You are on page 1of 4

CONTOH RPH TAHUN 5 TEMA KESUSASTERAAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Cemerlang Tarikh : 1 April 2012 Masa : 1 jam (10.20 pagi hingga 11.20 pagi) Bilangan Murid : 37 orang Tema : Kesusasteraan Tajuk : Buat Baik Dibalas Baik Hasil Pembelajaran/Kemahiran : Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu cerita. Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang telah dipilih.

2.1 (i) 2.1 (ii)

ata

Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat : (i) bercerita tentang gambar dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. (ii) menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang telah dipilih. (iii) memahami makna diksi yang dipilih. Sistem Bahasa Tatabahasa - Ayat majmuk - gerai, membantu, berbual, membungkuskan, upah, mengisi, masa lapang Pengisian Kurikulum Ilmu - Kesusasteraan, kemasyarakatan Nilai Murni - tolong-menolong, jujur, gigih Kemahiran bernilai tambah : Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti, : video upin ipin, gambar ransangan, kamus dewan, audio lagu burung kakak tua, sampul aktiviti : Murid sudah belajar membina ayat majmuk.

Set Induksi (5 minit)

Video Upin Ipin membantu Kak Ros.

1. Murid menonton video upin ipin yang sedang membantu Kak Ros. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video.

Teknik : Soal jawab KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

BBM : Video Upin Ipin Nilai murni : tolong, menolong, gigih

Langkah 1 (15 minit)

Gambar ransangan: Gambar seorang budak menolong pakcik dan makciknya di gerai buah. (Lihat gambar 1) Contoh soalan:

1. Murid diberikan gambar ransangan. 2. Murid diminta meniliti gambar. 3. Soal jawab mengenai gambar. 4. Guru meminta murid menceritakan pengalaman sedia ada mereka berkaitan aktiviti yang terdapat di dalam gambar.

Teknik : Soal jawab, sumbang saran KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

Ini gambar di mana? Siapa yang menjual buah? Contoh pengalaman sedia ada : Pernah menjual buah. Pernah membeli buah. Gambar ransangan: Gambar seorang budak menolong pakcik dan makciknya di gerai buah. (Lihat gambar 1) Contoh perkataan

BBM : gambar ransangan.

Nilai murni : bertanggungjawab, tolong-menolong, amanah

Langkah 2 (35 minit)

1. Murid menyenaraikan perkataan-perkataan yang bersesuaian dengan gambar yang dilihat di dalam lembaran kerja yang disediakan.

Teknik : sumbang saran, soal jawab KB : kemahiran mendengar, bertutur dan menulis.

yang disenaraikan : menjual membeli membungkus berbual menunjuk Contoh ayat majmuk : Budak lelaki itu sedang membungkus buah ke dalam plastik Terdapat sekumpulan budak lelaki berbual di bawah pokok.

2. Murid-murid mencari makna perkataan-perkataan tersebut di dalam kamus dewan. 3. Murid diminta membina ayat majmuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut.

Kemahiran berfikir : menjana idea, menghubungkait.

BBM : gambar ransangan, kamus dewan

Nilai murni : bertanggungjawab, tolong-menolong, amanah

Langkah 3 (20 minit)

Aktiviti simulasi Arahan dalam sampul aktiviti: -Menolong ibu memasak di dapur. -Menolong guru menyusun buku di pusat sumber. -Menolong ibu menanam pokok bunga di halaman rumah. -Menolong ayah membasuh kereta di halaman rumah. -Menolong guru mengambil buku di meja guru. -Menolong ibu mengemas rumah. (lihat lampiran 1) Nyanyian lagu. Mari Tolongmenolong (lihat lampiran 2)

1. Guru meminta wakil murid ke hadapan untuk mengambil sampul aktiviti. 2. Murid melaksanakan aktviti secara berkumpulan.

Teknik : simulasi KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

Kemahiran berfikir : menghubungkait, mengenal pasti

Nilai murni : tolongmenolong, hormatmenghormati, bertanggungjawab

BBM : Sampul aktiviti.

Langkah 4 (5 minit)

1. Murid diberikan lirik lagu. 2. Murid diperdengarkan terlebih dahulu rentak lagu burung kakak

Teknik : tunjuk cara KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

tua. 3. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu cara nyanyian lagu menggunakan rentak lagu burung kakak tua. 4. Murid diminta menyanyi beramairamai seperti nyanyian yang telah ditunjuk oleh guru.

BBM : audio lagu burung kakak tua, lirik lagu Nilai murni : tolongmenolong

Penutup (5 minit)

Nilai murni. Contoh nilai murni : Tolong-menolong Amanah Gigih Hormat-menghormati

1. Guru menyimpulkan pelajaran. 2. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni.

KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2013/04/contoh-rph-tahun-5-tema-kesusasteraan.html

You might also like