Disediakan oleh
Mohd Faidz Hj Ibrahim
( Moderator Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang Selama )
SAMBUTAN HARI LAHIR
Tarikh : 20hb Oktober 2009Hari: SelasaTempat: PERASA AutoCAMP, Jelutong, Taiping Aktiviti:Kelas PPKI SK Kg Boyan telah mengadakan sambutan Hari Lahir Kanak – kanak Pendidikan Khasuntuk meraikan mereka yang menyambut hari lahir dalam bulan Oktober, September, Ogos dan Julai.Rombongan bertolak dari SK Kg Boyan pada pukul 8.00 pagi.Kami sampai ke PERASA AutoCAMP lebih kurang pada pukul 9.00 pagi. Setibanya di PERASAAutoCAMP, kami semua menyiapkan kelengkapan jamuan.
Perkakasan, makanan & minuman disusundengan teratur agar tidak bertaburan. Selesai sahaja penyusunan semua perkakasan, makanan &minuman, kami semua menjamu selera. Sungguh berselera sungguh murid – murid ini.
Pada lazimnya selepas makan mereka semua ini suka bermain – main akan tetapi upacara kemuncakprogram aktiviti ini belum diadaptasikan lagi. Maka tepat jam 1030 pagi upacara meraikan murid – muridyang menyambut hari lahir diadakan. Mereka yang diraikan diberikan peluang untuk memotong kek yangdibekalkan oleh waris masing – masing.
Kami guru – guru bersama dengan murid - murid yang lainmenyanyikan lagu
‘SELAMAT HARI JADI’
beserta dengan lagu
‘HAPPY BIRTHDAY TO YOU’
.Sungguh riang dan meraih sekali keadaan ini. Gambar diambil untuk diabadikan agar menjadi kenang –kenangan pada masa akan datang.Pada pukul 11.00 pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan melakukan aktiviti permainan. Pada jam 12.00tengahari, rombongan kami bertolak pulang dan selamat tiba di SK Kg Boyan pada jam 12.30 tengahari.
Leave a Comment