• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini  
Tajuk 6WACANA
1.Apakah definisi wacana?2.Apakah cirri-ciri wacana?3.Apakah makna kohesi dan koheren?
6.0
Pengenalan
Wacana (Discourse) adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalampertuturan dan penulisan memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspekkomunikasi dan konteks. Salah satu unsur linguistik dalam wacana ialah pertautan atauperkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan koheren.Koheren bergantung kepada penggunaan kohesi yang sesuai dan gramatis. Koheren juga bergantung kepada konteks dan situasi. Koheren adalah kesatuan idea dalamwacana yang menggambarkan kejelasan idea, ada penekanan kepada idea utama danidea sampingan, dan dipersembahkan dengan gaya tertentu. Dalam penulisankarangan, yang diutamakan ialah aspek isi kandungan, organisasi dan gayapersembahan yang tepat dengan tajuk.
Pada akhir pelajaran ini anda akan dapat:
(1)Memahami pengertian wacana, dan ciri-ciri wacana.(2)Menghasilkan wacana yang utuh dalam pertuturan dan penulisan.Modul ini menjelaskan tentang;
6.1
Definisi wacana6.2Ciri-ciri wacana6.3Jenis-jenis wacana6.4Keutuhan wacana6.5Penanda wacana
6.1Definisi wacana
Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiransistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arahmenjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalamberkomunikasi(Asmah Haji Omar,1986).Wacana boleh direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel,buku, siriensaiklopedia, paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap(Harimurti Kridalaksana,1982)
50
 
Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini  
Tegasnya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat,sejumlah ayat, bab, cerita, dialog dan buku yang menunjukkan hubungan danperkembangan fikiran yang berurutan.
6.2Ciri-ciri Wacana
a .Perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya.Kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya akan menentukan gaya wacanasama ada gaya formal atau tidak formal.b. Harus ada tujuan yang menentukan jenis ayat.Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentukialah ayat tanya.c. Berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar.Wacana lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacanatulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca.d. Tidak boleh memuatkan maklumat yang bertentangan.
 
Contoh:Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi
.
e.Perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaandan sebagainya.Ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.f. Harus mempunyai andaian dan inferensi.Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnyadisebut inferensi.g. Harus ada maklumat baru.Ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnyatidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.
6.3Jenis-jenis wacana
a. Wacana lisan(spoken discourse)Wacana lisan adalah wacana yang disampaikan secara lisan. Ia juga disebutsebagai wacana interaktif.b. Wacana tulisan(written discourse)Wacana tulisan adalah wacana yang disampaikan secara bertulis melalui mediatulis.c. Wacana langsung(direct discourse)Wacana langsung merupakan kutipan wacana yang sebenarnya dibatasi olehintonasi atau pungtuasi.
51
 
Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini  
d. Wacana tidak langsung(indirect discourse)Wacana tidak langsung adalah pengungkapan kembali wacana, tanpa mengutipharfiah kata-kata yang dipakai oleh pembicara dengan pembinaan gramatikalatau kata tertentu seperti
bahawa
dan sebagainya.e.Wacana pembentangan(expository discourse)Wacana yang tidak mementingkan waktu dan penutur, berorientasi pada pokokpembicaraan, dan bahagian-bahagian diikat secara logik.f.Wacana penuturan(narrative discourse)Wacana yang mementingkan urutan waktu, dituturkan oleh orang pertama atauketiga dalam waktu tertentu, berorientasi kepada pelaku, dan seluruhbahagiannya diikat oleh kronologi.g.Wacana prosaWacana yang disampaikan dalam bentuk prosa. Wacana ini boleh secara lisanmahupun tulisan, berupa wacana langsung atau tidak langsung, boleh pulasecara pembentangan atau penuturan.h.Wacana puisiWacana puisi adalah wacana yang disampaikan dalam bentuk puisi, baik secaralisan ataupun tulisan.i.Wacana dramaWacana drama merupakan wacana yang disampaikan dalam bentuk drama ataudialog, baik secara lisan mahupun tulisan.
6.4Keutuhan wacana
Keutuhan wacana merupakan satu aspek penting kerana akan memastikan sama adasesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya satu kumpulan ayat yang tidakteratur. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada wujudnya kaitan-kaitan dari aspekfonologi, semantik, dan gramatis.
6.4.1Kaitan dari Aspek Fonologi
Kaitan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, nada suara, intonasidan tinggi rendah. Unsur ini juga boleh menimbulkan kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana.Contoh:(a)Keluar?(b)Keluar!Kata
keluar 
dalam (a) berupa pertanyaan, manakala (b) berupa perintah.
52
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...