You are on page 1of 9

Pembinaan Empangan Secara Teori

Tahukah anda bagaimana sesebuah empangan itu dibina? Selain dari komposisi simen yang sesuai bagi mendapatkan kekuatan konkrit/dinding empangan, kiraan luas dan isipadu perlu diambil kira untuk membina empangan supaya empangan yang dibina nanti boleh menjalankan fungsinya dengan baik yang mana boleh mengelakkan limpahan.Dalam assignment kali ini saya akan cuba terangkan serba sedikit cara untuk mengira luas dan isipadu dalam pembinaan sesebuah empangan.Namun, aspek yang paling penting bagi jurutera semasa membuat pengukuran/pengiraan luas dan isipadu adalah ketepatan bagi sebarang kuantiti yang terlibat dalam sesuatu projek.Ini disebabkan oleh kos yang tinggi bagi luas tanah dan isipadu bahan.

Empangan

Kiraan luas Secara umumnya kiraan luas boleh dibahagikan kepada dua iaitu : a) Kiraan luas pelan b) Kiraan luas keratan rentas Namun, kiraan luas yang diambil kira untuk membina empangan adalah kiraan luas pelan yang boleh lagi dibahagikan kepada dua iaitu : a) Luas yang ditutupi oleh garis lurus b) Luas yang ditutupi oleh garis tidak sekata

Apabila ingin memulakan pembinaan empangan, seseorang jurutera atau jurukur akan memastikan bentuk muka buminya terlebih dahulu. Kebiasaanya bentuk muka bumi adalah tidak sekata atau tidak rata kerana ianya dibina di kawasan lembah atau pun tanah tinggi.Oleh itu, teknik yang sesuai untuk mendapatkan luas yang dikehendaki adalah menggunakan Kaedah Matematik yang tergolong dalam luas yang ditutupi oleh garis tidak sekata. Kaedah matematik ini terbahagi kepada dua iaitu samada menggunakan Peraturan Trapezoid ataupun Peraturan Simpson. Kebanyakkan jurukur/jurutera lebih senang menggunakan Peraturan Simpson kerana keputusannya lebih tepat berbanding Peraturan Trapezoid.

E C

A B

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan sebahagian terabas tertutup yang berada dalam sebuah kawasan yang tidak sekata bentuk muka buminya. Kawasan yang berlorek hitam itu adalah baki yang akan dihitung menggunakan Kaedah Trapezoid dan Kaedah Simpson. Segitiga ADE, ABD dan BCD boleh dihitung menggunakan salah satu kaedah sisi lurus seperti berikut : a) Luas = [ s ( s-a )( s-b )( s-c ) ] di mana a, b, c adalah panjang bagi sisi-sisi segitiga dan s=(a+b+c) b) Luas = ( tapak tinggi bagi segitiga ) c) Luas = ab sin C dimana C adalah sudut terkandung antara panjang sisi a dan sisi b

Rajah 2 di bawah menunjukkan pembesaran satu bahagian sisi yang tidak sekata, AB. Ofsetofset O1, O2 sehingga O6 diukur dilapangan atau diskalakan dari plan. Peraturan ini telah mengandaikan bahawa jika sela antara ofset-ofset itu kecil, sempadan tersebut boleh dikira

sebagai garis lurus antara ofset-ofset. Lihat rajah 2 dan rajah 3 yang mengambil satu bahagian ofset O1 dan O2.

L A O1 B O6

Ofset pada sela tetap

O2

O3

O4

O5 sempadan tidak sekata

Rajah 2

A O1

A O1

O2

O2

Rajah 3

Dengan itu rajah 2 akan menjadi satu siri trapezium seperti rajah 4 di bawah.

L O1 A1

L A2

L A3

L A4

L O6 A5

O3 O2 O4

O5

Rajah 4

Jika dilihat dengan mata kasar pada rajah 4 dapat diperhatikan bahawa siri tersebut adalah siri trapezium. Dengan itu untuk mendapatkan luas A1 sehingga A6 bolehlah menggunakan formula pengiraan bagi luas trapezium seperti di bawah.

