermula seawal tahun 1997 dengan kemuncaknya di bulan
September 1997 apabila kemarau hebat melanda Indonesia dan jugaMalaysia termasuk
negara-negera rantau Asia Tenggara. Krisis air juga berlaku di banyak negara. Jerebu
tebal pula meliputi keseluruhan AsiaTenggara dari Mac hingga Oktober 1997.
4. Bulan Ogos 1998, fenomena La Nina yang menyebabkan banjir besar melanda China,
ribuan terkorban. Amerika Syarikat dilanda taufan Bonniepada 25 Ogos. Angka kematian
pun terus bertambah!
5. Kematian pun berterusan bersilih ganti tanpa penghabisan!!

FENOMENA CAKERAWALA

Ribuan tahun dahulu apabila sesebuah komet yang menyerupai thi bintang melintasi
langit, orang yang melihatnya akan menggigil ketakutan. Menurut mereka, sebuah bebola
api yang turun dari langit itu menandakan kemarahan tuhan atau dewa-dewa mereka.

Ketika kedatangan agama Kristian pun, komet dianggap sebagai bad omen atau majal
yang bererti petanda buruk. Misalnya pada tahun 1066, Raja Harold dari keturunan Saxon
telah dikalahkan oleh William the Conqueror, Penakluk Normandy dari Perancis ketika
peperangan Hasting dan England jatuh ke tangannya. Kemenangan William adalah
sejurus selepas sebuah komet lalu di ruang angkasa negara itu dalam jarak yang paling
hampir dengan bumi pada ketika itu. Komet itu adalah Halley yang dianggap sebagai
majal bagi Raja Harold.

Sejarah kaum Aztec di Mexico juga ada mencatatkan kedatangan “butiran jagung yang
menyala” iaitu sebuah komet pada tahun 1517 yang menjadi petanda kepada kejatuhan
Montezuma II, Raja Aztec pada tahun 1520 sebaik saja penyerahan empayarnya kepada
conquistadores(penjajah) Sepanyol, Hernan Cortes. Konon-kononnya kejatuhan diktator
Ferdinand E. Marcos, pemerintah Filipina setelah memerintah selama dua puluh tahun
juga bertepatan dengan kedatangan komet Halley dalam tahun 1986.

Sementara itu dalam tahun 1996 kedatangan Komet Hyakutake malahan pada tahun 1997
kedatangan Komet Hale-Bopp telah menjadi dua fenomena cakerawala sebagai petanda
kegawatan ekonomi dan jerebu tebal di Asia Tenggara sambil menyaksikan tumbangnya
presiden terlama yang memerintah Indonesia selama 32 tahun iaitu Suharto. Apakah
semuanya kebetulanbelaka? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui! Kita telah sedia
membaca sejarah manusia bahawa komet bahkan beberapa jasad cakerawala lain
memberi petanda kepada kejatuhan banyak tamadun (Crash of Civilization) yakni China,
Babylon, Rom dan Parsi sebelumnya. Bolehkah dipercaya fakta sebegini sedangkan
Rasulullah SAW telah berpesan bahawa kemangkatan puteranya Ibrahim bukanlah
kerana gerhana matahari cincin pada hari Isnin, 27 Januari 632 Masehi bersamaan dengan
29 Syawal 10 Hijrah pada jam 9.45 pagi waktu tempatan Jazirah Arab. Hanya Allah
Yang Maha Mengetahui! Tidak dijadikan oleh-Nya sebarang petanda melainkan dengan
hikmah-Nya jua. Apatah lagi jika kita menginsafi bahawa sesetengah petanda merupakan
amaran Allah ke atas umat manusia.

Justeru, barangkali kedatangan komet bahkan gejala samawi bukanlah setakat sebagai
lambang petunjuk terhadap kejahatan manusia tetapi juga rahmat bagi manusia yang
beriman kepada-Nya! Manusia amat tidak mengetahui sesuatu peristiwa yang tersirat di
sebalik suratan takdiryang direncanakan oleh Tuhan. Manusia hanya meramal walau
ketentuan belum pasti kerana menjadi hak-Nya untuk menentukan sejarah manusia itu
sendiri walaupun manusia diberikan ikhtiar dalam menjalani kehidupan sebagai
bukannya mengharapkan takdir semata-mata.

