You are on page 1of 18

UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI

0 comments Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 8:33:00 AM


PERATURAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pemain hendaklah sentiasa memegang kayu di tangan. Dilarang memegang, memukul, menyangkuk atau menyepak kayu pihak lawan. Dilarang menaikkan bola dengan cara bahaya. Dilarang bermain bola menggunakan tangan atau kaki Bola mestilah tidak terkena kaki. Antara faul yang biasa dilakukan adalah seperti berikut : Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola. Memainkan bola melebihi paras bahu. Menggunakan tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola. Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang pakaian dengan tujuan mengganggu atau mencederakannya. 7. Hukuman terhadap faul Faul dilakukan di luar kawasan D Pasukan penyerang mendapat pukulan percuma. Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut penalti, jika pasukan bertahan dengan sengaja membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25ela(22.9cm) Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D

Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika pasukan bertahan melakukan faul. Pasukan penyerang mendapat sudu penalti jika pasukan bertahan melakukan faul. Pasukan penyerang mendapat stork penalti jika pihak bertahan melakukan faul dengansengaja.

Labels: Hoki

KEMAHIRAN ASAS HOKI


0 comments Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 11:43:00 PM
Terdapat tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu : Kemahiran Menolak Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini berguna untuk membuat hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Ia boleh dilakukan dengan pantas dan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupuntolakan tidak sekuat pukulan, tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh digunakan. Kemahiran inijuga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut penalti. Kemahiran Menahan atau menyerkap bola Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikan bola yang bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan. Kemahiran Memukul Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiran ini bola boleh dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran melancarkan pergerakan serangan ketika bermain. Kemahiran Menguis Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol.

Rajah 1 : Kemahiran menguis untuk hantaran kayu pemain lawan Kemahiran Mencedok Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara.

Rajah 2 : Berdiri dan mata sentiasa memandang bola seperti pegangan untuk kemahiran menguis Rajah 3 : Bola dicedok sepenuh tenaga ke hadapan tinggi Kemahiran Menggelecek Menggelecek ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan bola daripada kawalan pihak lawan. Terdapat tiga kemahiran iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek cara India. i. Menggelecek Longgar Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Rajah 4 : Menggelecek longgar sambil berlari ke arah gol ii. Menggelecek Rapat Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Rajah 5 : Menggelecek rapat iii. Menggelecek Indian

Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola. Rajah 6 : Menggelecek Indian

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW


0 comments Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 10:55:00 PM
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEPAK TAKRAW (1) Gelanggang

Luas gelanggang 13.4 m x 6.1 m, bebas daripada sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi daripada permukaan lantai gelanggang. Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m diukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang diukur 3 m daripada tepi gelanggang dan bebas daripada sebarang rintangan. Garisan tengah - selebar 0.02 m membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.

Garisan suku bulatan - digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m keluar dari tepi suku bulatan itu. Bulatan sepak mula - berjejari 0.3 m digariskan di tengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya ialah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi. Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.

(2) Tiang

Ketinggian 1.55 m (1.45 m untuk wanita) diukur dari permukaan gelanggang. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m. Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

(3) Jaring

Diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m. Lebarnya 0.7 m dan panjangnya tidak kurang dari 6.1 m selari dengan garisan tengah gelanggang. Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi. Di bahagian atas dan bawah jaring dilapik dengan pita 0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang. Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m (1.42 m untuk wanita) dari pemukaan gelanggang.

(4) Bola Takraw

Bola takraw mesti mempunyai ciri-ciri berikut: 1) Mempunyai 12 lubang. 2) Mempunyai 20 pertemuan silang. 3) Ukuran garis lilit mestilah di antara 0.41m hingga 0.43m(lelaki) dan 0.42m hingga 0.44m (perempuan). 4) Berat bola sebelum dimainkan di antara 170g hingga 180g (lelaki) dan 150g hingga 160g (perempuan). Warna yang digunakan untuk bola takraw ialah warna yang tidak akan menganggu prestasi pemain.

