You are on page 1of 26

590508 – 01 – 6023

Ringkasan Eksekutif

Cita-cita pucuk pimpinan kita, Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad

Badawi untuk melaksanakan program pembetarian di semua sekolah di negara

ini adalah suatu cita-cita yang sungguh murni dan disambut baik oleh semua

pihak. Guru sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam

menjayakan wawasan negara ini perlu berusaha keras untuk memastikan

program ini dapat disempurnakan.

Tugas guru di dalam bilik darjah bukan sekadar menyampaikan isi

pelajaran secara konvensional kepada pelajar semata-mata, tetapi dalam masa

yang sama bertungkus-lumus secara kreatif dan inovatif menyesuaikan

kemahiran dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dengan ilmu yang hendak

disampaikan. Ini semua dilakukan demi untuk memastikan anak-anak didik dapat

menguasai ilmu dengan lebih mudah dan berkesan, seterusnya dapat

melahirkan pelajar serba boleh dalam bidang pendidikan yang dapat memenuhi

tuntutan kerjaya mereka kelak.

Pengurusan bilik darjah / makmal komputer yang berkesan akan

mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni, menarik dan menyeronokan.

Berdasarkan pernyataan dan keperluan di atas, saya akan menghuraikan

tentang cara bagaimana untuk merealisasikan hasrat perlaksanaan program

pembestarian sekolah yang diharapkan dapat memberi ilham dan membantu

Kementerian Pelajaran mengubah cara guru mengajar dan murid belajar, cara

guru menilai dan menaksir kebolehan murid serta cara pentadbir sekolah

mengurus dan mentadbir sekolah.

1
590508 – 01 – 6023

1.0 Pengenalan

Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Bestari

adalah suatu institusi yang telah direkasemula dalam bidang pengajaran

dan metodologi pengajian untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi

masyarakat yang berdasarkan informasi. Kreativiti dan pengurusan

matlumat yang lebih baik dijadikan kenyataan melalui penggunaan

teknologi, di mana para penutut, guru-guru, pentadbir-pentadbir, dan

ibubapa adalah lebih sedia menanangi cabaran-cabaran Zaman

Informasi.

Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan dan

penggunaan secara meluas teknologi. telekomunikasi dan internet dalam

penghidupan masyarakat hari ini telah banyak membawa cabaran kepada

kita, khasnya golongan pendidik. Perubahan mendadak ini menyebabkan

Kementerian Pelajaran perlu merubah cara gaya proses Pengajaran dan

pembelajaran serta cara pengurusan dan pentabbiran sekolah.

Apa-apa pun cara gaya dalam proses Pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah, samada daripada corak pengajaran

'chalk and talk' hingga kepada corak pembelajaran 'online' semuanya

memerlukan kemahiran yang tinggi daripada guru dan komitmen

daripada pentadbir sekolah. Pendidik hari ini perlu bersikap produktif,

proaktif, kreatif dan responsif terhadap kecanggihan teknologi. Oleh itu

guru perlu bersedia dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran IT.

2
590508 – 01 – 6023

Program pembestarian sekolah merupakan satu bentuk kurikulum yang

memerlukan profesion keguruan tahu menguasai teknologi maklumat.

Projek SchoolNet merupakan satu contoh proses

pembestarian sekolah. Melalui projek SchoolNet, sekolah-sekolah yang

terlibat telah dilengkapi dengan internet berteknologi tinggi dan jalur lebar

samada menggunakan teknologi ADSL, VSAT atau pun internet wireless.

Kesungguhan pihak kerajaan mendedahkan pelajar-pelajar

kepada pengetahuan teknologi maklumat ini yang secara tidak langsung

membuka mata pelajar untuk memanfaatkan teknologi ICT. Oleh itu guru-

guru tidak boleh memandang sepi segala perbekalan komputer yang

dihantar ke sekolah-sekolah yang melibatkan perbelanjaan jutaan ringgit.

