You are on page 1of 3

Pemberontakan Dahagi (1857)

Pengenalan Penduduk India telah berasa tidak puas hati terhadap pemerintahan British sejak awal abad ke-19. Perasaan tidak puas hati semakin memuncak apabila Lord William Bentick menjalankan beberapa pembaharuan politik, sosial dan kebudayaan. Walaupun pembaharuan itu berdasarkan teori kebajikan penduduk India, tetapi pembaharuan tersebut telah melanggar amalan dan adat serta menyinggung hati orang India. Dengan itu, orang India pun membangkit menentang pihak British di India. Pada tahun 1857, Dahagi telah meletus di India. Dahagi itu ialah rusuhan sepoi menentang pemerintahan British di India. Sebab-sebab berlaku 1. Perasaan dendam sepoi-sepoi Tentera Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dari Rajput mencetuskan dahagi kerana mereka menganggap mereka akan tercemar sekiranya berkhidmat di luar India. Perasaan tidak puas hati semakin meningkat apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan Tentera Am yang membolehkan pihak British menghantar sepoi-sepoi ke wilayah yang jauh tanpa diberi elaun berlebihan. Amalan diskriminasi gaji dan layanan serta kenaikan pangkat mengikut jangka perkhidmatan dan bukan kebolehan telah mengecewakan sepoi-sepoi India lagi. Masalah disiplin yang serius berlaku akibat pemindahan pegawai tentera berkebolehan untuk mengisi jawatan awam. Pengenalan senapang rifle Royal Enfield menyemarakkan lagi perasaan tidak puas hati. Terdapat khabar angin yang mengatakan peluru yang hujungnya terpaksa digigit sebelum dimasukkan ke dalam senapang disapu dengan minyak babi dan lembu. Oleh itu, sepoi Hindu dan Muslim menganggap ini sebagai muslihat British menentang kebudayaan tradisional mereka. Walaupun peluru itu ditarik balik, tetapi perasaan tidak puas hati terus memuncak sehingga akhirnya mereka menganggap British cuba mengkristiankan mereka. 2. Perubahan-perubahan sosial Pengenalan perubahan sosial ala Barat telah menjejaskan cara hidup penduduk tempatan. Gabenor Jeneral William Bentick telah menghapuskan adat resam orang India seperti suttee, thuggee dan pembunuhan bayi perempuan. Lord Delhousie pula meluluskan undang-undang mengesahkan perkahwinan balu Hindu. Walaupun British bertujuan memperbaiki kehidupan mereka tetapi mereka masih belum bersedia menerima idea-idea Barat ini. Penyebaran pendidikan British dianggap sebagai percubaan mengkristiankan mereka. Pengenalan teknologi Barat dianggap sebagai langkah mencemarkan agama Hindu. Di wilayah tawanan, banyak keluarga kehilangan tanah kerana tidak dapat

membuktikan hak milik secara sah. Tanah itu diambil alih oleh British. Perasaan tidak puas hati terus memuncak apabila tentera asli dibubarkan selepas suatu wilayah diambil alih. 3. Politik Dasar pengilhakan Delhousie berlandaskan kepada hak menakluk agung, undangundang warisan dan untuk menlanjutkan faedah pemerintahan British ke atas wilayah yang disalahtadbirkan oleh pemerintah India. Melalui dasar ini, Punjab, Karnatik, Oudh dan Tajor serta Satera, Jhansi, Baghat, Jaitpur dan Sambalpur telah diilhakan. Walaupun Delhousie percaya pemerintahan British adalah paling baik bagi orang India tetapi dasarnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemerintah India. Dasar ini menimbulkan kegelisahan dan syak wasangka. Akibatnya, Nawab, Raja Tanjor dan Nana Sahib mengambil bahagian dalam dahagi. Selain itu, pembatalan bayaran pencen Nana Sahib juga menyebabkan beliau menyertai dahagi. Peristiwa dahagi Dahagi telah bermula pada 10 Mei 1857 di Meerut apabila sepoi-sepoi yang enggan menggunakan peluru telah dihukum penjara. 2 orang sepoi rejimen telah membalas perbuatan ini dan membunuh beberapa pegawai Inggeris. Pada keesokan hari, sepoisepoi mara ke Delhi, memasuki istana secara paksa dan menaikkan Bhahadur Syah II, seorang keturunan Maharaja Moghul sebagai Maharaja Delhi. Pihak British telah mengumpulkan bala tenteranya untuk membalas serangan ke atas Delhi tetapi gagal. Berita bahawa Lord Canning telah meminta bantuan tentera dari Madras dan Sri Lanka telah mencemaskan sepoi-sepoi. Akhirnya, rejimen di Azamgarh, Ludhiana dan Allahabad telah membangkit. Pada 30 Mei 1857, rejimen di Lucknow memberontak. Hal ini diikuti oleh Benggala dan Oudh. Dahagi Oudh lebih menyerupai pemberontakan umum kerana tuan tanah dan pembesar yang kehilangan tanah serta martabat dan kaum tani yang menderita akibat pembayaran cukai dan penindasan British telah menyertai pemberontakan. Selepas 4 bulan, Sir John Lawrence menawan semula Delhi. Bhahadur Syah ditangkap dan putera Moghul lain ditembak. Selepas menawan Delhi, tentera British menyerang Kanpur dan Lucknow. Tentera Jeneral Havelock mara ke Kanpur tetapi mendapat tentangan hebat. Percubaan untuk membebaskan Lucknow gagal. Jhansi Rani, iaitu Lakshmi Bai telah bertempur dengan British tetapi akhirnya gagal dan terbunuh. Dahagi dapat dikawal dengan berkesan. Menjelang tahun 1858, dahagi telah ditumpaskan dengan jayanya. Pihak British bernasib baik kerana dahagi tidak merebak selanjutnya dan pembesar Sindhia, Holkar dan pemerintah Rajput dan Sikh tidak menyertai pemberontakan sepoi ini. Selain itu, sebahagian besar orang India yang pro-British yang inginkan pemulihan undangundang dan peraturan tidak membantu Pemberontakan Dahagi. Sebab-sebab kegagalan

1.

Ketiadaan tujuan yang sama Rani Jhansi berjuang untuk hak asasi seorang putera. Nana Sahib berjuang untuk membalas dendam atas kehilangan tanah dan estet ayahanda angkatnya, Baji Rao. Orang Muslim berjuang untuk memulihkan Empayar Moghul. Sepoi-sepoi berjuang atas agama, membalas dendam peribadi. Yang lain hanya mempunyai rasa benci terhadap British. 2. Merupakan kejadian tempatan Tertumpu pada satu kawasan terhad. 3. Sikap bertolak ansur Lord Canning Meredakan perasaan Sepoi dan mengenangkan tentangan. 4. Kekurangan pucuk pimpinan Kesan-kesan dahagi 1. Penghapusan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) pada 1858 Peristiwa dahagi menunjukkan SHTI tidak berupaya memerintah India yang luas. Menurut Akta Kerajaan India, pentadbiran Kerajaan India terus diserah kepada Kerajaan Mahkota. Gabenor Jeneral menerima gelaran Wizurai. 2. Pengampunan umum Diberi kepada pada pemberontak kecuali yang membunuh rakyat British. 3. Penghapusan undnag-undang warisan 4. Pemberian jawatan awam tanpa mengira kasta dan kepercayaan

You might also like