You are on page 1of 55

Bab 2 : Nutrisi

Kita makan makanan setiap sarapan pagi, tengah hari dan makan malam dan kekadang masa antaranya.
Pernahkan kamu terfikir kenapa kita perlu makan? Apakah jenis makanan yang kita makan?

Apa ada pada makanan?


Makanan mengandungi campuran bernutrisi. Setiap hidupan memerlukan makanan untuk meneruskan hidup.

We need food for;


a) Obtain chemical energy perform physical activities, heat to retain body temp. at 37oC. b) Provides the body with nutrients essential for the building, growing & repairing of body cells c) Keeps us healthy & helps the body fight diseases.

PIRAMID KELAS-KELAS MAKANAN

Semua kehidupan memerlukan tenaga bagi meneruskan proses kehidupan. Tenaga boleh di dapati dari makanan yang kita makan. Makanan juga diperlukan untuk membesar dan membaikii sel-sel badan yang rosak. T enaga dibebaskan daripada makan melalui proses respirasi

Mengapa zat pemakanan penting ?

RESPIRASI

Makanan(Glukosa) + Oksigen ----------------> Tenaga + Karbon Dioksida + Air

Kita memerlukan makanan untuk: mendapatkan tenaga kimia untuk menjalankan aktiviti, dan haba bagi mengekalkan suhu badan pada 37C. membina tisu baru semasa pembesaran dan juga untuk pembaikan tisu yang lama atau rosak yang terdapat di dalam badan. mengekalkan kesihatan badan serta melindunginya daripada sebarang penyakit dan jangkitan.

Kelas-Kelas Makanan
Makanan yang dimakan oleh manusia boleh dibahagikan kepada tujuh (7) kelas: Karbohidrat Protein Lemak Vitamin Mineral Serat Air

KARBOHIDRAT

AIR

PROTIN

SERAT

LEMAK

Mineral

Vitamin

Karbohidrat
Karbohidrat adalah nutrien yang mengandungi karbon , hidrogen dan oksigen. Nisbah hidrogen kepada oksigen adalah

2:1.

Karbohidrat terbentuk daripada molekul-molekul ringkas yang

dikenali sebagai

gula ringkas

Tiga jenis karbohidrat , berdasarkan bilangan gula ringkas yang terdapat didalam molekul iaitu :

Monosakarida, Disakarida dan Polisakarida

Monosakarida

Monosakarida terdiri daripada lebih daripada satu unit gula ringkas. Contoh: Glukosa, fruktosa, galaktosa.

Disakarida

Disakarida - terdiri daripada dua unit gula ringkas. Contoh: Laktosa, maltosa, sukrosa.

Polisakarida

Polisakarida - terdiri daripada banyak unit-unit gula ringkas. Contoh: Kanji, glikogen, selulosa.

Sumber karbohidrat: Makanan yang berkanji seperti roti, nasi, dan kentang.
Makanan yang manis / bergula seperti madu, buahbuahan, tebu dan susu.

Sumber Makanan Berkarbohidrat


Gambar makanan

Peratusan kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis makanan:


Sumber Nasi Roti Pisang Kandungan karbohidrat (%) 76 74 53

Daging
Ikan

10
2

Fungsi karbohidrat:

1.Untuk membekalkan tenaga supaya sel-sel badan dapat berfungsi dengan lebih cekap. Satu gram (1g) karbohidrat boleh menghasilkan 17 kJ tenaga apabila dioksidakan sepenuhnya.

2. Sebagai simpanan makanan pada haiwan dan sel-sel tumbuhan, sebagai contoh:
i) Glukosa yang berlebihan akan ditukar kepada glikogen untuk disimpan dalam sel-sel haiwan.

ii). Sel-sel tumbuhan menyimpan lebihan glukosa dalam bentuk kanji. iii) Kanji dan glikogen boleh ditukarkan semula kepada gula ringkas apabila diperlukan.

Ujian makanan untuk karbohidrat.


1. Kehadiran kanji dan glikogen boleh diuji dengan larutan iodin . 2. Hasil pemerhatian: Apabila iodin yang berwarna perang kekuningan dititiskan ke dalam larutan berkanji, warna larutan akan berubah kepada biru gelap atau biru kehitaman.

UJIAN KANJI DAN GLIKOGEN

3. Kehadiran glukosa, galaktosa , laktosa, dan maltosa boleh diuji dengan menggunakan larutan Benedict atau larutan Fehling. 4. Hasil pemerhatian: Apabila larutan Benedict dititiskan kedalam larutan glukosa dan kemudiannya campuran larutan tersebut dipanaskan perlahan-lahan selama dua minit, larutan tersebut secara beransur-ansur akan berubah warna daripada biru muda , hijau, kuning , jingga dan akhirnya kepada

mendakan merah bata.

larutan Benedict

campuran larutan tersebut dipanaskan perlahan-lahan selama dua minit

mendakan bata.

merah

Protein
Protein adalah nutrien yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Ada juga protein mengandungi sulfur dan fosforus

Sifat-sifat protein:
1. Unit asas bagi protein adalah asid amino. 2. Terdapat 20 jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti serine, methionine, glycine dan alanine. 3. Kebanyakan protein terbentuk daripada 100-300 unit rantaian asid amino. 4. Ini menjadikan molekul protein besar dan kompleks. Protein tidak dapat menembusi membran plasma di dalam sel dan juga tidak larut dalam air.

