You are on page 1of 6

Sukan dan Rekreasi

BELIA DAN AKTIVITI MASA LApANG


Aktiviti sukan adalah salah satu aktiviti yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta memerlukan tenaga yang banyak. Manakala, aktiviti rekreasi adalah kegiatan yang dapat menyegarkan kembali kesihatan individu serta boleh melapangkan fikiran.

65

SUKAN
Aktiviti sukan
Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas 4,087 orang belia, sebanyak 37% menyatakan mereka terlibat dalam sukan badminton. Manakala 28% menyatakan mereka terlibat dalam sukan bola sepak. Manakala lumba lari (13%), renang (12%), tenis (6%), hoki (5%) dan skuasy (4%). Di antara sukan-sukan yang baru, bowling (17%), futsal (12%) dan permotoran (9%). PENgLIBATAN BELIA DALAM SUkAN
Jenis Bola sepak Tenis Skuasy Badminton Renang Lumba lari Hoki Permotoran Futsal Bowling Ya (%) 28 6 4 37 12 13 5 9 12 17 Tidak (%) 72 94 96 63 88 87 95 91 88 83

66

* Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), 2006

PENgLIBATAN BELIA DALAM SUkAN

Aktiviti sukan mengikut umur


Bagi sukan bola sepak, umur 15 hingga 25 tahun yang terlibat adalah 33.3% dan di kalangan umur 26 hingga 40 tahun adalah sebanyak 22.8%. Tenis pula, sebanyak 6.8% terdiri di kalangan 25 tahun ke bawah dan 5.4% berumur 26 hingga 40 tahun. Belia yang menyertai sukan skuasy antara 15 hingga 25 tahun adalah sebanyak 5.0% dan 26 tahun ke atas 3.5%. Badminton, antara umur 15 hingga 25 tahun adalah sebanyak 43.3% dan 26 tahun ke atas 29.7%. Bagi aktiviti renang, 14.4% terdiri daripada yang berumur 15 hingga 25 tahun dan 26 hingga 40 tahun sebanyak 9%.
* Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), 2006

Aktiviti / Umur Bola sepak 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Tenis 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Skuasy 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Badminton 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Renang 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun

Pernah (%) 33.3 22.8 6.8 5.4 5.0 3.5 43.3 29.7 14.4 9.0

Tidak pernah (%) 66.7 77.2 93.2 94.6 95.0 96.5 56.7 70.3 85.6 91.0

67

PENgLIBATAN BELIA DALAM SUkAN


... Sambungan

Aktiviti / Umur Lumba lari 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Hoki 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Permotoran 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Futsal 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Bowling 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun

Pernah (%) 18.5 6.1 7.5 3.2 11.7 5.6 15.5 9.2 20.3 12.9

Tidak pernah (%) 81.5 93.9 92.5 96.8 88.3 94.4 84.5 90.8 79.7 87.1

Aktiviti lumba lari bagi umur 15 hingga 25 tahun yang menyertai adalah sebanyak 18.5% dan 26 hingga 40 tahun adalah sebanyak 6.1%. Bagi sukan hoki, 7.5% bagi 25 tahun ke bawah dan 3.2% 26 tahun ke atas. Sebanyak 11.7% belia yang berumur antara 15 hingga 25 terlibat dalam sukan permotoran dan 26 tahun ke atas sebanyak 5.6%. Sukan futsal bagi 15 hingga 25 tahun adalah sebanyak 15.5% dan 26 hingga 40 tahun sebanyak 9.2%. Manakala bowling adalah sebanyak 20.3% umur antara 15 hingga 25 tahun dan 12.9% berumur 26 tahun ke atas.

68
* Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), 2006

REKREASI
Senaman
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati aktiviti rekreasi atau senaman lebih diminati berbanding sukan. Ini kerana sebanyak 59% terlibat dalam senaman khususnya berjalan. Manakala aktiviti seperti berjoging, sebanyak 51% belia terlibat. Bagi aktiviti senamrobik dan aktiviti gim masing-masing menunjukkan jumlah penglibatan sebanyak 12%.

PENgLIBATAN BELIA DALAM AkTIvITI SENAMAN


Jenis Joging Senamrobik Berjalan Aktiviti gim Ya (%) 51 12 59 12 Tidak (%) 49 88 41 88

69
* Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), 2006

Senaman mengikut umur belia


Kajian mendapati belia yang berumur 15 hingga 25 tahun yang terlibat dalam aktiviti joging adalah sebanyak 54.9% dan 26 tahun ke atas sebanyak 47.8%. Manakala 13% belia di bawah 25 tahun menyertai senamrobik dan 26 tahun ke atas sebanyak 11.7%. Bagi aktiviti berjalan pula sebanyak 62.6% adalah belia berumur 15 hingga 25 tahun dan 54.1% antara 26 hingga 40 tahun. Manakala aktiviti gim, 12.7% di kalangan umur 25 tahun ke bawah dan 26 tahun ke atas sebanyak 10.2%.

PENgLIBATAN BELIA DALAM AkTIvITI SENAMAN


Jenis / Umur Joging 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Senamrobik 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Berjalan 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Aktiviti gim 15 - 25 tahun 26 - 40 tahun Pernah (%) 54.9 47.8 13.0 11.7 62.6 54.1 12.7 10.2 Tidak pernah (%) 45.1 52.2 87.0 88.3 37.4 45.9 87.3 89.8

70

* Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), 2006

You might also like