You are on page 1of 3

Bahagian A [10 markah] [Masa yang dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah hospital Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

HAK CIPTA SK POS MUSOH LZ (2013)

BAHAGIAN B ( Masa yang dicadangkan : 40 minit ) ( 30 MARKAH )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Tuliskan sebuah karangan tentang Aku Sebuah Kereta ATAU 2. Sekolah kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan.Kamu perlu menulis sebuah laporan mengenai sambutan tersebut untuk majalah sekolah .Tuliskan laporan tersebut selengkapnya. ATAU 3. Lengkapkan cerita.Kamu hendaklah memulakan cerita kamu dengan ayat-ayat di bawah.Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu elektrik menerangi jalan tetapi saya perlu berhati-hati. Sambil mengayuh ,saya sempat berbual-bual dengan Ahmad yang duduk di belakang. Tiba-tiba ...

HAK CIPTA SK POS MUSOH LZ (2013)

Bahagian C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah ) Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di

padang sekolahnya.

Aswad

bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan pemain yang akan mewakili sekolahnya. Di pertengahan jalan, Aswad terserempak dengan seorang lelaki tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan apa yang telah berlaku. Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad itu. Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain bola sepak sekolahnya. Dia bersyukur dan berjanji akan bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.

HAK CIPTA SK POS MUSOH LZ (2013)

You might also like