You are on page 1of 7

Pendahuluan

Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku, kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan, sama ada dizaman awal peradaban Islam, di alaf melenium mahu pun akan datang. Paparan isu kebanyakannya oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan Agama Islam, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan yang mendalam, oleh itu ustaz Abdullah Tohir akan cuba mendedahkan isu ajaran sesat melalui soal jawab. Dengan ini diharap dapat merongkaikan segala ke tidakpahaman ummah terhadap ajaran salah dan menyeleweng ini, serta dapat membentuk identity dan jati diri umat islam yang sebenar sepertimana yang diwarisi dari baginda Rasulullah s.a.w. Isu Ajaran Sesat Di Malaysia 1- Apakah pendapat saudara tentang ajaran sesat? Isu ajaran sesat bersifat subjektif, ia memerlukan penjelasan teperinci, Al-Quranulkarin telah mengigatkan kita tentang bentuk kesesasatan dalam perbagai sudut, antaranya kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitan, sama ada teman, perubahan masa dan keadaan. Tentunya indikasi ajaran sesat atau ajaran salah, berbeza dengan prinsip ahli sunnah waljamaah. Sesuatu fahaman atau ajaran tidak dikatakan salah atau sesat kecuali jelas kandungannya bertentangan dengan sumber perundangan islam. Sehubungan itu kita perlu definasi yang tepat dalam memahami hakikat ajaran sesat atau ajaran salah. Ajaran salah atau ajaran sesat: ialah sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran islam tetapi hakikatnya ia terpesong dari ajaran islam, nahkan bertetangan dengan ajaran islam. Contohnya seperti ajaran taslim, qadyani, bahai, ahmad laksamana, ayah pin dan lain-lain. 2Mengapakah ajaran sesat ini selalu mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti ibadat Solat?

- Aktiviti ajaran sesat asasnya berdasarkan kepada nafsu dan semangat amalan semata-mata mereka tidak menjadikan ilmu sebagai wacana teras dalam ajaran mereka, situasi ini menjadikan kepercayaan atau tindakan mereka tidak berpaksikan kepada sumber ilmu yang jelas, malah ia dilihat sebagai keputusan akal yang bebas dari individu atau kumpulan tertentu sahaja. Hasilnya segala ketentuan hukum seperti: wajib, sunat, harus haram dan makruh di abaikan dan diubah suai. 3- Bagaimanakah ajaran sesat mencemarkan kesucian Al-Quran dan As-Sunnah? Mereka bermaksud untuk menafsirkan kembali akidah, tentang Al-Quran dan As-Sunnah, mereka tidak memandang pentingnya ijmak sebagai punca pengetahuan islam mereka mahu merongkai semula segala ajaran-ajaran agama dan ilmu-ilmu islam daripada Al-Quran dan AsSunnah dan mereka menjadikan ajaran mereka itu sebagai alat untuk mencemarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta menyusun semula mengikut cara mereka sendiri.

4- Mengapakah ajaran sesat itu mudah tersebar kepada orang ramai?

Zaman ini adakah satu zaman yang memanifestasikan kejahilan manusia, ilmu dicabut dan kematian para ulama yang benar lagi wara, sebahagian umat Islam selesadengan cara hidup mereka. Budaya dan hedonistic semakin menjadi-jadi, akibatnya tanggung jawab memahami Agama Islam dilupakan. Ilmu asas, fardu ain seperti akidah, syariah dan akhlak dipinggirkan, manakala ilmu keduniaan meterialistik diutamakan, kemuncaknya muncullah masyarakat yang jahil tentang agama tetapi sensitive dengan isu-isu Agama. Kejahilan terhadab sumber utama ajaran islam jua telah mendorong seseorang itu mempelajari Islam dari sumber yang tidak wajar, sehingga ia membuat kesimpulan dan membina kepahaman yang salah tentang Islam, Hasil dari kesilapan itu diajar pula kepada orang lain, faktor inilah pengangan akidah menjadi longgar dan rapuh, akhirnya menjerumuskan seseorang kedalam ajaran sesat atau ajaran salah. 5- Bagaimanakah bermula ajaran sesat? - Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukan satu perkara yang baru, tapi ianya bermula sebelum kewafatan Nabi s.a.w. dimana telah lahir beberapa orang telah mendakwa dirinya sebagai nabi selepas Rasulullah s.a.w.dan menyebarkan ajarannya kepada umat Islam pada masa itu, seperti Musallamah al-Kazzab,Sajah dari kabilah bani Asad dan al-Aswad alNusi dari Yaman. 6- Siapakah yang mula-mula membawa ajaran sesat di Malaysia? - untuk menyatakan siapakah yang mula-mula gengasaskan ajaran sesat suatu perkara yang memerlukan kajian sejarah yang terperinci, Cuma yang boleh nyatakan disini, ajaran sesat yang dikenal pasti paling lama bertapak ditanah melayu adalah ajaran taslim yang dibawa oleh mohamad bin shafie atau dikenali sebagai haji Ahmad matahari, paa akhir abad ke19. Ajaran ini bermula di kampong seronok, bayan lepas pulau pinang, mereka juga menggelar diri mereka sebagai Ikhwan. 7- Dimanakah lokasi ajaran sesat melakukan aktiviti mereka? - Ajaran sesat kebiasaannya disebarkan secara tertutup, mereka yang menganggotai sesuatu ajaran kebanyakannya mempunyai pertalian yang erad antara satu sama lain, hal ini penting bagi mereka supaya segala maklumat dapat dirahsiakan dari pengahtahuan umum. Dan modus operasi merekajuga tidak dapt dihidu sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa, selain itu mereka juga menjadikan tempat-tempat yang berlokasi strategic sebagai markaz ajaran mereka. kebiasaannya, lokasi yang dipilih adalah dikawasan pendalaman, kawasan terpencil lagi sunyi,