Guru sebagai golongan yang berada di barisan paling

hadapan bertanggungjawab sepenuhnya menggerak dan merangsang

para pelajar ke arah menjayakan sepenuhnya projek sekolah bestari dan

projek SchoolNet sebagai melengkapkan diri menghadapi arus pendidikan

global dan melahirkan generasi pelajar yang mempunyai kemampuan

bersaing di pasaran pekerjaan antarabangsa iaitu modal insan yang

mempunyai nilai ekonomi.

2.0 Konsep Pembestarian Sekolah

Menurut Hamizer (1997), Sekolah bestari merupakan

sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan termasuk saluran

pengajaran seperti komputer dan kemudahan internet yang boleh

3
590508 – 01 – 6023

digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah ini bukan sahaja dapat melancarkan dan memaksimakan

perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi,

tetapi kepelbagaian kebijakasanaan dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Manakala menurut Fiske (1991), sekolah bestari adalah

berorientasikan pembelajaran bukan pengajaran. Cara sekolah bestari

beroperasi adalah berdasarkan hubungan bahawa guru sebagai jurulatih

(coach), pelajar adalah pekerja. Penekanan beralih dari pengajaran

kepada pembelajaran. Pendidikan dikatakan telah berlaku apabila berlaku

proses pemikiran di kalangan pelajar.

Pembestarian Sekolah merupakan suatu proses berterusan

dalam pengunaan ICT dalam bidang pendidikan dengan memberi fokus

pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P & P), cara

murid belajar, kompetensi guru, keberkesanan pentadbiran dan

kecekapan pengurusan sekolah.

Program Pembestarian Sekolah akan melahirkan murid

yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed),

terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Dengan kata

lain pelajar digalakkan berdikari dalam memperoleh pengetahuan. Pelajar

disediakan peluang untuk belajar mengikut kadar pembelajaran sendiri

serta meneroka bidang ilmu baru yang diminati dengan sendiri. Dengan

ini, pelajar akan dapat memaksimumkan potensinya ke tahap cemerlang.

4
590508 – 01 – 6023

Selain itu proses Pembestarian Sekolah ini juga akan dapat

melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Sekolah bestari

menggunakan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran

dalam bidang sains dan teknologi di samping menyediakan pelajar yang

cekap dalam teknologi maklumat (IT) untuk menghadapi cabaran era

teknologi maklumat.

Diharapkan pembestarian sekolah akan dapat membina

budaya ilmu dan membentuk pelajar-pelajar untuk berdaya fikir kritis,

kreatif dan bersifat penyayang.

secara ringkas pembestarian sekolah boleh didefinisikan

sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan

pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan

pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi

sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari.

Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi,

pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam

pentadbiran dan pengurusan sekolah.

3.0 Tujuan Pembestarian Sekolah

Antara tujuan dan matlamatnya ialah:

3.1 Menggalakkan pelajar berdikari dalam proses memperoleh

pengetahuan dan mampu menjalankan pembelajaran mengikut

5
590508 – 01 – 6023

kadar pembelajaran sendiri (selfpaced), minat sendiri (self-directed)

dan menilai diri (self assessed). Dengan ini mereka dapat

memaksimumkan potensinya ke tahap cemerlang.

3.2 Menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat (IT)

untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat.

3.3 Mengubahkan secara sistemik budaya pendidikan yang selama ini

menitikberatkan peperiksaan kepada yang berfokus kepada aspek

kreatif dan inovatif.

3.4 Melahirkan pelajar lepasan sekolah yang mampu menangani

cabaran kehidupan dalam era teknologi maklumat di abad ke 21.

3.5 Membentukkan satu generasi warganegara Malaysia yang berilmu,

bertanggungjawab, berketrampilan, penyayang, mempunyai nilai

kekeluargaan dan peka terhadap pemeliharaan alam sekitar.

3.6 Menyediakan tenaga pekerja celik teknologi dan berpemikiran kritis

dan kreatif untuk industri tempatan Malaysia.

4.0 Kepentingan Pembestarian Sekolah

Pembestarian sekolah boleh mendatangkan banyak

kebaikan kepada warga sekolah, khasnya para pelajar. Dalam bukunya

bertajuk Effective Teaching, Evidence and Practice, Daniel Muijs dan

David Reynolds menjelaskan bagaimana ICT dapat membantu pelajar

belajar?