5. Terdapat dua kelas protein, iaitu protein kelas pertama (protein daripada haiwan) yang mengandungi semua jenis asid amino protein kelas kedua (protein daripada tumbuhan) yang mana terdapat kekurangan beberapa jenis asid amino. Sesetengah asid amino tidak boleh dibentuk oleh sel-sel badan. Jadi, asid amino ini hendaklah diperolehi daripada makanan.

6. Sumber protein:

Protein haiwan seperti daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu (keju dan mentega). Protein tumbuhan seperti kekacang (soya, kacang tanah, kacang pea) dan bijirin (oat, gandum, jagung).

Jadual peratusan kandungan protein dalam beberapa jenis makanan.


Sumber Ikan (Fish) Daging (Meat) Telur (Egg) Milk (Susu) Sayur-sayuran (Vegetables) Kandungan Protein (%) 26.0 23.0 14.0 6.0 3.2

Fungsi protein:
1. Untuk pertumbuhan badan kerana protein adalah salah satu komponen utama dalam protoplasma sel. 2. Untuk pembentukan sel-sel baru bagi menggantikan selsel lama atau sel-sel yang telah rosak.

3. Untuk mensintesiskan sebatian protein yang lain seperti enzim, hormon dan antibodi. 4. Untuk memberikan tenaga. Protein boleh ditukarkan kepada glikogen apabila tubuh badan kekurangan karbohidrat dan lemak 5. Glikogen adalah tenaga yang tersimpan yang mana ianya boleh menghasilkan tenaga apabila dioksidasikan melalui respirasi sel.

Kwashiorkor.

Ujian protein:
Ujian untuk mengesan kehadiran protein dalam sampel makanan dikenali sebagai Ujian Millon . Mendakan merah bata akan terbentuk apabila makanan yang mengandungi protein (seperti albumin telur) dipanaskan bersama-sama dengan reagen Millon

Lemak
Lemak adalah sebatian yang mengandungi karbon ,hidrogen dan oksigen , tetapi nisbah hidrogen dengan oksigen adalah lebih tinggi daripada 2:1. Sebagai contoh, nisbah hidrogen kepada oksigen dalam Tricerine (sejenis lemak haiwan) adalah 18:1.

Lemak

Sifat-sifat lemak:
Unit asas bagi lemak adalah asid

lemak dan gliserol.

Satu molekul lemak adalah terbentuk daripada satu molekul gliserol dantiga molekul asid lemak.
Lemak wujud dalam bentuk pepejal . Pada suhu bilik , lemak wujud dalam bentuk cecair dan dikenali sebagai minyak. Lemak tidak larut dalam air tetapi boleh larut dalam alkohol . Lemak juga boleh melarutkan vitamin A, D, E dan K.

Contoh-contoh lemak:
Lemak haiwan seperti mentega, keju, kuning telur , minyak sapi dan minyak ikan kod . Lemak haiwan mengandungi paras kolestrol yang tinggi. Lemak tumbuh-tumbuhan seperti sayursayuran (margerine), minyak kelapa, minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, minyak bijirin dan minyak kacang soya.

Jadual berikut menunjukkan peratusan lemak/minyak yang terdapat didalam beberapa jenis makanan:
Sumber Kandungan lemak/minyak (%)

Ayam Telur Daging

7 11 28

Keju
Mentega

35
82

Sebagai sumber yang kaya dengan tenaga. Pengoksidaan satu gram (1g) lemak boleh menghasilkan 38kJ tenaga, iaitu dua kali ganda jumlah tenaga yang dihasilkan oleh satu gram (1g) karbohidrat . Sebagai penebat haba kepada badan. Lemak berlebihan yang disimpan sebagai tisu adipos dibawah kulit, boleh mengekalkan suhu badan.

Fungsi-fungsi lemak:

Sebagai pelarut vitamin A, D, E, dan K untuk membolehkan/memudahkan pengangkutan ke bahagian-bahagian tertentu badan.
Menyekat kehilangan air dari permukaan kulit melalui rembesan minyak oleh kelenjar sebum pada kulit .

Ujian Lemak

Etanol / Alkohol

Ujian mengesan kehadiran lemak:


Ujian bagi mengesan kehadiran lemak dalam sampel makanan dikenali sebagai ujian emulsi alkohol . Beberapa titik etanol/ethanol (sejenis alkohol) ditambahkan kepada sejumlah kecil lemak dan campuran tersebut digoncang dengan bersungguh-sungguh untuk melarutkan lemak. Kemudian ditambahkan air sejuk dengan jumlah amaun yang sama. Emulsi putih keruh menunjukkan kehadiran lemak atau minyak.

You might also like