perumahan mewah, flat tertentu, kawasan hutan dan tanah milik individu milik tertentu sebagai pusat aktiviti 8- Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada pengasas dan pengikut ajaran sesat? - Ajaran yang menyalahi ajaran akidah Islam merupakan kategori kufur yang keji dan membabitkan hukuman serta implikasi yang amat berat, dalilnya sebagaimanayang dinyatakan Al-Quran, Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan sesiapa diantara kamu yang murta d (berpaling tadah) daripada agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah segala amal usahanya (yang baik) didunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka dan kekal didalamnya (selama-lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217) Dalil daripada hadis Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Said bin Aslam r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dipancung lehernya (al-Muatta). Berdasarkan nas-nas diatas, dapat disimpulkan bahawa hukuman terhadap sesiapa yang keluar dari agama Islam kepada mana-mana agama atau tampa agama samaada melalui pengucapan, perbuatan dan iktikad, atau yang kufur dan syak pada perkara yang menjadi maklum dalam agama, maka hukumnya adalah murtad dan kafir, dia juga layak dikenakan hukuman bunuh. 9- Berapa lama hukuman akan dijatuhkan? - Mengikut hokum syarak, mereka akan disuruh bertaubat jika mereka enggan, mereka akan dikenakan hukum pancung, mengikut akta pengurusan Islam diMalaysia, khususnya dalam kes yang berkaitan dengan isu ajaran sesat dan penyelewengan akidah, hukumannya rm3,000, 5 tahun penjara atau 6 kali sebatan. Jadi tiba masanya untuk kita menambah baik system perundangan Islam kea rah memantapkan lagi perundan islam dimalaysia. Hal ini penting supaya bidang penguatkuasaan bukan hanya bertindak sebagai penghukum, tetapi dilihat sebagai badan yang mendidik masyarakat, khususnya berkaitan dengan ajaran sesat. 10- Nyatakan Contoh-contoh Ajaran Sesat Yang Selalu Diamalkan DiMalaysia? - Apabila kita membicarakan tentang ajaran sesat, kita juga perlu mendedahkan sebahagian intisari ajaran mereka , hal ini penting supaya masyarakat jelas dengan identity mereka yang sebenar. Contoh-contoh yang ringkas ini diharap memberi imput kepada orang ramai bahawa golongan ini sebenarnya bukan dari kalangan ahli Sunnah-waljamah, antara ajaran sesat atau menyeleweng yang kontemporari ialah: 1) Para pelampau Syiah, fahaman-famanan mereka seperti berikut: Mereka ini fanatik kepada Saidina Ali Karrama Allah Wajhah dan keturunannya, mereka menganggap Al-Quran kini tidak sempurna, mengamalkan perkahwinan mutah (kontrak), solat dengan menggunakan tanah dari karbala dan menanti kemunculan Imam Mahdi iaitu: Hasan Al-Askaryy.