Walaupun kedatangan komet-komet pada zaman moden ini tidak dianggap menakutkan
sesiapa tetapi sindrom ketakutan itu masih ada bagi sebilangan kaum yang
mempercayainya. Bagi peminat astronomi, senarionya berlainan kerana mereka
mengkaguminya dan menganggap sebagai salah satu dari sekian banyak fenomena
cakerawala yang patut diambil tahu dan diselidiki. Sekarang kita melihat banyak faktor
lain yang menyebabkan beberapa kuasa besar yang cuba mendominasi dunia mengambil
iktibar dari gejala samawi atau dalam kata lain yang lebih tepat ialah bagaimana
menggunakan kuasa alam semesta atau “Kuasa Kosmos”.

Kenapakah tarikh 20 Mac 2003 dipilih oleh Pentagon untuk mengisytiharkan perang ke
atas Iraq? Cuba lihat fakta ini:

Lokasi: Washington DC lat.: 38d53'52" Utara long.: 77d02'13" Barat


#Pada jam 4:35 am EST (US) atau 9:35:30 UT atau 5:35 pm Malaysia Standard Time
Planet Marikh berada 19 darjah 00 minit 19 saat di azimuth 144 darjah 52 minit 02 saat.
Serangan telah dilancarkan tepat pada jam 5.35 pm waktu Malaysia. Sudut Planet Marikh
berada 19 darjah adalah saat pelancaran peluru berpandu ke atas Iraq bermula. Kenapa 19
darjah? Sebabnya mudah, geometri Washington DC adalah 19 darjah sebagai lambang
Zionis dansebagai syarat mutlak kemenangan ke atas Iraq!! Itulah waktu kuasa kosmos
yang sangat dipercayai oleh golongan Yahudi / Zionis Amerika dan Israel.

Bukan satu rahsia lagi bahawa permainan justifikasi 'kuasa kosmos' telah digunakan oleh
kuasa besar untuk mencapai wawasannya ke atas Negara lain tanpa sebarang rasa sedar
oleh kebanyakan umat Islam sedangkan bangsa Yahudi sangat mempercayainya dan
sentiasa mencuba dalam segala perkara untuk membuktikan kekuatan kuasa kosmos ini.

Peristiwa bersegarisnya Musytari, Marikh dan planet-planet lain walaupun dikatakan


tidak menyusuli apa-apa kejadian luar biasa, yang tidak pun pula menawarkan spekulasi
baru tentang ijtimak (conjunction of planets) bagi matahari, bulan dan lima planet-planet
dalam konstelasi Aries sepertimana yang telahpun berlaku pada 5 Mei 2000 lalu, akan
tetapi para pengkaji barat (westerners) tetap juga berasa takut kalau-kalau tanda-tanda
kelangitan sebegitu (bersegarisnya planet-planet itu) adalah bersusur-galur dari konjungsi
planetari dalam buruj Aquarius dalamtahun 24 Mac 1345 yang diikuti dengan wabak
maut (Black Death) yang membunuh sepertiga dari populasi Eropah pada waktu itu!
Adakah wabak yang pembunuh iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome:
Sindrom Pernafasan Yang Teruk) yang melanda dunia (China, Hong Kong, Taiwan,
Singapura dan Kanada) pada tahun 2003 ini adakah juga boleh dihubungkaitkan dengan
ijtimak planet-planet suria 5 Mei 2000 pada tiga tahun yang lalu itu?

Tidak lama lagi iaitu pada tanggal 27 Ogos 2003 akan berlaku perihelia planet Marikh
yang termasyhor dalam sejarah umat manusia. Apa tidaknya, perihelia ini belum lagi
pernah berlaku dalam ribu-ribuan tahun lampau semenjak kewujudan tamadun manusia
lagi! Apakah yang akanditunjukkan oleh fenomena perhelia Marikh 2003 ini? Telah
tersebar khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa peristiwa gerhana matahari 25
Oktober 2003 dan gerhana bulan 9 November 2003 sempena awal dan pertengahan
Ramadhan 1424 yang mana kedua-duanya dapat dilihat di Mekah adalah petanda kepada
ketibaan Imam Mahdi Muntazar (Yang Di Tunggu-tunggu). Semuanya merupakan
kebarangkalian yang tidak diketahui benar atau tidak walaupun telah sekian lama umat
Islam mempunyai anggapan yang demikian tetapi Imam yang diharap tidak pernah
kunjung jelma. Apa pun, tahun 2003 adalah tahun yang besar bagi gejala falak untuk para
peminat falak seantero dunia dari barat hingga ke timur yang seakan-akan tidak sabar
menantinya.

