You are on page 1of 8

KAJIAN KES (Guru Bermasalah)

KAJIAN KES i) Latar Belakang Guru Berkenaan. Cikgu Foong See Chee berumur 52 tahaun, beliau telah mengajar di SJK (C) Tee Chee, Tanjung Karang, Selangor selama 32 tahun. Selepas menduduki MCA, Cikgu Foong See Chee mengajar di sekolah ini sebagai guru sandaran sahaja, beberapa tahun kemudian, beliau telah berjaya mendapat Kursus Dalam Cuti (KDC). Selepas tamat pelajarannya iaitu KDC, beliau kekal bertugas di SJK(C) Tee Chee. Cikgu Foong See Chee mempunyai kasih yang amat dalam dengan sekolah ini, maka beliau tidak pernah berfikir memohon bertukar sekolah, malahan, beliau bercadang bersara di sekolah ini. Cikgu Foong See Chee berkahwin pada umur 29 tahun, dan mempunyai anak lelaki yang bernama Lim Wai Kit pada umur 31 tahun, beliau hanya mempunyai seorang anak sahaja. Suaminya bernama Lim Jun Tian, beliau adalah seorang peniaga yang menjual bunga di Makro. Lima tahun yang lepas, Makro telah dibeli oleh Tesco Extra. Lim Jun Tian tidak setuju dengan syarat-syarat sewa tapak yang baru untuk berniaga di Tesco Extra, maka dia pun memperhentikan perniagaan dan bersara. Mereka sekeluarga tinggal di Taman Maju, Tanjung Karang. Jarak tempat tinggalnya dengan sekolah hanya 3km sahaja, dan rumah ini adalah dibeli atas nama Cikgu Foong See Chee. Anak lelakinya Lim Wai Kit mendapat keputusan SPM yang cemerlang pada tiga tahun yang lalu, iaitu 9 A1 dan 1 A2. Akan tetapi, jurusan yang ditawarkan oleh universiti tempatan bukanlah jurusan pilihan Lim Wai Kit. Dia membuat keputusan meneruskan pelajaran dengan belajar di kolej swasta, Kuala Lumpur. Kursus yang diambil memerlukan kos perbelanjaan sebanyak RM10 000 bagi satu semester sahaja . Kursus tersebut memakan masa 3 semester, maka Cikgu Foong See Chee perlu sediakan wang sekurang-kurangnya RM30 000, tidak termasuk lagi kos perbelanjaan harian, sewa rumah perbelanjaan tambang dan sebagainya. Untuk mengurangkan beban Cikgu Foong See Chee, semasa cuti sekolah, Wai Kit akan berkerja kerja sambilan. Wai Kit kekal mendapat keputusan yang cemerlang semasa belajar di kolej swasta. Akan tetapi, pada semester yang terakhir iaitu semester 3, Wai Kit telah berkasih, dengan adanya teman wanita, dia tidak tumpukan perhatiansepenuhnya terhadap pelajarannya lagi. Maka, keputusan akhir semesternya kurang memuaskan. Kini anak lelakinya sedang melanjutkan pelajaran di universiti swasta di Sarawak dengan pinjaman daripada KPM, jurusan yang diambilnya bukanlah pilihan utamanya. Cikgu Foong See Chee telah dilantik sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PKKK) tiga tahun yang lepas., iaitu semasa anak lelakinya belajar di kolej swasta. Sebelum dilantik

sebagai PKKK[1], beliau adalah guru kelas dan Ketua Panitia Bahasa Cina. Selain daripada mengajar di sekolah, beliau juga mengajar tuisyen di rumahnya. Dari Isnin hingga Sabtu, Cikgu Foong See Chee akan mengajar tuisyen. Pelajar tuisyennya terdiri daripada pelajar Tahun 2 hingga pelajar Tahun 5. Kelas tuisyennya hanya berehat pada hari Ahad dan Cuti Penggal Sekolah.

ii) Masalah Yang Dikenalpasti. Semenjak Cikgu Foong See Chee dilantik sebagai PKKK, hubungan beliau dengan rakan sejawat menjadi tegang. Sebagai contoh semasa beliau menganjurkan hal-hal mengenai Hari Sukan.