2)

Pelampawi Wahabi @ Salafi moden, fahaman mereka seperti berikut: Mereka ini terlalu fanatic kepada Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim dan Muhammad Abdul AlWahhab Al-Banniyy dan lain-lain, mempraktik nusus mutasyabihat secara lahir, memahami konsep bidah secara ghuluw (melampau), mentakfir dan menyesatkan umat Islam dengan perkara yang furu dan tidak menghormati pendapat para Ulama. Islam Liberal, fahaman mereka seperti berikut: Mereka ini pula memahami Islam menurut barat, ia bermula era 80an di Amerika Utara, dan dicetuskan oleh pemikir Yahudi, disebar luas berdasarkan prinsip rasional, memecah belahkan umat Islam, antara egennya: Sisters in Islam, Mohammed al-Koun, Bainah Anwar, Astora Jabat, Farish Noor dan lain-lain

3)

4) Ajaran Hasan anak limau @ rimau/ayah pin. Pengasas ini tiada guru dan kitab agama yang muktabar, pengikutnya pula fanatic terhadap guru dan ajaran, gurunya menggaku sebagai tuhan dan mendakwa sebagai utusan para nabi dan dewa-dewa, tidak perlu bersolat, Al-Quran sebagai merepek, hari kiamat tidak wujud serta mendakwa menguasai kerajaan langit danbersetubuh dengan guru dapat menghapuskan dosa. 5) Famanan Black Matel. Mereka ini menghina kewujudan tuhan semua agama, pemujaan syaitan dalam muzik dn lirik lagu, Menggunakan symbol-simbol syaitan, aktivitinya dijalan secara rahsia, mengoyak dan membakar Al-Quran dan fanaik kepada ketua. 6) Fahaman anti Hadis. Pengikut-pengikut fahaman ini hanya menggunakan Al-Quran sahaja, mereka tidak mahu menerima Hadis sebagai system perundangan Islam: mereka mendakwa Hadis perlu dinilai semula, mereka banyak menggunakan logic akal, taasub kepada satu pandangan dan tidak mahu menerima pandangan orang lain. Ejennya Jemaah Al-Quran Malaysia (Jam): Kasim Ahmad dan kumpulannya. 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) Ajaran Al-Arqan@ Rufaqa Fahaman jangan ikut tuhan (jit) Ajaran Ahmad laksamana Komunisme / Sekularismi / Orientalisme Ajaran haji kahar Ajaran Bahai Ajaran Qadyani Ajaran pemuda kahfi Ajaran Ahmad nahkoda dan lain-lain

11- Adakah anda bersetuju bahawa ajaran sesat akan merosakkan perpaduan Ummah? Berikan ulasan tentang pendapat anda.

Ya!!! Ini kerana kumpulan yang membawa dan menyebarkan ajaran sesat akan merosakkan akidah seseorang. Jika akidah yang yang suci menjadi tercemar dan bercampur baur dengan najis ajaran sesat ia secara automatik menghakis ketulinan agama yang diperagakan oleh Al-Quran dan As-sunnah dan ini membahayakan agama, selain itu terdapat juga kesan terhadap masyarakat, contohnya: runtuhnya institusi kekeluargaan, keretakan boleh berlaku didalam keluarga dan masyarakat yang menganut ajaran sesat disebabkan perbedaan akidah dan rasa curiga sesama mereka,kesan kedua, ialah perpaduan umat tergugat, sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka, menyebabkan tidak menghormati masyarakat sekeliling, manakala kesan yang ketiga ialah berlaku keganasan, kepatuhan membuta tuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan, ini menjejaskan perpaduan dan kehormatan hidup dalam masyarakat. 12- Apakah keburukan mengamalkan ajaran sesat? Seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat, menjadikan hidupnya tidak seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Kerana penglibatanya itu menjadikan dirinya berada dipersimpangan, dilemma dalam mencari pengangan dan amalan hidu yang sebenarnya, Dia juga tidak mendapat kenikmatan hidu beragama dan penuh ketenangan, hidupnya terasa kosong tanpa sebarang pengertian dan kesudahan, kesan kedua, mengikut ajaran sesat akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong, malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana ketaksuban mereka, kesan ketiga akan menyebabkan seseornag itu lupa akan tnaggung jawabnya dalam menguruskan hal ehwal diri dan keluarganya, scenario ini menjadikan pengurusan diri dan keluarganya terabai, kesan keempat mengamalkan ajaran sesat menyebabkan masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran islam, seperti memuja-muja dan melakukan amaln syirik dan khurafat. Kesimpulannya pemerintah perlu bertindak dan mendakwa mereka yang terlibat dengan ajaran sesat mengikut bidang kesalahan yang telah dilakukan, samaada dikenakan hukuman Hudud, Qisas atau Takrur. 13- Mengapakah mereka perlu mendewa-dewakan pemimpin mereka? Meletakkan Syeikh atau ketua ketaraf yang amat tinggi, iaitu satu tahap yang melebihi had kebiasaan manusia sehingga mencecah tahap dewa, wali dan nabi, bahkan wujud arahan dan kepercayaan bahawa sesuatu maksud tidak akan berhasil kecuali dengan kekuasaan syeikh tersebut.

