You are on page 1of 7

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JAYA GEMILANG DAN ANUGERAH KOKURIKULUM SMTDSMZ BAGI TAHUN 2008

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI
DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL
EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN dengan diiringi oleh
Tuan Pengetua SMTDSMZ.

Bismillah
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Assalammualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN
NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA
PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN
Yang berusaha Pn Hjh Semah binti Mohd Noh, Pengetua SMTDSMZ
Yang Dihormati _______________________________
Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah
Yang Berbahagia Pn.Hjh. Sermaini Pien, Pengerusi PIBG SMTDSMZ
Pengetua-pengetua dan wakil pengetua sekolah-sekolah kawasan Alor Gajah, ketuaketua jabatan ,Dif-dif jemputan, guru-guru seterusnya tuan-tuan dan puan-puan serta
para pelajar yang dihormati sekelian.
Pertamanya marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat ILLAHI kerana dengan
keizinan NYA dapatlah kita bersama sama berhimpun pada pagi yang indah dan
bermakna ini untuk bersama-sama di MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JAYA

GEMILANG DAN ANUGERAH KO-KURIKULUM SMTDSMZ BAGI TAHUN 2008.


Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat PN.
HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN
REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA
DAN KESIHATAN
Semoga dengan kesudian Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI
DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA EXCO HAL EHWAL WANITA
PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN serta hadirin sekelian meluangkan
masa pada hari ini akan menyeri dan menyemarak lagi majlis yang gilang-gemilang ini.

Acara dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah
Berbeza tetap bersatu.
Hadirin-hadirat diminta bersedia.
Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah
Majlis mempersilakan tetamu kehormat, Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI
ABDOL dan para tetamu untuk mengambil tempat yang telah disediakan
_____________________________________________________
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj. Aziz
Mohamad . dipersilakan.
Bacaan Doa
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj. Aziz Mohama di di atas bacaan
doa itu tadi.
Hadirin hadirat warga dataran yang dimuliakan,
Hari Jaya Gemilang dan Anugerah Ko-kurikulum yang disambut pada hari ini
merupakan kesinambungan program Jaya Gemilang yang telah dimulakan sejak tahun
1998.
Ia merupakan program bersepadu diantara aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan
kerohanian. Ianya dirancang sebegitu rupa untuk menggabungkan penglibatan pelajar,

guru, ibubapa, masyarakat setempat dan badan-badan kerajaan mahupun swasta


bertujuan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Antara matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
pelajar dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum melalui pengiktirafan aktiviti bagi
mewujudkan insan yang seimbang, berketrampilan dan berilmu.
Manakala, objektif program ini pula ialah :
1. Memupuk semangat setiakawan, keyakinan dan disiplin pelajar.
2. meningkatkan tahap kecergasan pelajar
3. Menananpmkan sikap bertanggungjawabdalam tugas yang diberikan
4. memberi pengalaman yang menyeronokan kepada pelajar Dan ....
5. meningkatkan minat dan motivasi pelajar
Sidang hadirin yang dihormati,
Pelbagai aktiviti galakan, sokongan, motivasi dan bimbingan dijalankan bertujuan
meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap kepentingan ilmu kearah membina
generasi maju yang berwawasan.
Diantara aktiviti tersebut ialah :
1. Ceramah agama
2. Pertandingan kawad kaki unit-unit beruniform
3. Hari Terbuka Akademik iaitu perjumpaan ibubapa bersama guru-guru bagi pelajar
tingkatan 5
4. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
5. Pameran Kerjaya & Ceramah dari IPTA dan IPTS
6. Pameran Buku & Agensi dari badan kerajaan & syarikat swasta
7. Pameran Sains dan teknologi yang dikendalikan oleh pelajar serta guru-guru.
8. Gerai jualan ria menjual makanan dan minuman yang diusahakan oleh warga
SMTDSMZ

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dipersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Semah binti
Mohd Noh , Pengetua SMTDSMZ untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Tuan pengetua


Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua
SMTDSMZ. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Semah Binti Mohd
Noh.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan , iaitu ucapan perasmian tetamu kehormat kita,
Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN
NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA
PEMBANGUNAN KELUARGA DAN KESIHATAN
seterusnya merasmikan Program Jaya Gemilang SMTDSMZ bagi tahun 2008.
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan Yg berhormat .
Ucapan Tetamu Kehormat
Alhamdullillah, rasmilah sudah Program jaya Gemilang SMTDSMZ bagi tahun 2008
yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat kita. Majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN
UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL
WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN di atas ucapan dan
perasmian Program Jaya Gemilang itu tadi.
Hadirin-hadirat warga dataran yang dihormati,
Buat pengetahuan hadirin semua, anugerah jaya gemilang di bahagikan kepada tiga
kategori iaitu anugerah emas, anugerah perak dan anugerah gangsa. Setiap anugerah
dibahagikan kepada pelajar atau pasukan pelajar dan guru.
Bagi anugerah emas, bentuk anugerah adalah
1. wang tunai RM 50 bagi pelajar/ pasukan dan RM 30 bagi guru
2. Cenderamata
3. sijil
Bagi anugerah perak pula, bentuk anugerah adalah
1. wang tunai RM 40 bagi pelajar/ pasukan dan RM 20 bagi guru
2. Cenderamata
3. sijil

Bagi anugerah gangsa pula, bentuk anugerah adalah


1. wang tunai RM 30 bagi pelajar/ pasukan dan RM 15 bagi guru
2. Cenderamata
3. sijil

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian anugerah , hadiah dan sijil
penghargaan. Maka dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg.
berusaha Tuan Pengetua untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat PN. HJH
NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA
MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN
KESIHATAN untuk tampil ke hadapan menyampaikan anugerah, hadiah dan sijil
penghargaan., dipersilakan.
Teks Penerima Anugerah
Emas Pelajar
- guru
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
untuk menghargai kesudian tetamu kehormat yang telah sudi meluangkan masa
bersama-sama dengan kita untuk majlis pada pagi ini.Dengan itu dijemput Tuan
Pengetua untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang
Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN
KELURAGA DAN KESIHATAN
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi sedikit rasa nak junjung.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH
BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP
EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN
dan Tuan pengetua yang telah sudi menyampaikan anugerah, hadiah, sijil dan
cenderamata itu tadi.

Seterusnya, anugerah perak dan gangsa bagi pelajar


Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput YDP PIBG Pn HJh Sermaini Bt
Pien bagi mengiringi Yang Di hormati En Abd Razak Mohd Ali selaku wakil rasmi
Pegawai Pelajaran daerah Alor Gajah.
Majlis Mempersilakan...
Teks anugerah.....
Gangsa pelajar
Perak pelajar
Gangsa Guru
Perak Guru
Anugerah Jurulatih
Anugerah Bacathon
Seterusnya, Pihak majlis ingin memberikan cenderahati tanda kenangan kepada Yang
di hormati En Abd Razak Mohd Ali. Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Di pertua PiBG SMT DSMZ selaku wakil sekolah untuk
memnerikan cenderahati kepada Em Abd Razak Mohd ali, majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian Yang dihormati En Abd Razak
Mohd Ali di atas penyampaian anugerah itu tadi..
Demikianlah tadi majlis penyampaian anugerah, hadiah serta sijil penghargaan.

Perbarisan keluar padang


Hadirin yang dimuliakan,
seterusnya marilah kita sama-sama meyaksikan persembahan pelajar
1. Pasukan Kadet Kawad kaki KRS (P),
2. Pasukan Kadet Polis (P) dan diikuti
3. persembahan taek kwan do.
4. Pelancaran roket
Majlis mempersilakan

Demikian tadi persembahan daripada para pelajar SMT DSMZ


Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi tetamu kehormat
dan dif-dif jemputan melawat ke tempat-tempat pameran dan akhirnya menikmati
jamuan ringan, dipersilakan.
Dengan itu kami sudahi dengan wabillah. w.b.t. dan terima kasih.

You might also like