Sebelum senarai tugas diberikan kepada guru-guru, senarai tugas tersebut akan diserahkan kepada Guru Besar untuk mendapatkan tandatangan Guru Besar. Sebelum menandatangan, Guru Besar akan membaca, biasanya Guru Besar akan memberikan cadangan untuk membuat perubahan demi kepentingan pihak sekolah. Ketika ini, Cikgu Foong akan membantah segala cadangan yang diberi oleh Guru Besar, katanya: Saya telah bertugas di sekolah ini melebihi 20 tahun, saya lebih jelas, kamu tidak faham! Apa yang kamu cadangkan memang tidak boleh pakai! Semasa senarai tugas dipaparkan, jika ada guru yang berasa keliru terhadap tugas yang dipikul dan bertanya. Cikgu Foong See Chee akan berkata: Eh, kau ni orang baharu ke? Tak faham? Jika nak curi tulangpun, janganlah berpura-pura tak faham. Dah bertahuntahun kami jalankan tugas sedemikian, kau hari ini baru tak faham? Selepas Sukan Tara, guru pasukan rumah perlu menaipkan nama peserta dalam borang yang telah disediakan oleh Cikgu Foong See Chee yang terdapat dalam komputer. Walaupun format borang tersebut PKKK sebelum ini ada berikan kepada Cikgu Foong See Chee, akan tetapi, Cikgu Foong See Chee tidak mahu gunakannya, beliau rekacipta semula format borang tersebut. Semua borang, risalah, kad jemputan ataupun lampiran mengenai Hari Sukan Cikgu Foong See Chee buat sendiri, ini memakan masa yang panjang. Maka, beliau sentiasa tidak cukup masa. Semasa Guru Besar memerlukan sesuatu laporan atau keputusan ataupun borang, Cikgu Foong See Chee tidak dapat bekalkan. Emosi[2] beliau sentiasa dalam keadan tegang, perkara yang remah temeh pun akan membangkitkan kemarahannya. Kalau ada guru telah kehilangan borang dan ingin meminta semula. Cikgu Foong See Chee akan berkata: Kau ni tak ada otak ke, tak nampak saya ni sangat sibuk. Tak mungkin borang itu akan hilang, mesti ya kamu yang entah letak ke mana. Cari betul-betul, kalau masih tidak

dapat, pergi cari rakan yang sama pasukan dan meminta mereka pinjamkan, sendiri ambil pergi fotostat! Kau ni tak ada masa nak cari sendiri, saya pun sangat sibuk. Jangan asyik nak menyusahkan orang lain! Beberapa hari sebelum Hari Sukan, Cikgu Foong See Chee jumpa pekerja dan minta mereka carikan kain yang siap cetak bunga raya, bendera berwarna (kecil), bendera pasukan rumah, kain lapik meja dan sebagai. Pekerja sekolah buat kerja yang diarah oleh Guru Besar iaitu melukis garisan padang terlebih dahulu. Hari kedua baru keluarkan semua bahan yang diperlukannya, Cikgu Foong See Chee menggamuk lagi: Kenapa kotor sangat, kamu tak cuci ke? Tiap-tiap tahunpun ada guna, takkan tak tahu mau cuci! Tikar dalam bilik darjah juga kena keluarkan dan cuci, nanti semasa Hari Sukan, budak mau duduk! Asyik arah pekerja buat ini buat itu, terima kasih pun tak berikan, malahan sentiasa guna kata-kata (keras / kasar) yang tak sedap didengar. Hanya mengadakan Hari Sukan, Cikgu Foong See Chee telah bertengkar dengan Guru Besar sekurang-kurangnya tiga kali. Dengan rakan sejawat, mengeluarkan kata-kata yang tak sedap didengar berpuluh kali. Dengan pekerja juga sama, tidak kurang daripada sepuluh kali. Tetapi selepas selesai Hari Sukan, Cikgu Foong See Chee akan berubah sikap. Berpeluk bahu dengan rakan-rakan, bergelak ketawa dengan Guru Besar, bersenyum lebar dengan pekerja. Kemudian beliau akan mengata: Nasib baik ada pertolongan kamu semua, kalau tidak, saya seorang diri pasti tidak dapat lakukan! Terima kasih banyak-banyak.

