You are on page 1of 2

PT 5569 Jalan Mahsuri, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

________________________________________________________________________________ Puan Kamilah Binti Mohamed, Tutor PISMP Pendidikan Islam 2 (SJKC), Semester 4 Ambilan Januari 2012, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu. Puan, Penyataan Sebab Tidak Menghadiri Tutorial Jamie Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman pihak puan, saya Tuan Muhammad Saifullah Bin Tuan Mohd Noor pelajar PISMP Pendidikan Islam 2 (SJKC) ingin memaklumkan pada pihak puan atas ketidakhadiran program Tutorial Jamie anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) pada 29 Ogos 2013 kerana urusan keluarga. 3. Pada 29 Ogos 2013 bapa saya telah mengadakan majlis perjumpaan ahli keluarga sebelah bapa. Majlis tersebut telah dihadiri oleh sanak saudara sebelah bapa saya, anggaran seramai 30 orang yang terdiri dari 6 keluarga. Bapa saya telah meminta saya bagi menguruskan kelengkapan majlis tersebut seperti membeli bahan-bahan masakan kering, lauk-pauk dan menjadi pengerusi majlis tersebut. Untuk pengetahuan pihak puan, majlis ini merupakan tradisi keluarga bapa saya pada setiap 2 tahun sekali. Bapa saya telah memaklumkan pada saya tentang majlis tersebut pada 23 Ogos 2013 seminggu sebelum majlis dan saya telah bersetuju untuk menolong beliau bagi menjayakan majlis tersebut. 4. Pada 25 Ogos 2013 pihak JAPIM telah memaklumkan akan mengadakan Tutorial Jamie pada 29 Ogos 2013. Taklimat ini telah dikelola oleh Ustaz Shaari Bin Salleh, pada taklimat tersebut pihak JAPIM telah memaklumkan program ini ialah program wajib dan sebarang alasan tidak akan diterima. Sebagai seorang anak sulung saya sangat diperlukan keluarga terutama dalam keadaan ingin mengadakan majlis keluarga seperti ini. Sejak 2 tahun kebelakangan ini selepas bapa saya menghadapi penyakit strok. Tugas-tugas mengurus keperluan rumah seperti membeli barang dapur, bayar bil, dan urusan luar telah diamanahkan kepada saya kerana saya mempunyai lesen kereta. Lantaran itu berat hati saya untuk meninggalkan majlis keluarga, kerana saya sedar peranan saya sangat penting dan khidmat saya pada keluarga ketika itu sangat diperlukan. Saya agak keliru dan berbelah bahagi untuk memilih yang mana perlu diutamakan, urusan rasmi atau keluarga. Akhirnya, saya telah nekat untuk bersama keluarga dan tidak menghadiri program JAPIM tersebut.

27 Oktober 2013

5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan puan boleh menghubungi saya di talian 013-9171074. Segala keprihatinan dan kerjasama dari pihak puan amat saya hargai dengan ucapan terima kasih. Sekian, Terima Kasih.

Yang benar, .................................................................................................... (TUAN MUHAMMAD SAIFULLAH BIN TUAN MOHD NOOR) Pelajar, PISMP Pendidikan Islam 2 (SJKC), Semester 4 Ambilan Januari 2012, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu.

You might also like