You are on page 1of 2

1.

8 Pendekatan Teori

1.8.1 Tekanan Kerja Berasaskan Teori Seyle

Menurut Seyle (1978), tekanan kerja adalah persepsi pekerja terhadap keperluan persekitaran yang menjangkaui sumber yang ada pada mereka. Tekanan kerja juga ditafsirkan sebagai kuasa luar atau desakan yang mempengaruhi fizikal individu dan kuasa material. Tekanan di tempat kerja juga merujuk kepada ketidakseimbangan penyesuaian antara permintaan persekitaran dengan kebolehan atau keupayaan individu. Stres secara asasnya sebagai reaksi individu yang terdiri daripada tiga peringkat. Terdapat Model Tindak Balas yang dicadangkan oleh Hans Seyle pada tahun 1926 (Seyle, 1975). Hasil daripada pemerhatian beliau, kes-kes tekanan klinikal seperti pesakit hilang selera makan, berputus asa, tekanan darah yang tinggi, hilang daya imunisasi turut menyebabkan individu mengalami kesakitan terhadap fizikal mereka. Model ini adalah berdasarkan tiga tahap asas perkembangan iaitu:

1.8.1.1 Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga di mana gejala yang ditunjukkan ialah kegelisahan, mudah berasa bimbang, ketakutan, marah dan murung.

1.8.1.2 Tahap penentangan iaitu mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu mengungkit kembali kisah-kisah lama. Tanda-tanda yang ditunjukkan ialah penafian, mengasingkan perasaan kecewa dengan tidak memikirkannya dan kurang berminat terhadap sesuatu yang biasanya mendatangkan minat.

You might also like