Aliran-Aliran Pemikiran Islam Di Malaysia
Muhammad 'Imarah menyebutkan bahawa aliran yang menghidupkan pembaharuan Islam, mereka ini berada dalammadrasah Asolah al-Fikriyyah Fi Shari‘atina wa Tasri‘atina. (aliran pemikiran asli dalam syariah danperundangan).Antara mereka yang berada dalam aliran ini ialah Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi, Muhammad‘Abduh, Rashid Rida, Mahmud Shaltut, Abdullah Darraz, Muhammad al-Khudari dan Abu Zahrah. Muhammad‘Imarah membahagikan kepada empat aliran terpenting iaitu :1.Madrasah al-Ra’yu – Fuqaha yang lebih mirip melihat kepada sausana dan keadaan dalam menafsirkansesuatu nas. Mereka menafsir berdasarkan keadaan sekeliling. Aliran ini bukan aliran yang menafikan nas tetapi iahanya manhaj berinteraksi semasa berijtihad bagi menghasilkan hukum.2.Madrasah al-Ashar – Mereka tidak mengingkari aliran al-Ra’yu secara mutlak tetapi lebih kepada zahirnas dan pendekatan harfiah.3.Madrasah Muwazanah wa Tarjih bayn Madrasah al-Ra’yu wa al-Ashar (aliran pertimbangan dan tarjih antaraaliran akal dan nas) Antara polopur aliran ini ialah Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.4.Madrasah Asalah al-Fikriyyah fi Syari‘atina wa Tasri‘atina( aliran pemikiran asli dalam syariah danperundangan). Mereka ini termasuk dalam golongan yang mahu menghidupkan pembaharuan pemikiran Islam. Merekabergantung kepada aliran Ashar dan akal, mengikut manhaj mawazanat (pertimbangan) dan tarjih tetapi berbeza darimadrasah Ibn Taimiyyah tadi. Mereka membuat tarjih lebih kepada akal beserta dalil, meniktibarkan dalil-dalil akalmerupakan asal bagi nas, lebih mengutamakan al-Qur’an dari al-Sunnah, bergantung kepada nas-nas kitab lebihdari hadith ahad, mengingkari nasakh yang membatalkan ayat-ayat terdahulu, mengambil fikrah-fikrah mazhab yangbersesuaian, mengingkari taqlid dan sentiasa menghormati ilmu ulama muktabar dan tidak bersandarkan kepada mana-mana aliran lama dan baru.Di samping itu terdapat satu lagi aliran yang lebih kepada aliran pemilihan individu (aliran talfiq di antara berbagaipandangan). Mereka ini muncul pada abad 13 dan 14 hijrah yang mahu keluar dari jumud pemikiran dan yang sentiasaterikat dengan matan-matan feqah semata-mata. Mereka ini seperti al-San‘ani, al-Shawkani, Sayyid Sabiq, SiddiqKhan dan al-Bani. Di dunia Islam, lahir pelbagai aliran pemikiran berdasarkan faktor persekitaran, budaya dan bangsatersebut. Di benua India, nama-nama seperti Sir Ahmad Khan, Sabli al-Nu'mani, Maududi, Muhamad Iqbal dan AliHassan al-Nadwi, Di Mesir, Jamaluddin al-Afghani, Muhamad Abduh, Rashid Rida, Hassan al-Banna, Sayyid Qutb,Muhammad al-Ghazali dan al-Qaradawi, di Afrika Utara lahirnya Abdul Hamid Badis, Malik bin Nabi, Muhamad TahirAsyhur dan di Turki, Badi'iuzzaman al-Nursi. Di rantau ini, lahirnya Syeikh Tahir Jalaluddin, Agus Salim dan Syeikh al-Hadi dan lain-lain. Namun pemikiran Islam pada abad ke 20 itu diwarnai dengan istilah-istilah dan penyelesaian kepadamasalah secara simplistik.Dalam satu kajian bertajuk "Civil Democratic Islam : Patners, Resources and Strategis" (2003) telah diterbitkan olehRAND Corporation sebuah badan penyelidikan dan penasihat yang berpengaruh di Washington.Dalam kajian ini, umatIslam di nilai dari segi kecenderungan pemikiran mereka sama ada tradisionalis, fundamentalis, modernis atau sekularis.Kajian ini memperlihatkan bagaimana cara untuk mengadu-dombakan umat Islam melalui pengelompokan ini. Kajian itumenegaskan bahawa golongan modernis dan sekularis (spt. aliran Kamal Atartuk) perlu didokong secara halus denganlambakan dana penajaan, ruang media dan penonjolan idola untuk dipuja. Golongan tradisional (Salafi dan Wahabi) puladisaran agar didokong manakala golongan fundamentalis (spt Ikhwan al-Muslimun) hendaklah dipinggirkan. Berlakuperbalahan antara golongan tradisional dan fundamentalis dalam isu-isu remeh dan persoalan furu'. Perbalahan danpertelingkahan perlu disuburkan agar sumber kekuatan umat Islam dilelahkan tanpa sebarang manfaat yang jelas.Olehitu umat Islam tidak perlu terperangkap dengan pengelompokan tersebut. Pada masa yang sama umat Islam harusmempunyai kajian-kajian untuk menangani strategi-strategi dalam menghadapi globalisai dunia Barat.Fazlur Rahman menegaskan dalam bukunya Islam, bahawa pembaharuan Islam mestilah dimulai dengan pendidikan.Menurut Rahman, pembaharuan pendidikan adalah satu-satunya pendekatan untuk suatu penyelesaian jangka panjangatas masalah yang menimpa umat Islam kini iaitu berupa dikotomi mental dan kehidupan peribadi maupun sosial yangberpecah belah yang mengakibatkan kekacauan dalan segala usaha serta krisis yang melumpuhkankehidupan.Walaupun demikian ia mengakui pendidikan memerlukan jangka masa yang panjang paling kurang duagenerasi. Kerana iu, beliau menawarkan program jangka pendek iaitu pertama ; menciptakan orientasi politik Islam yangasli dan kedua menciptakan iklim intelektualisme sebagai langkah awal pengislaman seluruh segi kehidupan.Kedangkalan dan kekakuan dalam pendidikan adalah penyebab terjadinya kelemahan intelektualisme Islam. Keadaanyang tidak menguntungkan ini, terutama sikap ulama tradisi terhadap ilmu pengetahuan sekular yang nampaknya inginmemadamkan semangat penelitian yang besar dan keseluruhan pertumbuhan ilmu pengetahuan positif. Oleh itu, beliaumengkritik golongan tradisional dan moden yang seringkali bercakaran. Beliau menawarkan kepada umat Islam satupendekatan yang terbaik untuk mengkaji ajaran Islam yang disebut sebagai neomodernisme Islam.Menurut Greg Barton, Fazlur Rahman merupakan orang yang pertama kali mengunakan istilah neomodernisme dalamsebuah model yang sistematik. Menurut Rahman, neomodernisme bererti pemikiran Islam yang progresif yang munculdari modernisme Islam namun mencakup juga aspek-aspek kesarjanaan tradisional. Neomodernisme lebih mengusulkan
Minda Madani Onlinehttp://www.mindamadani.myPowered by Joomla!Generated: 27 October, 2009, 23:34
Leave a Comment