You are on page 1of 2

REFLEKSI kajian berkaitan dengan perubahan iklim dan cuaca telah mencabar minda saya yang kurang teliti

berkaitan dengan kajian bumi dan cuaca. Kajian yang mencabar ini telah mengambil masa selama sebulan untuk saya untuk dilengkapkan. Kajian ini juga telah membuka mata hati saya berkaitan dengan topic topic yang tidak pernah kita fikirkan. Pelbagai sumber telah dikaji dan ditetapkan ketulenannya untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap berkaitan dengan tajuk yang dikaji oleh saya. Beberapa laman sesawang telah menjadi panduan saya untuk mengkaji tajuk yang telah diberikan iaitu cara empat musim berlaku dan bencana bencana yang berkaitan dengan alam. Walaupun Malaysia tidak mengalami musim seperti negera Negara barat dan kebanyakkan penduduk Malaysia tidak berpengalaman tentangnya, akan tetapi maklumat yang saya perolehi menerusi kajian ini telah membuka peluang saya untuk mengetahui tentang cara berlaku musim yang berbeza. Menerusi kajian yang dilakukan terhadap musim ini saya dapat mengetahui tentang keluarbiasaan dan anugerah tuan yang maha berkuasa kepada bumi yang satu satunya planet yang bernyawa. Pendedahan tentang bulan berlakunya musim juga telah menambahkan pengetahuan saya tentang musim yang berlaku di Negara barat. Kajian ini telah memakan masa yang lama dan panjang untuk disiapkan. Selain itu, saya juga telah kehilangan waktu tidur semasa menjalankan kajian ini kerana terpaksa berjaga malam untuk membaca dan menambah maklumat yang berkaitan. Pelbagai artikel yang saya baca berkaitan dengan kejadian bencana alam juga telah membolehkan saya mengetahui banyak maklumat. Kejadian bencana cuaca seperti Taufan dan Tornedo yang tidak pernah melanda Malaysia tidak pernah menyakitkan kita. Akan tetapi, menerusi kajian ini dapatlah saya mengetahui banyak maklumat tentang kejadian kejadian ini. Semasa membaca dan mangkaji dengan selanjutnya mengenai kajadian sebegini, saya telah memahami kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat dunia yang sering mengalaminya. Kajian ini juga telah membolehkan saya mengetahui tentang proses pembentukan ribut taufan dan juga puting beliung yang sering mengancam umat manusia di serata dunia. Menjalankan kajian kajian sebegini semamngnya amat berfaedah kepada pelajar pelajar seperti kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai bidang.

Rujukan. Aplin, G., Mitchell, P., Cleugh, H., Pitman, A. dan Rich, D. (1995) Global Environmental Criises. Oxford University Press, New York. Abibullah Hj Shamsudin (1994) Isu-Isu Semasa Dalam Geografi. DBP, Kuala Lumpur. Chan, N. W. (1989), Monsoon Effects on the Rainfall Patterns in the East Coast of Peninsular Malaysia. Chan, N. W. (1990) Angin Monsun Dan Kemusiman Hujan Di Semenanjung Malaysia. Perantara 8(4), Ogos, m.s. 22-26. Chan, N. W. (1990) Angin Monsun Dan Reliabiliti Hujan Di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Ilmu Alam 19, m.s. 35-52. Chan, N. W. dan Goh, B. L. (1995) Washed Up. The Sun Megazine, 23 November 1995, m.s. 4-9. Gregory, K.J. dan Walling, D.E. (1988), Manusia dan Proses Persekitaran. DBP (Kuala Lumpur). Pearman, G.I. (ed.) (1988) Greenhouse: Planning for Climate Change. E.J. Brill (Leiden). QC912.3G813. Sham Sani (1987), Urbanization and the Atmospheric Environment in the Humid Tropics: Experiences from the Klang Valley Region, Malaysia. Penerbit UKM (Bangi). Sham Sani (1995), Iklim Mikro: Proses dan Applikasi. DBP (Kuala Lumpur). Sham Sani (1990) Pembangunan Dan Alam Sekitar Di Malaysia. DBP, Kuala Lumpur. Yap, K.S. (1995) Jerebu Di Malaysia Pada Pertengahan Ogos-Oktober 1994. Penerbit Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia 1995

You might also like