IMAM MAHDI

Saya tidak dapat menceritakan secara panjang lebar berkenaan Imam Mahdi di sini tetapi
saya syorkan supaya anda semua membeli sahaja buku mengenainya yang banyak
terdapat di pasaran. Salah satu buku yang saya syorkan ialah bertajuk ‘Siapa Imam
Mahdi’ keluaran Pustaka Nasional Singapura yang beberapa petikan pentingnya yang
sempat saya ingat, saya catatkan di bawah ini:
“Imam Mahdi akan memerintah sama ada 20 atau 30 atau 40 tahun” (jumhur ulama dan
penafsir hadis mengambil yang tengah iaitu 30 tahun memandangkan jangkamasa ini
dianggap sebagai lama masa ia memerintah sedangkan 40 tahun lama masa ia hidup dan
20 tahun pertamamerupakan kemuncak umurnya.) “Imam Mahdi akan muncul sewaktu ia
berusia 26 tahun. Beliau akan belayar dan apabila tiba di Mekah, beliau akan tawaf di
Kaabah. Ketika inilah orang ramai akan mengesyaki beliau tetapi beliau tidak akan
mengaku lantas terdengarlah seruan malaikat dari langit: “Itulah dia Al Mahdi,ikutilah
dia”. Lantas sesiapa yang berdiri akan terduduk dan yang berbaring akan bangun dari
tidurnya. Ia mendapat petunjuk dari Allah dalam satu malam. Sesudah itu Al Mahdi akan
menghantar dua orang utusan kepada Raja Mekah (As Sa’ud?) tetapi mereka kemudian
dibunuh, lalu Al Mahdi mengisytiharkan perang terhadap Raja Mekah.”

Apa pula kata Nostradamus? Kebanyakan kata-kata Nostradamus terkumpul dalam


sejumlah quatrain (atau lembaran-lembaran) yang diberikan nama sebagai “Centuries”.
Terdapat banyak ramalan-ramalannya yang terkenal termasuklah ramalan kedatangan
Hitler yang disebut Hister,kematian dan kejatuhan sistem beraja Perancis, perubahan
taqwim Julian ke Gregorian (baca kembali artikel saya berkenaan ini dalam falak-net
yahoogroups terdahulu) dan banyak lagi termasuk ramalan Perang Dunia I dan II dengan
cukup tepat! Saya bukannya hendak mensyorkan sesiapa saja supaya mempercayai
tukang tilik ini yang hidup di abad ke-16 itu tetapi ada beberapa kutipan keterangan
darinya yang hendak saya ketengahkan merujuk kepada hadis Nabi SAW. Ramalan
Nostradamus merupakan fakta sokongan sahaja.

Sedar atau tidak bahawa serangan Amerika ke atas Iraq memang terdapat dalam ramalan
Nostradamus. Ia berbunyi begini:
The army of the sea will stand before the city,
then depart,Without making a long passage.
A great prey of citizens will be taken on land,
The fleet returns to seize, great robbery.

Sangat semakna dengan pendaratan tentera marin Amerika di Basra, Iraq yang tidak
mengambil masa yang begitu lama untuk menawan Iraq.Ramai rakyat Iraq menjadi
pelarian manakala setengahnya bertahan tetapi marin US tidak menunggu lama untuk
menawan Baghdad (The fleets returns to seize). Frasa akhir “…great robbery” cukup
tepat apabila berlaku rompakan besar-besaran di sekitar Baghdad bukan setakat oleh
tentera Amerika bahkan oleh rakyat Iraq sendiri!!

Serangan Amerika ke atas Iraq adalah pada hari Khamis dan George Bush telah
isytiharkan perang tanpa mandat PBB dengan hanya sedikit sahaja sahabat Eropahnya
yang ikut serta:- The earth and air will freeze so much water when they come to worship
on Thursdays,
He who will come will never be as fair as the few partners who come to honor him.

