You are on page 1of 66

Latarbelakang penduduk dan Geografi Asia Tenggara

Kuliah 2

GEOGRAFI

Huraian berhubung dengan etnik Asia Tenggara berkaitrapat dengan:


ciri-ciri topografi, banjaran gunung, sistem sungai, kawasan tanah pamah dan pinggir pantai kepulauan

Kedudukan Geografi ini mempengaruhi pembentukan sifat kehidupan, politik dan budaya penduduknya.
Kemajuan sesebuah masyarakat sehingga mampu mengawal alam semulajadi mempengaruhi perkembangan peradaban masyarakat itu.

Intensif ke atas tanah pamah yang luas di sesuatu kawasan seperti delta Sungai Merah membolehkan masyarakat di kawasan itu bertanam padi. Eksploitasi ke atas alam semulajadi merangsang manusia berusaha mengawal alam dengan mekanisme fizikal seperti pembinaan saliran atau empangan atau membentuk sistem politik, ekonomi dan sosial yang sesuai dengan idea dan keperluan sesuatu masyarakat itu.

Dari pembentukan mekanisme ini maka berlakulah perubahan seperti perubahan sempadan politik dari sebuah komuniti kepada sebuah negara atau kepada sebuah empayar.

Perubahan ekonomi berlaku dari keadaan sara diri kepada pertukaran barangan kepada perdagangan antarabangsa. Perubahan sosial misalnya dari masyarakat homogeneous kepada masyarakat heterogeneous atau kosmopolitan. Sistem kepercayaan berubah dari animisme kepada sistem kepercayaan yang dianuti oleh sesuatu tradisi besar seperti agama HinduBuddha, Islam atau falsafah Kon-fu-tze, Taoism dan sebagainya.

Keadaan Geografi

Asia Tenggara adalah merujuk kepada kawasan yang terletak di tenggara benua Asia.
terbahagi kepada dua kawasan utama,

Dataran yang menjadi sebahagian dari benua Asia {Burma, Thailand, Semenanjung Malaysia dan Indochina) dan kepulauan (Indonesia, Filipina, Brunei dan Malaysia Timur).

Di sebelah barat Asia Tenggara terletak Dataran India dan Lautan Hindi, Di sebelah timur terdapat dataran China, Laut China Selatan dan Lautan Pasifik . Arah utara terletak dataran China dan
Arah selatan terdapat Australia dan New Zealand.

Umumnya kawasan Asia Tenggara jika dilihat sebagai satu unit, adalah kawasan yang terpisah oleh banjaran, sungai besar, teluk, selat dan laut.

Banjaran-banjaran dan sungai-sungai besar yang menganjur dari utara ke selatan menjadi pemisah kawasan di dataran Asia Tenggara.

Banjaran utama bagi Tanah Besar Asia Tenggara ialah dataran besar Den Lao (central massif) yang terbahagi kepada tiga rangkaian banjaran gunung yang menganjur selari dari utara ke selatan.

Rangkaian Annam (rata-ratanya setinggi 3,000 kaki) menjadi pemisah antara kawasan pantai dengan kawasan pendalaman Vietnam,
Rangkaian Arakan yang memisahkan Burma, Thailand dan Laos.

Rangkaian Chin-Naga yang memisahkan Burma dengan India.

Genting Aranya dan sungai Prachin menghubungkan kawasan Tonle Sap to Lembah Menam. Tanah Tinggi Annam yang menganjur daripada arah Utara ke Selatan Indochina menghalang perhubungan perdagangan dan penghijrahan penduduk. Kawasan ini pada zaman Awal sejarah didiami oleh orang-orang Cham yang juga dari bangsa Malayo Polynesia. Orang-orang Vietnam telah menakluk kawasan ini.

Tiga kesimpulan dibuat mengenai kawasan atau struktur topografi Asia Tenggara iaitu:

Pertanian adalah asas kehidupan masyarakat. Delta Mekong, Delta Irrawady, Sittang, Menam, Delta Merah dan Lembah Sungai Brantas dan Sala. Perdagangan laut merupakan suatu kegiatan yang penting sama dengan pertanian. Pengaruh alam sekitar dan kesan kepada pertanian dan perdagangan.

Sejarah petempatan penduduk secara tetap di Asia Tenggara bermula di kawasan tanah pamah. Ini kerana kawasan ini merupakan kawasan yang subur sesuai untuk pertanian terutama padi sawah.

