You are on page 1of 31

Berasal dari bahasa Latin apreciatio yang bererti mengindahkan atau menghargai.

Berasal dari kata to appreciate (bahasa Inggeris) yang ertinya menilai secara tepat, memahami, dan menikmati.

Merupakan kegiatan menggauli, memahami, menghargai muzik dengan penuh penghayatan, sehingga menumbuhkan kenikmatan, pengetahuan, dan pemahaman yang mendalam terhadap muzik.

Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada murid untuk menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi.

Imbangan Berat Badan berkaitan dengan tenaga apabila bergerak, tegang dalam otot, dan pegangan.

bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) => tenaga kekuatan.
bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) => keringanan

Ruang Lingkungan pergerakan : dari satu tempat yang tetap, boleh gerak badan ke merata-rata arah dan aras : * dari jauh menuju ke pusat badan. * dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut arus. * apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang dan bulat.

Apabila badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah.

Masa Pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa manakala pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa. Kecerdasan pergerakan atau penurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak.

Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu pergerakan serta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan.

Aliran Pergerakan terkawal * pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa saja. Pergerakan bebas * susah hendak diberhentikan serta merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan sesuatu gerakan.

Proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.
Antara pergerakan asas yang penting dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, berpusing dan meregang.

Pergerakan dilakukan mengikut bait-bait perkataan yang terdapat dalam lirik lagu.

Contohnya lagu SEE-SAW, biasanya murid-murid akan diminta untuk membuat aksi seperti jongkangjongket.

Membuat gerakan secara berpandu sebagai respon kepada permainan muzik yang didengar untuk merasai detik, corak irama, dan tanda rehat. Pergerakan tangan

> menghayun, melambai, melenggok


Pergerakan pergelangan tangan > memusing Pergerakan tubuh > menghayun, menggoyang, membuai

Pergerakan dilakukan berdasarkan tema yang diberi oleh guru. Contoh tema : > Tumbuh-tumbuhan > Haiwan

> Alam sekitar


Contohnya dengan menggunakan muzik lagu Beethoven Symphony no 5, guru meminta murid melakukan pergerakan berdasarkan tema kehidupan Binatang buas mengejar mangsa.

Kaedah Kodaly Dalam Pembelajaran Muzik

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaanpendengaran dalaman oleh kanak-kanak.
Kodaly menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya.

Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik.

Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu (1) Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa). (2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan. (3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca. Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly.

Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanakkanak melihat pic samada ianya menaik atau menurun.

Bunyi

Postur Sebutan Pernafasan Penghasilan Ton Ekspresi

Are you sleeping, Are you sleeping? Brother John, Brother John? Morning bells are ringing, Morning bells are ringing. Ding Ding Dong, Ding Ding Dong.

You might also like