Namun, serangan Amerika dan Britain ke atas Iraq yang diramalkan menurut
Nostradamus adalah:
The King of Europe (Blair) will come like a griffon accompanied by those of the North
(Bush),
He will lead a great troop of red and white (US+Britain and Australia),
They will march against the King of Babylon (Saddam).

Apa pun serangan Amerika ke atas Iraq bertitik-tolak dari peristiwa WTC pada 11
September 2001:-
The Year 1999, seventh month, (tafsiran yang tepat ialah September 2001!) *
From the sky will come a great King of Terror, (pesawat dari udara merempuh WTC dan
Bush ataupun Sharon sebagai Raja Ganas!)
To bring back to life the great King of the Mongols,
(adakah berkaitan dengan kuasa Korea Utara?)
Before and after MARS to reign by a good luck. *

Satu masa dulu ada saya kisahkan dalam artikel berkenaan tarikh masehi iaitu masalah
dalam kalendar Julian dan Gregorian dan ada kaitandengan Nostradamus yang
mengatakan bahawa kalendar Gregorian adalah ubahsuaian yang terlalu menuruti
kehendak suatu golongan yang cuba mempersesuaikan apa yang sukar dipersesuaikan.
Sila baca kembali artikel saya ini: Kalendar Julian dan Gregorian pada mesej 508 di :
http://groups.yahoo.com/group/falak-net/message/508 Planet Marikh akan muncul
dengan saat kegembiraan bagi manusia? Apakah kemunculan planet Marikh 2003 adalah
bukti besar bagi kemunculan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu? Tidak diketahui lagi
benar atau tidak kerana hanya masa akan menentukan.

Ramalan Nostradamus yang lain ialah:-


The King enters Europe wearing the blue turban,
He will reign for less than a revolution of Saturn,
The King with the white turban,
His heart banished to Byzantium,Sun, Mars and Mercury near Aquarius.

Perenggan di atas menyebut fasal dua orang Raja tetapi kedua-duanya memakai serban
(turban)! Tentu saja perilaku orang yang memakai serban itu sama ada beragama Islam
atau Sikh. Biarkan kita pilih saja sebagai orang Islam bersesuaian dengan keadaan
sekarang di mana umat Islamsering dilabelkan sebagai pengganas yang berserban dan
berjubah sepertimana perilaku Osama bin Laden. Bagaimanakah kita hendak membuat
tanggapan siapakah dua watak raja tadi?

Jikalau umat Islam sering mengatakan bahawa di akhir zaman akan muncul dua orang
pembela iaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa, bahkan Nostradamus sendiri turut meramalkan
dua orang raja yang masing-masing berserban biru dan putih! Ini tidak menghairankan
apabila kita melihat kembali sejarah kedatangan Nabi Muhammad SAW yang pernah
diramalkan oleh tukang-tukang tilik Yahudi dan Nasrani sebelumnya. Kembali kepada
persoalan tempoh lama masa Imam Mahdi memerintah. Nostradamus menyebut lebih
kurang satu revolusi planet Zuhal. Revolusi atau pusingan planet Zuhal mengelilingi
matahari memakan masa selama 29 tahun 154 hari 18 jam 26 minit 48.80947212 saat.
Tentu saja fakta ini sangat hampir kepada pendapat jumhur ulama berdasarkan hadis iaitu
selama 30 tahun. Jadi, Imam Mahdi tentu sahaja merupakan seorang raja yang dikatakan
memakai serban biru! Satu persoalan lagi ialah kenapa ‘Raja Berserban Putih’ hatinya
condong atau ‘rasa terbuang’ keByzantium iaitu di Rom?

Ayat berikut:-
Near Sorbia to assail Hungary,
The herald of Brudes will come to warn them,
Byzantine chief, Salona of Slavonia,
He will come to convert them to the law of the Arabs.

Apakah Sorbia itu Serbia? Ketua Byzantium @ Byzantine bernama Salona, seorang
bangsa Slav. Siapakah ‘He’ yang dimaksudkan? Jika He bermaksud ‘Raja Berserban
Putih’, adakah beliau ‘He’ itu ialah Nabi Isa Alaihissalam yang akan menukarkan
undang-undang gereja Byzantium kepada Islam (Arab)?

The city of seven will destroy,


And the stren judge will judge his people,
After the see has been held 17 years,
We shall see change within the same period of time.