(5) Pemain-pemain

Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain. Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan "Tekong" (server). Dua orang lagi hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri ("Apit Kiri") dan seorang lagi di sebelah kanan ("Apit Kanan").

(6) Peralatan / Pakaian Pemain


Pemain hendaklah memakai jersi / t-shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit. Jersi / t-shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai 'track-suits'. Ketua regu hendaklah memakai 'Arm Band' di lengan kiri.

(7) Gantian Pemain


Dalam acara regu, setiap regu boleh menamakan maksimum 2 orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap regu dibenarkan membuat maksimum 2 kali pertukaran bagi setiap set. Dalam acara berpasukan, setiap regu boleh menamakan maksimum seorang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping pemain yang sedia ada. Setiap regu dibenarkan membuat maksimum 2 kali pertukaran bagi setiap set. Semua pertukaran hendaklah mendapat kebenaran Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Jika pemain diperintah keluar gelanggang (kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

(8) Kedudukan Pemain Semasa Sepak Mula

Semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.

Sebelah kaki Tekong berada dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mesti berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola. Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mesti berada di dalam suku bulatan masing-masing. Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan di dalam petak gelanggangnya.

(9) Permulaan Permainan dan Sepak Mula

Perlawanan dikendalikan oleh seorang Pengadil (berada di salah satu hujung jaring), seorang Pembantu Pengadil (berada bertentangan dengan Pengadil), seorang Pengadil Rasmi (berada di belakang Pengadil), seorang Pengadil Garisan (di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil). Pengadil dibantu Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan di luar gelanggang. Regu melakukan sepak mula (servis) akan melakukan 3 kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan 3 sepakan berturut-turut. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas 3 mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing. Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.

(10) Perkara-perkara Yang Menyebabkan Permainan Batal

1. Pihak Sepak Mula


Mana-mana apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis. Tekong tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya. Bola tidak melepasi gelanggang lawan. Pemain menggunakan tangan atau lain-lain bahagian tangan semasa melakukansepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh objek lain bagimembantu melakukannya. Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkanmata buat kali kedua. 2. Pihak Sepak Mula dan Penerima Sepak Mula Melakukan tingkah laku yang menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.

(11) Hukuman

Kad Kuning - Memaki atau mengeluarkan kata-kata kesat. - Berulang kali melanggar Undang-undang Permainan dan Peraturan pertandingan. - Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil. - Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil. Kad Merah - Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh Pengadil. - Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan. - Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton. - Menerima kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama. Kesalahan Kad Kuning Pertama : Amaran biasa. Kesalahan Kad Kuning Kedua : Digantung satu perlawanan. Kesalahan Kad Kuning Ketiga : Digantung dua perlawanan. Kesalahan Kad Kuning Keempat : Digantung serta-merta daripada bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat keputusan. Kesalahan Menerima Kad Merah : Digantung serta-merta daripada bermain dalam mana-mana perlawanan sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.

Labels: Sepak Takraw

KEMAHIRAN ASAS SEPAK TAKRAW


0 comments Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 2:15:00 PM
KEMAHIRAN ASAS SEPAK TAKRAW KEMAHIRAN TIMANGAN BOLA Kemahiran ini penting untuk menyelamatkan bola yang berada jauh daripada jangkauan untuk kawalan bahagian dalam kaki. Apabila telah berjaya menyelamatkan bola, kembali gunakan bahagian dalam kaki untuk kawalan bola. Teknik ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan kerana kekuatan yang kuat akan menyebabkan bola cenderung untuk hilang kawalan.

KEMAHIRAN SEPAK Memaha Kemahiran ini merupakan satu teknik menampan atau menahan bola yang dihantar daripada pihak lawan. Memaha ini biasanya akan disusuli oleh kemahiran sepak untuk menghantar atau melambung bola.