A1 = ( O1 + O2 ) 2

A2 = ( O2 + O3 ) 2

seterusnya

Oleh itu, untuk ofset N, jumlah luas (A) diberikan oleh formula berikut. A = ( O1 + O2 )L + ( O2 + O3 )L + . + ( ON-1 + ON ) 2 2 2

Formula di atas diringkaskan supaya menjadi formula trapezoid umum seperti yang ditunjukkan di bawah. A = L [ O1 + ON + 2 ( O2 + O3 + . + ON-1 ) ] 2

Untuk pengetahuan semua, Peraturan Trapezoid ini boleh digunakan bagi sebarang bilangan ofset sehingga nilai yang paling besar/tinggi. Selain daripada kiraan luas tanah, isipadu tanah juga perlu diambil kira untuk membina sesebuah empangan iaitu samada tanah tersebut perlu ditimbus ataupun digali. Ketepatan semasa mengira isipadu kerja tanah akan memberikan hasil yang terbaik di mana empangan yang dibina dapat mengelakkan air sungai/tasik melimpah keluar dari paras yang sepatutnya. Empangan yang terlalu besar isipadunya memerlukan penelitian yang lebih. Keputusan yang jitu diperlukan di mana ralat dapat diminimumkan sebaik mungkin. Kiraan isipadu dalam pembinaan empangan boleh dibahagikan kepada tiga : 1) Isipadu daripada keratan rentas 2) Isipadu daripada ketinggian titik 3) Isipadu daripada garis kontur

Isipadu daripada keratan rentas

Dalam kaedah ini dua cara dipertimbangkan. Kedua-dua cara ini adalah sama dengan cara untuk mencari luas menggunakan peraturan Trapezoid ataupun peraturan Simpson.

1 ) Kaedah keluasan hujung

Kaedah ini sama untuk mencari luas dengan peraturan Trapezoid. Jika dua keratan rentas A1 dan A2 mempunyai jarak mengufuk d1 antara kedua-duanya, isipadu (V1) yang terkandung di antara dua keratan rentas diberikan oleh

V1 = d1 ( A1 + A2 ) 2 Ini membawa kepada formula umum bagi satu siri keratan rentas Vjumlah = V1 + V2 + V3 +..+ VN-1 = d1 ( A1 + A2 ) + d2 ( A2 + A3 ) + d3 ( A3 + A4 ) ++ dN-1 ( AN-1 +AN ) 2 dan jika d1 = d2 = d3 = dN-1 = d jumlah isipadu = d ( A1 + AN + 2 ( A2 + A3 ++ AN-1 ) 2 Kaedah keluasan hujung akan memberikan keputusan yang lebih tepat jika luas kertan rentas adalah dari magnitud yang sama. 2 2 2

2) Formula Prismoid Kaedah ini sama untuk mencari luas dengan peraturan Simpson dan lebih tepat daripada kaedah keluasan hujung. Isipadu yang terkandung antara siri keratan rentas yang mempunyai jarak yang sama boleh dianggarkan sebagai isipadu prismoid. Prismoid adalah rajah yang pejal denga satah-satah hujung berkeadaan selari dan satah-satah sisi juga selari. Rajah 5 menunjukkan prismoid.

d CS2 d CS1

CS3

A3 A2 A1

Rajah 5 Boleh ditunjukkan bahawa untuk siri tiga keratan rentas, isipadu V1-3 yang terkandung antara tiga keratan rentas itu diberikan oleh V1-3 = d ( A1 + 4A2 + A3 ) 3

Ini adalah Formula Prismoid. Ia digunakan untuk kiraan kerja tanah bagi potongan dan tambakan dan memberi isipadu sebenar samada a) Cerun lintang yang bersudut tepat pada garis tengah adalah lurus dan profil membujur pada garis tengah adalah berbentuk parabola, atau b) Cerun lintang berbentuk parabola dan profil membujur adalah garis lurus. Oleh itu, kecuali profil tanah adalah sekata dalam arah melintang dan membujur , kemungkinan selisih akan wujud dalam menggangap bahawa rajah adalah prismoid bagi keseluruhan panjangnya. Walaubagaimanapun , selisih ini adalah kecil dan isipadu yang diperolehi adalah anggaran terbaik bagi isipadu sebenar. Jika rajah 9.10 dipanjangkan untuk memasukkan keratan rentas 4 (A4) dan keratan rentas 5 (A5) isipadu daripada CS3 ke CS5 ( V3-5 ) diberikan oleh V3-5 = d ( A3 + 4A4 + A5 ) 3 Maka jumlah isipadu dari CS1 ke CS5 (V) ialah

V = d (A1 + 4A2 + 2A3 + 4A4 + A5) 3

Ini membawa kepada formula am untuk N keratan rentas di mana N mesti ganjil seperti berikut: V = d ( A1 + AN + 4 luas genap + 2 baki luas ganjil ) 3 Formula ini biasanya untuk isipadu dirujuk sebagai peraturan Simpson dan harus digunakan di mana yang sesuai.