Frasa ini adalah sedikit menarik apabila kita faham bahawa ‘city of seven’ sememangnya
bandar Vatican di Rom manakala tempoh 17 tahun adalah tampuk kuasa Pope John Paul
II yang dilantik pada tahun 1978 hingga 1995 iaitu satu tempoh peralihan tetapi
Nostradamus menyatakandalam tempoh yang sama juga iaitu dari 1995 hingga 2012,
akan berlaku perubahan. Tidak diketahui oleh kita perubahan yang bagaimana.Adakah
Pope akan memeluk agama Islam? Atau?

Sabda Nabi SAW: “Nabi Isa akan turun di menara putih di Damsyiq dengan tangannya
menekan ke atas bahu kedua malaikat.” Menara putih yang dimaksudkan itu tidak asing
lagi memang pernah diperkatakan oleh ramai umat Islam sebagai Masjid Bani Umaiyah
yang berwarna putih diDamsyiq, Syams, Syria kerana bangunan itulah sahaja mempunyai
menara berwarna putih. Halaman depan masjid ini mempunyai kapal terbang berwarna
merah jenis lama yang diletakkan di situ.

Sabda Nabi SAW lagi: “Jika kamu semua telah menakluk Rom, masukilah ke gereja
sebelah timur melalui pintu sebelah timur, lalu ikatkan tujuh bendera dan bunuhlah yang
ke-8 sebab di bawahnya terdapat tongkat Musa, injil dan perhiasan Baitul Muqaddis.”
Tidak susah difahami kenapa hati Nabi Isa “banished to Byzantium”, rupa-rupanya ada
pusaka umat Islam yang tertinggal di situ. Maksud gereja sebelah timur ialah St. Peter’s
Basilica di Medan St. Peter yang memang benar-benar berada di bahagian sebelah timur
jika anda melihat peta kedudukan Vatican City. Gereja ini memang mempunyai banyak
pintu di bahagian hadapan dan tepinya. Sesetengah dari kita ada yang biasa mendengar
cerita seorang paderi di gereja St. Peter yang memeluk agama Islam setelah dia turun ke
sebuah kolam yang terdapat di bawah tanah di gereja itu kerana di situlah terletaknya
kitab injil Nabi Isa yang asal.
Sekarang kita dapat memahami bahawa apabila Imam Mahdi muncul, beliau harus
menunggu kedatangan Nabi Isa untuk sama-sama memasuki Rom. Kemudian itu barulah
kedua-duanya akan menuju Baitul Maqdis untuk memerangi Dajjal setelah mendapatkan
segala pusaka umat Islam diVatican. Ingin diingatkan bahawa ‘bangsa Israel’ sekarang
bukanlah suku yang sama-sama menyeberangi Laut Merah bersama-sama Nabi Musa
ribuan tahun dahulu tetapi adalah suku ke-13 yang berasal dari suku Khazar yang
terkenal dengan Barbaric di bahagian utara Kaukasia. Jadi, ‘bangsaIsrael’ ini mengaku
mereka keturunan Yahudi zaman Nabi Musa adalah satu pembohongan yang amat besar.

Baiklah, bilakah masanya “Sun, Mars and Mercury near Aquarius.” Akan berlaku? Jika
anda dapat menggunakan apa jua perisian astronomi yang ada, seperti Lodestar dan
Starry Night, cuba setkan tarikh ini: 24 Februari 2013, hari Ahad bersamaan dengan 14
Rabiul Akhir 1434. Benar, pada hari inilah Matahari, Marikh dan Utarid benar-benar
tepat berkulminasi di Buruj Aquarius. Jadi, tepatlah kata Nostradamus bahawa dalam
tempoh 17 tahun semenjak 1995 iaitu pada tahun 2012 akan berlaku satu arus atau angin
perubahan di Rom. Benar atau tidak, tidaklah dapat dipastikan kerana kesemua
perancangan Allah Ta’ala telah tercatat dalam Lauhil Mahfuzh semenajak Dia mencipta
langit dan bumi. Apa pun manusia hanya mampu meramal.

MUJADDID

Perkataan mujaddid bererti pembaharu agama atau pejuang agama sesuai dengan lafaz
dari hadis Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah akan memberikan umat ini (Islam) yakni
diperbaharui pimpinan agamanya pada setiap seratus tahun oleh seorang pembaharu
agama akan agamanya.”(Innallaha ya’asu lihazihil ummati ‘ala roksi kulli mi’ati
sanatin maiyujadidu laha dinaha).