Usaha-usaha menanam bahan makanan iaitu menjalankan aktiviti pertanian, perternakan dan kebolehan mencipta pekakas di Asia Tenggara merupakan ciriciri kejayaan masyarakat dan ekonomi mereka sejak zaman Neolitik lagi, tetapi lebih terserlah mulai zaman Megalithic. Penyesuaian ekologi telah menyebabkan berlakunya penempatan secara tetap dan berkelompok.

Kawasan yang subur menjadi tumpuan masyarakat awal di seluruh Asia Tenggara. Contohnya orang Pyu dan orang Burma mendiami kawasan lurah tengah sungai Irrawadi pada awal abad Masihi, orang Shan dan orang Thai mendiami kawasan hilir dataran sungai Mekong dan sungai Merah. Delta-delta yang subur seperti Delta Menam, kawasan Tebing sungai Merah dan lain-lain.

Ini menyebabkan berlakunya perkembangan kemasyarakatan dan seterusnya mewujudkan beberapa kerajaan.
Mereka berjaya mencipta teknologi pertanian, memperkembangkan adat-istiadat mereka dan juga berjaya mencipta alat-alat senjata. Kemajuan ini adalah disebabkan oleh perkongsian teknologi atau peningkatan pengetahuan puak-puak yang tinggal di kawasan ini.

Ketika zaman pra-sejarah berlaku proses intergrasi kaum terutama dari Tanah Besar China. Kesannya muncul beberapa suku kaum mengikut tempat, seperti:

orang-orang Cham di Champa, Mon di Burma, Khemer di selatan Vietnam dan lain-lain lagi.

Proses intergrasi sosial atau social order ini telah mewujudkan konflik di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Contohnya kedatangan orang-orang Mon ke lembah-lembah sungai di Burma mencetuskan persaingan dengan penduduk yang sudah ada di kawasan tersebut.

Kedatangan orang Thai ke Lembah Menam telah menyebabkan orang Shan beredar berselerakan di timur dan barat Sungai Menam.

Orang Khmer yang dulunya tinggal di bahagian tengah Thailand berundur bersatu dengan puak Khmer utama di daerah Tonle Sap.

Bentuk mukabumi juga mempengaruhi segi perhubungan antara kawasan atau aktiviti tertentu. Pantai timur Semenanjung Indochina merupakan kawasan yang tidak sesuai untuk pelabuhan yang baik keranan ianya dipengaruhi oleh tiupan angin monsun.

Kawasan pantai timur, pantai barat Indochina yang terletak di Teluk Siam merupakan kawasan pelabuhan yang baik. Pelabuhan utama di kawasan ini pada zaman lalu, iaitu Oc-eo, menjalin hubungan perdagangan dengan Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, Borneo, Sumatra, India, Parsi, Mesir dan Arab.

Perhubungan daratan antara kawasan timur dan barat di Tanah Besar Asia Tenggara adalah sukar kerana adanya sempadan semulajadi seperti banjaran gunung dan sungai.

Di sebelah timur terdapat banjaran yang dipanggil tanah tinggi Annam

Di bahagian barat terdapat satu siri gunung gunung yang membentuk negara Shan dengan keluasannya lebih kurang sama saiz Semenanjung Malaysia.
Keadaan ini menyukarkan perhubungan antara kawasan lembah Sungai Menam dengan Pantai Teluk Benggala.

Perhubungan arah utara selatan tidak begitu sukar.

Tanah Tinggi Tian-ninh di Vietnam boleh dihubungi melalui genting Cua Rao dan dataran Nghe-an di kawasan Mekong.
Dataran Cham-non pula boleh dihubungi melalui dataran Ha-Trai dan genting Kaonua di paras ketinggian 2,164 kaki.

Manakala laluan Ai Lo menjadi jalan masuk ke Laos pada aras ketinggian 1,344 kaki bagi mereka yang datang dari bahagian Quang-tri dan bahagian utara Sungai Mekong. Kesemua laluan ini memainkan peranan penting dalam sejarah perhubungan antara Vietnam dengan Khmer, China dan Laos.

Kepulauan Asia Tenggara

Sungai dan banjaran, teluk, selat dan laut menjadi pemisah antara kawasan. Pembahagian kawasan ini telah menyumbang kepada kebangkitan pelbagai pola etnik, kerajaan, aktiviti ekonomi dan sifat-sifat budaya yang tersendiri.