Isipadu daripada ketinggian titik

Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan isipadu korekan yang dalam dan besar seperti tingkat bawah tanah, dasar empangan, tangki-tangki bawah tanah dan sebagainya di mana aras bentukan boleh jadi bercerun, mengufuk atau bertingkat. Grid segiempat sama, segiempat tepat atau segitiga ditetapkan di atas tanah dan aras terlaras titik-titik diambil pada setiap titik persilangan grid. Semakin kecil grid semakin lebih tepat isipadu yang dikira tetapi kerja luar bertambah. Maka kompromi biasanya dibuat untuk mengatasi masalah ini. Aras bentukan pada setiap titik grid mestilah diketahui. Oleh itu, kedalaman potongan dari aras yang wujud hingga ke aras cadangan pada setiap persilangan grid boleh dikira. Rajah 6 menunjukkan grid segiempat sama 10 m dengan kedalaman potongan yang ditetapkan pada setiap titik persilangan grid. Pertimbangkan isipadu yang terkandung dalam grid segiempat sama h1 h2 h6 h5. Rajah7 menunjukkan isipadu tersebut. Andaian dibuat bahawa cerun permukaan adalah tetap di antara persilangan grid. Oleh itu isipadu diberikan oleh

Isipadu = tinggi purata luas pelan = ( 5.23 + 6.38 + 4.66 + 3.98 ) 100 = 506.25m

h2 h1 h5 h2 h6 h3 h7 h4 h8 h1

6.38m

h6 5.23m 4.66m

Rajah 6

Rajah 7

Kaedah yang sama boleh digunakan pada setiap grid individu segiempat sama dan ini membawa kepada formula umum untuk grid-grid segiempat sama atau segiempat tepat.

Jumlah isipadu = A ( kedalaman tunggal + 2 kedalaman kembar + 3 kedalaman tiga kali ganda + 4 kedalaman empat kali ganda) + V dimana

A = luas pelan bagi setiap grid segiempat sama Kedalaman tunggal = kedalaman seperti h1 dan h4 yang digunakan sekali Kedalaman kembar = kedalaman seperti h2 dan h3 yang digunakan dua kali Kedalaman tiga kali ganda = kedalaman h7 yang digunakan tiga kali Kedalaman empat kali ganda = kedalaman seperti h6 yang digunakan empat kali V = jumlah isipadu di luar grid yang dikira berasingan

Isipadu daripada garis kontur

Untuk mendapatkan isipadu sesebuah empangan dengan kaedah ini adalah yang paling sesuai. Contohnya kaedah ini dapat mengira takungan air, empangan tanah buangan dan sebagainya. Sistem yang digunakan adalah untuk mengira luas pelan yang ditutupi oleh setiap garis kontur. Anggapkan garis kontur ini sebagai luas keratan rentas. Sela kontur akan menyediakan jarak antara keratan-keratan rentas dan boleh digunakan samada kaedah

prismoid ataupun kaedah keluasan hujung untuk mengira isipadu. Jika kaedah prismoid digunakan, bilangan garis kontur mestilah ganjil. Ketepatan keputusan bergantung sepenuhnya kepada sela kontur. Tetapi biasanya ketepatan yang tinggi tidak diperlukan. Contohnya dalam kiraan muatan takungan, isipadu hampir 1000 m adalah lebih dari mencukupi.

KESIMPULAN

Kiraan luas dan isipadu dalam pembinaan empangan adalah amat penting bagi seseorang jurutera/jurukur. Banyak formula-formula dan kaedah-kaedah penting yang digunakan bagi mengiranya. Nilai yang paling tepat dengan ralat yang kurang sahaja diambil kira. Jika dilihat apa yang telah diterangkan sebelum ini kiraan luas dan isipadu adalah saling bergantungan iaitu untuk mengira isipadu mestilah dimasukkan juga kiraan luas. Sebenarnya, banyak lagi formula dan kaedah yang digunakan dalam mengira luas dan isipadu tapi sebagai pengetahuan hanya apa yang diterangkan dalam assignment ini adalah antara yang terpenting. Dalam dunia yang moden ini, bantuan komputer akan mempercepatkan lagi proses kiraan luas dan isipadu. Kebanyakkan rekabentuk empangan yang akan dibina biasanya data-data luas dan isipadu empangan tersebut dimasukkan ke dalam komputer dan disemak oleh komputer juga bagi mengelakkan kesilapan semasa membuat pengiraan yang dilakukan oleh arkitek. Di sini jelas betapa pentingnya formula-formula dan kaedah-kaedah untuk mengira luas dan isipadu. Tanpanya empangan tak akan terbina dan termasuk pembangunan yang lain.

You might also like