You are on page 1of 6

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

UNIT 1 TEORI DAN PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Teori dan takrif penulisan. 2. Prinsip dan ciri-ciri penulisan. 3. Tujuan pengajaran kemahiran menulis.

PENGENALAN
Pendidikan Bahasa Melayu KBSM menekankan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu yang berasaskan ketepatan berbahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap penggunaan variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi. Bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur-unsur nilai dan budaya tinggi, penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang tepat lagi berkesan di kalangan pelajar menjadi keutamaan. Ia bukan sahaja berfungsi untuk membolehkan mereka menerokai pelbagai bidang ilmu dengan mudah, tetapi menuntut keupayaan kognitif yang tinggi, supaya mereka dapat berinteraksi dengan hal-hal yang berkait dengan kemanusiaan sejagat. Dalam pengajaran bahasa, aspek utama yang perlu ditekankan ialah penguasaan kemahiran asas yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pelajaran membaca dan menulis yang diajar itu bukanlah sesuatu yang terpisah antara satu dengan yang lain tetapi ia harus dijalankan serentak atau dalam masa yang sama dan seiring. Walaupun pada asasnya kemahiran membaca seharusnya mendahului kemahiran menulis, tetapi ia tidak semestinya sentiasa berlaku demikian. Ini kerana ada kalanya kanak-kanak telah pun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata-mata pelajaran yang lain. Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran. Menulis dalam apa bentuk sekalipun dianggap mustahak. la dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Faedah menguasai kemahiran menulis kepada murid tidak terhad untuk jangka masa yang pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidup mereka.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang agak sukar berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Ia hanya dapat dikuasai melalui program pembelajaran. Untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna, sebahagian besar tanggung jawab adalah terletak pada guru. Sikap guru, kesedarannya terhadap kepentingan kemahiran tersebut, dan perkaedahan yang sesuai yang akan digunakan dalam proses pembelajaran, adalah penting untuk merangsang minat, dan mempengaruhi mereka menyukai kemahiran tersebut sepanjang masa.

ISI KANDUNGAN
Definisi/Konsep Penulisan
Menulis adalah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan. Ia dilakukan untuk membolehkan kita berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Menulis adalah proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambanglambang bahasa dengan menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu. Ia akan mewujudkan satu wacana yang dapat menzahirkan satu pelahiran idea yang jelas dan tersusun. Walshe, R.D. (1981) pula menyebut: Writing is the process of selecting, combining, arranging and developing ideas in effective sentences, paragraphs, and often, longer units of discourse. Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan sistem yang membentuk perkataan yang seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Ayat-ayat yang disusun itu ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak. Menulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ia adalah penglahiran perasaan, fikiran dan idea yang disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

Don Bryne (1979:1) menyatakan bahawa menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita ucapkan semasa kita bercakap, When we write, we use graphic symbols, that is letter or combination of letters which relate to the sounds we make when we speak.

Tujuan Kemahiran Menulis


Matlarnat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar yang tarnat pengajian mencapai tahap penguasaan yang dijangkakan dalam kemahiran-kemahiran asas termasuklah penulisan. Gerak kerja dalam bidang penulisan, dirancang dan dijalankan dalarn bilik darjah untuk membolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina kernahiran mengurnpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah, dan bahan-baban yang berkaitan dengan tajuk karangan. Pelajar juga dapat melahirkan maksud, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan jelas dan berkesan dalarn tulisan. Kernahiran menulis juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagail bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Pelajar yang menguasai kernahiran menulis akan dapat mengcmbangkan daya cipta pernikiran dan keyakinan diri untuk menulis berbagai-bagal karangan dengan struktur yang betul dan menarik. Matlarnat pendidikan bahasa di peringkat sekolah bertujuan untuk mem bimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan melalui lisan dan penulisan. Sukatan Pelajaran bahasa Malaysia bagi peringkat sekolah menetapkan supaya pelajar-pelajar dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan harian. Beberapa fungsi kemahiran menulis yang perlu dicapai antaranya: 1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. 2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. 3. Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisannya yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

4. Mernbolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sernpurna dalam bentuk tulisan. 5. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Banyak orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya. 6. Menambah dan meluaskan pengetahuan perkembangan bahasa dan tulisan. dalam perbendaharaan kata,

7. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

Kebolehan menulis di kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka hendak menyatakan sesuatu dengan perataraan tulisan. Oleh yang demikian, penekanan pengajaran kemahiran menulis khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu mernpunyai beberapa fungsi tertentu. Sehubungan dengan itu, Ann Raimas (1983) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis seperti yang terdapat dalarn bukunya Techniques in Teaching Writting, iaitu:

1. Mengarang dan melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan. 2. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang bahasa. 3. Memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk lebih merangsangkan pembelajaran.

Menurut Down Byrne (1979), terdapat empat sebab atau fungsi kemahiran menulis di peringkat sekolah iaitu: 1. Terdapat perbezaan keeenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar. Misalnya dalam. proses pengajaran dan pernbelajaran bahasa, terdapat sesetengah pelajar yang lebih cenderung kepada kemahiran membaca daripada kemahiran menulis atau sebaliknya. 2. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar. Kemahiran menulis dapat meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa pelajar dan seterusnya memberi kepuasan kepada mereka melebihi pencapaian yang diperolehinya. 3. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah dan secara t1dak langsung ia dapat mengelakkan perasaan jemu dan bosan pclajar dalam masa

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Kebosanan mungkin timbul apabila pengajaran guru hanya ditentukan kepada satu-satu kemahiran sahaja. 4. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah. Misalnya, sernasa mengikuti penerangan guru (aktiviti fon-nal), pelajar secara tidak langsung boleh membuat catatan terhadap isi pelajaran yang dianggap penting. Kemahiran menulis di kalangan pelajar penting kerana mereka bakal menjadi penulis yang mengisi khazanah ilmu dan budaya bangsa. Jika kita menganggap penulisan adalah suatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada satu bentuk disiplin diri, maka ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai (Awang Sariyan, 1991; 715). Ini kerana penulis hanya menulis apa yang terlintas di fikirannya, tanpa rasa tanggungjawab terhadap karyanya. Fungsi kemahiran menulis sebagai penglahiran daripada fikiran itu penting, terutama dalam dunia moden yang mernpunyai pelbagai peralatan percetakan yang canggih. Sehubungan dengan itu, ilmu pengetahuan yang terakam dalarn minda dapat dimanfaatkan bersama menerusi tulisan. Kemahiran menulis ini penting dalam dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial. Misalnya, dalam dunia persekolahan, kemahiran menulis diperlukan malah diuji secara formal atau tidak formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan hampir kesemua kurikulum sekolah. Oleh itu, ilmu yang telah dipelajari akan diuji dan ini memerlukan pelajar memiliki kemahiran bagi menjawab soalan-soalan tertentu. Kemahiran ini menjadi lebih penting dan mencabar apabila pelajar melangkah ke institusi pengajian tinggi. Fungsi kemahiran menulis sebagai penglahiran mental dapat disamakan dengan tujuan lanjut menulis iaitu: 1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, penghubungan dan matlamat menerusi penulisan. 2. Memberi kepuasan jiwa dalam pernikiran pengalaman dan perasaan. 3. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya ia dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai umumnya.

Soalan-soalan
1. Terdapat empat sebab atau fungsi kemahiran menulis di peringkat sekolah menurut Down Byrne (1979). Jelaskan sebab atau fungsi tersebut. 2. Adakah anda bersetuju bahawa fungsi kemahiran menulis adalah merupakan satu bentuk penglahiran mental yang melibatkan proses berfikir secara aktif, analitis dan kritis? Mengapa?

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

RUJUKAN
Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum. Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University. Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning . London: Thousand Oak, Clif: Chapman. Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood Cliff, N.S. : Merill. Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like