KEMAHIRAN SERVIS 1. Servis Kuda - Kemahiran ini telah diperkenalkan oleh negara Thailand. Pada mulanya kemahiran servis ini mendapat tentangan khususnya daripada Malaysia kerana dengan adanya servis kuda ini telah menyebabkan sebahagian seni permainan takraw telah hilang. Akhirnya, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) telah menerima pakai kemahiran servis kuda ini.

2. -

Servis Semi Lob Merupakan servis asas. Servis dilakukan dengan tujuan untuk menghantar bola ke bahagian belakang gelanggang. Membaling Bola Servis Apit kiri atau apit kanan ditugaskan untuk membaling bola servis. Apit perlu mendengar arahan daripada pengadil kejohanan. Apabila selesai sahaja pengadil membuat arahan, apit hendaklah mengambil posisi yang betul dalam suku bulatan. Bola perlu dipegang dengan kemas dan tumpuan hendaklah diberikan kepada ketinggian yang diminta oleh tekong. Apit juga perlu memastikan bola akan sampai daripada jarak balingan yang dibuat.

3.

KEMAHIRAN REJAMAN Rejaman dilakukan untuk mematikan bola ke dalam gelanggang pihak lawan. Berbagai cara rejaman yang boleh dilakukan dan antaranya ialah: kilas lipatan gunting gulung

Menanduk Rejaman menggunakan kemahiran menanduk amat sesuai diguna pakai ketika bola berada di tengah-tengah jarring atau hampir dengan jaring. Tandukan dibuat dengan menggunakan bahagian hadapan dahi atau tandukan sisi kiri atau sisi kanan. Rejaman Gunting Kebiasaannya, teknik rejaman ini digunakan apabila bola lambungan berada berhampiran dengan jaring. KEMAHIRAN MENGHADANG

Sejenis kemahiran tinggi yang diperlukan oleh setiap orang pemain. Teknik ini bertujuan untuk mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke dalam gelanggang. Menghadang boleh dilakukan dengan menggunakan kaki, paha, tapak kaki, bahagian badan dan kepala.

KEMAHIRAN MENANDUK Merupakan salah satu daripada kemahiran sepak takraw yang penting. Kemahiran ini digunakan untuk menyerap servis daripada pihak lawan dan kadangkala digunakan untuk menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan mematikan servis. Kemahiran menanduk dilakukan di bahagian dahi, belakang, sisi kiri dan sisi kanan.

Labels: Sepak Takraw

SEJARAH SEPAK TAKRAW


0 comments Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 1:13:00 AM
Permainan sepak takraw pada awalnya dikenali sebagai sepak raga. Permainan sepak raga ini telah wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rakyat jelata amat meggemari permainan ini selain golongan bangsawan. Dalam sejarah Melayu ada menjelaskan tentang Raja Muhammad, putera kepada Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjak yang dipakainya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Kini, bola sepak takraw telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.

Di Malaysia, permainan ini dikenali sebagai sepak raga. Manakala di Filipina, ianya lebih dikenali sebagai sipa, di Burma dikenali sebagai chinlone, di Laos dikenali sebagai kator dan di Thailand dikenali sebagai takraw. Permainan sepak takraw yang ada sekarang ini merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an, permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Pada 15 April 1960, undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah pun digubal dan disusun secara bertulis.

Pada tahun 1965, di Sukan SEAP, permainan sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP Malaysia menerima sukan ini, perbincangan telah dijalankan di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari negara Thailand dan Burma untuk memutuskan nama bagi permainan ini. Akhirnya, kata sepakat dapat dicapai dan permainan sepak raga ini diberi nama baru iaitu SEPAK TAKRAW.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN TENIS


Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 11:18:00 PM

Memilih raket Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu:

Saiz gengaman tangan Saiz dan berat raket

Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis.

