You are on page 1of 12

Kelab Keselamatan Sekolah Kebangsaan Seri Baiduri telah menganjurkan Program Pencegahan Kebakaran dengan kerjasama pasukan bomba

dan penyelamat. Nadia diminta untuk menyediakan laporan berkenaan.

Laporan Ceramah Menangani Kebakaran


Pada 20 Mac 2014, Kelab Keselamatan Sekolah Kebangsaan Seri Baiduri telah menganjurkan ceramah Menangani Kebakaran yang disampaikan oleh Encik Tajudin bin Isa, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Daerah Gombak. Ceramah bermula pada 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid tentang cara mengelakkan dan menangani kes kebakaran. Beberapa tindakan dan tip telah disampaikan oleh Encik Tajudin. Menurut beliau, apabila memasak, pastikan tidak ada benda yang mudah terbakar berdekatan dengan dapur. Bahan seperti kain pengelap, minyak masak, plastik atau kertas perlu dijauhkan.

Murid-murid diingatkan bahawa sikap cuai adalah punca utama berlakunya kebakaran. Kita perlulah mematuhi peraturan penggunaan peralatan dan sentiasa berhati-hati. Proses pendawaian dan penyambungan elektrik yang salah akan menyebabkan litar pintas. Akibatnya, berlakulah kejadian malang tidak berbau. Oleh sebab itu, beringatlah sebelum kena. Selain itu, murid-murid disarankan supaya tidak mudah panik jika berlaku kebakaran. Mereka perlu segera menghubungi pihak bomba dengan menyatakan lokasi dan status kebakaran. Kita boleh menggunakan kain lembap, pasir dan pemadam api sekiranya berhadapan dengan api yang masih kecil. Secara keseluruhannya, objektif ceramah untuk menambah pengetahuan dapat dicapai.

Isi tersurat & Isi Tersirat


ISI TERSURAT
Isi penting yang boleh diambil secara terus di dalam teks.

ISI TERSIRAT
Isi yang tidak disampaikan secara langsung di dalam isi penting.

Aktiviti

Berdasarkan petikan teks, lengkapkan carta dengan mengisi ruang bagi isi tersurat dan isi tersirat pada lembaran kerja yang disediakan.

ISI TERSURAT
TUJUAN
Memberikan pengetahuan kepada murid-murid tentang cara mengelakkan dan menangani kes kebakaran.

PUNCA

1. Sikap cuai menjadi penyebab utama kebakaran. 2. Proses pendawaian dan penyambungan elektrik yang salah akan menyebabkan litar pintas.

ISI TERSURAT
1. Tidak mudah panik jika berlaku kebakaran. 2. Segera menghubungi pihak bomba. 3. Menggunakan kain lembap. Pasir atau alat pemadam api untuk kebakaran kecil.

PESANAN

ISI TERSIRAT
TUJUAN Membuat tindakan yang betul.

PUNCA

Kecuaian manusia.

PESANAN

Sentiasa berwaspada.

Padankan maklumat yang berikut dengan jawapan yang sesuai.


Isi penting yang boleh diambil secara terus di dalam teks. Memberikan pengetahuan kepada murid-murid tentang cara mengelakkan dan menangani kes kebakaran. Membuat tindakan yang betul. Isi yang tidak disampaikan secara langsung di dalam isi penting.

ISI TERSIRAT ISI TERSURAT

Sentiasa berwaspada.
Proses pendawaian dan penyambungan elektrik yang salah akan menyebabkan litar pintas.

Tidak mudah panik jika berlaku kebakaran.

Kecuaian manusia.

You might also like