Faktor-faktor lain yang memainkan peranan menentukan penempatan penduduk ialah iklim, hasil bumi (galian) dan "flora- fauna" Hampir keseluruhan kawasan Asia Tenggara kaya dengan tumbuhan dan haiwan serta galian. Potensi ekonomi ini menentukan kepadatan dan corak kehidupan manusia di sesuatu tempat.

PENDUDUK

Menurut teori migrasi penduduk kepulauan Asia Tenggara sekitar 2500 SM datang dari wilayah China. Manusia yang dikelaskan sebagai Melayu-Proto mendiami Semenanjung Malaysia.
Kehadiran mereka menyebabkan orang-orang Negrito beredar ke kawasan hutan dan bukit.

Orang Melayu-Proto adalah pelayar dan petani yang juga pandai mengubah-cipta barangan dan membuat alat perhiasan. Tahap teknologi dan kemahiran serta bentuk kehidupan mereka yang suka berpindah-randah menempatkan mereka kepada peradaban Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

Seribu tahun selepas kedatangan orang MelayuProto (Melayu lama) Melayu-Deutro (Melayu baru) datang dari daerah Yunan ke rantau ini. Mereka ini dianggap sebagai nenek moyang kepada orang Melayu sekarang.

Sekitar 10,000 SM

wujud penempatan awal di pinggir pantai dalam kumpulan kecil yang selalu bergerak kerana kehidupan mereka sebagai pemburu dan pengutip hasil tumbuhan.

Sekitar 5000-1500 SM

Penempatan di pinggi pantai dan adanya usaha bercucuk tanam di samping kerja memburu dan mengutip hasil hutan

Sekitar 3000 SM

Wujud kehidupan berkampung secara kecil-kecilan dengan aktiviti bercucuk tanam yang merupakan tempoh kritikal bermulanya pertanian.

Sekitar 2000-500 SM

Kehidupan berkampung semakin melebar dan masing-masing berautonomi dengan persekitaran yang berbeza ragam. Kemahiran mencipta semakin tinggi dengan kebolehan menggunakan logam (gangsa) dan melaksanakan pengeluaran pelbagai makanan.

Sekitar 500 SM

Wujud penempatan yang berpusat dan komplek dengan pimpinan ketua-ketua kawasan masing-masing. Kemahiran mengguna logam, besi dan gangsa semakin tinggi.

Sekitar 200-1500 Masehi

Kebangkitan kerajaan-kerajaan awal dan kehidupan bermasyarakat yang komplek serta mempunyai hubungan dan menerima pengaruh dari China dan India.

Masyarakat Asia Tenggara umumnya dapat dibahagikan kepada 3 kelompok menurut perbezaan geographikal iaitu:

Masyarakat Tanah Pamah, Masyarakat Tanah Tinggi; dan

Masyarakat Pinggi/Kepulauan.

Ia terbahagi kepada dua iaitu:

Masyarakat Dominan, dan


Masyarakat Minoriti ("Outsiders" yang biasanya tinggi di bukit-bukit atau gunung-gunung.

Masyarakat Minoriti Di Tanah Besar Asia Tenggara

Masyarakat Minoriti secara relatifnya mempunyai budaya yang kekal adalah penduduk luar (outsiders) kepada kerajaankerajaan yang dibangunkan oleh penduduk tanah pamah.

Organisasi orang bukit adalah simple iaitu:

tidak ada organisasi politik agama bersifat halehwal individu/famili dengan komuniti tidak mempunyai peranan. terdapat dua kategori orang bukit jika dihuraikan melalui bahasa dan corak hubungan darah (MonKhmer dan bukan Mon-Khmer). Contoh kumpulan Mon-Khmer ialah Banhar, Sedang, Mnong. Lainnya Koho, Chau Sre, Chau Ma dll.

Ciri-ciri masyarakat minoriti ini ialah:

merupakan penduduk yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan tidak tertakluk kepada jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan yang wujud di kawasan tanah pamah.

sumber hamba abdi kepada penduduk tanah pamah, berfungsi sebagai pencari bahan-hasil hutan; dan menawarkan kemahiran khusus seperti melatih/menjinakkan gajah dll.

menjalankan kegiatan ekonomi:


Petani pindah randah. mengamalkan teknik tebas dan bakar untuk bertani.

Sebahagian kecil pula merupakan ahli kepada masyarakat:


hidup tetap, bertani dengan teknik-teknik penanaman padi sawah di kawasan-kawasan lembah dataran tinggi, tetapi menentang atau enggan perbauran ke dalam kehidupan tanah pamah.