Semasa beliau mnganjurkan Hari Guru, Hari Kanak-kanak ataupun Hari Penyampaian Hadiah, sikap yang tidak munasabah ini akan muncul semula. Apabila selesai tugas, beliau akan bertukar menjadi guru yang ramah-mesra pula. Selain itu, semasa menghadiri mesyuarat petang yang dianjurkan oleh PPD, beliau akan balik awal (ponteng), ataupun tidak hadir, kerana beliau tergesa-gesa pulang ke rumah untuk mengadakan kelas tuisyen. Suara pertengkaran Cikgu Foong See Chee dengan Guru Besar amat tinggi, sehingga guru-guru yang berada di pejabat guru (bersebelahan dengan pejabat Guru Besar) pun boleh mendengar dengan jelas. Isi kandungan pertengkaran dengan tidak dilindung, didengar dengan jelas, dan rakan sejawat kalian berpendapat Cikgu Foong See Chee tidak patut meninggikan suara semasa bercakap dengan Guru Besar. Kerana ini membawa teladan yang tidak baik kepada pelajar yang kebetulan datang ke pejabat guru menghantar buku latihan. Jika cadangan atau pendapat yang diberi oleh Guru Besar adalah tidak sesuai, Cikgu Foong See Chee boleh menolak idea tersebut dengan menggunakan ayat yang lebih sopan. Tingkah laku yang sedemikian akan menjatuhkan maruah diri sahaja.

Sebelum waktu kelas tambahan dimulakan, terdapat ibubapa yang berdiri di luar kawasan sekolah yang sedang bersedia menghantar bekalan makanan untuk anak masingmasing. Cikgu Foong See Chee memperli rakan sejawat tanpa mengira masa, waktu ataupun tempat. Ibubapa yang terdengar apa yang Cikgu Foong See Chee katakan akan salah anggap guru berkenaan adalah guru yang tiada sifat profesional. Ini akan menyebabkan kehilangan kepercayaan ibubapa terhadap profesional perguruan. Perbuatannya telah menjatuhkan nama baik guru-guru lain. Selain itu, pelajar juga terasa Cikgu Foong See Chee sentiasa bertindak mengikut emosi, tingkah laku yang hilang kawalan semasa terdapat beban atau tekanan juga menyebabkan pelajar hilang keyakinan dan berasa takut terhadapnya. Di kalangan pelajar memang berpendapat Cikgu Foong See Chee adalah gunung berapi, tiada sesiapa tahu bilakah gunung berapi ini akan meletup. Nama samaran yang diberi oleh staf sokongan dalam sekolah saya kepadanya juga ialah gunung berapi. Apabila emosinya hilang kawalan, mereka akan saling memberitahu: Gunung berapi sudah mau meletup, berhati-hati. Tiada hal penting, jangan pergi cari, jumpa ataupun tanyanya. Tiada rakan sejawat yang benar-benar rapat dengan Cikgu Foong See Chee, walaupun Guru Besar pernah memberi nasihat kepadanya, tetapi Cikgu Foong See Chee enggan menerimanya, beliau berasa masalah timbul bukan kerananya, masalah akan timbul adalah disebabkan prejudis[3]warga sekolah terhadapnya.

iii) Analisis Masalah Berdasarkan Satu Teori Yang Dipelajari. Saya memilih Teori Pilihan dan Terapi Realiti sebagai hala tuju saya menganalisis masalah guru ini. Menurut William Galsser (2000) yang mengasaskan Teori Pilihan dan Terapi Realiti, Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan , termasuklah kita bersedih. Psikologi[4] kawalan luaran banyak mengganggu kita untuk memilih apa yang kita inginkan. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif. Glasser (2000) melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas tidak dipenuhi. Semua tingkah laku manusia adalah dipandu oleh keperluann asas atau dinamakan juga basic needs (Glasser 2001). Menurut Glasser (2001) pengguna Terapi Realiti hendaklah memahami keperluan asas individu yang merangkumi aspek fisiologi[5] dan psikologi. Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu. Berdasarkan apa yang diterangkan di atas, saya mendapati keperluan asas (masalah kewangan) dan juga keperluan psikologi serta fisiologi (inginkan penghargaan) Cikgu Foong

