Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
39Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
esei penuh

esei penuh

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 5,057|Likes:
Published by aesha89

More info:

Published by: aesha89 on Oct 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

02/01/2013

pdf

text

original

1.
PENDAHULUAN

Falsafah bermaksud \u2018cinta akan kebijaksanaan dan kebenaran\u2019. Perkataan falsafah diambil daripada perkataanphilos ophy iaitu love of wisdom and truth. Falsafah pendidikan sangat penting dalam membantu pembentukan personaliti seorang guru. Falsafah pendidikan memberikan perspektif makro untuk sistem dan bidang pendidikan, kerana setiap komponen tidak dilihat secara berasingan tetapi ditinjau di segi pertalian di antara komponen-komponen yang membentuk kesuluruhan (Sufean Hussin, 2004). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan panduan utama setiap guru dalam melaksanakan aspirasi pendidikan negara kepada generasi akan datang. Justeru itu, pelaksanaan FPK adalah sangat penting supaya hasrat negara dalam pembentukan modal insan yang cemerlang dapat dicapai.

Biologi adalah berasal daripada gabungan dua perkataan bahasa Latin iaitu \u2019bios\u2019 yang bermaksud kehidupan dan \u2019logos\u2019 yang bermaksud kajian. Oleh itu, perkataan biologi membawa maksud kajian mengenai kehidupan. Ilmu biologi mengkaji tentang struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Secara umumnya, bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi, cara dan sebab sesuatu spesies hidup serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling.

Ozon (O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul. Pada suhu dan tekanan biasa ia berbentuk gas biru. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon didapati dengan banyaknya pada aras stratosfera, dalam kawasan yang juga dikenali sebagai lapisan ozon. Di sini ozon menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan di bumi. Bagaimanapun sekiranya ozon terhasil di permukaan bumi seperti melalui asap kenderaan, ozon boleh membahayakan kesihatan. Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai yang mula berasa bimbang apabila terdapat laporan bahawa wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.

1
2.
Penterjemahan Unsur-unsur FPK dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran

Pendidikan merupakan tunjang utama membangunkan insan yang cemerlang sebagai aset negara. Semua negara memerlukan modal insan sebagai asas pembentukan negara bangsa. Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020. (PIPP 2006-2010). Justeru itu, pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang- peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah

Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

2

Insan yang seimbang dan harmonis bermaksud insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan yang diperoleh, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram dan stabil, tubuh badan yang sihat dan cergas, serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Penerapan unsur- unsur jasmani, emosi, rohani dan emosi yang digariskan dalam FPK adalah merangkumi semua aspek yang diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis secara menyeluruh tanpa mengabaikan sebarang unsur lain.

Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan dalam Perutusan Hari Pekerja Mei 2006, \u201cModal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan. Kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.\u201d

Penterjemahan unsur-unsur FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah sangat penting supaya penerapan semua aspek tersebut mampu diterima oleh pelajar secara optimum tanpa meninggalkan sebarang unsur lain. Secara asasnya, unsur-unsur utama dalam FPK tersebut mampu melahirkan generasai masa depan yang baik dan cemerlang dari segi agama dan kehidupan mereka seperti kepercayaan kepada Tuhan serta melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

3

Activity (39)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Panne TimOwen liked this
Clement Jong liked this
Clement Jong liked this
Jordan Law liked this
qistinasano liked this
Alias Sidek liked this
ABD MOMEN JITUN liked this
Kay Rey liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->