Hubungan-hubungan dari aspek etnik dan bahasa antara penduduk bukit dan masyarakat tanah pamah (dominan) selalunya rapat.

Misalnya orang Tai bukit dengan orang Tai tanah pamah, masing-masing sedar tentang persamaan asal mereka.

Perbezaan yang sangat jelas antara etnik-etnik bukit dengan masyarakat tanah pamah. Di Burma tidak wujud perpaduan masyarakat (berpunca dari terlalu banyak persaingan pelbagai etnik). Orang-orang bukit Burma (seperti Shans, Kachins, Karens dan Chins, dll.) menerima pemerintahan kerajaan Burma yang cuba dikenakan ke atas mereka.

Kelompokkelompok Orang Bukit

Thailand

Orang bukit yang utama ialah orang Meo (Miau/Mong) yang bererti kucing atau tunas padi.
Etnik ini terdapat juga dikawasan-kawasan di selatan China, utara Vietnam dan di Laos. Etnik Meo mempunyai pertalian dengan etnik Yao yang antaranya menggunakan bahasa Mon-Khmer lama, atau Tai atau Sinitic atau Tibeto-Burman. Etnik Meo biasanya berpindah setiap 10 hingga 20 tahun sekali.

Etnik lain di Thailand ialah Yao (kimmien) yang bererti (dalam bahasa China) "anjing liar". Etnik ini banyak terdapat di bahagian selatan China dan berdekatan sempadan Burma, Laos dan juga tersebar di Vietnam. Etnik Yao terbahagi juga kepada beberapa kumpulan dialek (yang juga dikenali melalui perbezaan warna pakaian kegemaran setiap kumpulan).

Indochina

Di Laos Etnik-etnik rumpun Mon-Khmer yang terdapat di Laos ialah etnik Kha Khmu dan Kha Lamet.
Kha bererti hamba, dan khmu bererti orang. Di dalam bahasa Lao, dua kumpulan ini masingmasing dikenali sebagai Phou Lao dan Laotian Tai. Etnik Khmu dan Lamet mempunyai hubungan yang rapat. Keduanya berkait dengan orang Lawa/Lawas di Thailand dan Palalung-wa di Burma (atau Senoi di Malaysia).

Mereka

mengamalkan kesukuan (jurai bapa) dan berkelompok hidup ke jurai bapa (patrilocal). lain di Laos ialah etnik Meo dan Yao yang sama dengan etnik Meo dan Yao di Thailand dan juga etnik Tai (Tai Hitam, Tai Putih dan Tai Merah) yang hidup bertani di kawasan bukit.

Etnik-etnik

Di Kambuja

orang bukitnya (phnong) ialah Jarai, Steing/Budip, Pear, Chong, Saoch dan Samre, juga Kui (Soal dan Sui).
Orang Jarai berbahasa Malayo-Polynesian yang ada persamaan dengan bahasa orang Cham. Orang Stieng/Budip berbahasa Mon-Khmer lama. Manakala di Vietnam etniknya terdiri dari puakpuak Muong, Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian.

Burma

Orang Shan yang dikenali juga dengan namanama seperti Tai Yai, Tai Tau, Ngio dan Sam adalah penduduk kawasan tanah tinggi yang mengerjakan pertanian padi sawah. Mereka juga berdagang barangan seperti tembikar, kertas, "lacquerware", barang perak (perhiasan) dan kain kapas.
Di sebelah barat laut negeri Shan terdapat penduduk minoriti etnik Palaung dan Wa yang berasal dari rumpun Mon-Khmer.

Di negeri Kachin terdapat etnik Jinghpaw, Atsi, Lashi dan Maru. Komuniti mereka ini tersusun dalam satu atau dua bentuk, iaitu bentuk

Gumlao (egalitarian) iaitu menurut struktur sosial orang-orang Kachin; dan


Gumsa (stratified) menurut struktur sosial orang Shans.

Di wilayah Chin wujud pula etnik Chin, Naga dan Garo. Pusat utama kehidupan etnik Chin ialah negeri Manipur di Assam dan di sini mereka lebih dikenali sebagai etnik Meithei yang mengamalkan agama

Kepulauan Asia Tenggara

Sebelum kedatangan pengaruh asing ke Kepulauan Asia Tenggara, masyarakat awal yang mendiami kawasan ini sudah memiliki kebudayaan dan tamadunnya tersendiri.

