You are on page 1of 30

PENYELIAAN DAN PENILAIAN INSTRUKSIONAL BERKESAN

(DIMENSI 2.2)

OBJEKTIF MODUL
1. Menerangkan konsep penyeliaan klinikal;
2. Menyatakan tujuan melaksanakan penyeliaan instruksional; 3. Menyatakan peranannya sebagai seorang penyelia instruksional; 4. Melaksanakan tugas penyeliaan klinikal dengan berkesan;

RANGKA KANDUNGAN
TEORI BENGKEL PERBINCANGAN

1. TEORI
1.1 Pengertian Konsep/Definisi Glatthorn(1984) memberi pengertian penyeliaan pembelajaran sebagai:

a process designed to improved instruction by conferring with the teacher on lesson planning, observing the lesson, analyzing the observation data, and giving the teacher feedback about the observation.

Cogan (1973) mendefinisikan pencerapan klinikal sebagai:

Clinical supervision is focused upon the improvement of the teachers classroom instruction. It is defined as the rationale and practice designed to improve the teachers classroom performance. It takes principal data from the events of the classroom. The analysis of these data and the relationship between the teacher and the supervisor form the basis of the program, procedures and strategies designed to improve the students learning by improving the teachers classroom behavior.

Goldhammer (dalam Krajewski, R.J., 1982) menerangkan pencerapan klinikal sebagai:

Clinical conveys an image of face relationships between supervisors and teachers clinical supervision is meant to imply supervision up close.. the term should also denote supervision of actual professional practice, of actual professional behavior .Given close observation, detailed observational data, face to face interaction between the supervisor and the teacher, and the intensity of focus that binds the two together in an intimate professional relationship, the meaning clinical is pretty well filled out.

Goldhammer (dalam Krajewski, R.J., 1982) menerangkan pencerapan klinikal sebagai:


Clinical conveys an image of face relationships between supervisors and teachers clinical supervision is meant to imply supervision up close.. the term should also denote supervision of actual professional practice, of actual professional behavior .Given close observation, detailed observational data, face to face interaction between the supervisor and the teacher, and the intensity of focus that binds the two together in an intimate professional relationship, the meaning clinical is pretty well filled out.

Wiedmer, T.L, 1995

Clinical supervision is designed to improve the teachers performance in the classroom by focussing on the actual classroom events, recording what actually happens rather then using a recording form developed before the observation.

Konsep penyeliaan mengandungi maksud


Memerhati Membimbing Memuji Menegur Membaiki Menilai dan Merunding

1.2 Tujuan Penyeliaan


1.2.1 Membantu guru meningkatkan mutu pengajaran supaya pengajaran bertambah berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai;

1.2.2 Mempastikan kurikulum rasmi dapat dilaksanakan di bilik darjah seperti yang dikehendaki;

1.2.3 Melihat dengan lebih dekat lagi dengan sebenarnya apa yang berlaku dalam bilik darjah agar kelemahan-kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-amalan yang baik dapat dikukuhkan;

1.2.4 Memberi maklumbalas kepada guru tentang status quo pengajarnya;

1.2.5 Menilai prestasi / kemahiran guru.

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran mencari pemahaman dan jawapan kepada: Apa sebenarnya berlaku dalam bilik darjah Apa guru dan murid sebenarnya lakukan Apa sebenarnya hasil pembelajaran Apa sepatutnya berlaku dalam situasi bilik darjah Apa makna sebenar proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan murid

1.3 Ciri-Ciri Utama Penyeliaan Instruksional


Interaksi profesional diantara guru dengan pengurus sekolah - iaitu dapat memberikan kepimpinan untuk perkembangan, kemajuan dan mengekalkan peluang-peluang pembelajaran yang efektif bagi murid.

Guru tahu tentang cara mengajar atau secara keseluruhannya dapat memberikan situasi P&P yang efektif, dan pengurus sekolah tahu bukan sahaja untuk membuat kerja tetapi juga sedar mengapa sesuatu kaedah tertentu itu lebih efektif daripada yang lain.

