You are on page 1of 13

PERATURAN FESTIVAL NASYID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FESTIVAL NASYID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN.
1. 1.1 PENYERTAAN Penyertaan Kumpulan Bilangan kumpulan Nasyid dihadkan kepada tiga kumpulan bagi tiap-tiap negeri. Iaitu satu kumpulan Bermasalah Pembelajaran Rendah, satu kumpulan Bermasalah Pembelajaran Menengah dan satu Kumpulan Bermasalah Penglihatan terbuka. Setiap negeri dibenarkan menghantar satu kumpulan nasyid yang mengandungi tidak kurang daripada 8 orang murid dan tidak lebih daripada 12 orang murid bagi setiap kumpulan termasuk pemain muzik. Bagi Masalah Pembelajaran kategori pertandingan terbahagi kepada peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Manakala untuk Masalah Penglihatan terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah dan menengah. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar berkeperluan khas lelaki dan perempuan sekolah rendah dan menengah. Setiap satu kumpulan boleh dianggotai oleh oleh satu jantina atau bercampur lelaki dan perempuan.

1.1.1

1.1.2

1.1.3

1.1.4

1.1.5

1.2.

Penyertaan Ciptaan Lagu dan Lirik Nasyid 1.2.1 Penyertaan ciptaan lagu dan lirik adalah terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berkhidmat. Borang Akuan (Borang FNPK/1) hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan sebagai bukti perkhidmatan. 1.2.2. Pertandingan penciptaan lagu dan lirik nasyid adalah penyertaan secara individu. 1.2.3. Pencipta lagu dan penulis lirik tidak semestinya dari orang yang sama. 1.2.4. Lirik hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan kumpulan. 1.2.5. Kedua-dua buah lagu yang hendak dipertandingkan mestilah dinyanyikan oleh kumpulan yang bertanding. 1.2.6. Setiap penyertaan lagu dan lirik akan menjadi hak milik penganjur serta Hak Cipta Terpelihara.

2.

BORANG PENYERTAAN : 2.1. Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan sebagaimana Borang FNPK/2. 2.2. Borang penyertaan Peringkat Kebangsaan yang lengkap dan disahkan hendaklah sampai kepada pihak urusetia pada masa yang ditetapkan.

3.

TEMA : Kedua-dua buah lagu hendaklah bertemakan Maal Hijrah tahun semasa yang mengandungi unsur : 3.1 Keimanan kepada Tuhan. 3.2 Nilai-nilai murni 3.3 Kemasyarakatan 3.4 Kekeluargaan

4.

LAGU : 4.1. 4.2. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu. Lagu pertama hendaklah ciptaan baru. Ia hendaklah ciptaan asal, bebas daripada saduran/ciplak/plagiat dan belum pernah dirakamkan/dicetak atau disiarkan untuk sebarang siaran. Manakala Lagu Kedua adalah lagu pilihan. Lagu pertama hendaklah berbentuk irama padang pasir berentak Masri Ciri-ciri qasidah adalah digalakkan. Lagu kedua pula hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari (Nasyid Moden). Rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.

4.3.

4.4. 4.5.

4.6.

5.

LIRIK 5.1. 5.2 5.2. Lirik lagu pertama hendaklah mengikut tema dan asli. Lirik lagu kedua adalah mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Lirik lagu pertama wajib menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya (kecuali Qasidah menggunakan Bahasa Arab) Lirik lagu kedua boleh menggunakan bahasa Bahasa Melayu atau Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris atau gabungan dua atau tiga bahasa tersebut. Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis. Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif. Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu. Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.

5.4

5.3.

5.4. 5.5. 5.6.

6.

PERSEMBAHAN . 6.1. Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan. Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang keterlaluan. Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, Turkish, tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime sahaja, tidak termasuk alat yang bermelodi. Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live). Penggunaan minus one tidak dibenarkan. Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan. Setiap kumpulan dilarang sama sekali memperkenalkan nama/identity dalam apa bentuk sekalipun. Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.

6.2.

6.3.

6.4.

6.5. 6.6.

6.7.

7.

Masa 7.1 7.2 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit untuk mempersembahkan kedua-dua buah lagu. Masa dikira bermula apabila peserta pertama mula naik ke pentas dan berakhir berdasarkan peserta terakhir turun pentas. Markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 8 minit atau melebihi masa 12 minit yang telah ditetapkan.

7.3

8.

Pakaian Peserta 8.1 Pakaian Peserta 8.1.1 Peserta lelaki digalakkan memakai pakaian Kebangsaan yang lengkap (bersamping dan bersongkok) atau sebarang pakaian yang menutup aurat yang bersesuaian dengan majlis. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali. Peserta perempuan dikehendaki berbaju kurung dan bertudung yang sempurna atau pakaian yang menutup aurat yang bersesuaian dengan majlis. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali. Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan. Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.

8.1.2

9.

