You are on page 1of 3

ISL MINGGU 8 :

Mencari maklumat berkaitan khidmat sosial daripada pelbagai sumber

PEMBELAJARAN BERKHIDMAT

Pembelajaran Berkhidmat adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pelibatan masyarakat sebagai wahana bagi mewujudkan satu persekitaran belajar yang kaya bagi murid. Pembelajaran berlaku apabila aktiviti CIP dikembangkan bagi mengaitkan secara eksplisit antara hasil pembelajaran, iaitu matlamat perkhidmatan dan akademik dengan pengalaman melalui pelibatan dengan masyarakat.

Pendekatan berstruktur ini mengambil kira perlunya melibatkan murid dengan perkhidmatan yang memenuhi keperluan sebenar masyarakat,

mengenal pasti hasil pembelajaran bagi mengaitkannya dengan pengalaman berkhidmat murid kepada kurikulum sekolah, menyiapkan murid secara mental dan fizikal untuk melakukan tugas-tugas perkhidmatan dan menyediakan satu proses berstruktur bagi murid melakukan muhasabah diri.

Pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK melibatkan pembelajaran berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah. Melalui penyertaan secara aktif dalam sesuatu projek komuniti, murid

dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menyelesaikan masalah sosial yang benar-benar berlaku di sekolah, komuniti, negara dan global.

Melalui

pembelajaran

berkhidmat

ini,

murid

akan

mengambil

tanggungjawab dan kepemimpinan dalam melakukan sesuatu perkhidmatan sivik kepada masyarakat. Mereka juga akan mengembangkan amalan nilai-nilai sivik serta kemahiran sosial dan kewarganegaraan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Pendek kata, melalui pembelajaran berkhidmat, murid akan mempelajari secara aktif and interaktif bagaimana menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan ke arah kesejahteraan masyarakat.

Namun begitu, pembelajaran berkhidmat memerlukan sokongan dan penglibatan ibu bapa serta komuniti tempatan. Oleh sedemikian, maka guru PSK atau pihak sekolah perlu mewujudkan sesuatu partnership atau kolaborasi dengan agensi-agensi komuniti tempatan supaya memudahkan murid

berhubungi dengan mereka mengenai perkhidmatan komuniti,

Terdapat

pelbagai

aktiviti

pembelajaran

berkhidmat

yang

boleh

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK yang boleh dikategorikan seperti berikut:
a) berkhidmat secara langsung kepada sesiapa yang memerlukannya

seperti membantu pekerja sekolah membersihkan taman sekolah (Tahun

4 KBSR) atau menghiburkan penghuni di rumah orang tua (Tingkatan 1 KBSM


b)

berkhidmat secara tidak langsung kepada sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan seperti mengutip derma bagi mangsa bencana alam dan kemudian menyerahkannya kepada akhbar tempatan yang menguruskan kutipan tersebut (Tahun 4 KBSR dan Tingkatan 1 KBSM)

c)

tindakan advocacy atau affirmative dengan mengemukakan cadangan atau kempen mengenai sesuatu masalah sosial kepada pihak-pihak tertentu seperti menulis cadangan kepada pihak sekolah bagaimana membina sekolah penyayang (Tahun 4 KBSR) atau menulis surat kepada pengurusan pusat membeli-belah tempatan supaya menyediakan

kemudahan awam yang sesuai untuk golongan kurang bernasib baik (Tingkatan 1 KBSM)

You might also like