Masyarakat ini memiliki cara hidup tersusun yang wujud di dalamnya organisasi sosial, sistem kekerabatan dan masyarakat, ekonomi, cosmogony, teknologi dan kepercayaan dan amalan.

Akibat daripada perkembangan kebudayaan selepas kemasukan pengaruh asing, maka kebudayaan masyarakat Kepulauan Asia Tenggara telah dibahagikan kepada tiga iaitu PraHindu-Budha, Era Hindu-Budha dan akhir sekali ialah Era Islam yang merupakan era yang paling berpengaruh di Nusantara hingga ke hari ini. Prof. Dr. Koentjaraningrat mengklasifikasikan manusia Indonesia kepada sekurang-kurangnya enam jenis berdasarkan sosial-budaya mereka.

Tanaman padi tidak dikerjakan. Kawasan kediaman mereka adalah terpencil tanpa stratifikasi demografi yang jelas. Manusia jenis kedua yang terdapat di Indonesia ialah orang-orang yang menjalankan kegiatan berladang atau bersawah. Kehidupan bermasyarakat mereka adalah sebagai petani yang berstratifikasi simple yang tidak mengaalami pengaruh Hindu-Buddha atau Islam.

Pengaruh gereja Barat dan Indonesia moden tidak mendalam dan baru sampai. Contoh manusia ialah etnik Batak, Penduduk Kalimantan Tengah, Minahasa, Flores dan Ambon. Mereka agak maju dari segi aktiviti ekonomi dan telah menerima pengaruh Hindu-Buddha atau Islam ataupun Barat.

Manusia yang mepunyai greater spiritual power daripada yang lain, akan dianggap berstatus tinggi dan sebagai berkuasa untuk mediate antara kuasa alam dan dunia ke atas manusia lain. Sebelum kemasukan pengaruh asing, masyarakat Kepulauan Asia Tenggara telah mempunyai sistem politiknya yang tersendiri dan gelarangelaran tertentu untuk pemerintahnya seperti ratu dan raka adalah gelaran pemenintah di Jawa dan datu, penghulu dan demang di Sumatera.

Dari segi ekonomi masyarakat Kepulauan Asia Tenggara, masyarakat ini bergantung kepada amalan pertanian, perikanan dan perternakan. Pertanian yang paling utama ialah penanaman padi, seterusnya diikuti oleh ubi keledek, cassava, pisang, tebu dan sagu. Kegiatan pertanian lebih dominan dan meluas di kawasan pendalaman. Penanaman padi sebagai sumber makanan yang utama bagi masyarakat Kepulauan Asia Tenggara ini di mana bukti terawal penanaman padi ini adalah dari Sulawesi.

Bagi mereka yang menetap di persisiran pantai, menangkap ikan adalah aktiviti utama, dan perternakan seperti babi dan anjing juga dijalankan secara meluas kerana ia merupakan suniber protein bagi masyarakat Kepulauan Asia Tenggara.

Masyarakat Kepulauan Asia Tenggara mempunyai kemahiran dalam bidang pelayaran di mana mereka mahir dalam membina perahu berserta layarnya. Perahu-perahu ini digunakan untuk berdagang dengan perairan selatan India.

Kepercayaan mereka juga dikaitkan dengan animisme, dualisme kosmologi diantara laut dan gunung dan kepencayaan numerologi yang dikaitkan dengan magis. Elemen-elemen kepercayaan ini masih diamalkan di kalangan masyarakat Melayu Kepulauan Asia Tenggara, namun ia bergantung kepada variasi dan modifikasi yang berlaku akibat penganuh agama Hindu, Budha, Kristian dan Islam.

Kesimpulan

Corak fizikal kawasan Asia Tenggara yang terdiri dari delta, lembangan sungai, banjaran, tanah tinggi, pinggir pantai, pulau, tasik, hutan, paya, dan sebagainya dengan tahap kesesuaian ekologi yang berbeza menyebabkan wujudnya kepelbagaian ras dan budaya dengan pencapaian yang berbeza-berbeza.

Sekian

Arus asas perjalanan sejarah dari zaman pra-sejarah hingga kini telah menentukan arah pemikiran, semangat, ideologi dan aktiviti penduduk rantau ini.

Kesemua ini membantu memberi identiti tersendiri bagi kehidupan penduduk kawasan yang kini dikenali sebagai Asia Tenggara.

You might also like