6
590508 – 01 – 6023

Pertama, presenting information. ICT memiliki kemampuan yang sangat

luar biasa untuk menyampaikan informasi. Kandungan buku dan

Ensiklopedia yang jumlahnya berjilid-jilid pun dapat disimpan di dalam

satu hard disk. Komputer boleh membantu pelajar untuk membuatkan

grafik dan tabel secara otomatis, dengan hanya memasukkan data sesuai

dengan yang kita inginkan.

Kedua, quick and automatic completion of routine tasks. Dengan

menggunakan bantuan komputer tugas-tugas rutin kita dapat diselesaikan

dengan cepat dan automatik. Kerja-kerja rumit seperti membuat grafik,

membuat paparan yang beranimasi, multimedia dan sebagainya, menjadi

lebih mudah dengan bantuan komputer.

Ketiga, assessing and handling information. Dengan komputer yang

dihubungkan dengan intenet, kita dapat memperoleh dan mengirimkan

informasi dengan mudah dan cepat. Melalui jaringan internet, kita dapat

melayari laman web yang menjangkau ujung dunia tanpa sekatan dan

sempadan.

Masih banyak lagi manfaat yang dapat kita ambil dari

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,

kemampuan dalam bidang teknologi informasi haruslah dikuasai dan

diperkembangkan semua golongan, termasuk pihak pentadbiran, guru

dan lebih-lebih lagi pelajar. Dengan cara ini kerajaan untuk mewujudkan

7
590508 – 01 – 6023

pendidikan berasaskan teknologi informasi dan komunikasi akan menjadi

lebih mudah dan lancar.

5.0 Ciri-ciri Sekolah Bestari Yang Baik

Terdapat 6 ciri Sekolah Bestari seperti berikut:

5.1 Sekolah Bestari dihubungkan melalui Jaringan Kawasan

Tempatan (LAN)

Ini membolehkan perkongsian maklumat melalui telekonferensing,

pangkalan data dan mel elektronik, ensaiklopedia elektronik,

katalog kad perpustakaan dan pusat sumber ‘on-line’ dan data

pentadbiran.

5.2 Sekolah Bestari akan dihubungkan melalui Jaringan Kawasan

Luas (WAN)

Hubungan melibatkan sekolah lain dan juga organisasi daerah,

negeri dan dunia. Keadaan ini akan memberi peluang kepada

pelajar untuk mempelajari pembelajaran jarak jauh.

5.3 Kepelbagaian bahan

Sekolah Bestari akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru,

pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian

aplikasi untuk keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

8
590508 – 01 – 6023

5.4 Pengintegrasian mata pelajaran

Mata pelajaran diintegrasikan bercorak tematik dan bukan lagi

diajar secara berasingan. Konsep belajar merentas kurikulum

diperluas.

5.5 Orientasi pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum adalah berorientasikan penyelesaian masalah dan tidak

berorientasikan fakta semata-mata.

5.6 Persekitaran pembelajaran yang luas.

Persekitaran pembelajaran yang kaya dengan sumber akan

menjadikan guru sebagai perantara dan bukan lagi sebagai sumber

pengetahuan yang utama. Guru-guru perlu lebih ke hadapan dalam

mencapai maklumat berbanding pelajar mereka.

6.0 Elemen-Elemen Sekolah Bestari Yang Berjaya

Untuk melaksanakan program pembestarian sekolah dengan

berkesan dan berjaya beberapa elemen yang membabitkan pihak

pengurusan dan pentadbiran sekolah, kemudahan ICT, peranan guru dan

pelajar perlu diambilkira supaya budaya pengkomputeran di kalangan

warga sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar. Antara elemen-

elemennya adalah seperti berikut:

9
590508 – 01 – 6023

6.1 Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan:

6.1.1 Kepimpinan

Menurut Alimuddin bin Mohd. Dom (2006) untuk

membawa perubahan dalam organisasi, pemimpin sekolah

(pengetua) perlulah mempunyai asas kepimpinan yang baik.

