• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
G
Falsafah Pendidikan Guru, Hubungannya dengan Pemikiran dan
Amalan Profesionalisme Keguruan
Nama
No. Matrik
Program
Siti Aishah binti Abdul Latiff
D 20081032348
AT16
Kursus:Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

Kod Kursus:EDU 3012
Nama Pensyarah:Pn. Norila Md. Salleh
Tarikh Serahan:2 Februari 2009

1
Isi kandungan
Bil.
Isi Kandungan
Muka Surat
1.0
2.0

3.0 4.0 5.0

Pengenalan

Pemikiran dan Amalan Profesionalisme Keguruan
2.1 Pemikiran Profesional Guru
2.2 Amalan Profesional Guru

Syarat-syarat dan Kepentingan Profesionalisme
Etika Profesional Guru
Penutup
Bibliografi
Lampiran
12
3-8

8-11
12-14
15-19
20

ii
iii
1.0
Pendahuluan
2
Falsafah pendidikan sangat penting dalam membantu pembentukan personaliti seorang
guru.

Falsafah pendidikan memberikan perspektif makro untuk sistem dan bidang pendidikan, kerana setiap komponen tidak dilihat secara berasingan tetapi ditinjau di segi pertalian di antara komponen-komponen yang membentuk kesuluruhan (Sufean Hussin, 2004). Justeru itu, sekiranya sistem pendidikan tidak mencapai apa yang telah digariskan dalam hasrat pendidikan, maka falsafah pendidikan mampu dijadikan sebagai perspektif mikro bagi mengkaji sebarang halangan dan masalah bagi membetulkan sesuatu atau beberapa komponen tersebut.

Profesion bermaksud pekerjaan yang memerlukan didikan yang tinggi dan latihan yang khusus seperti dalam bidang perubatan, senibina dan perguruan. Profesionalisme pula dapat ditakrifkan sebagai \u201ctingkahlaku, kemahiran atau kualiti yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan standard yang tinggi yang boleh diharapkan daripada ahli sesuatu profesion itu\u201d. Manakala keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru (Kamus Pelajar, 1997). Dari pandangan sebagai seorang guru, amalan dan pemikiran profesionalisme keguruan adalah sangat berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) kerana falsafah tersebut dijadikan sebagai garis panduan ke arah pembentukan seorang guru yang bersedia menjunjung aspirasi negara dalam usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Falsafah pendidikan guru adalah bersifat realisme-pragmatisme kerana lebih menekankan aspek modenisasi individu dan budaya hidup masyarakat. Maka boleh disimpulkan bahawa falsafah pendidikan guru tidak menghayati fahaman pemikiran dan aspirasi dalam falsafah pendidikan negara kerana gagasan tanggapan falsafah pendidikan guru tidak memegang teras yang sama. Falsafah pendididikan guru lebih bersifat realistik dan praktis dalam konteks pembangunan masyarakat (Sufean Hussin, 2004).

2.0
Pemikiran dan Amalan Profesionalisme Keguruan
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...