You are on page 1of 1

Abstrak K.E.

P (Kira, Eja dan Pilih) Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai menjadikan sesuatu

pengajaran itu menarik dan memberi ruang bagi membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. K.P.S diperkenalkan bagi membantu murid- murid tahun 3 mengingat dan mengenal pecahan setara.K.P.S turut mengaplikasikan guru sebagai fasilitator manakala pelajar menjana sendiri pengetahuan dalam pembelajaran berasaskan pengalaman mereka semasa menggunakan alat ini. Pembelajaran yang menggabungkan kognitif, psikomotor dan afektif mampu menarik minat murid- murid untuk belajar sambil berpraktikal. Kekuatan alat inovasi ini ianya amat mudah dikendalikan dan mesra pengguna. Selain daripada dapat menarik perhatian murid, konsep dan

penggunaannya yang sangat jelas dan sistematik memudahkan guru untuk menggunakannya sebagai alat bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid- murid juga dapat berinteraksi dan melibatkan diri secara aktif dalam menggunakan alat ini. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan K.P.S dijangka berkesan dan dapat meningkatkan prestasi murid dalam

menguasai subtopik pecahan setara berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional atau lebih dikenli dengan Chalk and Talk.

You might also like