Pengetua sekolah bestari mestilah seorang yang mempunyai

penampilan diri yang baik dari segi tahap kesihatan fizikal dan

mental, amanah, tidak mementingkan diri sendiri, berkeyakinan diri

yang tinggi dan mahir berkomunikasi. Pengetua seharusnya bijak

untuk mengambil hati guru-gurunya bila hendak membestarikan

sekolah. Pengetua juga boleh bekerjasama dengan penyelaras ICT

untuk memastikan polisi ICT sekolah dapat dilaksanakan dengan

sempurna.. Pengetua boleh menggunakan pengurusan secara

kolaboratif bagi menjayakan projek pembestarian sekolah.

Pengetua sekolah juga semestinya berkebolehan

menganalisa masalah, membuat keputusan, sensitif dan berupaya

mengurus organisasi. Selain itu pengetua sekolah juga harus

menpunyai Kemahiran kaunseling, Kemahiran membina pasukan

Kem ahiran penyelesaian konflik dan Akauntabiliti.

6.1.2 Budaya ICT

Pengetua berperanan membudayakan sekolah.

Pengetua dan pasukan pentadbir kanan di sekolah perlu

10
590508 – 01 – 6023

memainkan peranan penting dalam membina budaya pengajaran

yang professional. Oleh kerana ICT (Teknologi maklumat dan

komunikasi), kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya

sekolah, maka yang pengetua hendak membestarikan sekolah,

perlu memasukkan program ICT ke dalam struktur sekolah.

6.1.3 Penggubalan Polisi ICT

Polisi diperlukan untuk menjelaskan tentang idea

budaya ICT yang ingin diperkenalkan, misi dan visi kepimpinan

sekolah, dan tindakan yang dijangka dilakukan oleh guru-guru dan

pelajar-pelajar. Guru-guru perlu dilibatkan dalam penggubalan

polisi ini. Polisi ICT dirangka berdasarkan matlamat, polisi dan

perancangan sekolah. Pandangan daripada ibu bapa dan wakil-

wakil komuniti dan polisi Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu

diambilkira. Selain itu rasional penyelidikan tentang pengajaran dan

pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi semasa

juga harus dipertimbangkan.

6.2. Guru Bestari:

Guru-guru yang terlibat dalam program pembestarian

sekolah seharusnya seorang yang profesional, sahsiahnya baik,

bermotivasi, kreatif dan inovatif, menguasai kaedah pengajaran,

dan berkemahiran dalam bidang ICT.

11
590508 – 01 – 6023

Sekolah bestari bergantung kepada guru bestari.

Sesungguhnya kejayaan guru melahirkan pelajar yang cemerlang

dari segi keilmuan, keimanan, sahsiah dan kepimpinan yang

berwibawa dan kreativiti yang menjangkau zaman akan memberi

sumbangan yang amat besar kepada kebestarian pembangunan

masyarakat dan negara.

Malah Perkins (1992) ada menyatakan bahawa guru

bukan sahaja mengorbankan masa, sumber dan tenaga dalam

pengajaran, mereka juga turut meluangkan masa untuk

perkembangan dan peningkatan kemahiran serta ilmu dirinya.Guru

adalah tonggak sistem pendidikan dan agen perubahan. Justeru itu

jika kita ingin melahirkan generasi bestari, maka guru perlu

membestarikan diri mereka sendiri. Salleha (2002; Perkins 1992)

menyatakan tiga ciri guru bestari iaitu:

6.2.1 Informed (bermaklumat dan kemas kini)

Guru yang bermaklumat adalah guru yang sentiasa

mencari maklumat dalam bentuk fakta-fakta terkini, sentiasa

melayari internet bagi mendapatkan idea-idea pedagogi sesama

seperti dalam pendekatan generik contohnya pengajaran masteri,

kontekstual, konstruktisme, pembelajaran akses kendiri dan

pembelajaran masa depan. Guru sentiasa dapat menyesuaikan

pengajaran mereka dengan kehendak pelajar yang mempunyai

12
590508 – 01 – 6023

kepelbagaian kecerdasan. Guru bestari juga mampu menghasilkan

penggunaan modul-modul pengajaran yang terkini serta mempu

membina modul pengajaran selaras dengan kemampuan dan

tahap pencapaian pelajar.