Cara memegang raket tenis Cara mmegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan. Rajah Cara Memegang Raket Tenis

1. Forehand Continental grip

Grip ini merupakan grip klasik yang selalu digunakan oleh pemain-pemain tenis jaman dahulu ketika raket kayu masih digunakan. Posisi tangan berada tepat di atas gagang raket dan posisi pangkal telunjuk berada di sudut 1 (untuk pemain tangan kanan) atau sudut 4 (untuk pemain kidal).

Pemain pro modern yang tercatat masih menggunakan tipe ini adalah Stefan Edberg dan sebelumnya adalah John McEnroe. Grip ini sangat baik digunakan di permukaan lapangan yang cepat, seperti rumput, dan digunakan oleh pemain dengan tipe permainan Service Volley. Saat ini tidak banyak yang menggunakan tipe continental sebagai pegangan forehand utamanya karena tempo permainan yang semakin cepat dengan bola yang semakin berputar (spin). Minus grip ini adalah hanya bisa dipakai untuk pukulan mendatar (flat) dan mengiris (slice), sedangkan untuk pukulan spin agak sulit. Pemain yang memakai grip ini juga seringkali kesulitan menghadapi bola-bola top spin yang bersifat agak melambung parabolik. Akan tetapi, grip continental merupakan grip standar untuk melakukan service dan juga untuk pukulan volley serta overhead karena tangan mantap mencengkeram gagang raket.

2. Forehand Eastern grip Eastern merupakan grip yang paling mudah diaplikasikan petenis pemula. Grip ini seringkali disebut sebagai pegangan berjabat tangan. Anda dapat mencobanya dengan memulai pegangan dari leher raket, seperti menjabat tangan, lalu turun ke ujung gagang raket. Posisi dari pangkal telunjuk cenderung berada pada sisi kanan (untuk pemain tangan kanan) atau sisi kiri (untuk pemain kidal).

Pegangan jenis ini dapat memberikan variasi pukulan yang lengkap, baik itu flat, slice, maupun spin. Pilihan grip ini cocok sekali bagi pemain yang sering mengandalkan permainan volley ke depan net karena anda dapat dengan mudah dan cepat menyesuaikan grip untuk pukulan volley ke depan net. Namun minus pegangan ini sekali lagi agak susah untuk menghadapi bola-bola topspin yang bersifat parabolik. Salah satu pemain pro yang merajai tenis di tahun 90an, yaitu Pete Sampras, memakai grip ini sebagai pilihannya karena dia merupakan tipikal pemain Service Volley yang sangat nyaman memakai grip ini. 3. Forehand Semi-Western grip

Grip jenis ini adalah grip yang paling banyak dipakai oleh pemain tenis modern, terutama yang memiliki jenis permainan baseliner (termasuk saya sendiri). Anda dapat mencuba grip ini dengan menempatkan pangkal jari telunjuk anda di sudut 2 (untuk pemain tangan kanan) atau 3 (untuk pemain kidal). Atau boleh juga berawal dari grip eastern kemudian tangan anda diputar kearah jarum jam satu sudut ke sudut 2 atau 3. Keunggulan dari grip ini adalah anda dapat memukul spin dengan baik sehingga kemungkinan bola untuk melewati net lebih besar karena sifatnya yang parabolik. Grip ini juga dapat dipakai untuk memukul flat tetapi tidak direkomendasikan untuk memukul slice. Minus dari grip ini adalah sukar untuk mengantisipasi bola-bola rendah yang dihasilkan dari pukulan flat atau slice terutama di lapangan cepat (grass atau hard court). Beberapa contoh pemain pro yang menggunakan grip ini adalah : Andre Agassi, Roger Federer, Marat Safin.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN TENIS


0 comments Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 9:41:00 AM Tempoh permainan Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita. Cara mendapatkan mata Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya. Memulakan permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan. Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan. Dalam permainan dan Tamat permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan. Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.

Keperluan

dan

Alatan

yang

Diperlukan

Raket Tenis

Bola Tenis

Cara

Memegang

Raket

Tenis

Cara pegangan untuk pukulan tepat

You might also like