See Chee tidak dapat dipenuhi. Ia dapat dilihat melalui anaknya baru masuk kolej swasta, beliau akan membelanjakan wang yang lebih pada masa akan datang berbanding dengan semasa anaknya masih bersekolah di sekolah menengah. Tambahan lagi, suaminya tidak bekerja lagi, beban kewangan itu dipikul oleh Cikgu Foong See Chee seorang diri. Tekanan yang ditanggungnya tidak dapat disuarakan, kerana tidak mahu anaknya ketahui justeru melanjutkan pelajaran dengan berbeban. Suami dan anaknya tidak ketahui beban yang dipikulnya, maka tiadalah penghargaan untuknya. Demi mendapatkan pendapatan yang lebih, Cikgu Foong See Chee mengajar kelas tuisyen selepas waktu persekolahan. Dari hari Isnin hingga hari Sabtu, beliau mengajar kelas tuisyen dari pukul 4:00 p.m. hingga 7:00 p.m.. Masa rehat beliau hanyalah waktu malam sahaja. Menurut Cikgu Foong See Chee, beliau sentiasa tertidur di ruang tamu selepas habis kelas tuisyen. Barangkali, Cikgu Foong See Chee hanya mandi pada waktu pagi sahaja, kerana semasa waktu malam, beliau telah tertidur. Surat khabar yang diitempahnya hanya sempat dibaca pada hari Ahad. Selain mengadakan kelas tuisyen, Cikgu Foong See Chee menerima lantikan sebagai PKKK demi mendapat penghargaan atas jasa yang beliau lakukan seperti menganjur program sekolah dengan berjaya. Sebenarnyan, jawatan PKKK telah ditawarkan kepada Cikgu Foong See Chee beberapa tahun yang lalu, tetapi beliau telah menolak atas sebab tidak berkemampuan memegang jawatan ini. Kini, Cikgu Foong See Chee telah menerima kenaikan pangkat, akan tetapi beliau masih kekurangan keyakinan memegang jawatan ini, maka apabila Guru Besar atau rakan sejawat memberi nasihat atau cadangan yang ada hubung kaitan dengan bidang kuasanya, Cikgu Foong See Chee akan menganggap Guru Besar atau rakan sejawat sedang mencabarnya atau mencerobohi bidang kuasanya, dan bukan nak membantunya dengan ikhlas. Saya ingin membantu Cikgu Foong See Chee untuk membaikpulihkan hubungan dengan warga-warga sekolah. Setelah saya berbincang dengan Cikgu Foong See Chee, beliau juga ada kemahuan sedemikian. Dengan itu, saya ingin menggunakan Teori Pilihan dan Terapi Realiti untuk membantu. Saya berkeyakinan bahawa dengan adanya pelan tindakan yang saya rancang, serta kerjasama Cikgu Foong See Chee, masalah yang dihadapinya pasti boleh diselesaikan. Cikgu Foong See Chee akan lebih berkeyakinan memegang jawatan PKKK, justeru akan menganggap warga-warga sekolah benar-benar ingin berkerjasama secara ikhlas demi mencapai matlamat. Semangat berpasukan menganjurkan sesuatu program sehinggalah berjaya, memang kami nanti-nantikan.

Berikut ialah Jadual Aplikasi Terapi Realiti berasaskan Sistem WDEP. Analisis

Want (Kemahuan) Doing (Buat) Evaluation (Penilaian) Plan (Perancangan)

Mendapatkan penghargaan Memikul tanggungjawab atau beberapa tugasan yang berat semasa menganjur sesuatu program Terlalu banyak tanggungjawab yang dipikul sehinggakan emosinya sentiasa hilang kawalan Semangat berpasukan, pengagihan tugas

iv) Cadangan Pelan Tindakan Untuk Membantu Membentuk Sikap Dan Sahsiah Guru Berkenaan. 1. Kenalpasti Masalah / Tujuan Apabila sekolah menganjurkan apa-apa program yang di bawah bidang kuasa PKKK, emosi Cikgu Foong See Chee akan tertekan, beliau akan terasa masa yang diperuntukan tidak mencukupi, tiada rakan sejawat yang boleh membantu. Semua warga sekolah tidak boleh memikul tanggungjawab yang berat. Tugas yang diamanahkan, rakan sejawat tidak dapat menepati permintaannya, beliau kenalah buat semula semua tugas / kerja. Saya akan bersama-sama dengan rakan sejawat meringankan beban yang dipikulnya, supaya mendapatkan semula keyakinannya, justeru mengamanahkan tanggungjawab yang patut kami pikul selama ini. Dengan semangat berpasukan ini, membantu mengurangkan beban atau tekanan Cikgu Foong See Chee. Emosinya akan lebih relax, justeru hubungan bersama-sama dengan warga sekolah bolehlah dibaikpulih. Semasa P&P dijalankan, pelajar tidak akan berasa tertekan lagi. Mereka boleh berinteraksi dengan Cikgu Foong See Chee dengan lebih selesa dan rapat. Pelajar, ibubapa pelajar, staf sokongan sekolah, rakan sejawat dan juga Guru Besar tidak lagi mendengar Cikgu Foong See Chee mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar. Beliau boleh menerima pendapat, cadangan atau nasihat daripada rakan sejawat dengan hati yang terbuka. 2. Kenalpasti Strategi Cikgu Foong See Chee akan berbincang dengan Guru Besar supaya pengagihan tugas dilakukan, tanggungjawab yang patut dipikul oleh guru-guru lain, kenalah dipikul sendiri. Jika Cikgu Foong See Chee tidak suka akan format seseorang guru, beliau boleh sediakan format dan merekodkan permintaannya, rakan sejawat melakukan tugasan yang diamanahkan dengan menggunakan format yang disediakannya serta mengikut permintaannya. Jika masih ada kesilapan, beliau boleh tunjukkan, supaya rakan sejawat boleh memperbaikinya dan tidak akan berulang lagi. Cikgu Foong See Chee tidak perlu lagi mengambil semula tugasan tersebut dan buat semula. Masa yang selebih itu, beliau bolehlah berehat, menenangkan fikiran ataupun pergi bersenam. Melakukan aktiviti bersenam bukan sahaja boleh berpeluh, malahan, toksin yang terkandung dalam badan kami juga boleh dikeluarkan bersama-sama dengan peluh.

