You are on page 1of 11

OLEH: NURMADIHAH MARDHIAH NUR ASHIKIN

Terbahagi kepada 2 kategori:


Pencemaran semulajadi diluar kawalan manusia Pencemaran disebabkan aktiviti manusia

Pencemaran semulajadi diluar kawalan manusia: Adalah seperti letusan gunungberapi, banjir, taufan, gempa bumi & tsunami (ombak besar). Pencemaran seperti ini mendatangkan malapetaka yang besar akan tertapi hikmah disebaliknya mendatangkanmanfaat kepada generasi hidupan mendatang.

Pencemaran semulajadi disebabkan aktiviti manusia. Adalah seperti penggunaan kenderaan bermotor, operasi kilang perindustrian , Tumpahan minyak kapal & pembuangan sampah-sarap. Isu-isu global yang hangat ialah: terhakisnyalapisan ozon, fenomena rumah hijau, pencemaranudara, kabus, jerebu, hujan asid & peningkatan suhu bumi.

Pencemaran berlaku apabila terdapat aktiviti yang boleh merosakkan kualiti tanah antaranya: a) Penerokaan & penggondolan hutan yang tidak dirancang telah mengganggu habitat & ekosistem alam. b) Membuang sisa toksid tanpa kawalan menyebabkan tanah tercemar & beracun. c) Penggunaan racun serangga & rumpai menyebabkan tanah hilang keasliannya. d) Banjir besar menghakiskan kesuburan tanah.

Kegiatan yang boleh mencemarkan sumber minuman, makanan & semua kegunaan manusia, memusnahkan sistem ekoligi yang penting terhadap kehidupan manusia & habitat yang wujud. Antara punca pencemaran ialah:

1) Bahan-bahan buangan domestik seperti sampahsarap, air kumbahan & bahan pencuci. 2) Bahan buangan industri: bahan kimia & toksid 3) Bahan buangan pertanaian: racun serangga & bahan kimia 4) Tumpahan minyak dari kapal tangki

Keadaan kebisingan yang mengganggu keselesaan hidup manusia. Punca pencemaran bunyi: i) Kapal terbang jet ii) Kenderaan bermotor iii) Kilang iv) Kerja pembinaan v) Muzik rancak yang tidak terkawal

Isu alam sekitar pada masa kini merupakan suatu isu yang berkaitan dengan persoalan sosial kehidupan manusia dan ia juga turut merangkumi persoalan berkaitan ekonomi, kesihatan, budaya dan juga alam sekitar dan sekaligus merangkumi tentang persoalan kemanusiaan dan kelestarian alam sejagat. Isu alam sekitar yang melanda tamadun manusia akhir-akhir ini menjadi ancaman kepada kehidupan semua makhluk yang wujud di muka bumi ini termasuklah kehidupan manusia itu sendiri, juga terhadap kehidupan fauna dan flora serta sumber-sumber semulajadi lain, persekitaran sekeliling dan alam cakerawala.

Isu-isu alam sekitar global seperti masalah kehilangan biodiversiti, kemerosotan sumber asli, pemanasan global, penipisan lapisan ozon, penebangan hutan yang berleluasa dan pelbagai masalah pencemaran air, udara dan alam sekitar yang lain merupakan antara masalah yang semakin meruncing dan meningkatkan cabaran dalam pengurusan alam sekitar masa kini.

Punca krisis alam sekitar yang kini mengancam kehidupan manusia dan makhluk lain yang wujud di muka bumi ini tidak lain dan tidak bukan adalah terletak pada sikap manusia pada zaman perindustrian sekarang ini yang berpandangan sekular, mekanistik dan sempit. Mereka hanya mementingkan keuntungan dengan mengeksploitasi sumber alam tanpa memperdulikan kelestarian alam yang dihuni. Hal ini telah mula berlaku sejak Revolusi Saintifik yang bermula di Eropah pada abad ke-17 yang mengetengahkan idea bahawa alam semulajadi ini boleh dimanipulasi dan dieksploitasi sewenangwenangnya. Perkembangan teknologi sejak zaman itu turut mengabaikan pertimbangan etika dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Sebagai kesimpulannya, pembinaan tamadun manusia tidak dapat dipisahkan daripada penggunaan sumber alam semulajadi. Walau bagaimanapun, terdapat batas-batas dan peraturanperaturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh manusia dalam usaha mereka membina tamadun yang gemilang. Dalam hal ini, Islam meletakkan asas yang penting terhadap penciptaan manusia iaitu sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbirkan alam ini secara adil dan berhikmah dengan mengambilkira faktor kelestarian alam sekitar di samping usaha mereka memajukan kehidupan, mengejar kemajuan dan membina kecemerlangan tamadun.

You might also like