Tradisi ajaran sesat juga melarang para pengikutnya memberi perhatian kepada guru-guru yang lain, halangan ini dilakukan, kononnya tidak dapat memberi tumpuan kepada ajaran mereka, Dan tumpuan kepada guru yang lain dikhuatiri menghalang seseorang itu dari mendapat limpahan dari syeikhnya itu. Sebahagian besar pengikut ajaran sesat hanya mengikuti dengan taat tentang apa yang diajar oleh guru mereka, walaupun ajaran atau amalan tersebut menyalahi Syariat Islamiah. Segelintir mereka pula yang tahu asas Agama tetapi tidak berani membantah, kononnya dikhutiri terkena sumpahan atau badi tertentu dari gurunya, inilah sebahagian gambaran ssikap fanatic dengan pemimpin mereka. 14- Mengapa mereka menolak perkara Qotie dalam Islam seperti jihad? Antara ciri teras ajaran sesat ialah mereka selalu menganggap fahaman, kepercayaan mereka sahaja yang benar, mereka juga mengetepikan akidah ahli sunnah-waljamaah yang dirintis oleh golongan Asyairah dan Mataruddiyah menolah mazhab em pat yang muktabar, menggunakan ayat-ayat mutasyabihat secara zahir, ini menyebab mereka menolak perkara Qotie yang ada didalam Al Quran dan As-Sunnah seperti ajaran Bahai dan Qadyani menolak jihad. 15- Bagaiman jika ajaran sesat masih berterusan dinegara Malaysia? Jika ajaran sesat masih berterusan dinegara ini nescaya gejala pencemaran akidah dan murtad akan berleluasa, kedua ia menganggu agenda pembangunan Islam yang dicetuskan oleh pemerintah, ini kerana pihak pemerintah, khususnya pihak berkuasa Agama terpaksa mengorban masa, tenaga dan wang ringgit yang banyak untuk membasmi pengaruh ajaran sesat. Fokus terhadap ajaran sesat menyebabkan tumpuan terhadap agenda pembangunan Ummah dan pemerksanya beralih arah dan terbantut, ketiganya ia akan mengancam keselamatan Agama dan Negara sebagai contoh pada 16 Oktober 1980 seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pemimpin Ahmad Nasir kemboja yang mengaku sebagai imam Mahdi setelah mereka menyerang dan mencederakan anggota yang bertugas dibalai polis Batu Pahat johor. Kesimpulannya, paparan-paparan di atas membuktikan kepada kita jika ajaran sesat ini terus berleluasa di negara kita akan menyebabkan bahaya kepada Agama, Negara dan Ummah, maka sayugianya pihak-pihak bertanggungjawab perlu membuat pemantauan terhadap kemunculan dan pergerakan mereka dari masa ke semasa. 16- Bagaimana untuk menghindari ajaran sesat? Langkah-langkahnya seperti berikut:

1) Kita perlu berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-sunnah iaitu iaitu menggunakan displin dan metodologi yang jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran Al-Quran perlu merujuk kepada mufassirin, manakala hurain hadith perlu merujuk kepada muhaddithin. 2) Umat Islam perlu menambah nilai iman dan takwa setiap masa bagi menghadapi apa jua bentuk cabaran yang mendatang. 3) Setiap individu sewajarnya menghindari diri daripada terlibat dengan ajaran salah @ sesat. Bahkan perlu menjadi mata dan telinga pemerintah dalam usaha menanganinya kerana tanggung jawap Agama adalah tanggungjawap setiap individu Muslim. 4) Kita perlu nerujuk pihak yang arif dalam bidang Agama islam bagi menentukan kesahihan sesuatu fahaman, amalan atau pegangan, pendapat individu bukanlah sesuatu yang muktamad. Bahkan tidak boleh dijadikan mekanisme pemutusan terhadap sesuatu ajaran. 5) Semua pihak perlu prihatin dengan isu fahaman atau ajaran yang menyeleweng dari landasan islam. hal ini penting supa isu-isu yang berkaitan dapat ditangani dengan baik dan berhemah, demi kesucian Agama Islam, maruah bangsa dan keperluan negara. Wallahualam.

You might also like