Bagaimanakah kita akan menentukan adakah benar atau tidak bahawa pada setiap seratus
tahun sekali akan ada pemimpin besar Islam yang akan dilahirkan? Mari kita lihat fakta
ini. Sepanjang sejarah Islam kita sedia mendengar tokoh-tokoh Islam kurun lampau, akan
tetapi pada kurunke-19 memang lahir ramai cendekiawan Islam pada penghujung kurun
itu. Contohnya Badi’uzzaman Sa’id An Nursiy dari Turki (1873), Imam Ahmad Asy
Syarif As Sanusi dari Libya (1873) bahkan Syeikh Muhammad Abduh dari Mesir yang
lahir pada tahun 1849 juga antara mujaddid yang rata-rata hidup dalam lingkungan antara
1850-an hingga 1880-an. Begitulah juga seratus tahun selepas mereka. Dijangka tentu
ada mujaddid kolektif seperti ini bagi tahun 1950-an hingga 1980-an.

Jika Imam Mahdi dilahirkan seratus tahun selepas mujaddid kolektif tadi, apakah pada
tahun 1970-an? Jika mengikut ramalan Nostradamus bahawa akan datang seorang Raja
Penakluk (Great King of The Mongols) pada tahun 1999, manakala Bush mungkin boleh
saja digelar Great Kingof Terror, apakah Imam Mahdi memang telahpun ada pada ketika
ini? Imam Mahdi bukanlah turun dari langit tetapi merupakan seorang insane biasa juga
yang diberikan hidayat oleh Allah dalam satu malam. Jika Imam Mahdi dikatakan akan
mula muncul ketika berusia 26 tahun pada tahun 1999 itu, adakah beliau lahir pada tahun
1973?
Jika Imam Mahadi dikatakan belayar hingga ke Mekah, kerana apakah beliau melakukan
hal sebegini? Kenapa tidak dengan cara pengangkutan darat dan udara? Sekarang kita
nampak satu hakikat bahawa kebanyakan negara di Timur Tengah seperti Iraq, Iran dan
Libya selain dikenakan sekatan ekonomi, Iraq dan Libya dikenakan juga zon larangan
udara. Apakah ada perkaitan rapat di antara sekatan penerbangan udara dengan pelayaran
di laut relevan terhadap corak perjalanan Imam Mahdi?

TARIKH-TARIKH HIJRAH

Apakah faktor-faktor yang terdapat pada diri Imam Mahdi? Sabda Rasulullah
SAW:“Kami ahlul bait dipilih oleh Allah lebih dari dunia. Kami umpama sebuah rumah
dan Mahdi adalah umpama bata yang menutupi sebuah lubang pada dinding.” “Mahdi
adalah penamat para wali”.

Penamat para wali tak bermaksud penamat para pejuang Islam – penulis.

Beberapa perkara yang selalu dirujuk selain terhadap fizikal Imam Mahdi yang mirip
Rasulullah ialah berkenaan:
1. Namanya Muhammad bin Abdullah (serupa nama Nabi SAW)
2. Keturunan Bani Hashim, dikatakan ibunya nasab ke Hassan, cucu Rasulullah manakala
sebelah bapanya nasab ke Hussain, juga cucu Rasulullah.

Cuma satu perkara yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita tentang tarikh
lahirnya adakah juga sama dengan tarikh lahir Nabi Muhammad SAW? Maka, saya telah
dengan sedaya upaya cuba mencari sesuatu berhubung ayat yang menyebut kemunculan
mujaddid setiap seratus tahun sekali.Maka, itulah juga tujuan saya untuk cuba mencari
sesuatu berdasarkan perhitungan sains kalendar sama ada terdapat kesamaan hari yang
wujud di antara tarikh Hijrah dengan tarikh Masehi bagi setiap seratus tahun khususnya
dan dalam tempoh 1400 tahun hijrah. Pertama sekali kitamulakan dengan kelahiran Nabi
Muhammad SAW.

