You are on page 1of 4

Kononnya, pada zaman dahulu, ayam dan helang berkawan baik. Helang mempunyai jarum emas.

Helang dapat menjahit sayapnya. Oleh sebab itu, helang dapat terbang.

Pada suatu hari, ayam ingin meminjam jarum emas itu. Ayam mahu menjahit sayapnya. Ayam mahu terbang seperti helang. Helang membenarkan ayam meminjam jarum emas itu. Semasa pulang, ayam terserempak dengan musang.

Ayam lari lintang-pukang. Jarum emas itu hilang. Ayam tidak sempat menjahit sayapnya. Kononnya, itulah sebabnya ayam tidak boleh terbang. Ayam takut dimarahi oleh helang. Jarum emas itu sudah hilang. Ayam segera lari. Ayam berpindah ke tempat lain.

Kononnya, itulah sebabnya ayam takut pada helang. Helang menangkap ayam kerana mahu mendapatkan jarum emasnya semula. Kononnya lagi, ayam pula suka mengais tanah kerana mahu mencari jarum emas yang hilang itu.

You might also like