PEMARKAHAN Cara Penghakiman 9.1 Penghakiman Nasyid dibahagikan kepada empat bahagian dengan pecahan markah seperti berikut : Bil 1 2 3 4 Suara Gaya Persembahan / Penampilan Lirik Lagu Jumlah 9.2 Perkara Markah 40 10 20 30 100

Pertandingan Nasyid ini dihakimi oleh satu jemaah hakim seramai lapan orang dengan diketuai oleh seorang hakim nasyid yang dilantik. Bil 1 2 3 4 Suara Gaya Persembahan / Penampilan Lirik Lagu Jumlah Perkara Jum.Hakim 2 2 2 2 8

10.

PENENTUAN KEPUTUSAN 10.1 Kumpulan Nasyid Terbaik 10.1.1. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai Johan. 10.1.2. Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytiharkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya. 10.1.3. Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan dirujuk kepada : Pertama : Suara Kedua : Lagu Ketiga : Persembahan 10.1.4. Sekiranya masih sama, penilaian akan dirujuk kepada elemen Keberkesanan Persembahan. 10.1.5. Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bersidang dan membuat keputusan. 10.1.6. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

10.2

Ciptaan Lagu Terbaik Dan Lirik Terbaik 10.2.1. Setiap lagu dan lirik yang dipersembahkan akan dinilai untuk dipilih Lagu Ciptaan Terbaik dan Lirik Ciptaan Terbaik. 10.2.2. Lagu Ciptaan Terbaik tidak semestinya akan dipilih sebagai Lirik Ciptaan Terbaik dan sebaliknya. 10.2.3. Lagu dan Lirik yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. 10.2.4. Sekiranya terdapat persamaan, hakim akan bersidang dan membuat keputusan. 10.2.5. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

11.

HADIAH PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN : 11.1. Hadiah Kategori Rendah (BP) (Kumpulan) 11.2.1. Johan, Naib Johan dan Ketiga. (BP) 11.2.2. Tiga belas hadiah saguhati (BP) 11.2. Hadiah Kategori Menengah (BP) (Kumpulan) 11.3.1. Johan, Naib Johan dan Ketiga (BP) 11.3.2. Tiga belas hadiah saguhati (BP) 11.3. Hadiah Kategori Terbuka (BL) (Kumpulan) 11.3.1. Johan, Naib Johan dan Ketiga (BL) 11.3.2. Enam hadiah saguhati (BL) 11.4. Lagu Ciptaan Terbaik Kategori Rendah (BP) (Lagu 1/Individu) 11.5. Lagu Ciptaan Terbaik Kategori Menengah (BP) (Lagu 1/Individu) 11.6. Lagu Ciptaan Terbaik Kategori Terbuka (BL) (Lagu 1/Individu) 11.7. Lirik Ciptaan Terbaik Kategori Rendah (BP) (Lirik 1 dan Lirik 2/Individu). 11.8 11.9 11.10 Lirik Ciptaan Terbaik Kategori Menengah (BP) (Lirik 1 dan Lirik 2/Individu). Lirik Ciptaan Terbaik Kategori Terbuka (BL) (Lirik 1 dan Lirik 2/Individu). Anugerah Penyanyi Solo Terbaik Kategori Rendah (Individu).

11.11. Anugerah Penyanyi Solo Terbaik Kategori Menengah (Individu). 11.12 Anugerah Penyanyi Solo Terbaik Kategori Terbuka (Individu).

12.

BANTAHAN PESERTA 12.1. Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi (Borang FNPK/3) yang disediakan. Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi. Sebarang bantahan hendaklah diterima oleh Pengerusi Jemaah Hakim sebelum keputusan diumumkan. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Tiga Ratus Sahaja) secara tunai. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.4. Semua bantahan akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jemaah Hakim dan keputusan selepas mesyuarat adalah MUKTAMAD. Bantahan yang diterima selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.

12.2. 12.3.

12.4

12.5

13.

PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN Penghakiman Kumpulan Nasyid 1. Penghakiman Suara (40 markah): 1.1. 40 markah diperuntukkan bagi setiap lagu (Borang FNPK/4.1). 1.2. Setiap lagu dinilai dari aspek berikut: 1.2.1. Kualiti ton - 8 markah 1.2.2. Ketepatan pic, nada, tempo dan frasa - 10 markah 1.2.3. Sebutan - 6 markah 1.2.4. Dinamik - 8 markah 1.2.5. Keseimbangan /harmoni - 8 markah

Peringatan : Hakim bahagian suara, lagu dan persembahan akan menilai dan memberi markah untuk memilih Pemenang Anugerah Penyanyi Solo 2. Penghakiman Lagu (30 markah): 2.1. 30 markah diperuntukkan bagi setiap lagu (Borang FNPK/4.2). 2.2. Lagu pertama dinilai dari aspek berikut: 2.2.1. Keaslian Lagu (Melodi) - 8 markah 2.2.2. Irama Masri/Unsur-unsur irama padang Pasir dan Qasidah - 8 markah 2.2.3. Kesesuaian rentak - 7 markah 2.2.4. Disiplin Lagu/kreativiti ciptaan - 7 markah 2.3. Lagu kedua dinilai dari aspek berikut: 2.3.1. Keaslian lagu ( Melodi ) 2.3.2. Bentuk kontemporari 2.3.3. Kesesuaian rentak/Bentuk 2.3.4. Disiplin lagu/kreativiti ciptaan

8 markah 8 markah 7 markah 7 markah

Penghakiman Lirik (20 markah) 3.1. 20 markah diperuntukan bagi setiap lirik (Borang FNPK/4.3).