Secara ringkas dan mudah apa yang ingin saya nyatakan dari jadual di bawah ialah dalam
tempoh 1400 tahun hijrah atau bersamaan dengan 1443 tahun masehi, hanya dua kali
sahaja yang terdapat tarikh yang hampir sama dengan tarikh ASAL, 10 Rabiul Awal –52
Hijrah bersamaan 20 April571 Masehi, hari Isnin iaitu 11 Rabiul Awal 1392 = 24 April
1972 dan 13 Rabiul Awal 1393 = 16 April 1973!

Jika Imam Mahdi muncul pada ketika hari wukuf di Arafah pada tahun hadapan
2004/1425 yang akan jatuh pada hari Jumaat (hampir Haji Akbar), maka usianya
mungkin 30 ataupun 31 tahun. Tentu ada yang bertanya kenapa tarikh lahir Nabi SAW 10
Rabiul Awal, tidak 12 sepertimanayang selalu diraikan oleh umat Islam saban tahun.
Sebenarnya terdapat banyak perselisihan namun saya memilih 10 haribulan berdasarkan
kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Pada tahun 2005, tarikh 20 April adalah
jatuh pada 10 Rabiul Awal 1426, tetapi pada hari Rabu yakni satu lagi tarikh yang hampir
berpadanan dengan tarikh ASAL kelahiran Nabi SAW!! Apa yang menarik ialah pada
tahun 2004, tarikh lahir saya sendiri akan jatuh pada hari Sabtu, 11 Rabiul Awal 1425.
EPILOG

Berkenaan dengan kemunculan Nabi Isa pada tahun 24 Februari 2013 iaitu pada ketika
“Sun, Mars and Mercury near Aquarius.”, mari kita tinjau sedikit kalendar kaum Maya di
Mexico. Kalendar kaum Maya amat kompleks, ia adalah sebuah kalendar peramalan yang
selalunya direkodkan sesuatu gejala samawi dalam bentuk buku ramalan yang digelar
‘kodex’ oleh jururamal atau Shamans. Dua kodex yang terkenal ialah kodex Tro
Cortesianus dan kodex Madrid. Kodex-kodex ini mengandungi bermacam-macam figura
atau bentuk-bentuk perlambangan yang biasa disebut hieroglif yang mewakili perlakuan
bangsa mereka dengan jasad-jasad di langit dan juga berhubungan dengan dewa-dewa
mereka. Kalendar Mayamemang diperakui tepat sebagai mempertandakan detik-detik
gejala samawi berpadanan dengan sesuatu peristiwa. Kejatuhan bangsa Maya sendiri juga
diramalkan dengan tepat sekali menurut kodex mereka.

Kaum Maya telah menghitung sesuatu hari bukan dengan cara yang biasa kita gunakan
tetapi dengan kaedah pembilangan yang dimulai dari kin, uinal, tun, katun, baktun, piktun
dan kalabtun.

Hari bagi mereka adalah kin yang bersamaan dengan 1 hari.


19 kin @ 19 hari bersamaan 1 uinal.
359 hari = 1 tun.
7,200 hari = 1 katun.
144,002 hari = 1 baktun.
1,872,025 hari = 13 baktun (atau bersamaan dengan 1 Epoch Kejadian).
2,880,025 hari = 1 piktun, dan
57,600,025 hari =1 kalabtun.

Angka yang paling besar boleh dicapai dengan pembilangan hari sebegini akan
memberikan tempoh tahun yang amat lama dan jauh kedepan. Bangsa Maya merasmikan
kalendar mereka bermula dari tarikh 20 September 3113 Sebelum Masehi yang digelar
sebagai “Era Maya”.

