You are on page 1of 8

Umur Amir baru sepuluh tahun. Bapa Amir sudah lama meninggal dunia.

Amir tinggal bersama-sama ibunya di kampung.

Mereka orang miskin. Ibunya menanam sayur-sayuran. Amir selalu menolong ibunya.

Amir selalu memunggah kayu api untuk membantu ibunya. Kadang-kadang dia mengambil upah memungut kelapa. Kadang-kadang dia mengambil upah membela kerbau Tiap-tiap hari, Amir bangun pagi. Sebelum ke sekolah, Amir membawa kerbau ke bendang.

Selepas ke bendang, Amir pergi ke sekolah. Sekolah Amir jauh dari rumah. Amir berjalan kaki ayam ke sekolah. Jika hari hujan, Amir tidak memakai kasut. Amir memasukkan kasutnya ke dalam beg. Amir menjaga kasutnya supaya tidak kotor.

Apabila tiba di sekolah, barulah Amir pakai kasut. Kasut Amir bersih. ikgu memuji kasut Amir bersih. Amir tidak pernah le!at ke sekolah. Amir tiba sebelum lo"eng berbunyi.

Semasa pulang dari sekolah, Amir berhenti di ba!ah pokok. Amir berhenti rehat sambil memba"a buku "erita. Amir meminjam buku "erita dari perpustakaan sekolah.

Sebelah petang, Amir pergi mengaji Al-#uran. Selepas mengaji, dia menyabit rumput untuk kerbaunya. $ada sebelah malam pula, Amir tekun menyiapkan kerja sekolah. %ia tekun mengulang kaji pelajaran.

Begitulah

kisah

diri

Amir.

Amir seorang budak yang baik. %ia berakhlak mulia. %ia rajin belajar. %ia juga rajin membantu ibunya.

NILAI MURNI Kemuliaan diri seseorang bukanlah disebabkan oleh pangkat dan hartanya. Kemuliaan diri yang sebenar adalah kerana memiliki akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, kita mestilah sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia.

You might also like