1.4 Ciri Pengajaran Berkesan (Performance Indicator)


Perancangan dan persediaan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan dan Organisasi Bilik Darjah Penaksiran dan Penilaian

1.5 Ciri-Ciri Seorang Penyelia Berkesan


Boleh berkomunikasi dengan jelas Mempunyai kemahiran perhubungan interpersonal berkesan Melaksanakan pemerhatian P&P bilik darjah dengan sistematik Memiliki kemahiran tingkahlaku instruksional seperti bagaimana mendapat data pemerhatian yang boleh dipercayai, menganalisis data secara berkesan, mengujudkan iklim yang kondusif untuk merancang bersama. Kemahiran memerhati, mendiagnosis, prescribing dan conferencing

1.6 Fokus Utama Penyeliaan


Penyeliaan harus berfokus kepada kecekapan guru. Terdapat sekurangkurangnya tiga kelompok kecekapan mengajar:

Kecekapan Teknikal Kecekapan Klinikal Kecekapan Peribadi

Kecekapan Teknikal
Penguasaan metod pengajaran, kemahirankemahiran spesifik (kemahiran menyoal, dll) bagaimana menggunakan strategi mengajar, bagaimana memilih dan mengelola kandungan kurikulum, bagaimana menstruktur bilik darjah untuk pembelajaran, dan teknik-teknik mengawal kelas. Menentukan apa yang harus diajar, bagaimana boleh dipelajari dan kriteria digunakan untuk mengukur kejayaan.

Kecekapan Klinikal
Bagaimana membuat keputusan secara reflektif, dan tindakan menyelesaikan masalah praktikal, menimbang penuh tujuan dan amalan mengambil tindakan menangani masalah praktikal.

Kecekapan Peribadi
Kesedaran kendiri, pembinaan kemahiran interpretif, proses kelompok, membina gaya peribadi selaras dengan peranan sebagai guru.

1.7 Model Penyeliaan Klinikal (Glickman, 1990)


1.7.1 Perbincangan Pra Pemerhatian (Preconferencing Observation) 1.7.2 Pemerhatian Dalam Bilik Darjah 1.7.3 Analisis Data 1.7.4 Pos Pemerhatian (Postconferencing Observation

1.7.1 Perbincangan Pra Pemerhatian (Preconferencing Observation


Menetapkan kontrak penyeliaan dasar umum mengenai penyeliaan Penjelasan dan persetujuan mengenai falsafah, tujuan, proses, prosedur, jadual, fokus, matlamat danmaklumbalas, aktiviti susulan dan lain-lain; Persediaan guru objektif pelajaran,teknik penyampaian, penilaian, keperluan resos, keperluan, kepakaran dan khidmat sokongan pengurus; Penyelia bersama guru merancang fokus pemerhatian dan bersetuju kriteria yang hendak diperhatikan.

1.7.2 Pemerhatian Dalam Bilik Darjah


Prinsip pemerhatian, tingkahlaku semasa memerhati, teknik merekod data, instrumen pemerhatian berfokus seperti yang dipersetujui bersama dalam sesi prapemerhatian

1.7.3 Analisis Data


Penyelia menganalisis data yang diperoleh untuk mendapat gambaran tentang corak tingkahlaku guru dan pelajar untuk dibincangkan dengan guru.

1.7.4 Pos Pemerhatian (Postconferencing Observation)


Perbincangan berasaskan data, maklumbalas berfokus, mencari alternatif, penetapan tindakan susulan. Tindakan Susulan mengajar semula, latihan pengajaran mikro, rujukan, refleksi, latih-tubi, demonstrasi, dll. Latihan penyeliaan berakhir apabila guru telah memperbaiki, meneguhkan atau menghalusi kemahiran mengajarnya,

1.7.5 Penilaian PosKonferan (Critiquing)


Penyelia menggalakkan guru respon kepada soalan berikut:
Adakah penyeliaan ini membantu anda? dan

Bagaimana anda dapat mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dalam perbincangan ini?

2.0 BENGKEL
2.1 SESI LATIHAN PENCERAPAN KLINIKAL BERDASARKAN TAYANGAN VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM BILIK DARJAH (instrumen pencerapan dilampirkan) SESI PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN TERHADAP INSTRUMEN PENYELIAAN

2.2

You might also like