Professional Documents
Culture Documents
1 Sinopsis
Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal. Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat. Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri: Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu. Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air. Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.
Terjadi
peperangan
antara
Singapura
dengan
Majapahit
tetapi
Singapura
tidak
kalah.
Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.
Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu. Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntah hantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya. Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari. Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja. Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geianggelang itu bertukar menjadi emas. Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur. Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya. Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur. Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang. Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din. Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya. Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur. Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'lMansur dibawa berperahu ke Manjung.
Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya. Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda menyesal bermusuhmusuhan dengan saudara sendiri. Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.
Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anak iaitu Raja Kassim. SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja Ibrahim. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana. Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh. Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya. Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
Pura. Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat. Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China. Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.
Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka. Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung Tanah. Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki. Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki. Mauiana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai. Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-orang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru. Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka. Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.
Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala, Seri Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut. Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka. Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.
Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab. Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.
Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang. Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesarpembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar. Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.
PENGENALAN a. "Sulalatus Salatin" (nama dalam bahasa Arab). b. Nama lain ialah SEJARAH MELAYU lebih popular. c. Sulalatus Salatin bermaksud "Salasilah Sultan-sultan" atau Peraturan Segala Raja-raja. d. Naskhah asal Sulalatus Salatin - dipercayai Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa. e. Dipercayai naskhah awal tamat penulisannya sebelum tahun Masihi 1536. Disusun semula pada tahun 1612.