3. Jalankan Teknik / Jadual Masalah yang dihadapi Terlalu banyak tanggungjawab yang dipikul sehinggakan emosinya sentiasa hilang kawalan

Kemahuan Mendapatkan penghargaan iaitu mengharapkan rakan sejawat menggunakan formatnya tanpa merungut, dan mengurangkan tekanan atau beban

Strategi Semangat berpasukan, pengagihan tugas

4. Penilaian Berjaya / Gagal Jangka Masa Penilaian (Berjaya / Gagal) Bulan Pertama Masih berasa ragu-ragu dengan hasil kerja rakan sejawat, memeriksa hasil kerja rakan sejawat berulang kali. Bulan Kedua Selalu tukar format demi bersesuaian dengan gaya berkerja rakan sejawat. Bulan Ketiga Mengkritik hasil kerja beberapa rakan sejawat, dan membantu mereka memperbaikinya. Bulan Keempat Dengan rela hati memberi nasihat demi membantu rakan sejawat siapkan tugasan. Bulan Kelima Hanya tidak puas hati dengan hasil kerja dua tiga orang rakan sejawat sahaja, tetapi tidak lagi mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar. Bulan Keenam Boleh mengamanahkan tugasan dengan rela hati. (Berjaya) 5. Persenaliti / Perubahan Tingkah Laku Cikgu Foong See Chee tidak lagi mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar semasa rakan sejawat meminta bantuan, beliau juga rela menerima cadangan atau pendapat Guru Besar yang demi kepentingan pihak sekolah. Beliau sentiasa berasa gembira, semasa meminta pertolongan daripada pekerja, beliau akan menggunakan perkataan yang lebih elok. Proses P&P Cikgu Foong See Chee amat memuaskan, pelajar sedia mendampinginya, suasana pembelajaran dalam kelas amat harmoni. Terdapat peningkatan prestasi pelajar yang lemah. Apabila pelajar tidak faham akan sesuatu konsep pelajaran, beliau menjelaskannya dengan sabar dan nada suara yang rendah.

v) Rumusan Manusia memerlukan keperluan asas, samaada inginkan penghargaan ataupun inginkan kegembiraan. Setelah keperluan atau kemahuan kami telah dipenuhi, barulah kami akan berasa puas hati. Jika keperluan atau kemahuan kami tiidak dapat dipenuhi, maka ia akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan juga fisiologi kami.

Sebagai contoh, Cikgu Foong See Chee mengalami tekanan daripada keluarganya, maka beliau inginkan penghargaan daripada rakan sejawat. Selagi kemahuannya belum dipenuhi, emosinya akan hilang kawalan, justeru mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar. Akan tetapi, setelah keinginan mendapatkan penghargaan telah dipenuhi, emosinya telah terkawal, malahan beliau dapat bergaul mesra dengan warga-warga sekolah. Mutu P&P beliau juga akan meningkat. Bibliografi Atan Long (1976). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Foo Say Fooi. (2005). Etika Perguruan: Jaminan peningkatan Profesionalisme. Serdang : Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Glasser, W. (1965). Reality therapy: A new approach to psychiatry. New York: HarperCollins. Glasser, W. (1998). Choice theory: A new psychology of personal freedom. New York: HarperCollins. Glasser, W. (2000). Reality therapy in actions. New York: HarperCollins. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Wubbolding, R.E. (1988). Using reality therapy. New York: HarperCollins. Wubbolding, R.E. & Brickell, J. (1999). Using reality therapy. New York: HarperCollins.

You might also like