Guru yang bermaklumat dan kemas kini mampu

berkongsi maklumat dan menggunakan ilmu dan kemahiran untuk

menyampaikan matlamat pengajaran, juga dapat memainkan

peranan menambah keperluan yang difikirkan penting atau

mengubahsuai modul-modul pengajaran yang boleh meningkatkan

lagi tahap pencapaian dan kemampuan berfikir pelajar-pelajar.

Guru bestari juga perlu mampu mengawal proses

pembelajaran mengikut kebolehan dan pencapaian mereka tanpa

pelajar merasa jemu serta sentiasa bermotivasi tinggi untuk

mencapai tahap yang ditetapkan. Setiap pelajar dianggap berupaya

untuk mencapai standard yang ditetapkan mengikut masa yang

mereka sendiri tentukan.

Seterusnya, guru yang bermaklumat dan kemas kini

sentiasa one step head dalam menguasai teknologi ICT terkini

serta mampu menghebahkan ilmu di kalangan rakan sejawat

supaya ilmu dan kemahirannya dapat dikongsi dan diguna pakai

dalam meningkatkan profesion dan martabat keguruan di kalangan

masyarakat dan negara.

13
590508 – 01 – 6023

6.2.2 Energetic (bertenaga dan positif)

Guru-guru bestari adalah sentiasa bertenaga dan

bersikap positif. Bertenaga dalam konteks fizikal ialah sentiasa

cergas dalam tindakan, pergerakan dan berfikir dan sentiasa

menjaga kesihatan pada tahap cemerlang, tidak kenal erti jemu

dan sentiasa berfikiran positif, inovatif dan proaktif, serta

mempunyai moto ‘Kita Boleh’. Bertenaga dalam konteks pedagogi

adalah penyampaian dan pengkaedahan pengajaran.

Guru bestari sentiasa menggunakan modul-modul

terkini dan mempunyai kepelbagaian yang dapat menarik minat

serta meningkatkan tahap pencapaian semua pelajar mereka pada

standard yang telah ditetapkan.

Guru bestari sentiasa mengutamakan pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan kepada pelajar serta berasaskan

kepada pembelajaran aktif dan meletakkan motivasi pelajarnya

pada tahap yang tinggi. Pelajar-pelajar mereka sentiasa cergas dan

proaktif serta ceria dalam melaksanakan segala tugasan secara

pembelajaran kolaboratif di samping menekankan penerapan nilai-

nilai murni yang dapat membentuk sikap, mementingkan

kecemerlangan bersama-sama serta sestia kawan yang tinggi.

Guru bestari sentiasa memandang pelajar mereka

mempunyai potensi yang tinggi yang boleh dikembangkan dan

dipertingkatkan tahap pencapaian mereka semaksimum mungkin.

14
590508 – 01 – 6023

Guru bestari tidak pernah memandang remeh dan rendah

kemampuan dan potensi pelajar mereka serta tidak pernah

menidakkan kebolehan dan idea-idea pelajar mereka.

Guru bestari sentiasa meningkatkan semangat, daya

juang dan keyakinan diri pelajar supaya pelajar sentiasa menyedari

mereka kebolehan dan berkemampuan menyelesaikan sebarang

masalah dan kreatif.

6.2.3 Thoughtful (penyayang dan berfikir)

Guru bestari sentiasa bersifat penyayang, mereka

melihat pelajar-pelajar sebagai satu aset negara yang paling

berharga yang perlu digilap dengan penuh rasa tanggungjawab

dan penuh keyakinan supaya mereka dapat menjadi warganegara

yang berjaya dan cemerlang dapat menyumbang kepada

kemakmuran dan kemajuan negara ke arah menjadikan negara

maju tauhn 2020.

