Kajian Kes Pembangunan Sahsiah: Sejauh Manakah
Keprihatinan Pelajar UPSI (KUO) dalam Isu Kekejaman Zionis di
Palestin
Kod Kursus:ULP 1013
Nama Pensyarah:Tn. Hj. Nazri bin Johari
Tarikh Serahan:4 Mac 2009
Kekejaman Israel sebenarnya telah berlaku sejak berkurun lamanya, namun barulah sekarang ramai pihak yang baru ingin membuka mata terhadap perkara ini. Di mana keprihatinan anda sebelum ini? Apakah kita mempunyai perasaan ketika melihat anak- anak kecil yang tidak bersalah dibunuh begitu sahaja? Di mana keprihatinan kita jika kita sebenarnya yang menyumbangkan bekalan peluru kepada askar Israel? Inilah yang ingin kami kaji terhadap mahasiswa-mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mahasiswa UPSI akan menjadi bakal guru pada masa hadapan. Jika tiada sifat keprihatinan dalam diri mereka, mampukah mereka bergelar seorang pendidik yang bitara?
Sedar atau tidak isu ini kelihatan seperti benda kecil. Namun, jika dilihat secara keseluruhan, keprihatinan merupakan perkara yang perlu dipandang serius oleh setiap mahasiswa. Mahasiswa merupakan penggerak generasi masa hadapan lebih-lebih lagi bakal guru yang akan mendidik anak-anak yang akan menerajui negara sedikit masa nanti. Oleh itu, jika mahasiswa tiada ataupun kurang sifat keprihatinan maka akan hancurlah negara kita nanti. Oleh itu, untuk kajian tentang keprihatinan mahasiswa ini, kami memilih tentang kekejaman di Israel kerana perkara ini perlu diberi perhatian. Jika mahasiswa tidak prihatin akan isu ini, masakan mereka akan prihatin tentang isu yang lain pula. Oleh itu, akan kita lihat sebentar lagi keperincian kajian kami terhadap isu ini.
Leave a Comment