3.2.

Setiap lirik dinilai dari aspek berikut : 3.2.1. Tema 3.2.2. Kejelasan mesej 3.2.3. Kesinambungan isi 3.2.4. Bahasa

4 markah 6 markah 6 markah 4 markah

Penghakiman Persembahan (10 markah) 4.1. 10 markah diperuntukkan bagi keseluruhan persembahan (Borang FNPK/4.4). 4.2. Setiap persembahan dinilai dari aspek berikut: 4.2.1. Gaya dan penampilan - 4 markah 4.2.2. Etika - 2 markah 4.2.3. Ekspresi - 2 markah 4.2.4. Keberkesanan persembahan - 2 markah

Borang FNPK/1

FESTIVAL NASYID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

BORANG AKUAN PENCIPTA LAGU* / LIRIK *


(Potong yang tidak berkenaan)

BORANGAKUAN A. Maklumat Diri 1. 2. 3. Nama : ................................................................................................................ No. Sijil Lahir/No. Kad Pengenalan : .................................................................. Alamat Sekolah/Majikan : ............................................................................... ................................................................................................................................. 4. 5. Saya akui bahawa maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Tandatangan

.......................................................................... (Nama: B. Pengesahan Ketua Jabatan

Saya akui bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar dan beliau masih berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tandatangan Ketua Jabatan ............................................................... (

Borang FNPK/2

FESTIVAL NASYID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

BORANG PENYERTAAN
Peserta :

1. BERMASALAH PEMBELAJARAN (RENDAH / MENENGAH)* (potong salah satu) 2. BERMASALAH PENGLIHATAN (TERBUKA)
A. 1. 2. 3. 4. 5. Maklumat Kumpulan Nama Kumpulan : _____________________________________________________ Nama Ketua Kumpulan : ________________________________________________ Nama Penyanyi Solo : _________________________________________________ Nama Sekolah dan Alamat : _____________________________________________ No Telefon : ________________________ No. Fax : _________________________

B. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Maklumat Lagu/Lirik Nama Lagu Pertama :__________________________________________________ Pencipta Lagu : _______________________________________________________ Penulis Lirik : ________________________________________________________ Nama Lagu Kedua : ___________________________________________________ Pencipta Lagu : _______________________________________________________ Penulis Lirik : ________________________________________________________

Sila sertakan Lagu dan Lirik/Lirik terjemahan (bagi lirik bukan Bahasa Melayu).

10

C. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Maklumat Ahli Kumpulan NAMA AHLI TAHUN/ TINGKATAN NO.KP/ SIJIL LAHIR NO.KAD OKU

D. 1. 2.

Pengesahan Saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberikan adalah benar. Saya mengaku bahawa lagu pertama dan kedua adalah ciptaan asal yang bebas dari sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak/gubahan dari pencipta lain*.

11

3.

Saya juga bersetuju lagu yang dipertandingkan, rakaman audio-video dan sebarang bentuk persembahan dalam Festival Nasyid Pendidikan Khas Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah menjadi hak milik penganjur.

............................................................. (Tandatangan Pengetua/Guru Besar) Tarikh: ............................... *potong yang tidak berkenaan

................................... Cop rasmi Sekolah

E.

Untuk Kegunaan Urusetia Giliran Penyertaan: .

Tarikh terima: .

Permohonan diterima/ditolak . Jika ditolak sila nyatakan

12

Borang FNPK/3

FESTIVAL NASYID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

BORANG

BORANG BANTAHAN RASMI

B O R A N G B A N T A H A N R A SMI 1. Tarikh : ................................

2. Acara* : BERMASALAH PEMBELAJARAN ( RENDAH / MENENGAH )*


(potong salah satu)

3. BERMASALAH PENGLIHATAN (TERBUKA)


Nama Pembantah : ......................................................................................................... No. Kad Pengenalan : ..................................................................................................... Tempat Bertugas : ............................................................................................................ Jawatan Dalam Kontigen Negeri : ................................................................................ Kontigen : .......................................................................................................................... Aduan / Bantahan : ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ Tandatangan Pengadu ............................................................ ( ) *potong yang tidak berkenaan Tandatangan Ketua Kontigen ..................................................... ( )

13

You might also like