Guru bestari bersifat penyayang akan berfungsi

sebagai pembimbing dan pemudah cara juga bertindak menjadi

penasihat dalam menagani sebarang masalah pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran. Setiap permasalahan yang

dilontarkan oleh pelajar mereka sama ada masalah akademik atau

peribadi akan ditangani bukan sebagai beban malah sebagai suatu

peluang yang baik untuk guru tersebut memahami dan memberi

15
590508 – 01 – 6023

jalan terbaik melalui perbincangan dan berkongsi idea-idea

bersama-sama supaya memberikan peluang kepada pelajar-pelajar

mereka untuk diselesaikan masalah mereka sendiri.

Guru bestari sentiasa menyedari dan memahami

aspirasi negara masa kini dan melaksanakan falsafah negara

dalam menyediakan pekerja-pekerja mahir dalam mengisi era

Malaysia sebagai negara maju. Guru-guru ini sentiasa menyedari

bahawa kegagalan membentuk pelajar yang cemerlang dalam

pembelajaran bermakna akan mengekang pembentukan generasi

madani yang akan menerajui negara pada masa depan.

Guru bestari akan menerima amanah membentuk

dan melahirkan pelajar yang baik dan cemerlang sebagai satu

agenda utama. Guru akan sentiasa berfikiran kritis dan kreatif

untuk mencanai dan merangsang pelajar-pelajar ini supaya berjaya

dengan menggunakan segala kebolehan dan kewibawaan guru

dalam mengilap, mengadun serta meningkatkan potensi pelajar-

pelajar ke tahap yang terbaik dalam menghasilkan pekerja-pekerja

mahir yang cemerlang, syumul dan berketrampilan menetapi acuan

yang dikehendaki.

6.3 Pelajar:

Kunci kepada kejayaan di dalam pembestarian

sekolah adalah kebolehan pelajar membuat pilihan dan

16
590508 – 01 – 6023

menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan yang kurikulumnya

menekankan kepada penggunaan ICT dan para pelajarnya dapat

belajar bagaimana belajar. Pelajar harus dapat merasai bahawa

komputer telah memudahkan pemahamannya dalam konsep-

konsep yang susah difahami sebelum ini.

Menurut Mohammed Sani & Mohd Jasmy, (2003)

antara prinsip untuk pembestarian sekolah ialah kejayaan

membina kebolehan pelajar dalam ICT. Kita perlu membina pelajar

yang mampu menggunakan ICT. Kajian-kajian menunjukkan

bahawa terdapat beberapa dapatan yang berkaitan dengan pelajar

yang harus diberiperhatian. Antaranya:

(1) Pelajar-pelajar mampu meningkatkan kemampuan mereka

dalam ICT daripada sumber-sumber luar termasuk di rumah.

Namun begitu bagi pelajar yang tidak mempunyai akses kepada

ICT di rumah akan ketinggalan.

(2) Ada pelajar yang mampu mengaplikasikan ilmu ICT

sementara yang lainnya tidak.

(3) Pelajar-pelajar akan mendapat lebih manfaat melalui

pengajaran bestari yang berstruktur. Oleh itu kita perlu mampu

menguruskan kelas-kelas bestari dengan bijak.

17
590508 – 01 – 6023

(4) Tugas-tugas yang diberi kepada pelajar perlu dirancang agar

pelajar mampu berfikir untuk menyelesaikan masalah-masalah

dalam aplikasi dan membuat keputusan serta menguasai

ketrampilan-ketrampilan baru yang beraras tinggi.

6.4 Kemudahan asas sekolah

Pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan ICT

yang mencukupi dan mempunyai capaian Internet, kamera digital,

pengimbas dan aplikasi Microsoft Office. Kemudahan-kemudahan

ini, secara tidak langsung memudahkan guru dan pelajar belajar

membina carta, melakukan persembahan multimedia, menyiapkan

lembaran kerja, menyisipkan data dan sebagainya.

7.0 Peranan Sebagai Guru Bestari

Sebagai seorang guru bestari saya perlu menukar peranan

di dalam bilik darjah elektronik, dari menjadi pembekal matlumat bertukar

kepada fasilitator untuk menolong pelajar-pelajar mengembangkan

pengetahuan dan daya pemikiran mereka dalam memilih punca-punca

matlumat yang sesuai dan baik.

