You are on page 1of 1

Sinopsis Bab 11: Bukan Dirancang Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

Azfa Hanani menerima panggilan telefon daripada Tengku Ellina dan meminta Azfa Hanani untuk datang ke rumahnya kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan di rumahnya. Azfa Hanani hanya mendapat keizinan daripada Datin Maziah setelah dibantu oleh Tengku Muzaffar. Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani ke rumah Tengku Ellina dengan menaiki motosikal berkuasa tingginya. Azfa Hanani berpendapat bahawa antara Tengku Muzaffar dengan Ekran tersimpan satu rahsia kerana selepas bertembung dengan Tengku Muzaffar, Ekran semakin menghilangkan diri.

Azfa Hanani diminta untuk menggantikan Tengku Ellina bagi mempengerusikan Forum Remaja semasa latihan kerana pada masa yang sama Tengku Ellina perlu mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar Hari Sumbangsih. Azfa Hanani teringat akan sepupunya, iaitu Zahidan apabila melihat adik Tengku Ellina. Melalui surat yang dikirimkan oleh Zuraini, mak long dan pak long amat merinduinya. Zahidan kerap memanggil-manggil namanya. Zuraini pula akan dihantar untuk berubat ke Indonesia pada bila-bila masa sahaja.

Akhirnya, ahli forum mengambil keputusan supaya Azfa Hanani menjadi pengerusi pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan sekolah nanti.

You might also like