3
1 (a). Membandingbeza Antara Etika dan Adab
Islam amat menitikberatkan perihal adab dan akhlak. Kedua-duanya menjadi salah satuinti penting dalam ajaran Islam. Apatah lagi adab dan akhlak Islam yang terpuji adalahdimulakan oleh pembawa obor Islam itu sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW.Baginda SAW memulakan akhlak yang terpuji dan mulia agar menjadi ikutanumatnya sehingga hari kiamat kelak. Meskipun Nabi SAW telah sekian lama pergimeninggalkan kita semua, namun wajib atas kita selaku umat baginda SAW untukmencontohi akhlak baginda sebagaimana telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadist. Ini kerana Allah SWT telah mengiktiraf keunggulan akhlak yang dimiliki olehRasulullah SAW melalui firmannya yang bermaksud:
Maksudnya: “
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung.
”Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta banyak menyebut dan mengingati Allah (sama ada ketika dalam kesusahan mahupun kesenangan)
.” (Surah Al-Ahzab, ayat 21)Manakala disebutkan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dariQatadah r.a, Sayidatina Aisyah r.a pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW,lalu beliau berkata: “
Akhlak Nabi adalah seluruh isi kandungan al-Quran
.” BahkanRasulullah SAW sendiri telah menegaskan dalam hadist baginda SAW bahawa
Leave a Comment
salam. SHAZANA MUHAMED SA'AD blh tlg hantar ada-adab islamiah (Pendidikan Islam) kpd saya.? saya sgt berminat... tp xblh copy atau download samada dlm Microsoft Word atau Acrobat Reader... harap tolong sgt2.... ni email saya: syaz1984@yahoo.com. Segala bantuan anda sangatlah saya hargai.. sekian terima, kasih.
maaf..saya dah cuba hantar tapi failed..emel tersebut mungkin ada prob..