Berdasarkan ciri-ciri guru bestari yang telah diperjelaskan,

saya harus berperanan dan menjadi seperti yang berikut:

7.1 Pemimpin yang konstruktivist

18
590508 – 01 – 6023

Penggalak pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan pencetus

pemikiran pelajar

7.2 Pendidik yang inovatif dan kreatif

Mahir menggunakan pelbagai strategi untuk menampung keperluan

pelajar yang berbeza dari segi kepentingan gaya pembelajaran

7.3 Mahir menggunakan teknologi multimedia

Saya hendaklah sentiasa mementingkan kemahiran ICT, kreatif dan

inovatif dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan idea-idea

baru dalam pengajaran dan pembelajaran

7.4 Pengguna komunikasi yang cekap

Saya haruslah mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan

agar segala ilmu dan maklumat dapat disampaikan dengan jayanya

7.5 Penguasaan ilmu yang mantap

Menguasai ilmu dalam bidang yang diajar adalah prasyarat yang

penting untuk menjadi guru yang berkesan dalam sekolah bestari

7.6 Pemupuk nilai yang gigih

Saya harus menerapkan nilai yang boleh membawa perhubungan

ilmu yang diajar dari aspek nilai murni. Lebih penting dari itu saya

19
590508 – 01 – 6023

hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap tindakan

dan tingkahlaku.

8.0 Cara Perlaksanaan Program Pembestarian Sekolah

8.1 Melatih dan menyediakan guru yang mahir ICT

Guru-guru lama dan baru perlu dilatih cara menggunakan

komputer. Guru juga perlu ditunjukkan cara mereka boleh

mengintegrasikan komputer ke dalam pelajaran.

Guru perlu dimahirkan tentang cara menyampaikan

pelajaran dengan bantuan komputer secara berkesan. Yang lebih penting

ialah cara mengwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menarik di mana pelajar lebih seronok belajar dengan komputer.

Guru-guru perlu diberi pendedahan dan dilatih supaya

menjadi lebih kreatif dan inovatif. Guru yang inovatif berkemampuan

menukarkan isi kandungan buku teks kepada bahan digital yang menarik

dan interaktif. Bahan-bahan animasi yang berwarna-warni boleh diperolehi

daripada internet. Selain itu kamera digital juga boleh digunakan untuk

menghasilkan Big Book dalam bentuk persembahan Powerpoint ketika

mengajar dan membina soalan interaktif seperti mengisi tempat kosong,

memadankan kata serta soalan aneka pilihan.

Untuk menjadikan bahan mengajar menjadi lebih menarik,

beberapa permainan interaktif berkaitan dengan subtopik boleh diakses

daripada laman web, kemudian diselitkan dalam pengajaran dan

20
590508 – 01 – 6023

pembelajaran. Untuk mengelakkan guru tidak dapat menghabiskan

sukatan, bahan-bahan peperiksaan oleh diselitkan dalam pengajaran.

Guru boleh menyesuaikan penyampaian pedagogi dengan pendekatan

ICT dan konvensional. Pendekatan integrasi ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran boleh menjadikan pelajar-pelajar lebih ceria dan boleh

menarik minat murid-murid yang lemah memberi tumpuan dalam bilik

kelas.. Contohnya guru boleh menyampaikan bahan pengajaran yang

sukar difahami dengan bantuan paparan multimedia.

Kita juga harus membangunkan perisian sendiri untuk

pengajaran secara simulasi dan animasi. Malahan, sesi soal jawab

dengan menggunakan Powerpoint dan Excel juga boleh diamalkan untuk

menilai kefahaman pelajar dalam dalam setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran.

