You are on page 1of 4

Mengikut cerita dongeng, kononnya pada zaman dahulu, burung puyuh boleh terbang tinggi. Ekornya panjang.

Suaranya pula sangat merdu.

Puyuh tidak mahu berkawan dengan burungburung lain. " upaku lebih cantik," kata puyuh dengan perasaan sombong.

Pada suatu hari, puyuh pergi ke padang. Puyuh mahu berkawan dengan kerbau. "!ebih baik aku berkawan dengan kerbau. "erbau lebih besar dan gagah," kata puyuh. #urung-burung lain berdiam diri sahaja. Mereka tidak suka berkawan dengan puyuh yang sombong itu.

Ketika puyuh tiba di padang, kerbau tidak ternampak puyuh. Kerbau terpijak puyuh. "Aduh!" puyuh menjerit kesakitan. Ekor puyuh tercabut. Kedua-dua belah sayapnya patah. Puyuh berasa menyesal.

"Pergilah berkawan dengan kerbau itu$" kata burung-burung lain. Puyuh berasa malu. "ononnya, itulah sebabnya sampai sekarang puyuh berekor pendek dan tidak boleh terbang tinggi lagi.

You might also like