Tahukah anda bahawa kaum Maya telahpun meramalkan dengan pasti bahawa Epoch
Kejadian adalah satu hari di mana “alam ini diperbaharui” yang antara lain bermaksud
satu hari yang sangat besar dan signifikan dalam tamadun dan sejarah hidup bangsa
manusia. Sama ada percaya atau tidak tetapi pemakaian istilah yang berakhiran dengan –
tun adalah satu simbolik yang sangat hampir dengan gejala samawi yang selalu mereka
ramalkan berlaku menurut kala dan ketikanya. Bukti-buktinya memang telah lama
termaktub dalam sejarah jika kita mengkaji kebudayaan mereka dan kesannya terhadap
tamadun dunia yang lain. Kaum Maya selalu beranggapan bahawa terbitnya posisi planet
Kejora dalam sesuatu musim tertentu bermakna satu saat majal atau kecelakaan (bad
omen) yang biasa dikenali oleh kita sebagai terbitnya heliakel planet (heliacle rising of
the planet). Bangsa Mesir purba juga menandakan terbitnya heliakel apabila tibanya saat
bintang Sirius atau Asy Syi’ra berembang di langit serentak dengan banjir Sungai Nil.
Satu Epoch Kejadian apabila diperhitungkan bermula dari tarikh asasnya tamadun Maya
bermula dari 20 September 3113 SM Julian sehinggalah genap 1,872,025 hari pada tarikh
23 Disember 2012 M Gregorian! Sedangkan menurut perhitungan astronomi
bahawasanya kedudukan “Sun, Mars and Mercury near Aquarius” memang disahkan
telahpun bermula pada 23 Disember 2012 lagi dan mencapai saat kemuncaknya
berembang pada 24 Februari 2013. Jadi, fahamlah kita bahawa jika tarikh itu telah
diramalkan oleh kaum Maya sebagai satu era akhir zaman, maka kedatangan Nabi Isa
pada tarikh itu mungkin memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Pada hujung Mei lalu, Duta Syria ke Malaysia telahpun memberi isyarat yang jelas
bahawa Amerika berhasrat untuk menyerang Mekah pada tahun 2014! Bukan satu rahsia
lagi jika anda menonton episod terakhir siri X-Files bahawa agen Mulder telah
mengetahui bahawa pada tahun 2014 ‘alien’ akan menyerang dunia. Tidak lain dan tidak
bukan sama ada itulah petanda tahun peperangan mutlak Nabi Isa dengan Dajjal yang
menaungi bangsa Yahudi dan Zionis Amerika dalam kurun ini setelah Amerika diasaskan
semenjak pada tahun 1776 dan Israel pula pada tahun1947!

Satu lagi, jika anda pernah bermain permainan komputer ‘Ghost Recon’, 'Ghost Recon:
Desert Siege' dan 'Ghost Recon: Island Thunder', anda tentu akan dapat membaca secara
langsung niat jahat Amerika untuk menakluk seluruh dunia siap dengan tarikh-tarikh
perancangannya sekali (dari tahun 2006 hingga tahun 2013!) dan juga semua lokasi
simulasi peperangan bermula dari Tbilisi di Georgia, Red Square (Moscow), Ethiopia
hinggalah ke Cuba di mana Fidel Castro mati pada tahun 2009 sewaktu anda memegang
watak sebagai askar Amerika dalam permainan itu!!! Ada satu lagi game komputer iaitu
America's Army: Operation Recon. Kesemuanya mempunyai pertalian yang langsung
antara sesamanya, cuma sama ada umat Islam tidak menyedari atau cuai untuk
mengambil perhatian berat terhadap masalah ini. Apa pun umatIslam tidak dapat berbuat
apa-apa!

Apakah kesemua persoalan yang telah saya kemukakan adalah satu teka-teki tidaklah
saya sendiri dapat pastikan kerana semua itu adalah dalam kekuasaan Allah Ta’ala dan
kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja. Kejahatan Amerika sentiasa menjadi-menjadi,
tanda-tanda konflik dengan Islam bukan rahsia lagi bermula dengan pengeboman
menggunakan peluru berpandu Tomahawk ke atas Sudan, Afghanistan dan Pakistan pada
21 Ogos 1998 hinggalah ke episod-episod yang lebih terkini pada awal tahun 2002 dan
juga 2003 ke atas Aghanistan dan Iraq. Di manakah kekuatan umat Islam sekarang?
Bangsa Arab telahpun lemah. Perkelahian sesama saudara muslim telah menjadi lumrah
dan berakar umbi dari bangsa Arab hinggalah ke rantau sebelah dunia Melayu. Tampak
seperti tidak ada surutnya. Musuh sedang menunggu di air keruh dan menanti masa yang
sesuai sahaja menurut 'kuasa kosmos' yang telah mereka rancangkan. Namun kebatilan
pasti akan dimusnahkan oleh cahaya kebenaran. Allah bersama umat Islam. Allah-lah
Yang Menguasai Hari Pembalasan!

Hanya kepada Allah kita akan kembali. Wallahua’lam bil ghaib.

You might also like