8.2 Cara menggunakan ICT dalam P & P

Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran dan

pengajaran ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang

disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Secara

umum, setiap perisian pendidikan hendaklah mengandungi satu atau lebih

daripada komponen berikut

• Mempersembahkan maklumat

• Membimbing

• Menyediakan latihan

21
590508 – 01 – 6023

• Menilai pencapaian

Sebelum kita mengguna pendekatan ini, perkara-perkara

berikut perlu diberi pertimbangan:

(1) Adakah perisian pendidikan yang digunakan sesuai?. Kita perlu

terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak

diguna oleh murid.

(2) Adakah peralatan ICT yang digunakan sesuai dengan perisian?

(3) Adakah guru berkemahiran mengendali peralatan ICT?

(4) Adakah pengunaan ICT boleh membantu pelajar memahami dan

menguasai pengetahuan yang dikehendaki?

Setelah pasti benar-benar wujud keperluan penghunaan ICT

dalam Pengajaran dan pembelajaran, kita hendaklah merancang

penggunaannya. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara

berikut:

(1) Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)

(2) Penggunaan secara berkumpulan atau individu.

(3) Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.

8.3 Situasi sesuai untuk menggunakan ICT

Penggunaan ICT untuk pembelajaran dan pengajaran

sesuai digunakan dalam situasi berikut:·

22
590508 – 01 – 6023

Pertama: Dalam kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai

dengan perbezaan kemampuan pembelajaran yang sangat ketara, kita

boleh mengarahkan sebahagian daripada pelajar menggunakan perisian

pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada

kumpulan yang lain.

Kedua: Dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, kita boleh

merancang pelajaran pelajar-pelajar dengan menggunakan perisian

pendidikan yang bersesuaian di dalam makmal. Penyeliaan kelas

bolehlah dilakukan oleh guru ganti.

Ketiga: Pemulihan pelajar-pelajar yang lemah boleh dibuat dengan

bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai. Murid boleh

mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai

pengetahuan yang dikehendaki.·

Keempat: Program pengkayaan kepada pelajar-pelajar yang cerdik, kita

boleh menggunakan persian pendidikan yang mencabar minda mereka.

Dengan ini mengelakkan mereka daripada berasa bosan.

9.0 Rumusan

23
590508 – 01 – 6023

Kejayaan kepada pelaksanaan program pembestatrian di sekolah

adalah ditentukan oleh dua faktor iaitu cara berfikir guru dan sistem penilaian.

Selain itu penentuan dasar kerajaan yang kukuh juga penting.

Senarai Rujukan

1. Mohammed Sani B. Hj Ibrahim, (2003),”Pembestarian Sekolah Dalam

Era Globalisasi: Satu Pemikiran Baru Dalam Sistem Pendidikan

Malaysia”. Jurnal BTP. Siri 5. ISSN 1511-5925. m.s. 21-40.

2. Muijs, Daniel dan Reynolds, David 2001,”Effective Teaching, Evidence

and Practice”, London: Paul Chapman Publishing.

3. Salleha bt Salleh,(2002),”Pembestarian Guru-Guru SMKA: Satu

Cabaran dan Harapan”. Jurnal Pendidikan PKPSM. Jun, Hal..8 -11.

4. Hamizer Bin Mohd Sukor.(1997),”Smarting Up For New Challenges Of

Smart Schools”. Bestari Koleksi Johor. Hal.12 - 21.

5. Siti Aishah Mohd Elias, (2004), “Siri Kepimpinan Dan Pengurusan

Sekolah, Mengajar Secara Efektif”, Institut Terjemahan Negara Malaysia

Berhad, Kuala Lumpur.

24
590508 – 01 – 6023

6. Alimuddin bin Mohd. Dom, (2006), “Membina Sekolah Cemerlang:

Peranan Pengetua dan Guru Besar Bagi Meningkat Kecemerlangan

Sekolah”, Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

7. Wahid Hashim, “ICT dalam kelas tukar perspektif guru”, Utusan Malaysia 18

November 2005

8. Rujukan Laman web:

1. http://faridah-adi.blogs.smjk.edu.my/

2. http://dedidwitagama.wordpress.com/2007/07/05/ict-di-sekolah/

3. http://yik.itgo.com/text/sekolahberjaya1.html

25
590508 – 01 – 6023

26

You might also like